Astro Shaw
Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Perfileman |
Ditubuhkan | 4 November 1996 |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Kawasan perkhidmatan | |
Tokoh penting | Raja Jastina Raja Arshad (Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara) Norsalvina Alwee @ Vee (Ketua Pemasaran & Pengedaran) Kyle Goonting (Ketua Pembangunan Filem) Wee Sher Leen (Ketua Kandungan Strategi) Chua Pei Pei (Ketua Kewangan & Pentadbiran) Anwari Ashraf (Ketua Writers' Room) Sarimah Ibrahim Faizal Fauzi Zahirah Abdul Rahim |
Perkhidmatan |
|
Syarikat induk | Astro Malaysia Holdings Berhad |
Pembahagian |
|
Tapak web | http://www.astroshaw.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Astro Shaw Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.
Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.
Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem pecah panggung tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan pecah panggung tempatan apabila berjaya menjadi filem pertama mendapat kutipan sebanyak lebih daripada RM 30 Juta[1]. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan pecah panggung melebihi RM 100 juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.
Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga menerbitkan bersama, mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.
Polis Evo 3[2] berjaya mendapatkan kutipan tertinggi blockbuster untuk filem di bawah terbitan atau edaran Astro Shaw dengan kutipan sebanyak RM50 juta dalam masa 24 hari sahaja diikuti oleh Hantu Kak Limah, Mechamato Movie, MALBATT: Misi Bakara dan PASKAL The Movie.
Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Astro Shaw
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan pada tahun 4 November 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1999 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.
Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.
Pecah Panggung
[sunting | sunting sumber]Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta pecah panggung tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia. Pada tahun 2015 pula, Astro Shaw sekali lagi mengekalkan rekod sebagai filem nombor 1 negara apabila filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan penerbit Joel Soh mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta dan menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta.
Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan pecah panggung tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan pecah panggung yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem pecah panggung, antaranya Hantu Kak Limah[1] (RM 36.4 Juta), Dukun (RM 12 Juta), PASKAL (RM 30.08 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 22.45 Juta).
Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem pecah panggung yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan pecah panggung di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem pecah panggung negara.
Polis Evo 3[2] berjaya mencipta sensasi dan sejarah apabila menjadi filem dengan kutipan tertinggi bagi terbitan dan edaran Astro Shaw dengan jumlah sebanyak RM54 juta setelah 8 minggu. Ini sekaligus mengukuhkan jenama Astro Shaw sebagai peneraju syarikat perfileman tempatan.
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.
Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.
Perlaburan Filem Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.
Selain itu, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.
Pada tahun 2022, Astro Shaw telah melabur dalam penghasilan 5 filem Indonesia iaitu Ben & Jody, Mencuri Raden Saleh[3], Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Qodrat. Kesemua filem ini mendapat pujian positif oleh rakyat Malaysia hasil kualiti filem tersebut.[4] Ini secara tidak lanngsung mengukuhkan perantaraan Malaysia dan Indonesia dalam industri perfileman.
Perkembangan Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof terbitan utama Skop Productions memilih Astro Shaw sebagai rakan pemasaran filem tersebut. Salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.
Pada tahun 2022, Astro Shaw bekerjasama dengann Visinema Pictures di Indonesia untuk mengembangkan perniagaan pembuatan filem. Hasil daripada kolaborasi tersebut, 4 filem terbitan bersama dikeluarkan pada tahun sama.[5]
Selepas kejayaan pecah panggung yang dialami dalam filem tersebut, mereka diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menerbitkan bersama[6] serta memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM35.88 juta menjadikan sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[7]
Mereka menjadi produksi utama filem kanak-kanak Didi & Friends The Movie terbitan bersama Warnakala Studios dan Digital Durian.[8]
Astro Shaw telah menjadi salah satu produksi dalam penerbitan salah satu filem termahal Malaysia, MALBATT: Misi Bakara bersama Berjaya Pictures, ACT 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Invesments Limited dan Golden Screen Cinemas arahan Adrian Teh dengan kos RM20 juta.[9]
Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.
Program Writers' Room
[sunting | sunting sumber]Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa. Antara filem yang menggunakan Writers' Room ialah filem Pusaka dan Rahsia. Kedua-dua filem tersebut merupakan filem seram terbitan utama Astro Shaw.
Filem
[sunting | sunting sumber]Melayu
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Pengarah | Genre | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
1999 | Nafas Cinta | Jailani Abdul Ghani | Romantik, Drama | RM 255,102.00 | |
2007 | Diva[10] | Sharad Sharan | Muzikal | RM 213,245 | Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala Buena Vista Columbia Tristar Films (kini Sony Pictures Malaysia) dilantik sebagai pengedar |
2008 | Tipu Kanan Tipu Kiri | Sharad Sharan | Romantik, Komedi, Drama | RM 623,546.25 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures |
2010 | Lagenda Budak Setan | Sharad Sharan | Drama | RM 4,382,008 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures |
2011 | Sini Ada Hantu | James Lee | Seram, Komedi | RM 1,602,654 | Dengan kerjasama Double Vision |
Ombak Rindu | Osman Ali | Drama | RM 1,1042,009 | Dengan kerjasama Tarantella Pictures | |
2012 | Hoore! Hoore! | Saw Teong Hin | Muzikal, Drama | RM 353,837.50 | Dengan kerjasama Real Films |
Untuk Tiga Hari | Dato' Afdlin Shauki | Romantik, Drama | RM 785,805.25 | Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Lagenda Budak Setan 2: Katerina | Sharad Sharan | Romantik, Drama | RM 2,106,378 | Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
2013 | Bikers Kental | Helmi Yusof | Komedi, Drama | RM 2,727,880 | Dengan kerjasama Califwork Studios |
Penanggal | Ellie Suriati | Seram | RM 2,731,732 | Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Tayangan Unggul | |
Papadom 2 | Dato' Afdlin Shauki | Komedi | RM 623,612 | Dengan kerjasama Ismail Holdings dan Vision Works | |
2014 | Kami Histeria | Shamyl Othman | Seram, Komedi | RM 874,152.50 | Dengan kerjasama Marna Films dan Redfilms |
Apokalips X | Allahyarham Mamat Khalid | Aksi, Drama | RM 260,197 | Dengan kerjasama Tayangan Unggul dan Naga VXS | |
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah | Sharad Sharan | Romantik, Drama | RM 1,320,327.00 | Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Drama | RM 310,850 | Produksi utama ialah Greenlight Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Bernard Chauly | Romantik, Drama | RM 1,797,505.81 | Produksi utama ialah Global Station dan Redfilms manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Terbaik dari Langit | Nik Amir Mustapha | Komedi, Drama | RM 474,660 | Produksi utama ialah Playground Productions (kini Playground Films) manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
2015 | Suamiku, Encik Perfect 10! | Feroz Kader | Romantik, Drama | MY: RM 3,025,971.88 Brunei: RM147,374.75 |
Produksi utama ialah Global Station manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar |
Cicakman 3 | Datuk Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar | Adiwira, Aksi, Komedi | MY: RM 2,555,988.77 Brunei: RM42,400.80 |
Produksi utama ialah Grand Brilliance dan KRU Studios manakala Primeworks dilantik sebagai pengedar bersama TGV Pictures | |
Pilot Cafe | Osman Ali | Romantik, Drama | MY: RM 1,987,987.01 Brunei: RM85,369.03 |
Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Polis Evo | Ghaz Abu Bakar | Aksi, Komedi | RM 17,724,178.87 Brunei: RM342,915.00 |
Dengan kerjasama Tayangan Unggul | |
2016 | Langit Cinta | Osman Ali | Romantik, Drama | MY: RM 665,768.70 Brunei: RM109,224 |
Dengan kerjasama Nuansa |
Ola Bola | Chiu Keng Guan | Drama, Patriotik, Sukan | RM 16.67 Juta | Produksi utama ialah Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Woohoo Pictures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Aliff Dalam 7 Dimensi | Faisal Ishak | Aksi | MY: RM 1,702,168.75 Singapura: RM 39,024.00 |
Dengan kerjasama Chain FX dan Tayangan Unggul | |
Dukun Doktor Dani | Sabri Yunus | Drama | MY: RM 69,182.55 Brunei: RM 1,465.67 Singapura: RM 4,216.00 |
Dengan kerjasama Balang Rimbun | |
2017 | Kimchi Untuk Awak | Michael Ang | Romantik, Komedi | MY: RM 1,139,912.69 Brunei: 82,179.95 |
Dengan kerjasama Dark Wave Pictures |
Kau Yang Satu | Osman Ali | Drama | Dengan kerjasama Global Station dan Nuansa | ||
Abang Long Fadil 2[11] | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | MY: RM 18,122,481.65 Brunei: RM207,095.50 Singapura: RM104,317.00 |
Dengan kerjasama Skop Productions | |
Bisik Pada Langit | Kabir Bhatia | Drama | Dengan kerjasama Nusantara Seni Karya dan Filmscape | ||
Tombiruo: Penunggu Rimba[12] | Seth Larney dan Nasir Jani | Aksi, Drama | MY: RM 8.032,052.72 Brunei: RM49,556.25 Singapura: RM47,777.04 |
Dengan kerjasama Kumpulan Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan | |
2018 | Busker | Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz) | Romantik, Muzikal | MY: RM 98,809.97 Brunei: RM4,458.76 Singapura: RM142.90 |
Dengan kerjasama Tayangan Unggul |
KL Special Force | Syafiq Yusof | Aksi | RM12.1 juta | Produksi utama ialah Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios manakala Astro Shaw dilantik sebagai rakan pemasaran | |
Hantu Rumah Sakit Jiwa | Michael Ang | Seram, Komedi | Keluaran Astro First : RM 422,977.5 | Dengan kerjasama Tayangan Unggul | |
Dukun[13] | Dain Said | Seram, Ngeri | MY: RM 9,933,035.76 Brunei: RM214,982.8 Singapura: RM389,067.24 |
||
Hantu Kak Limah | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Seram | RM 36,626,906.59 | Dengan kerjasama Infinitus Gold | |
Paskal[14] | Adrian Teh | Aksi, Patriotik | RM30.08 juta | Produksi utama ialah Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Polis Evo 2[15] | Joel Soh dan Andre Chiew | Aksi | RM22.45 juta | Dengan kerjasama Surya Citra Media dan Blackflag | |
2019 | Misteri Dilaila | Syafiq Yusof | Misteri, Seram | RM9.4 juta | Dengan kerjasama Skop Productions |
BoBoiBoy Movie 2[16] | Nizam Razak | Animasi, Adiwira, Aksi, Komedi | Asia: RM30 juta (termasuk MY) MY: RM29.6 juta |
Dengan kerjasama Animonsta Studios | |
Sangkar | Kabir Bhatia | Drama, Aksi | RM12 juta | Dengan kerjasama Primeworks, MM2 Entertainment dan Infinitus Gold | |
M For Malaysia | Dian Lee dan Ineza Roussile | Dokumentari | Kolaborasi bersama Project M Media | ||
Pusaka | Razaisyam Rashid | Seram | RM13.7 juta | Dengan kerjasama Director's Think Tank dan Alpha 47 Films | |
Wira | Adrian Teh | Aksi | RM7.6 juta | Produksi utama ialah Primeworks, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan ACT 2 Pictures, manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Ghaz Abu Bakar | Aksi, Komedi | RM4 juta | Dengan kerjasama Nizra Entertainment dan Skop Productions |
Eye On The Ball | Chen Yih Wen | Sukan, Dokumentari | Kolaborasi bersama Star Media Group dan CIMB Foundation sebagai produksi manakala Astro Shaw dilantik sebagai pengedar bersama TGV Pictures | ||
Manap Karaoke | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi | Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut | ||
Mulut Masin | Razaisyam Rashid | Seram, Komedi | Dengan kerjasama Alpha 47 Films | ||
Saka Nan Sepi | Razaisyam Rashid dan Azri Azman | Komedi, Seram | Dengan kerjasama Alpha 47 Films | ||
2021 | Kerana Korona | Kabir Bhatia | Drama, Keluarga | Dengan kerjasama Wildsnapper TV | |
Penunggang Agama | Syafiq Yusof | Seram, Ngeri, Agama | Dengan kerjasama Skop Productions | ||
18 Puasa Di Kampong Pisang | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Agama | Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut | ||
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa | Allahyarham Mamat Khalid | Komedi, Muzikal | Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut | ||
Chomel | Jason Chong | Komedi, Keluarga | Dengan kerjasama Double Vision | ||
Penunggang Agama 2 | Syafiq Yusof | Seram, Ngeri, Agama | Dengan kerjasama Skop Productions | ||
2022 | Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | Amen Khalid | Komedi, Seram | Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut | |
Juang | Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali | Drama | RM500 ribu | Dengan kerjasama Suhan Movies & Trading, Asia Tropical Films, The Film Engine, Web TV Asia dan FilmForce | |
Abang Long Fadil 3[17] | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | RM25 juta | Dengan kerjasama Skop Productions | |
Talbis Iblis | Kabir Bhatia | Seram | RM4 juta | Dengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX | |
Mechamato Movie[18] | Nizam Razak | Animasi, Adiwira, Aksi, Cereka sains, Pengembaraan | MY: RM 35.88 juta | Dengan kerjasama Animonsta Studios | |
2023 | Didi & Friends The Movie | Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin | Animasi, Muzikal, Pengembaraan | MY: RM8.144 juta | Dengan kerjasama Warnakala Studios dan Digital Durian |
Polis Evo 3[19] | Syafiq Yusof | Aksi, Komedi | RM55 juta (RM54 juta + RM1 juta kutipan Astro First) | Dengan kerjasama Skop Productions, TGV Cinemas dan Blackflag | |
Merewang Keluarga Pak Awang | Adlin Aman Ramlie | Komedi, Keluarga | Dengan kerjasama Infinitus Gold | ||
Rahsia[20] | Shamyl Othman | Seram | RM6 juta | Dengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures | |
MALBATT: Misi Bakara[21] | Adrian Teh | Aksi, Perang, Patriotik | RM34 juta | Produksi utama ialah Golden Screen Cinemas, Berjaya Pictures, Aurum Investments, ACT 2 Pictures dan Fast Bikes manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Geng Sakau vs. Hantu Ting Tong | Wan Hafiz | Seram, Komedi | Dengan kerjasama KRU Studios | ||
Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys | Eric Ong dan Jason Chong | Drama, Biografi, Sukan | Dengan kerjasama SOL Pictures dan GV Corporates Advisory | ||
2024 | Sheriff: Narko Integriti | Syafiq Yusof | Misteri, Aksi | Dengan kerjasama Skop Production | |
The Experts | Andre Chiew dan Nazim Shah | Aksi, Jenayah | Dengan kerjasama Blackflag dan TGV Cinemas | ||
Baik Punya Ah Long | Dato' Afdlin Shauki | Muzikal, Komedi | Dengan kerjasama Vision Works | ||
Don Dukun | Wan Hafiz | Komedi, Seram | Dengan kerjasama Infinitus Gold | ||
Kahar: Kapla High Council | Razaisyam Rashid | Aksi, Drama | Dengan kerjasama Pasal Productions dan Alpha 47 Films | ||
Dongeng Sang Kancil | Ahmad Razuri Roseli | Animasi, Pengembaraan | Produksi utama ialah Les' Copaque Production manakala Astro Shaw dilantik sebagai pengedar dan rakan pemasaran | ||
2025 | Dajal: Satu Malam Dipedajal | Pierre Andre | Seram | Dengan kerjasama Metrowealth Pictures | |
PAPA Game On | Nizam Razak | Animasi, Keluarga, Pengembaraan | Dengan kerjasama Animonsta Studios | ||
Keluang Man | Anwari Ashraf | Adiwira, Aksi, Komedi | Dengan kerjasama Pasal Productions dan Golden Screen Cinemas | ||
Khawarij | Syamsul Yusof | Seram, Agama | Dengan kerjasama Syamsul Yusof Films | ||
Malam Terlarang | Nurhanisham Muhammad | Drama | Dengan kerjasama Infinitus Gold | ||
Abang | Areel Abu Bakar | Aksi | Dengan kerjasama Layar Pictures | ||
BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan | Nizam Razak | Animasi, Adiwira, Aksi, Komedi | Dengan kerjasama Animonsta Studios | ||
Akan diumumkan | Gayong | Faisal Ishak | Biografi, Aksi | Produksi utama ialah SOL Pictures dan Golden Screen Cinemas manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | |
Magik Rompak | Adrian Teh | Aksi, Jenayah | Produksi utama ialah ACT 2 Pictures, Clover Films, Golden Screen Cinemas dan Primeworks manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar | ||
Laknat | Saw Teong Hin | Seram | Dengan kerjasama Real Films | ||
Musytari | Nadiah Hamzah | Cereka sains | Dengan kerjasama Wayangworks dan Mojo Projects | ||
Geran 2 | Areel Abu Bakar dan Joel Soh | Aksi | Dengan kerjasama Blackflag dan Layar Pictures | ||
Tanah Kubur | Rashid Sibir | Drama, Agama | Dengan kerjasama Opera Klasik, Greenlight Pictures dan Da Huang Pictures | ||
Vektor | Dain Said | Cereka sains | Dengan kerjasama Apparat, Kinovisuals, Berjaya Pictures dan Golden Screen Cinemas | ||
Bulan dan Pria Terhebat 2 | Dr. Vimala Perumal | Aksi, Komedi | Dengan kerjasama Nizra Entertainment, Veedu Production, Screenplay Films dan KawanKawan Media | ||
Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie | Shamyl Othman | Komedi | Dengan kerjasama Cinematic Pictures, Redfilms dan KL Motion Pictures |
Inggeris
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Sell Out! | Komedi | Yeo Joon Han | ||
2020 | The Garden of Evening Mists | Drama | Tom Lin Shu-Yu | Dengan kerjasama CJ Entertainment & HBO Asia | |
2024 | Zan Orangutan: Going Bananas | Animasi | Norman Abdul Halim | Dengan kerjasama KRU Studios |
Tamil
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2014 | Maindhan | Aksi, Komedi | C. Kumaresan | RM 903,550.00 | Dengan kerjasama CK Films & SS Wawasan |
2018 | Vedigundu Pasangge | Drama, Komedi | Dr. Vimala Perumal | Dengan kerjasama Veedu Production | |
2025 | Neer Mel Neruppu | Drama | Shanjhey Kumar Perumal | Dengan kerjasama Skyzen Studios |
Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Genre | Pengarah | Pulangan Kasar | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2010 | Woohoo | Komedi | Chiu Keng Guan | RM 4,205,397.50 | Dengan kerjasama Woohoo Pictures |
2011 | Great Day | Drama / Komedi | Chiu Keng Guan | Dengan kerjasama Woohoo Pictures | |
Claypot Curry Killers / Spicy Killers | Slasher / Thriller | James Lee | |||
2012 | Ghost Buddies | Seram / Komedi | Simon Sek | RM 1,095,623 | Dengan Kerjasama Double Vision Pictures |
2013 | Paper Moon | Romantik / Komedi | Stanley Law | RM 171,539 | Dengan Kerjasama Double Vision Pictures & Passion Music & Entertainment |
Once Upon A Time | Komedi | Silver | RM 5,589,030 | Dengan Kerjasama The Film Engine | |
2014 | The Journey | Drama | Chiu Keng Guan | RM 17,245,191.50 | Dengan kerjasama Woohoo Pictures |
In The Dark | Seram | Yeo Joon Han | RM 888,004.40 | Dengan Kerjasama Amok Films | |
2017 | You Mean the World to Me | Drama | Saw Teong Hin | MY: RM 1,278,376.65 Singapore: RM7,690.50 |
Dengan Kerjasama Real Pictures |
2018 | Think Big Big | Komedi / Drama | Chiu Keng Guan | MY: RM 5,329,298.97 Brunei: RM12,405.00 |
Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment & Woohoo Pictures |
2023 | Ma, I Love You | Drama | Chiu Keng Guan | RM1.2 juta | Dengan kerjasama Multimedia Entertainment & Woohoo Pictures |
2024 | Gold | Biografi / Sukan | Adrian Teh | Dengan kerjasama ACT 2 Pictures, Clover Films dan One Cool Film Production |
Indonesia
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Pengarah | Genre | Pulangan Kasar | Terbitan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak | Mouly Surya | Drama, Thriller, Barat | Dengan kerjasama Cinesurya Pictures, Kaninga Pictures, Shasha & Co. Productions & Hooq | |
2019 | Bumi Itu Bulat | Ron Widodo | Drama | Dengan kerjasama Inspiration Pictures, Ideosource Entertainment & GP Ansor | |
Dua Garis Biru | Gina S. Noer | Drama | Produksi utama ialah StarVision Plus & Wahana Kreator manakala Astro Shaw dilantik sebagai pengedar | ||
Hiruk-Piruk Si Al-Kisah | Yosep Anggi Noen | Drama | Produksi utama ialah Angka Fortuna Sinema, KawanKawan Films & Limaeman Films manakala Astro Shaw dilantik sebagai ko-produksi bersama Andolfi & Go-Jek | ||
2020 | Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini | Angga Dwimas Sasongko | Drama | Kolaborasi bersama Visinema Pictures, IDN Media, Blibli dan XRM Media | |
2021 | Backstage | Guntur Soeharjanto | Drama, Keluarga, Muzikal | Dengan kerjasama Ideosource Entertainment, Paragon Pictures, Endeavor Content & NFC Indonesia | |
2022 | Ben & Jody | Angga Dwimas Sasongko | Aksi, Pengembaraan, Drama, Thriller, Fantasi | Dengan kerjasama Visinima Pictures, Jagartha & Blibli | |
Keluarga Cemara 2 | Ismail Basbeth | Drama, Keluarga | |||
Mencuri Raden Saleh[3] | Angga Dwimas Sasongko | Aksi, Jenayah, Drama | |||
Jagat Arwah | Ruben Adrian | Pengembaraan, Fantasi, Seram | Dengan kerjasama Visinema Pictures, Infinite Frameworks Studios, Jagartha & Blibli | ||
Qodrat | Charles Gozali & Imron Ayikayu | Aksi, Drama, Seram, Fantasi, Thriller | Dengan kerjasama Magma Entertaiment, Rapi Films, Ideosource Entertaiment, Caravan Studio & Dunia Mencekam Productions |
Thai
[sunting | sunting sumber]Tahun | Filem | Genre | Pengarah | Kutipan | Penerbit |
---|---|---|---|---|---|
2015 | Rak ti Khon Kaen (tajuk Inggeris Cemetery of Splendor) | Drama, Fantasi, Misteri | Apichatpong Weerasethakul | Produksi utama ialah Kick the Machine, Illumination Films & The Match Factory manakala Astro Shaw dilantik sebagai ko-produksi bersama 8 syarikat lain |
Televisyen (Siri Astro Originals)
[sunting | sunting sumber]Melayu
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tayangan | Keluaran asal | Rangkaian | Musim | Episod | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
DO[S]A: The Sacred Sin | 2018 | 14 Februari 2018 | Astro First (saluran 480) | 1 | 8 | Tamat |
Sepenggal Puisi | 2020 | 29 April 2020 - 21 Mei 2020 | Astro Citra | |||
Kampong Pisang Bersiri-siri | 2020 – 2021 | 7 Disember 2020 | – 8 Mac 202114 | |||
Projek: Anchor SPM | 2021 | 15 Mac 2021 | – 3 Mei 20218 | |||
I-Tanggang: Mother of All Lies | 13 September 2021 | – 29 November 202112 | ||||
Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman | 2021 – 2022 | 6 Disember 2021 | – 24 Januari 20228 | |||
Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy | 2022 | 11 April 2022 | – 5 Jun 2022||||
Histeria The Series | 6 Jun 2022 | – 25 Julai 2022|||||
Murder By Moonlight: A Getaway To Die For | 1 Ogos 2022 | – 19 September 2022|||||
One Cent Thief | 8 Oktober 2022 | – 26 November 2022Astro Ria Astro Vinmeen Astro Shuang Xing PRIMEtime |
2 | 11 | Tamat; Musim Baru | |
Kudeta: Absolute Power Will Corrupt | 2022 – 2023 | 21 November 2022 | – 9 Januari 2023Astro Ria PRIMEtime |
1 | 8 | Tamat |
Projek: High Council | 2023 | 14 Januari 2023 | – 18 Mac 2023Astro Ria | 10 | ||
Liar: Two Sides, One Truth | 25 Mac 2023 | – 10 Jun 202312 | ||||
Jack Yusof: Father In Training | 17 Jun 2023 | – 5 Ogos 20238 | Tamat; Musim Baru | |||
Riot!: Rebel With A Cause | 22 September 2023 | – 24 November 2023Astro Premier | 10 | Tamat | ||
Mystic Village | 2023 – 2024 | 30 Oktober 2023 | – 1 Januari 2024||||
Gamers Mangkuk | 1 Disember 2023 | – 19 Januari 20248 | ||||
I.D: Swipe, Steal, Love[22] | 2024 | 23 Februari 2024 | – 12 April 2024||||
Framed: Can You Change Your Fate? | 3 Mei 2024 | – 21 Jun 2024|||||
X-Change: The Bonds Of Blood[23] | 12 Julai 2024[24] – 13 September 2024 | 10 | ||||
Projek: Exit | 1 November 2024 | – kiniAstro Premier Astro Citra |
6 | |||
Akan datang / Istimewa | ||||||
First Wives | 2025 | Astro Citra | N/A | |||
Honey Trap | ||||||
Ifrit | Astro GO Sooka |
TBA | TBA | [25] | ||
Jack Yusof 2.0 | TBA | Astro Ria | 2 | 8 | Televisyen; Sekuel siri Akan Datang | |
Murder By Moonlight Kembali | Astro Citra | Istimewa | ||||
Kuasa: One Special. Three More Heirs. No Mercy |
Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tayangan | Keluaran asal | Rangkaian | Musim | Episod | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
The Hiddens | 2016 | 22 September 2016 | – 16 Oktober 2016Astro Wah Lai Toi | 1 | 16 | Awal 2016 |
Demon's Path | 2018 | 11 Ogos 2018 | – 22 September 2018Astro Wah Lai Toi |
13 | ||
Lost & Found | 2022 | 2 Oktober 2022 | – 4 Disember 2022Astro Shuang Xing (2022 – 2023) Astro QJ (2023) |
10 | ||
Rally For Love | 2022 – 2023 | 5 November 2022 | – 25 Februari 2023Astro Hua Hee Dai | 15 | Rally For Love Musim ke-2 akan ditayangkan pada Ogos 2024. | |
The Patient | 2023 | 19 Februari 2023 | – 23 April 2023Astro Shuang Xing (Feb 2023–Sep 2023) Astro QJ (2023) |
10 | The Patient Musim ke-2 akan ditayang pada 2024, hanya di Astro QJ. | |
Once Upon a Kopitiam | 28 April 2023 | – 30 Jun 2023Astro AEC | ||||
The Queen's Ploy | 2023 – 2024 | 6 Oktober 2023 | – 19 Januari 202415 | |||
The Hidden Dragon[26] | 2024 | 26 Januari 2024 | – kiniSedang tayang | |||
The Great Resonance | 26 Julai 2024 – 1 November 2024 | Astro AEC | [27] |
Tamil
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tayangan | Keluaran asal | Rangkaian | Musim | Episod | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
Kalvanai Kandupidi | 2020 | 1 Julai 2020 | – 31 Julai 2020Astro Vinmeen HD | 1 | 24 | Tamat |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Zainuri Misfar (28 August 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai pada 14 August 2023.
- ^ a b Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
- ^ a b Shahrin Zulkifle (16 September 2022). "5 Fakta Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Mencuri Raden Saleh - No.5 Paling Tak Sangka". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Julai 2023.
- ^ Zulkifle, Shahrin (26 September 2022). ""Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…" – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ Hadi, Raihan (16 Februari 2022). "Astro Shaw & Visinema Pictures join forces to produce a slate of regional blockbusters". MARKETING Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ Zulkifle, Shahrin (5 Disember 2022). "[VIDEO] Lepas Tonton Trailer Mechamato Movie, Penonton Terus Excited; "Tiket Dah Beli Tinggal Tengok Je Dekat Wayang"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ Mumtaj Begum (3 Januari 2023). "'Mechamato Movie' earns RM33.8mil at box office; is now no.1 local animated film" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
- ^ "Didi and Friends The Movie - Didi & Friends". Warnakala Studios. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
- ^ Zulkifle, Shahrin (11 September 2022). "Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – "Kami Perlu Membina…"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched Diarkibkan 2013-02-21 di archive.today" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
- ^ BIBI NURSHUHADA (28 Ogos 2018). "Abang's back with a bang!" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
- ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Firdaus Alauddin (29 November 2018). "PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan". Astro Awani.
- ^ Madiha Abdullah (13 Oktober 2018). "Tiada Tekanan untuk Polis Evo 2". Astro Awani.
- ^ Asyraf Roslan (31 Julai 2019). "Kemunculan BoBoiBoy di Meletop dapat sambutan". Astro Awani.
- ^ Dennis Chua (6 September 2022). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil 3' marks Jozan's grand return" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
- ^ Faida Rahim (8 November 2022). "Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember". Astro Awani.
- ^ Asyraf Roslan (19 Mei 2023). "Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2023). "Rahsia versi anak sutradara". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ Madiha Abdullah (10 September 2022). "Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
- ^ Drama I.D. Myinfotaip, 26 Disember 2023.
- ^ DAY 1 MAKEUP TEST XCHANGE ASTRO ORIGINALS🎥 TikTok Radius One (@radiusone_official), 6 Ogos 2023.
- ^ Drama X-Change Myinfotaip, 25 Nov 2023.
- ^ Drama Ifrit Myinfotaip, 2024.
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=0imV4mbEgQU
- ^ The Great Resonance Astro Media Solutions, 27 Mac 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Diarkibkan 2018-04-28 di Wayback Machine