Tayangan Unggul
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Filem |
Ditubuhkan | 6 November 1995 |
Dibubarkan | 2019 |
Nasib | Digabungkan dengan Astro Shaw |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Gayatri Su-Lin Pillai (Penerbit Eksekutif) |
Syarikat induk | Astro Malaysia Holdings Berhad |
Tapak web | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (secara rasmi disingkat sebagai TU) ialah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia yang dimiliki oleh Astro Malaysia Holdings Berhad.[1] Ia ditubuhkan pada 6 November 1995 sebagai sebuah unit hiburan, kemudian berkembang sebagai studio filem dan diketuai oleh Gayatri Su-Lin Pillai yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.[2] Merupakan salah satu studio filem utama di Malaysia, bersama-sama dengan Astro Shaw, Grand Brilliance, Skop Productions dan Metrowealth Pictures, Tayangan Unggul telah menerbitkan banyak filem-filem yang berpendapatan tinggi sepanjang zaman, dan melayakkan mereka menerima pelbagai anugerah.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan pada 6 November 1995 sebagai unit hiburan Astro Ria, Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc (dikenali sebagai Astro Malaysia Holdings Berhad), Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi penerbitan filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia.[1]
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem, iaitu mengenbangkan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana; mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan; dan menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.[1]
Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi penerbitan filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.[1][4]
Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 24 buah filem dengan kerjasama 12 orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkifli M. Osman, Aziz M. Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Osman Ali, James Lee, Saw Teong Hin, Kabir Bhatia dan Azmi Hatta. Sebanyak 18 filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL Menjerit, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL Menjerit 1, Baik Punya Cilok, Man Laksa, Puaka Tebing Biru, Syaitan, Zombi Kampung Pisang, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Apa Kata Hati, Histeria, Malaikat Maut, Setem, Papadom dan Duhai Si Pari-pari.[5][1]
Dari jumlah 12 filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, 7 daripadanya telah mencapai kutipan pecah panggung dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, 3 filem iaitu Gangster (RM2.9 juta), KL menJERIT 1 (RM2.3 juta) dan Baik Punya Cilok (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan pecah panggung dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.[1]
TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem.[1]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem terbitan
[sunting | sunting sumber]- Sara (2001)
- KL Menjerit (2002)
- Idola (2002)
- Laila Isabella (2003)
- Diari Romeo (2003)
- Trauma (2004)
- Bintang Hati (2004)
- Berlari Ke Langit (2004)
- Cinta Luar Biasa (2004)
- Gangster (2005)
- KL Menjerit 1 (2005)
- Baik Punya Cilok (2005)
- Man Laksa (2006)
- Syaitan (2007)
- Puaka Tebing Biru (2007)
- Zombi Kampung Pisang (2007)
- Anak Halal (2007)
- Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
- Apa Kata Hati (2008)
- Histeria (2008)
- Maut (2009)
- Setem (2009)
- Papadom (2009)
- Duhai Si Pari-pari (2009)
- Kapoww!! (2010)
- Appalam (2010)
- Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
- Cun! (2011)
- Seru (2011)
- Tolong Awek Aku Pontianak (2011)
- Misteri Jalan Lama (2011)
- Aku, Kau & Dia (2012)
- The Collector (2012)
- Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)
- Awan Dania The Movie (2013)
- Langgar (2013)
- Penanggal (2013)
- Apokalips X (2014)
- Mana Mau Lari (2014)
- Polis EVO (2015)
- Aliff Dalam 7 Dimensi (2016)
- Busker (2018)
- Hantu Rumah Sakit Jiwa (2018)
Televisyen
[sunting | sunting sumber]- KL Menjerit The Series
- Kapoww The Series
Teater
[sunting | sunting sumber]- Teater Baik Punya Cilok
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g "Sejarah Tayangan Unggul". Filem Wayang. Dicapai pada 4 Januari 2014.
- ^ Hanisah Selamat (13 September 2003). "Gayatri angkat martabat filem Melayu". Berita Harian. Dicapai pada 5 Januari 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (12 September 2003). "TUSB hargai sokongan peminat". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (7 Mac 2001). "Strategi Tayangan Unggul". Harian Metro. Dicapai pada 10 Januari 2020.
- ^ "Tayangan Unggul - Lima filem diterbit tahun ini". Utusan Malaysia. 12 Januari 2002. Dicapai pada 4 Januari 2014.