Gabungan Rakyat Sabah

pakatan parti politik di Sabah, Malaysia
(Dilencongkan daripada Keahlian terus GRS)

Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ݢابوڠن رعيت سابه, disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS[17], ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia. Gabungan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan perlembagaan yang membenarkan keangotaan terus terhadap ahli politik tanpa menyertai parti komponen di dalam gabungan tersebut.[18][19] Di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah merupakan gabungan parti yang mempunyai formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempromosikan kesatuan diantara presiden parti tempatan dan rakyat tempatan.[20][21] Kubu-kubu kuat parti GRS dari segi sokongan rakyat ialah kawasan pedalaman Sabah, kawasan pantai timur Sabah dan separuh kawasan pantai barat Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah
ݢابوڠن رعيت سابه
Nama Bahasa InggerisSabah People's Coalition
SingkatanGRS
PresidenDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[1]
(2021-2022)
Majlis Presiden GRS (MPGRS)[2]
(Secara rasmi pada 2022)
PengerusiDatuk Seri panglima Haji Hajiji Noor[3]
Setiausaha agungDatuk Seri Panglima Masidi Manjun
Timbalan PengerusiDatuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia,
Datuk Seri Anifah Aman,
Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah,
Datuk Chin Su Phin,
PengasasDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2020 - 2021) (sebagai pakatan pilihan raya)[4]
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2022) (sebagai gabungan politik yang berdaftar dengan JPPM)[5]
Ditubuhkan12 September 2020[6]
Didaftarkan26 Februari 2022[7]
Disahkan11 Mac 2022[8][9]
GabunganGBS + UBA + IND
PecahanBarisan Nasional (BN)[10]
Perikatan Nasional (PN)
Bersatu Cawangan Semenanjung Malaysia (Pusat) (BERSATU)
Parti tempatan bersekutu (Sabah)
Didahului olehGabungan Bersatu Sabah (GBS)[11]
Barisan Nasional (BN)[12]
Ibu pejabatLot 57 G7
Lorong Plaza Permai 2
Alamesra
88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
AkhbarMedia Rakyat Kiulu[13]
USNO Online[14]
IdeologiRegionalisme Sabah
Perjanjian 20 Perkara Sabah
Menjaga hak bumiputera tempatan di Sabah
Penggabungan kebangsaanParti komponen:
  • Sabah GAGASAN (sejak Disember 2022)
  • Sabah PBS (sejak Mac 2022)
  • Sabah STAR (sejak Mac 2022)
  • Sabah SAPP (sejak Mac 2022)
  • Sabah USNO (sejak Mac 2022)
  • Sabah PHRS (sejak April 2023)
  • Sabah LDP (sejak April 2023)
  • Sabah PCS (sejak Mei 2024)[15]

Rakan gabungan:

Warna     Biru
Slogan"Sayangi Sabah"
(PRN 2020)
"Sabah Maju Jaya"
(sejak 2020)
"Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah Unity"
(selepas didaftarkan)[16]
Dewan Negara
2 / 70
Dewan Rakyat
(Kerusi Sabah dan Labuan)
6 / 26
Dewan Undangan Negeri Sabah
42 / 79
Ketua Menteri Sabah
1 / 1
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
GRS Official Facebook group

Maklumat lanjut

sunting

Parti gabungan GRS telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022[22] oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan penggunaan logo GRS telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[23] Parti Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada 8 parti komponen rasmi iaitu Gagasan Rakyat Sabah, PBS, SAPP, STAR, USNO, LDP, PHRS, dan PCS berserta keahlian terus GRS.[24][25][26][27]

GRS merupakan gabungan parti politik tempatan di Sabah yang mempunyai komponen parti terbanyak di Malaysia dengan memiliki kerjasama lebih dari 8 parti tempatan dalam gabungan itu.

Gabungan yang pada awalnya menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah, parti-parti tempatan bersekutu dan ahli-ahli politik bebas ini telah memenangi majoriti kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 September 2020 dan berjaya membentuk kerajaan di Sabah.

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), bekas parti bersekutu dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[28]

Parti GRS menjadi parti gabungan tempatan kedua yang berdaftar memerintah Sabah selepas Gabungan Pasok-PBS pada 1985.[29][30][31]

Sejarah

sunting

Kebangkitan perikatan politik terbesar di Sabah

sunting

Gabungan ini telah diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020.[32] Perikatan politik ini telah dipersetujui sebahagian besar kepemimpinan politik di Sabah atas sebab dasar "gabungan tempatan" yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili pada 12 September 2020. Penganalisis politik bebas di Sabah juga turut bersetuju tentang penubuhan gabungan ini atas sebab kemahuan rakyat yang menginginkan gabungan parti tempatan yang sama seperti ideologi Gabungan Parti Sarawak yang lebih mengutamakan kemajuan sesebuah negeri.[33]

Pada awalnya (sebelum didaftarkan), gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya diantara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada Parti PBRS, MCA, UMNO; Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti STAR, SAPP, BERSATU Sabah, parti-parti tempatan bersekutu PN (termasuk GAGASAN serta PCS) dan sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS)[34][35].

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan raya negeri Sabah 2020 dan berjaya mengukuhkan kedudukan berorganisasi dalam membentuk sebuah pakatan tempatan Sabah. BERSATU, PAS dan UMNO serta parti-parti luar negeri kemudiannya tidak termasuk, tidak dibenarkan dan tidak tersenarai dalam organisasi GRS yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 2022.[36][37][38]

Memorandum persefahaman menghadapi pilihan raya negeri

sunting

Pada 9 Januari 2021, satu memorandum persefahaman antara semua parti yang bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh para pemimpin parti. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguatkan lagi ikatan antara parti bagi mengukuhkan gabungan tersebut yang telah memenangi pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu. Gabungan ini tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku dalam gabungan di Semenanjung Malaysia dan menolak sebarang campur tangan dari luar Sabah.[39][40]

Pendaftaran sebagai parti politik rasmi

sunting

Pada 24 November 2021, Datuk Salleh Said Keruak yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyatakan untuk mendaftar & merasmikan gabungan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.[41]

Pada 25 November 2021, kebanyakan pemimpin GRS bersetuju dengan kenyataan Datuk Salleh Said Keruak untuk merasmikan & mendaftarkan gabungan ini sebagai "parti gabungan politik". Pemimpin yang bersetuju termasuk Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Yong Teck Lee, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia dan presiden parti lain juga bersetuju.[42][43][44]

Pada 26 November 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahagian Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menyatakan bahawa semua kepemimpinan PBS bersetuju dan menginginkan gabungan ini bukan sahaja dirasmikan tetapi didaftarkan sebagai sebuah entiti gabungan parti politik di Sabah yang sah untuk elak pertembungan dan mengukuhkan pandangan politik penyokong-penyokong Gabungan Rakyat Sabah.[45][46]

Kelulusan pendaftaran

sunting

JPPM telah meluluskan pendaftaran GRS sebagai sebuah gabungan rasmi parti politik di Sabah. GRS telah menerima sijil kelulusan daripada JPPM pada 11 Mac 2022 selepas mengemukakan permohonan beberapa minggu sebelumnya dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah[47]

Parti gabungan ini juga menjadi gabungan politik tempatan kedua di Sabah yang diluluskan secara rasmi oleh JPPM.[48] Sebelum ini, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) pernah menghantar surat pendaftaran gabungan tersebut tetapi tidak diluluskan[49]. Gabungan Pasok-PBS merupakan gabungan pertama didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 namun dibubarkan selepas berlaku perpecahan di dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994 hasil dari lompatan sesetengah pemimpin Parti berkenaan.[50]

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini juga telah didaftarkan dengan perlembagaan Keahlian terus GRS yang membenarkan ahli politik bebas untuk menyertai gabungan tersebut secara langsung walaupun tanpa parti komponen.[51] Sejak bulan April 2023, sokongan dan akar umbi Parti Gabungan Rakyat Sabah semakin berkembang luas dan parti komponen semakin bertambah. Gabungan ini terdiri daripada GAGASAN, PBS, SAPP, STAR, LDP, PHRS, PCS, bekas parti tempatan bersekutu, dan USNO berserta Keahlian terus GRS (Direct membership).[52][53][54][55]

Pada 9 Mei 2022, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah berjaya diterima sebagai parti komponen baharu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menjadi parti tempatan pertama yang diluluskan oleh kepimpinan sedia-ada GRS untuk menjadi anggota gabungan tersebut, diikuti dengan PHRS dan LDP yang telah diluluskan keanggotaan parti pada 5 April 2023.[56][57]

Kejatuhan BERSATU Sabah

sunting

Pada 10 Disember 2022, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti pada hari itu. Dalam hal ini, para pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada hari itu.[58] Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat di peringkat ADUN Sabah juga keluar dan meninggalkan parti induk.[59]

Hajiji Noor dan pihak kepemimpinan GRS mengumumkan untuk merasmikan GRS sebagai satu gabungan lokal di Sabah secara total tanpa penglibatan parti-parti luar Sabah. Selepas sahaja keluarnya BERSATU Sabah dari GRS, timbul khabar angin mengatakan bahawa bekas-bekas ahli BERSATU Sabah akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), namun presiden semasa PGRS Stephen Jacob Jimbangan menyatakan bahawa mereka belum dapat panggilan dari kepemimpinan tertinggi bekas ahli BERSATU Sabah untuk menyertai PGRS, dan dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan PGRS akan menjadi platform baharu bagi bekas-bekas ahli berkenaan. Beliau juga berkata, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya PGRS dijadikan komponen dan platform baharu mereka sekiranya demi kebaikan rakyat Sabah, dan ini juga disetujui pihak kepemimpinan tertinggi PGRS.[60][61]

Menjadi parti gabungan politik tempatan yang bersepadu sepenuhnya

sunting

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[62] Gabungan Rakyat Sabah (GRS), rakan kongsi utama dalam gabungan kerajaan negeri kini dalam kedudukan lebih kukuh apabila pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu, kata penganalisis politik Lee Kuok Tiung. Menurut Lee, ia membolehkan GRS dianggap sebagai parti tempatan sepenuhnya. Beliau turut menyifatkan keputusan ADUN dan Ahli Parlimen Bersatu Sabah meninggalkan parti itu sebagai tindakan bijak kerana tiada siapa boleh menuduh GRS sebagai parti pimpinan Bersatu yang berselindung di sebalik parti tempatan Sabah. “Ia kini parti tempatan dan bukan itu sahaja, saya percaya ia akan membantu mengukuhkan blok Borneo dengan kerjasamanya dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Lee juga menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor akan tumbang kerana kononnya kehilangan majoritinya di DUN. Sebaliknya, katanya, kedudukan Hajiji telah diperkukuhkan lagi kerana dia dan ahli Bersatu lain telah menjadi ahli GRS.[63]

Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah

sunting

Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) secara rasmi pada 29 Januari 2023. Ketua Menteri yang juga merupakan Ketua dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. Bekas Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu menjelaskan, Gagasan Rakyat juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 dan Hajiji telah diterima baik dalam parti berkenaan.[64][65]

Keanggotaan

sunting

Keanggotaan GRS terbahagi kepada dua, keanggotaan parti politik dan keanggotaan individu (anggota terus).[66][67]

Keanggotaan individu

sunting
 
Logo rasmi Pertubuhan Keahlian terus GRS.[68]

Perlembagaan GRS membolehkan seseorang individu menjadi ahli terus dalam parti. Anggota parti layak bertanding atas tiket parti tanpa menduduki mana-mana parti komponen dalam gabungan berkenaan.[69] Menurut perlembagaan yang didaftarkan dalam Gabungan Rakyat Sabah, pengerusi semasa gabungan ialah ketua dan sekaligus presiden bagi parti keahlian individu GRS (iaitu yang mengawal keahlian individu dan sekaligus mengawal keangotaan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah).[70][71] Tujuan "perlembagaan keahlian terus" ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan akar umbi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu, perlembagaan ini juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pengundi luar pagar, ahli politik tidak berparti (Bebas) dan juga keanggotaan parti agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diperkukuhkan. Perlembagaan ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 11 Mac 2022 dan disahkan pada 12 Mac 2022 oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Keanggotaan parti politik

sunting

Berikut ialah parti anggota bagi GRS:

Lambang Parti politik Akronim Presiden Tempoh keanggotaan
Anggota
  Parti Gagasan Rakyat Sabah GAGASAN Hajiji Noor 9 Disember 2022[72] - kini
 
Parti Bersatu Sabah PBS Maximus Ongkili 11 Mac 2022[73] - kini
 
Parti Solidariti Tanah Airku STAR Jeffrey Kitingan 11 Mac 2022[74] - kini
 
Parti Maju Sabah SAPP Yong Teck Lee 11 Mac 2022[75] - kini
 
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu USNO Pandikar Amin Mulia 9 Mei 2022[76] - kini
  Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS Liew Yun Fah 5 April 2023[77] - kini
  Parti Liberal Demokratik LDP Chin Su Phin 5 April 2023[78][79] - kini
  Parti Cinta Sabah PCS Anifah Aman 22 Mei 2024[80] - kini
Bekas anggota
 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Sabah BERSATU Sabah Hajiji Noor
(letak jawatan)
Ronald Kiandee
(selepas digugurkan keangotaan parti)
11 Mac 2022 - 11 Disember 2022[81]

Perwakilan

sunting

Dewan Negara

sunting

Dewan Negara

2 / 70
Lantikan Ahli Parti Tempoh Penggal Catatan
  Dewan Undangan Negeri Sabah Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk GRS (GAGASAN RAKYAT) 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 Kedua
  Yang di-Pertuan Agong Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan GRS (GAGASAN RAKYAT) 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 Pertama
  Yang di-Pertuan Agong Anifah Aman, YB Senator Datuk GRS (PCS) 20 March 2023 - 19 March 2026 Pertama

Dewan Rakyat

sunting

Dewan Rakyat

6 / 222

GRS mempunyai 6 orang ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah.

No. Kawasan Parlimen Ahli Yang Berhormat Parti Catatan
P175 Papar Armizan Mohd Ali, Dato' Dr Anggota terus GRS Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
P178 Sipitang Matbali Musah, Datuk Anggota terus GRS
P179 Ranau Jonathan Yasin, Datuk Anggota terus GRS
P180 Keningau Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. STAR
P185 Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan, Tuan Anggota terus GRS Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
P190 Tawau Lo Su Fui, Tuan PBS

Dewan Undangan Negeri Sabah

sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah

42 / 73
No. Kerusi Parlimen No. Dewan Undangan Negeri Nama Parti Catatan
P167 Kudat N1 Banggi Mohammad Mohamarin GAGASAN
N3 Pitas Ruddy Awah GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
N4 Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin GAGASAN
P168 Kota Marudu N5 Matunggong Julita Mojungki PBS Pembantu Menteri Negeri
N7 Tandek Hendrus Anding PBS Pembantu Menteri Negeri
P169 Kota Belud N8 Pintasan Fairuz Renddan GAGASAN
N9 Tempasuk Mohd Arsad Bistari GAGASAN
P170 Tuaran N12 Sulaman Hajiji Noor GAGASAN Ketua Menteri
N13 Pantai Dalit Jasnih Daya GAGASAN
N14 Tamparuli Jahid Jahim PBS Menteri Negeri
N15 Kiulu Joniston Bangkuai PBS Pembantu Menteri Negeri
P173 Putatan N23 Petagas Awang Ahmad Sah Awang Sahari GAGASAN
P175 Papar N27 Limbahau Juil Nuatim Anggota terus GRS
N28 Kawang Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar GAGASAN
P176 Kimanis N31 Membakut Mohd Arifin Mohd Arif GAGASAN Menteri Negeri
P177 Beaufort N32 Klias Isnin Aliasnih GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
N33 Kuala Penyu Limus Jury GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P178 Sipitang N34 Lumadan Ruslan Muharam PBS
N5 Sindumin Yusof Yacob GAGASAN
P179 Ranau N36 Kundasang Joachim Gunsalam PBS Timbalan Ketua Menteri
N37 Karanaan Masidi Manjun GAGASAN Menteri Negeri
N38 Paginatan Abidin Madingkir STAR Pembantu Menteri Negeri
P180 Keningau N39 Tambunan Jeffrey Kitingan STAR Timbalan Ketua Menteri
N40 Bingkor Robert Tawik @ Nordin STAR Pembantu Menteri Negeri
N41 Liawan Annuar Ayub STAR
P181 Tenom N43 Kemabong Rubin Balang GAGASAN
P182 Pensiangan N44 Tulid Flovia Ng STAR Pembantu Menteri Negeri
N45 Sook Ellron Alfred Angin STAR Menteri Negeri
N46 Nabawan Abdul Ghani Mohamed Yassin GAGASAN
P183 Beluran N47 Telupid Jonnybone Kurum PBS
N49 Labuk Samad Jambri GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P185 Batu Sapi N54 Karamunting Hiew Vun Zin GAGASAN
P187 Kinabatangan N57 Kuamut Masiung Banah GAGASAN
P188 Lahad Datu N63 Kunak Norazlinah Arif GAGASAN
P190 Tawau N67 Balung Hamid Awang GAGASAN
N68 Apas Nizam Abu Bakar Titingan GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P191 Kalabakan N70 Kukusan Rina Jainal PHRS
N73 Sebatik Hassan A Gani Pg Amir GAGASAN
Anggota Dilantik Jaffari Waliam GAGASAN
Anggota Dilantik Amisah Yassin GAGASAN
Anggota Dilantik Yong Teck Lee SAPP
Jumlah Sabah (42)

Senarai Menteri

sunting
Portfolio Office Bearer Party Constituency
Minister of Domestic Trade and Costs of Living Datuk Armizan Mohd. Ali MP GRS Papar
Portfolio Office Bearer Party Constituency
Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture Khairul Firdaus Akbar Khan MP GRS Batu Sapi

Senarai ketua GRS pusat

sunting
 
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diasaskan oleh Hajiji Noor (gambar) pada tahun 2020, dan seterusnya menjadi pengasas penaja utama GRS pada tahun 2022.[82]

Pengasas utama

sunting
Pengasas Tahun
Hajiji Noor 2020-2021
(sebagai pakatan pilihan raya)
Hajiji Noor 2022
(sebagai gabungan berdaftar rasmi dengan JPPM)

Pengerusi

sunting
Ketua gabungan
(Pengerusi)
Parti Dalam jawatan Lepas jawatan
1. Hajiji Noor
(pemegang pengerusi sulung)
BERSATU Sabah (2020-2022) 2020-2021 (Tidak rasmi)
11 Mac 2022 (Rasmi)
11 Disember 2022
2. Hajiji Noor[83] Gabungan Rakyat Sabah 12 Disember 2022 29 Januari 2023
3. Hajiji Noor[84] Parti Gagasan Rakyat Sabah 29 Januari 2023 Penyandang

Kepimpinan

sunting

Organisasi kepimpinan utama GRS

sunting

Berikut ialah organisasi GRS pada 2023.

Keputusan pilihan raya umum

sunting

Dewan Rakyat

sunting
Pilihan raya umum Jumlah kerusi menang Jumlah kerusi ditandingi Jumlah pengundi Peratusan pengundi Keputusan Pilihan raya Ketua Pilihan raya
2018
(Sebagai gabungan tidak rasmi)
2 / 222
5 89,876 0.52% 2 kerusi; Kerajaan Jeffrey Kitingan & Joseph Pairin Kitingan
2022
6 / 222
13 194,324 1.25% 4 kerusi; Kerajaan Hajiji Noor

Keputusan pilihan raya negeri

sunting
Pilihan raya negeri Sabah Jumlah kerusi dimenangi Jumlah kerusi ditandingi Bilangan undian Peratusan undian Hasil (Outcome) pilihanraya Ketua pilihanraya
2020
39 / 79
51 873,298 4.03% 4 seats; State governing coalition
(Gabungan Rakyat Sabah)
Hajiji Noor

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat kata pengerusi dan presiden GRS, Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
  2. ^ FMT (Free Malaysia Today) (30 November 2020). "Majlis Presiden GRS". Free Malaysia Today. Dicapai pada 24 August 2023.
  3. ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat kata pengerusi dan presiden GRS, Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
  4. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  5. ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
  6. ^ Izwan Abdullah (12 September 2020). "Penubuhan Gabungan Rakyat Sabah". BHarian. Dicapai pada 25 September 2020.
  7. ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
  8. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  9. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  10. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/935697/gabungan-rakyat-sabah-didaftar-secara-rasmi-tanpa-umno-pas-bn
  11. ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
  12. ^ "Hajiji says BN not part of newly-registered Gabungan Rakyat Sabah". Malay Mail. Dicapai pada 20 March 2022.
  13. ^ https://www.facebook.com/BiroPeneranganBersatuKiulu?mibextid=ZbWKwL
  14. ^ https://www.facebook.com/untukmurakyat?mibextid=ZbWKwL
  15. ^ PCS diterima sertai GRS
  16. ^ Suraidah, Roslan (8 November 2022). "PRU-15: GRS gariskan empat teras dalam manifesto". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 January 2023.
  17. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah and this coalition now known as Gabungan Rakyat Sabah Party or GRS PARTY, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  18. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  19. ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
  20. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  21. ^ "Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  22. ^ Izwan Abdullah (Mac 18, 2022). "Gabungan Rakyat Sabah didaftar secara rasmi tanpa UMNO, PAS, BN". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
  23. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  24. ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  25. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  26. ^ Harian, Sinar (9 Mei 2022). "USNO diterima sertai GRS". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  27. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  28. ^ Daily, Express (19 December 2022). "GRS kini kuat sebagai parti tempatan sepenuhnya". Harian Ekspres. Dicapai pada 11 January 2023.
  29. ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  30. ^ MalaysiaKini, Darshini Kandasami (31 July 2020). "Imbasan sejarah lompat parti di Sabah (1985-1994 era Gabungan Pasok-PBS)". malaysiakini. Dicapai pada 3 September 2022.
  31. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  32. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  33. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  35. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  36. ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
  37. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party and no more Peninsular parties in GRS coalition'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  38. ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO dan PAS tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  39. ^ BERNAMA (9 Januari 2021). "GRS tandatangan MoU, tolak campur tangan luar". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  40. ^ Suraidah Roslan (9 Januari 2021). "GRS Tandatangan MoU Perkukuh Kerjasama Politik". Borneo Today. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  41. ^ "GRS should be registered as official political coalition - Salleh". MalaysiaKini. 24 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
  42. ^ "GRS registration facing stumbling blocks, says Jeffrey". FreeMalaysiaToday (FMT). 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
  43. ^ "GRS should be registered to avoid clashes between partners in elections, says Salleh Said". TheStar News. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
  44. ^ "Pendaftaran GRS jamin kestabilan politik Sabah". Utusan Malaysia. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
  45. ^ "Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  46. ^ "Isu Politik-GRS perlu didaftar sebagai entiti politik rasmi". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  47. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  48. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  49. ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
  50. ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  51. ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
  52. ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO dan PAS tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  53. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  54. ^ Harian, Sinar (9 Mei 2022). "USNO diterima sertai GRS". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  55. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  56. ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
  57. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  58. ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
  59. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  60. ^ Abdullah, Izwan (2022-12-11). "Bekas pemimpin BERSATU Sabah sertai PGRS?". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
  61. ^ Straits Times, New (2022-12-11). "Ex-Sabah Bersatu reps to join PGRS: Source". New Straits Times. Dicapai pada 2022-12-11.
  62. ^ Daily, Express (19 December 2022). "GRS kini kuat sebagai parti tempatan sepenuhnya". Harian Ekspres. Dicapai pada 11 January 2023.
  63. ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
  64. ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
  65. ^ https://www.thevibes.com/articles/news/84196/hajiji-takes-over-leadership-of-parti-gagasan-rakyat-sabah
  66. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  67. ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
  68. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says the drafter of GRS Party's constitution, YB Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  69. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  70. ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
  71. ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says the drafter of GRS Party's constitution, YB Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
  72. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  73. ^ "PRU15: PBS guna logo dan tiket GRS". Warta Oriental. 14 October 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
  74. ^ "STAR guna logo dan tiket GRS pada PRU-15". Utusan Malaysia. 22 August 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
  75. ^ "Pemuda SAPP: Penggunaan satu logo bertiket GRS petanda kejayaan". Warta Oriental. 15 October 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
  76. ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
  77. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  78. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  79. ^ SabahMedia (April 8, 2023). "LDP rakam penghargaan kepada GRS". SabahMedia. Dicapai pada April 14, 2023.
  80. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/666154/berita/politik/pcs-diterima-sertai-grs
  81. ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
  82. ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
  83. ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
  84. ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
  85. ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
  86. ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
  87. ^ Roslan, Suraidah (23 May 2023). "ADUN Limbahau kini ahli GRS". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 May 2023.