TVS (saluran TV Malaysia)
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan | Inspirasi Duniamu (Inspire Your World) |
Ibu pejabat |
|
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Sarawak Media Group (SMG) |
Orang penting |
|
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Nama dahulu | TV Sarawak (31.10.2014 - 09.10.2020) |
Pautan | |
Laman web | https://tvsarawak.my |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 122 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 122 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 122 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka / On Demand |
Unifi TV | Unifi TV App |
MYTV | MYTV Mana-Mana / Video On Demand |
TVS | Tonton secara langsung |
TV Malaysia Live Online | Tonton secara langsung |
TVS (dahulunya TV Sarawak) ialah stesen televisyen linear yang menawarkan aneka hiburan dan berita dari wilayah Sarawak untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia, dan seluruh rantau Asia Tenggara secara amnya. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), yang merupakan agensi penyiaran televisyen dan penstriman media digital milik penuh Kerajaan Sarawak yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen khusus untuk seluruh rakyat wilayah Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan penuh kerajaan untuk pendigitalan siaran televisyen di Malaysia.[1] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ianya tidak dilaksanakan. Ia digantikan oleh saluran OKEY pada 21 Mac 2018, malah perancangan stesen televisyen negeri kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[2]
Lesen stesen penyiaran percuma diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[3] Stesen TVS bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui penyedia TV satelit berbayar, Astro, di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan malamnya pada 11 Oktober 2020.[4][3] TVS merupakan stesen televisyen terbaharu yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah agensi media, digital, dan penyiaran televisyen milik Kerajaan Sarawak, Sarawak Media Group (SMG).
Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan secara langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.
TVS menjadi rakan kongsi strategik dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan akan membiayai karya yang dihasilkannya.[5]
TVS kini bersiaran di Astro, MYTV, dan Unifi TV di saluran 122 dalam format definisi tinggi (HD).
Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform MYTV di saluran 122 menggantikan Channel W yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.
Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan Pembentangan Bajet 2022 secara langsung oleh Menteri Kewangan, Zafrul bin Abdul Aziz.
Pada 1 Oktober 2023, TVS mula bersiaran secara rasmi di Unifi TV saluran 122. Ia bersempena dengan ulang tahun ketiga TVS yang diraikan pada 10 Oktober 2023.[6]
Pada 11 Oktober 2023, Siaran iklan Astro dan blok teleshoping Go Shop telah rasmi dihentikan sepenuhnya.[7]
Pada 31 Disember 2023, TVS akhirnya melancarkan logo terkininya yang berwajah baharu, bersesuaian dengan konsep perpaduan dan keharmonian negeri Sarawak. Logo baharu TVS ini merangkumi tiga warna yang mewakili warna bendera negeri Sarawak, iaitu warna hitam, merah dan kuning.
Mulai tahun 2024, Sarawak Media Group (SMG) berjaya memperluaskan mutu, standard, dan kualiti penyiaran menyeluruh stesen televisyen TVS, dengan membuka tiga pejabat cawangan baharu di luar kawasan Bandaraya Kuching, iaitu di Sibu, Bintulu, dan Miri. Sejurus selepas itu, Sarawak Media Group (SMG) turut membuka ibu pejabat baharunya di Kuala Lumpur, sekaligus menjadikannya sebagai ibu pejabat kedua TVS selepas ibu pejabat utamanya di Kuching, Sarawak.
Sarawak Media Group (SMG) dijangka bakal melaksanakan transformasi pembaharuan mutu penyiaran televisyen, penambahan saluran televisyen baharu, dan juga penstriman media digital yang lebih segar, berkualiti, jelas, dan lebih sahih agar dapat diterima oleh semua masyarakat umum, khasnya di seluruh wilayah Sarawak.
TVS menjadi saluran sukan secara penuh untuk Sukma 2024 sebagai Stadium Sukma TVS 1
[sunting | sunting sumber]Pada 12 hingga 24 Ogos 2024, TVS menghentikan siaran sementara waktu untuk memberi laluan kepada siaran langsung dan siaran ulangan secara penuh iaitu Sukma 2024. Pada hari yang sama, TVS telah rasmi memulakan siaran sukan secara penuh untuk Sukma 2024 yang dikenali sebagai Stadium Sukma TVS 1.[8]
Kembali semula kepada rancangan hiburan TVS selepas Sukma 2024 tamat
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Ogos 2024, TVS telah kembali bersiaran seperti biasa selepas Sukma 2024 tamat.
Media penstriman
[sunting | sunting sumber]Aplikasi mudah alih
[sunting | sunting sumber]- Astro GO - Terhad kepada pelanggan Astro sahaja.
- Unifi TV app - Terhad kepada pelanggan Unifi TV. Bukan pelanggan Unifi TV juga boleh menstrim TVS dengan mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
- MYTV Mana-Mana - Boleh distrim secara percuma untuk semua rakyat Malaysia tanpa perlu mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
- Sooka - Percuma untuk semua rakyat Malaysia dengan mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
Penyampai berita TVS
[sunting | sunting sumber]- Adlina Rahman
- Aida Muliyono
- Akma Salleh
- Amirah Shawel
- Cheryl Syahmina Toh
- Claudya Keenu
- Connie Grace Ujan
- Douglas Elliot
- Febbright James
- Handy Gui
- Lorenzo Issac
- Luqman Muhammad
- Malissa Sahari
- Madeline Dugat
- Marzella Sigai
- Najib Imran
- Odleen Catherny
- Priscilla John
- Radzi Ahmad
- Salasiah Safian
- Sheera Abg Mansor
- Yusuf Shukri
- Zhahrulniza Awang
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Amree Ahmad (7 June 2009). "Kita bakal 'mabuk' TV". Kosmo!. Dicapai pada 10 September 2018.
- ^ "Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma". Astro Awani. 27 November 2017. Dicapai pada 10 September 2018.
- ^ a b Syafik Shukri Jalil (2 October 2020). "TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020". Astro Awani. Dicapai pada 10 October 2020.
- ^ "Buildings throughout Kuching asked to light up in celebration of TYT's birthday on Oct 9". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
- ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-10-15). "TV Sarawak rakan strategik Finas". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-17.
- ^ "TVS TV". www.facebook.com/tvs122. Dicapai pada 2023-09-29.
- ^ Mahanum Abdul Aziz (2 Oktober 2023). "Astro Go Shop 'tutup kedai' mulai 11 Oktober ini". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2023.
- ^ TVS penyiar rasmi SUKMA XXI