Pergi ke kandungan

Václav Havel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Václav Havel
Václav Havel berbicara di upacara pembukaan Mesyuarat Tahunan IMF/Bank Dunia, Praha, 26 September 2000.
Presiden Republik Czech Pertama
Dalam jawatan
2 Februari 1993 – 2 Februari 2003
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehVáclav Klaus
Butiran peribadi
Lahir(1936-10-05)5 Oktober 1936
Praha, Czechslovakia
Meninggal dunia18 Disember 2011(2011-12-18) (umur 75)
Hrádeček, Republik Czech
Parti politikCivic Forum
PasanganOlga Šplíchalová, Dagmar Veškrnová
ProfesionAhli politik
Penulis

Václav Havel, GCB, CC, (IPA: [ˈvaːʦlaf ˈɦavɛl]) (lahir di Praha, 5 Oktober 1936 – meninggal di Hrádeček, 18 Disember 2011 pada umur 75 tahun) ialah penulis, ahli politik, dan penggiat seni drama berbangsa Czech. Beliau juga adalah Presiden Republik Czechslovakia (1989-1992) yang ke-10 dan Presiden Republik Czech yang pertama (1993-2003).

Havel ialah pengasas Piagam 77, organisasi antikomunis Czeckoslovakia. Setelah Revolusi Beludru yang menandakan kejatuhan pemerintahan komunis di Czechoslovakia pada 1989, beliau menjadi pemimpin parti demokrasi Občanské fórum. Pada 1989, beliau menjadi Presiden Czechoslovakia berikutnya dan pada 1993 menjadi Presiden Republik Czech yang pertama, dan kekal menjadi presiden sehingga 2003 saat jawatan beralih ke tangan Vaclav Klaus.

Havel juga merupakan seorang penggiat seni drama, tetapi juga pernah menulis buku-buku puisi dan esei. Beliau menempah nama sebagai seniman pada 1963 melalui karya Zahradní slavnost, yang segera disusuli dengan Vyrozumění pada 1965, karya paling terkenal olehnya. Tema umum dalam karya-karyanya ialah pengasingan sosial. Penulisannya sarat dengan kritikan terhadap sistem komunis yang bersifat totalitarian sehingga beliau dipaksa keluar daripada dunia teater dan memulai karier politiknya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Jawatan politik
Didahului oleh
Marián Čalfa
Pemangku
Presiden Czechoslovakia
1989–1992
Dibubarkan
Pejabat baharu Presiden Republik Czech
1993–2003
Diikuti oleh:
Václav Klaus