Pergi ke kandungan

Sukan Malaysia 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia XXI
Bandar tuan rumahKuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Bandar Miri.
Cogan kataSemangat perpaduan membara[1]
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet9,927
Bandar pembukaan12 Ogos
Upacara pembukaan17 Ogos
Upacara penutupan24 Ogos
Pembukaan dirasmikan olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Penutupan dirasmikan olehAnwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Stadium utama
Laman sesawangwww.sukmasarawak2024.my/web/home/index/
MSN 2026 (Selangor) →

Sukan Malaysia 2024 juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-21 (XXI) merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Sarawak.[2][3][4] Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), sejak kali pertama pada 1990 dan kali kedua pada 2016,[5] dan selepas Sarawak tahun 2024, pada tahun 2026 ialah giliran Majlis Sukan Negara (MSN), dan Kelantan mendapat giliran pada tahun 2028, untuk menambah masa bagi persiapan Sukan Malaysia.[6][7][8]

Sukan Malaysia 2024 juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-21 (XXI) merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Sarawak.[1][2][3] Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), sejak kali pertama pada 1990 dan kali kedua pada 2016,[4] dan selepas Sarawak tahun 2024, pada tahun 2026 ialah giliran Majlis Sukan Negara (MSN), dan Kelantan mendapat giliran pada tahun 2028, untuk menambah masa bagi persiapan Sukan Malaysia.[5][6][7]

Rancangan awal

[sunting | sunting sumber]

Johor sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-20 temasya itu pada Julai 2020, tetapi ditangguhkan kerana Pandemik COVID-19 menyaksikan edisi ke-20 telah diambil alih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada September 2022.[9][10]

2 Negeri Hos

[sunting | sunting sumber]

Semasa mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukma, yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada 15 Mei 2015, jawatankuasa itu telah menganugerahkan Perak dan Johor hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia 2018 dan Sukan Malaysia 2020 (yang ditangguhkan ke 2022, diadakan di Kuala Lumpur kerana pandemik COVID-19) masing-masing.[11]

Tempat awal

[sunting | sunting sumber]

Pada 2016, kerajaan negeri Johor sudah mula membina lokasi baharu bagi menyediakan negeri menganjurkan acara sukan itu dan merancang melibatkan kesemua 10 daerah dari negeri itu. Ini termasuk stadium sukan yang akan dibina di Gunung Austin.[12][13]

Organisasi

[sunting | sunting sumber]

Negeri hos

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sukma 2024 selepas dipersetujui secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia bagi menganjurkan sukan dwi-tahunan tersebut. Jawatankuasa yang dipe­ngerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pemilihan Sarawak bagi penganjuran Sukma tahun depan turut berpandukan sistem penggiliran.[14]

Pada tahun 2023, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersedia untuk melakukan peruntukan, dalam persiapan Sarawak, sebagai tuan rumah Sukan Malaysia 2024.[15] Satu mesyuarat juga telah menetapkan bahawa temasya ini akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri kecuali acara basikal trek yang akan diadakan di Semenanjung.[16] Kemudian pada November 2023, Premier mengumumkan peruntukan sebanyak RM119.35 juta untuk penganjuran temasya tersebut.[17]

Pada 18 Januari 2024, Abdul Karim Rahman Hamzah mengumumkan acara Sukma 2024 akan diadakan di sembilan bahagian Sarawak.[18]

Pusat Akuatik Pandelela Rinong.
Arena Dalaman Pelbagai Guna Sarawak, tempat penganjuran acara boling padang.
Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang akan menganjurkan acara gimnastik.
Acara badminton akan diadakan di Stadium Tertutup Sibu.
Acara bola jaring akan diadakan di Politeknik Mukah.
Bahagian Tempat Pertandingan Jenis Sukan
Kuching
Kompleks Sukan Sarawak
Stadium Sarawak Upacara pembukaan, olahraga
Pusat Akuatik Pandelela Rinong Akuatik (renang dan terjun)
Banjaran Menembak Sarawak Menembak
Banjaran Memanah Sarawak Memanah
Pusat Skuasy Sarawak Skuasy
Arena Dalaman Serba Guna Sarawak Boling padang
Pusat Wushu Wushu
Stadium Hoki Petra Jaya Hoki padang
Stadium Negeri Sarawak Bola sepak (wanita)
Stadium Perpaduan Petra Jaya Taekwondo, Upacara penutupan
Padang Kriket dan Ragbi Kriket
Lainnya
Pusat Konvesyen Borneo Kuching Gimnastik
Bukit Siol, Petra Jaya Lumba basikal (MTB & BMX)
Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem (Lebuhraya FAC) & Politeknik Kuching Sarawak Lumba basikal (ujian masa individu, criterium & jalan)
Kelab Sarawak Golf Golf
Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak E-sukan
Pusat Petanque Sarawak Petanque
Megalanes, Emart Batu Kawa Boling
Persatuan Tenis Lawn Sarawak (SLTA) Tenis
Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Bola Keranjang
Pusat Acara Pertukaran Hikmah Silambam
SJK Chung Hua 3 Ping pong
Balai Rakyat Lundu Kabaddi
Union YES Retreat & Training Centre @ Siar Bola tampar pantai
Samarahan
Dewan Jubli, UiTM Samarahan Catur
Stadium Tertutup Kota Samarahan Futsal
Serian
Pusat Persidangan Serian Gimnastik (artistik)
Sri Aman
Stadium Tertutup Simanggang Tinju
Betong
Dewan Panglima Rentap Angkat berat
Sibu
Stadium Tertutup Sibu Badminton
Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu Bola tampar
Stadium Tun Zaidi Bola sepak (lelaki)
Mukah
Stadium Mukah Bola sepak (lelaki)
Padang Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Bola sepak (lelaki)
Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Bola sepak (lelaki)
Dewan Sri Balau, UiTM Mukah Judo
Politeknik Mukah Bola jaring
Bintulu
Stadium Bintulu Bola sepak (lelaki)
Naim Bintulu Paragon Muay Thai
Stadium Muhibbah Sepak takraw
Miri
Teluk Marina Lumba layar
Stadium Miri Ragbi
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Karate & softball (lelaki)
Eastwood Valley dan Country Club Lawan pedang
SK Merbau Softball (wanita)
Stadium Tertutup Miri Pencak silat

Perkampungan atlet

[sunting | sunting sumber]

Larian baton

[sunting | sunting sumber]

Larian baton (yang menyerupai obor) telah diadakan di seluruh negeri, bermula di Lawas pada 27 April 2024 dan berakhir di Kuching pada 23 Jun 2024.[22]

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Logo rasmi, maskot dan lagu dipilih menerusi pertandingan anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan telah diumumkan semasa majlis pelancaran di Hotel Pullman, Kuching pada 9 Mac 2024.[23]

Logo rasmi temasya ini menampilkan bayang obor, dengan tiga warna berdasarkan bendera negeri Sarawak, iaitu merah (di bahagian atas api obor dan bahagian genggaman), kuning (di bahagian bawah api obor) dan hitam (di bahagian antara api obor dan genggaman), dengan cogan kata "Semangat Perpaduan Membara".[24][25] Logo rasmi ini telah direka oleh Azrilalfatt Hassim.[23]

Maskot rasmi bagi temasya ini adalah dua ekor burung enggang berpasangan, yang bernama Satria dan Satrina, yang direka oleh Ikhbar Ruzaini Abang @ Ebai dengan kerjasama Perbadanan Hutan Sarawak (SFC).[24][25] Maskot ini menggabungkan pewarna yang kompleks sambil kekal setia kepada warna bendera Sarawak: merah, kuning, dan hitam. Pereka bentuk itu mencipta sejumlah 47 ikon maskot berbeza, menggambarkannya dalam pelbagai aksi sukan, dengan 37 ikon mewakili sukan yang berbeza dan 10 ikon khusus untuk temasya Para Sukma.[23]

Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi temasya ini bertajuk Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan dan digubah oleh Kaderi Awang Lihi.[23]

Aplikasi mudah alih

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2024, Abdul Karim Rahman Hamzah melancarkan aplikasi mudah alih rasmi Sukma Sarawak 2024, yang pertama untuk permainan Sukma. Aplikasi ini mengandungi maklumat terperinci tentang sukan, termasuk jadual acara, profil atlet, keputusan dan pungutan pingat.[26]

Majlis perasmian

[sunting | sunting sumber]

Majlis perasmian akan diadakan di Stadium Sarawak pada 17 Ogos 2024.[27] 15,000 tiket masuk akan diedarkan kepada orang ramai secara percuma oleh Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak.[28] Majlis perasmian akan mencerminkan rasa perpaduan yang holistik, di bawah konsep Matlamat Perpaduan Membara. Seramai 1,800 peserta termasuk ahli pelbagai persatuan, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah akan mengambil bahagian dalam acara itu.[29] Majlis perasmian akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia, TVS dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).[27][30]

Upacara penutupan

[sunting | sunting sumber]

Upacara penutupan telah diadakan di Stadium Perpaduan pada 24 Ogos 2024.[31][32][33]

Negeri yang mengambil bahagian

[sunting | sunting sumber]

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]
  • Jadual sementara mungkin berbeza berbanding Takwim terkini
  • Tertakluk kepada keadaan cuaca
OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Ogos 2024 12
Isn
13
Sel
14
Rab
15
Kha
16
Jum
17
Sab
18
Aha
19
Isn
20
Sel
21
Rab
22
Kha
23
Jum
24
Sab
Pingat
Upacara OC CC
Akuatik Renang 8 9 8 8 8 41
Terjun 2 3 3 2 2 12
Angkat berat 3 3 3 3 4 16
Badminton 1 5 6
Bola jaring 1 1
Bola keranjang 5 lawan 5 2 2
3 lawan 3 2 2
Bola sepak Bola sepak 1 1 2
Futsal 1 1
Bola tampar Dewan 2 2
Pantai 2 2
Boling padang 4 1 4 9
Boling sepuluh pin 2 2 1 2 2 2 11
Catur 2 2 6 10
E-sukan 1 1 1 1 3 7
Gimnastik Gimnastik 2 2 5 5 14
Gimrama 1 1 5 7
Golf 4 4
Hoki padang 2 2
Judo 4 7 7 18
Kabaddi 1 1 2
Karate 7 8 2 17
Kriket 1 2 3
Lawan pedang 2 2 2 3 3 12
Lumba basikal Lebuhraya 2 2 2 2 8
BMX 2 2
Bukit 2 3 5
Lumba layar 14 14
Memanah 4 2 4 4 14
Menembak 6 6 4 6 2 24
Muay Thai 4 14 18
Olahraga 9 13 8 10 7 47
Pencak Silat 8 20 28
Petanque 2 2 3 4 2 13
Pingpong 2 2 2 6
Ragbi Tujuh Sebelah 2 2
Sepak Takraw 1 1 4 2 8
Silambam 4 10 10
Skuasy 2 1 2 1 6
Sofbol 2 2
Taekwondo 5 6 6 6 2 25
Tenis 1 5 6
Tinju 8 7 15
Wushu 6 8 14 28
Acara pingat harian 0 0 8 12 28 24 35 57 81 44 75 82 42 488
Jumlah terkumpul 0 0 8 20 48 72 107 164 245 289 364 446 488 488
Ogos 2024 12
Isn
13
Sel
14
Rab
15
Kha
16
Jum
17
Sab
18
Aha
19
Isn
20
Sel
21
Rab
22
Kha
23
Jum
24
Sab
Acara

Pungutan pingat

[sunting | sunting sumber]

Catatan: Sukan Malaysia 2024, diadakan dari 17 hingga 24 Ogos 2024.

Jumlah pingat Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digabungkan menjadi "Wilayah Persekutuan", dan Brunei ialah satu-satunya pasukan luar negara yang menyertai Sukan Malaysia:

Rujukan: Pungutan Pingat SUKMA 2024

  • 488 set pingat ditawarkan.[34]
  • Dua pingat gangsa dianugerahkan dalam acara Tinju (14),[35] Judo (18),[36] Karate (17),[37] Muay Thai (14),[38] Pencak Silat (28),[39] Silambam (8),[40] Taekwondo (24)[41] dan Wushu (8).[42]
  • Perkongsian pingat emas dalam acara Gelang Lelaki Gimnastik Artistik (tiada pingat perak dianugerahkan).[43]
  • Perkongsian pingat gangsa dalam acara Palang Tunggal Lelaki dan Melombol Lelaki Gimnastik Artistik dan Berirama Tanpa Senjata Campuran Silambam.

  *   Tuan rumah (Sarawak)

Jumlah pingat Sukan Malaysia 2024 (SUKMA 2024)
KedudukanPasukanEmasPerakGangsaJumlah
1 Sarawak*765570201
2 Wilayah Persekutuan756572212
3 Selangor566461181
4 Pulau Pinang414552138
5 Terengganu413647124
6 Johor354258135
7 Perak353857130
8 Sabah293655120
9 Pahang23213276
10 Kedah21192868
11 Negeri Sembilan19132456
12 Melaka17233070
13 Perlis12151643
14 Kelantan7131737
15 Brunei2237
Jumlah (15 pasukan)4894876221598

Penyiaran

[sunting | sunting sumber]

20 daripada 37 sukan yang dipertandingkan pada temasya itu akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia, TVS dan Astro Arena.[44]

  1. ^ "Sukma XXI:Spirit of Unity Sportsmanship to shine at Sarawak Flag Handover Ceremony on Aug 3". dayakdaily.com. 26 July 2024.
  2. ^ Sarawak sah menjadi Tuan Rumah SUKMA 2024
  3. ^ BERNAMA (20 Februari 2023). "Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah Sukma 2024". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 21 Februari 2023. PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ "Delayed by Covid, Sukma games to be held from Sept 29-0ct 8".
  5. ^ "Sarawak hosts of SUKMA 2024". Bernama. February 20, 2023.
  6. ^ BERNAMA (16 Mac 2023). "Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Menurutnya Sukma 2026 akan dianjurkan oleh MSN manakala Kelantan bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ Helmi Taklah (17 Mac 2023). "MSN beri Kelantan masa tambahan". www.bharian.com.my. Berita Harian (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerusi satu kenyataan, berkata keputusan supaya Kelantan menjadi tuan rumah SUKMA 2028 adalah demi memberikan masa tambahan kepada kerajaan negeri menyiapkan infrastruktur sukan bagi penganjuran tersebut.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  8. ^ "Sarawak hosts of SUKMA 2024". Bernama. February 20, 2023.
  9. ^ "Cost-effective plan for Sukma 2020 Johor starts preparations early to minimise problems and ensure games go on smoothly".
  10. ^ "Johor injects funds for 2020 Sukma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 2017-04-02.
  11. ^ "Perak, Johor host Sukma 2018, 2020". Sinar Harian. 14 May 2015.
  12. ^ "Gelanggang acara Sukma 2020 known for sure". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 2020-02-14.
  13. ^ "Johor builds stadium hos Sukma 2020".
  14. ^ MUHAMMAD HELMEE RAMLI (17 Mac 2023). "Sarawak dipilih tuan rumah Sukma 2024". www.kosmo.com.my. KOSMO (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  15. ^ GALILEO PETINGI (17 Mac 2023). "Abg Jo: Sarawak to provide support allocation for hosting Sukma 2024". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023. Sarawak will be providing support in terms of allocation to better fund the Malaysia Games (Sukma) to be hosted by the state next year, said Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  16. ^ "Sukma 2024: Lima sukan tambahan dipertandingkan". Sinar Harian. 2023-06-12. Dicapai pada 2023-12-16.
  17. ^ Nur Shazreena Ali (20 November 2023). "RM119.35 mln for Sukma 2024 reflects S'wak's drive to excel in biennial games". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 3 April 2024. Aiming to become the Sukma champion again, we have allocated a sum of RM69.35 million to the MSNS for equipping our athletes with the finest sporting equipment, reinforcing them with physical and mental endurance by exposing them to the latest and current sporting, competitions and training trends. Operations-wise, a sum of RM50 million will be allocated to the SSC for the development of sports talents and all the activities, as well as sports infrastructures, said Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  18. ^ Andy Chua Chee Hian (11 March 2024). "Sukma 2024 events to be held in nine Sarawak divisions" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 12 March 2024. "Sukma events this year will take place in Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, and Miri. It is spread out so more people can attend each event," said Datuk Abdul Karim Hamzah.
  19. ^ Sam Chua (12 March 2024). "Sukma XXI: Sarawak Sports Village to be completed by end of April (Video)" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Dicapai pada 13 March 2024.
  20. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MSNstatementmay2024
  21. ^ a b c d "Naik taraf semua fasiliti Sukma Sarawak 2024 siap Jun". Bernama. 26 March 2024. Dicapai pada 3 April 2024.
  22. ^ "Sukma 2024: Baton relay kicks off in Lawas, to arrive in Kuching on June 23". Dayak Daily. 27 April 2024. Dicapai pada 18 June 2024.
  23. ^ a b c d Jude Toyat (2024-03-09). "Sukma 2024 mascots revealed". The Borneo Post. Dicapai pada 2024-03-12.
  24. ^ a b Shikin Louis (9 Mac 2024). "Mascots Satria, Satrina return with fiery look for Sukma 2024". dayakdaily.com. Dayak Daily (Malaysia). Dicapai pada 10 Mac 2024. Satria and Satrina, two Rhinocheros Hornbills mascots who encapsulate the spirit of sportsmanship, are now back with a new style in conjunction with the upcoming Malaysian games (Sukma).
  25. ^ a b JUDE TOYAT (9 Mac 2024). "Sukma 2024 mascots revealed". www.theborneopost.com. The Borneo Post (Malaysia). Dicapai pada 10 Mac 2024. The unveiling took place during the launch of Sukma 2024 at Pullman Hotel here today, where Sarawak Youth, Sports and Entrepreneur Development Minister Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah presented the prizes to the mascots’ designer, Ikhbar Ruzaini Abang@Ebai.
    Ikhbar, a 42-year-old freelance designer, was awarded a cash prize of RM10,000 and a trophy for his innovative design.
    In addition to Ikhbar’s achievement, the launching ceremony celebrated the contributions of two other winners.
    Azrilalfatt Hassim was recognised for creating Sukma 2024’s new logo, receiving a cash prize of RM10,000 and a trophy.
    Meanwhile, Kaderi Awang Lihi was honored for composing the official song titled ‘Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan’, bagging a cash prize of RM20,000 and a trophy.
  26. ^ Sharon Ling (2024-08-09). "Sarawak launches Sukma 2024 app for real-time updates". The Star. Dicapai pada 2024-08-12.
  27. ^ a b Neville Timothy Sanders (2024-08-03). "TVS prepared for full coverage of SUKMA". New Sarawak Tribune. Dicapai pada 2024-08-06.
  28. ^ Kentigern Minggu (2024-08-05). "Sukma opening ceremony tickets to be given for free on Aug 12-13 at Stadium Sarawak". The Borneo Post. Dicapai pada 2024-08-06.
  29. ^ "Sukma 2024: Opening ceremony to showcase Sarawak's unique culture, identity". The Borneo Post. 2024-08-07. Dicapai pada 2024-08-07.
  30. ^ Nursyabiha Sukri (18 Ogos 2024). "Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-gemilang SUKMA 2024". Bernama. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  31. ^ Nursyabiha Sukri (24 Ogos 2024). "'Selamat Jalai' Sarawak, Jumpa Di Selangor 2026". Bernama. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  32. ^ Vikneswaran Raman (24 Ogos 2024). "Sarawak Juara Keseluruhan SUKMA 2024". Bernama. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  33. ^ Vikneswaran Raman (24 Ogos 2024). "Andrew, Chen Jie Diumum Atlet Terbaik SUKMA 2024". Bernama. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  34. ^ "Laman induk sistem keputusan".
  35. ^ "Keputusan Tinju".
  36. ^ "Keputusan Judo".
  37. ^ "Keputusan Karate".
  38. ^ "Keputusan Muay Thai".
  39. ^ "Keputusan Pencak Silat".
  40. ^ "Keputusan Silambam".
  41. ^ "Keputusan Taekwondo".
  42. ^ "Keputusan Wushu".
  43. ^ "Keputusan Gimnastik".
  44. ^ "Popular sports SUKMA XXI broadcast live on TVS, RTM".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
MSN (Wilayah Persekutuan)
Sukan Malaysia
Sarawak

Sukan Malaysia XXI (2024)
Diikuti oleh:
MSN (Selangor)