Lebih banyak maklumat
Central Bank of the Russian Federation atau Bank Pusat Persekutuan Rusia mempunyai fungsi yang dijelaskan dalam perlembagaan Rusia (Artikel 75) dan undang-undang khas Persekutuan. Menurut perlembagaan tersebut, Bank Pusat Rusia adalah entiti bebas, dengan tanggungjawab utama melindungi kestabilan matawang kebangsaan iaitu Rubel. Ia juga mempunyai hak eksklusif untuk menerbitkan wang kertas dan syiling Rubel. Di bawah undang-undang Rusia, separuh keuntungan Bank Pusat perlu disalurkan kepada bajet persekutuan.
Pengerusi: Elvira Nabiullina