Parti Gagasan Rakyat Sabah
Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannya Gagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan di Sabah, Malaysia[3][4] Parti ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh ahli politik tempatan Sabah iaitu Ationg Tituh[5][6][7] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[8] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016.[9] Parti ini merupakan komponen utama Gabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.[10]
Parti Gagasan Rakyat Sabah 沙巴民意党 | |
---|---|
Singkatan | GAGASAN / PGRS / Gagasan Rakyat |
Presiden | Hajiji Noor |
Setiausaha agung | Mohd Razali Razi |
Timbalan Presiden | Masidi Manjun |
Naib Presiden | Mohd Ariffin Mohd Arif Rubin Balang Masiung Banah |
Pengasas | Ationg Tituh[1] |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
Disahkan | 28 Ogos 2013 |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah, Block G, Lor Plaza Permai 2, Alamesra, 88400 Kota Kinabalu, Sabah |
Sayap belia | Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Organisasi utama pemuda) Skuad GAHMUDA (Organisasi induk) |
Keanggotaan (2023) | 579,940 |
Ideologi | Regionalisme Sabah Demokrasi sosial |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kiri |
Penggabungan kebangsaan | Sebagai anggota gabungan: Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2022) Sebagai blok Borneo: Gabungan Parti Sarawak (sejak 2023) Sebagai rakan gabungan: Kerajaan Perpaduan Anwar (sejak 2023) Parti Cinta Sabah (sejak 2023) Parti Liberal Demokratik (sejak 2023) (sehingga parti ini rasmi diterima dalam GRS pada April 2023) |
Warna | Merah & Biru |
Slogan | Parti ini adalah rumah kita, Rumah kita, Kita yang jaga (This party is our house, our House, we take care of it)[2] |
Lagu parti | Gagasan Rakyat Rumah Kita |
Dewan Negara: | 2 / 70 |
Dewan Rakyat (di Sabah): | 0 / 25 |
Dewan Undangan Negeri (Sabah): | 26 / 79 |
Ketua Menteri Sabah | 1 / 1 |
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
Parti Gagasan Rakyat Sabah di Facebook gagasanrakyat.my | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Sejarah
suntingPendaftaran dan kebangkitan parti
suntingParti politik ini dibentuk dan didaftarkan pada 28 Ogos 2013 oleh Dr. Ationg Tituh[11][12][13] sebagai sebuah parti pelbagai kaum dengan matlamat untuk memperlihatkan sudut pandang dan keinginan anak Sabah dalam kerajaan.[14] Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera kubu parti pada 2016.[15] Pada mulanya, parti ini telah berjaya didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA), dan merupakan salah satu antara pendaftaran parti baharu yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dibawah perlembagaan Akta Pertubuhan 1966 serta sekaligus berjaya mendapatkan kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik pada 2013.[16][17][18]
Percubaan untuk bekerjasama
suntingPada Mac 2020, GAGASAN telah bersama-sama tiga parti politik Sabah yang lain untuk bertujuan membentuk persefahaman baharu bagi menubuhkan gabungan parti politik lokal Sabah. Parti tersebut ialah Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) dan sebuah parti yang belum berdaftar, Parti Hak Sabah. Keempat-empat parti pada mulanya bersepakat untuk membuat kerjasama dengan menggabungkan keempat-empat parti dalam satu parti iaitu GAGASAN, dengan Anifah Aman sebagai Presiden.[19] [20]
Walau bagaimanapun, perancangan penggabungan parti pembangkang ini gagal selepas GAGASAN dan Anak Negeri menarik diri untuk meneruskan agenda parti masing-masing selepas individu yang sepatutnya menjadi Presiden gabungan, Anifah Aman menyertai PCS dan terpilih menjadi Presiden PCS pada Julai 2020 sebelum pilihan raya negeri mengejut.[21][22]
Pengambilalihan oleh bekas pemimpin Bersatu Sabah
suntingSetelah sekian lama menjadi tanda tanya dimanakah parti sedia ada yang akan dipilih oleh Ketua Menteri Sabah ke-16, Hajiji Noor selepas beliau keluar daripada parti bukan tempatan, akhirnya akan terjawab pada 29-30 Januari 2023. Pada 29 Januari 2023, Hajiji Noor mengumumkan untuk mengetuai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Beliau berkata PGRS akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. PGRS juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022.[23]
Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd. Ali berkata empat bekas ahli Parlimen BERSATU Sabah tidak akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah kerana undang-undang anti-lompat. Sebaliknya, mereka akan kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[24]
Pada 5 Februari 2023, Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) selepas Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu.[25]
Senarai presiden GAGASAN
suntingPresiden
Ketua Yang ke- | Nama | Tempoh jawatan | Nota | |
---|---|---|---|---|
1 | Dr. Ationg Tituh | 28 Ogos 2013 | 20 Mei 2021 | [27][28] |
2 | Stephen Jacob Jimbangan | 21 Mei 2021 | 29 Januari 2023 | [29] |
3 | Hajiji Noor | 5 Februari 2023 | penyandang | [30][31] |
Sejarah ketua-ketua utama dalam parti
suntingKetua Penerangan GAGASAN
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
1. | Nizam Abu Bakar Titingan | 2023 | penyandang[32] |
Ketua Wanita GAGASAN
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
1. | Redonah Bahanda | 2023 | penyandang[33] |
Ketua Beliawanis GAGASAN
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
1. | Emmie M. Idang | 2023 | penyandang[34] |
Ketua Pemuda Pusat GAGASAN
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
(1.) | Jawatan kosong | Ketua pemuda belum ditubuhkan (2013-2022) |
Pemuda Gagasan diketuai oleh ketua penerangan dari tahun 2021 sehingga tahun 2023 |
1. | Fairuz Renddan | 2023 | penyandang[35] |
Ketua Penerangan Pemuda GAGASAN
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
1. | Chong Tze Kiun | 2021 | 2023[36] |
2. | Barhul Sahibu | 2023 | penyandang |
Exco Alam Sekitar dan Komuniti Pemuda
Bil. | Nama | Tempoh jawatan | |
---|---|---|---|
1. | Chong Tze Kiun | 2023 | penyandang[37] |
Kepimpinan
suntingPengasas Gagasan Rakyat
suntingKepimpinan semasa Parti GAGASAN
suntingPresiden:
Timbalan Presiden:
Naib Presiden:
Ketua Pergerakan Wanita GAGASAN:
- Redonah Bahanda
Ketua Pergerakan Pemuda GAGASAN:
Ketua Beliawanis:
sunting- Emmie M. ldang
Setiausaha Agung:
- Mohd Razali Razi
Timbalan Setiausaha Agung:
Bendahari Agung:
Timbalan Bendahari Agung:
- Tahir Picho
Ketua Penerangan:
Ahli Majlis Tertinggi (AMT):
- Japlin Akim
- Isnin Aliasnih
- Jaffari Waliam
- Abdul Ghani Mohd Yassin
- Samad Jambri
- Ruddy Awah
- Hassan A Gani Pg Amir
- Limus Jury
- John Ambrose
- Bobbey Ah Fang Suan
- Mohd Basri A Gafar
- Sotijin Juhui
- Maksit Saidi
- Abdul Karim Abdul Wahid
- Abdul Hakim Gulam Hassan
- Faisyal Yusof Hamdain Diego
- Arsit Sedi
- Azman Ruslan
- Awang Kadin Tang
- Maijol Mahap
Logo dan Bendera
suntingWarna utama yang digunakan dalam logo dan bendera Gagasan Rakyat ialah warna Merah dan Biru. Gagasan Rakyat sentiasa menggunakan Merah dan Biru sebagai tema parti kerana Merah melambangkan Keberanian rakyat menuntut hak-hak Sabah manakala warna Biru melambangkan Perpaduan rakyat Sabah.[39]
Perwakilan
suntingDewan Negara
suntingLantikan | Ahli | Tempoh | Penggal | Catatan |
---|---|---|---|---|
Dewan Undangan Negeri Sabah | Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk | 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 | Kedua | |
Yang di-Pertuan Agong | Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan | 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pertama |
Dewan Undangan Negeri Sabah
suntingNegeri | No. | Parlimen | No. | Kawasan Negeri | Anggota | Parti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sabah | P167 | Kudat | N01 | Banggi | Mohammad Mohamarin[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | |
N03 | Pitas | Ruddy Awah | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BEBAS | ||||
N04 | Tanjong Kapor | Ben Chong Chen Bin[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||||
P169 | Kota Belud | N08 | Pintasan | Fairuz Renddan | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
N09 | Tempasuk | Mohd Arsad Bistari [40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||||
P170 | Tuaran | N12 | Sulaman | Hajiji Noor | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
N13 | Pantai Dalit | Jasnih Daya[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BN-UMNO | ||||
P173 | Putatan | N23 | Petagas | Awang Ahmad Sah Awang Sahari | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
P175 | Papar | N28 | Kawang | Ghulam Haidar Khan Bahadar | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
P176 | Kimanis | N31 | Membakut | Mohd Arifin Mohd Arif | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
P177 | Beaufort | N32 | Klias | Isnin Aliasnih | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
N33 | Kuala Penyu | Limus Jury | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||||
P178 | Sipitang | N35 | Sindumin | Yusof Yacob[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon WARISAN | ||
P179 | Ranau | N37 | Karanaan | Masidi Manjun | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
P181 | Tenom | N43 | Kemabong | Rubin Balang | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon BEBAS | ||
P182 | Pensiangan | N46 | Nabawan | Abd. Ghani Mohd. Yassin | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon PN-BERSATU | ||
P183 | Beluran | N48 | Sugut | James Ratib[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BN-UMNO | ||
N49 | Labuk | Samad Jambri | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon PN-BERSATU | ||||
P185 | Batu Sapi | N54 | Karamunting | George Hiew Vun Zin | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
P187 | Kinabatangan | N57 | Kuamut | Masiung Banah | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BEBAS | ||
P188 | Lahad Datu | N63 | Kunak | Norazlinah Arif [40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
P190 | Tawau | N67 | Balung | Hamild @ Hamid Awang[40] | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon BN-UMNO | ||
N68 | Apas | Nizam Abu Bakar Titingan | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah sebagai calon PN-BERSATU | ||||
P191 | Kalabakan | N73 | Sebatik | Hassan A Gani Pg Amir | GAGASAN | Menang pada PRN Sabah 2020 sebagai calon WARISAN | ||
- | Lantikan | Jaffari Walliam | GAGASAN | |||||
Lantikan | Amisah Yassin | GAGASAN | ||||||
Total | Sabah (26) |
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ https://audioboom.com/posts/8256714-awani-borneo-02-03-2023-rumah-kita-kita-yang-jaga-tangani-banjir-kilat-100-hari-keraj
- ^ Stephanie Lee (27 August 2019). "New party ready to fight for Sabah, will not work with any others to achieve goals". The Star Online. Dicapai pada 27 August 2019.
- ^ Durie Rainer Fong (August 27, 2019). "Sabah's small opposition party has big aims". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-02. Dicapai pada August 27, 2019.
- ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
- ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ "Call for govt to fulfill promises". PressReader. The Borneo Post. 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
- ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
- ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ "Call for govt to fulfill promises". PressReader. The Borneo Post. 12 May 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
- ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Dicapai pada 7 May 2015.
- ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2016. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Dicapai pada 7 May 2016.
- ^ Hayati Dzulkifli and Sherell Ann Jeffrey (March 8, 2020). "New Sabah opposition grouping is formed". Daily Express. Dicapai pada March 8, 2020.
- ^ Avila Geraldine (March 9, 2020). "Gagasan led by Anifah Aman not likely to make a big impact". New Straits Times. Dicapai pada March 9, 2020.
- ^ Muguntan Vanar (28 July 2020). "Anifah's planned Sabah opposition front fizzles out". The Star Online. Dicapai pada 28 July 2020.
- ^ "Anak Negeri won't pursue merger plan". PressReader. The Borneo Post. 28 July 2020. Dicapai pada 28 July 2020.
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/bekas-ahli-parlimen-bersatu-tidak-akan-sertai-grs/
- ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ staff, FMT (25 March 2014). "13 buah parti baru di Sabah diluluskan". Free Malaysia Today. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 May 2015.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
- ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
- ^ Nizam Abu Bakar Titingan dilantik Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ Fairuz Renddan elected as Gagasan Rakyat Youth chief, Meanwhile Chong Tze Kiun as Gagasan Rakyat Environment and Community Exco
- ^ CHONG TZE KIUN Biodata
- ^ CHONG TZE KIUN Biodata
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
- ^ a b c d e f g h "5 Adun Umno, 3 Warisan sertai Gagasan Rakyat". BH. 21 Februari 2023. Dicapai pada 22 Februari 2023.