Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Oktober
Templat:OktoberCalendar2024Source
1 Oktober: Hari Kebangsaan di Republik Rakyat China (1949); Hari Kemerdekaan di Cyprus dan Nigeria (1960), Tuvalu (1978) dan Palau (1994).
- 331 SM – Alexander Agung dari Macedon menewaskan Darius III dari Parsi dalam Pertempuran Gaugamela, dan kemudiannya dimahkotakan sebagai "Raja Asia".
- 1936 – Francisco Franco diisytiharkan sebagai Generalísimo dan ketua negara semasa Perang Saudara Sepanyol.
- 1958 – NASA mula beroperasi, menggantikan NACA.
- 1964 – Rangkaian kereta api laju Shinkansen pertama di Jepun, Shinkansen Tōkaidō (gambar Shinkansen Siri 0) dilancarkan.
- 2005 – Serangan bom di dua lokasi di pulau Bali, Indonesia membunuh 20 orang dan mencederakan lebih 120 lagi.
Hari-hari sebelum: 30 September – 29 September – 28 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 Oktober: Hari Kemerdekaan di Guinea (1958); Gandhi Jayanti di India.
- 1187 – Tentera Dinasti Ayubiyyah yang dipimpin Salahuddin al-Ayyubi menawan Baitulmaqdis, memulakan Perang Salib Ketiga.
- 1535 – Penjelajah Perancis Jacques Cartier melayari Sungai St. Lawrence dan tiba di sebuah kubu Iroquois di pulau yang kini dikenali sebagai Montréal.
- 1925 – John Logie Baird berjaya menghantar gambar televisyen pertama dengan imej skala kelabu.
- 1950 – Lerang komik sindiket Peanuts oleh Charles M. Schulz diterbitkan buat pertama kali di akhbar utama.
- 1996 – Kegagalan pekerja penyenggaraan membuang pita yang menutup liang statik pesawat menyebabkan Penerbangan 603 Aeroperu (gambar) terhempas ke laut berhampiran Lima, Peru.
Hari-hari sebelum: 1 Oktober – 30 September – 29 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 Oktober: Hari Penyatuan Jerman; Gaecheonjeol di Korea Selatan; Yom Kippur bermula ketika matahari lingsir (Yahudi, 2014).
- 1283 – Putera Wales Dafydd ap Gruffydd, penguasa asli terakhir Wales yang menentang kemaraan pihak England dihukum mati dengan diseksa dan dibelah empat.
- 1935 – Itali menyerang Habsyah lalu memulakan semula peperangan antara kededua pihak.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Ujian roket V-2 Jerman (gambar) berjaya, menjadikannya peluru berpandu balistik pertama mencapai penerbangan angkasa sub-orbit.
- 2010 – Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi, India. Jerman Timur secara rasminya bergabung dengan Jerman Barat.
- 2013 – Gambia menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.
Hari-hari sebelum: 2 Oktober – 1 Oktober – 30 September
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Oktober: Hari Kemerdekaan di Lesotho (1966); Hari Haiwan Sedunia.
- 1830 – Revolusi Belgium: Kerajaan sementara di Brussel mengumumkan pembentukan negeri merdeka dan neutral Belgium, dalam pemberontakan terhadap Kemaharajaan Bersatu Belanda.
- 1883 – Kereta api Orient Express mula beroperasi.
- 1910 – Raja Portugal terakhir Manuel II lari ke Gibraltar apabila pemberontakan meletus di Lisbon dan istananya dibedil.
- 2007 – Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.
- 2011 – Lebih 130 orang terbunuh dalam pengeboman berani mati di Mogadishu, Somalia, yang terburuk di kawasan itu sejak 2007.-->.
Hari-hari sebelum: 3 Oktober – 2 Oktober – 1 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Oktober: Hari Republik di Portugal; Hari Guru Sedunia.
- 610 – Heraclius ditabalkan Maharaja Byzantine, selepas baginda sendiri memenggal maharaja sebelumnya Phocas.
- 1877 – Selepas bertempur lebih tiga bulan dengan Tentera Darat Amerika Syarikat, Ketua Joseph dan kaum Nez Perce pimpinannya menyerah kalah.
- 1908 – Putera Ferdinand (gambar) menjadi Tsar pertama Bulgaria sejak serangan Empayar Uthmaniyah pada abad ke-14.
- 1948 – Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa ditubuhkan di sebuah kongres tajaan pengarah UNESCO Julian Huxley di Fontainebleau, Perancis.
- 1986 – Akhbar British The Sunday Times menerbitkan tulisan Mordechai Vanunu yang mendedahkan kewujudan senjata nuklear Israel.
Hari-hari sebelum: 4 Oktober – 3 Oktober – 2 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 Oktober: Hari Jerman-Amerika di Amerika Syarikat
- 105 SM – Orang Cimbri dan Teuton menang besar ke atas Republik Rom dalam Pertempuran Arausio.
- 1683 – Pendatang Jerman ke Koloni Pennsylvania mengasaskan Germantown, petempatan Jerman kekal pertama di Amerika Utara.
- 1976 – Perdana Menteri Hua Guofeng mengarahkan penahanan Geng Berempat dan sekutu mereka, menamatkan Revolusi Kebudayaan di China.
- 1981 – Presiden Mesir Anwar Sadat (gambar) dibunuh semasa menghadiri perarakan di Kaherah untuk memperingati penyeberangan Garis Bar Lev pada permulaan Perang Arab-Israel 1973.
- 1995 – Jurnal Nature melaporkan penemuan sebuah planet yang mengorbit 51 Pegasi sebagai planet luar suria pertama mengorbit bintang jujukan-utama.
Hari-hari sebelum: 5 Oktober – 4 Oktober – 3 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Oktober: Hari Perayaan St. Osyth
- 1571 – Empayar Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian buat kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki.
- 1919 – Sistem penerbangan tertua yang masih menggunakan nama asalnya, Koninklijke Luchtvaart Maatschappij N.V. diasaskan di Belanda.
- 1949 – Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.
- 1985 – Kapal samudera Mediterranean MS Achille Lauro (gambar) dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin.
- 2001 – Perang Terhadap Keganasan: Serangan A.S. ke Afghanistan bermula dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan al Qaeda.
Hari-hari sebelum: 6 Oktober – 5 Oktober – 4 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
8 Oktober: Hari Kemerdekaan di Croatia; Hari Tentera Laut di Peru; Sukkot bermula ketika matahari lingsir (Agama Yahudi, 2014).
- 1600 – San Marino, republik tertua yang masih wujud, menerima perlembagaan bertulisnya.
- 1879 – Perang di Pasifik: Tentera Laut Chile menewaskan Tentera Laut Peru dalam Pertempuran Angamos (gambar).
- 1932 – Tentera Udara India diasaskan sebagai angkatan udara bantuan Empayar India.
- 1985 – Pementasan adaptasi novel Les Misérables karya Victor Hugo mula dipentaskan dan menjadi muzikal West End paling lama bertahan dalam sejarah.
- 2005 – Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.
Hari-hari sebelum: 7 Oktober – 6 Oktober – 5 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Oktober: Hari Hangul di Korea Selatan (1446); Hari Kemerdekaan di Uganda (1962); Hari Leif Erikson di Amerika Syarikat.
- 1514 – Adinda Henry VIII dari England, Mary Tudor menjadi permaisuri Perancis.
- 1831 – Ketua negara Yunani Ioannis Kapodistrias dibunuh di Nafplio.
- 1888 – Monumen Washington (gambar) di Washington, D.C., struktur tertinggi di dunia pada masa itu, dibuka secara rasmi kepada awam.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Angkatan Amerika Syarikat menewaskan Jepun di Guadalcanal, Kepulauan Solomon.
- 1963 – Tanah runtuh menyesarkan air dari Empangan Vajont di utara Itali, menyebabkan banjir yang menghanyutkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 2,000 nyawa.
Hari-hari sebelum: 8 Oktober – 7 Oktober – 6 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Oktober: Hari Kebangsaan di Fiji (1970); Hari Sepuluh-Sepuluh di Republik China.
- 680 – Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib terbunuh dalam Pertempuran Karbala.
- 732 – Charles Martel dan orang Frank menewaskan Abdul Rahman al-Ghafiqi dan Muslim Andalus dalam Pertempuran Tours (gambar).
- 1845 – Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dibuka di Annapolis, Maryland.
- 1911 – Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang, menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing dan penubuhan Republik China.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Kempeitai Jepun menahan dan menyeksa 57 orang awam kerana disyaki terlibat dalam serangan Pelabuhan Singapura.
Hari-hari sebelum: 9 Oktober – 8 Oktober – 7 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Oktober: Hari Peringatan Jeneral Pulaski di Amerika Syarikat
- 1142 – Perjanjian perdamaian antara Dinasti Jin dan Dinasti Song Selatan diratifikasikan secara rasmi apabila utusan Jin melawat istana Song.
- 1797 – Perang Revolusi Perancis: Armada British menawan 11 kapal Tentera Laut Diraja Belanda dalam Pertempuran Camperdown.
- 1954 – Ho Chí Minh dan Viet Minh mengambil alih kuasa di Vietnam Utara, sejajar dengan Persetiaan Geneva.
- 1962 – Paus Ioannes XXIII memanggil Mesyuarat Vatikan Kedua iaitu mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian Gereja Katolik Rom yang pertama sejak 92 tahun.
- 1968 – NASA melancarkan Apollo 7 (gambar), misi pertama yang dikendalikan manusia dalam Program Apollo.
Hari-hari sebelum: 10 Oktober – 9 Oktober – 8 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Oktober: Peringatan Columbus di beberapa negara Amerika; Hari Kebangsaan di Sepanyol (1492) dan Guinea Khatulistiwa (1968); Hari Kanak-Kanak di Brazil.
- 1398 – Lithuania dan Kesateria Teuton memeterai Perjanjian Salynas.
- 1810 – Oktoberfest pertama diadakan di Munich bagi meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria (gambar).
- 1999 – Satu rampasan kuasa oleh Jeneral Pervez Musharraf menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.
- 2000 – Dua pengebom berani mati menyerang kapal pembinasa Tentera Laut A.S. USS Cole semasa berlabuh di Aden, Yaman, membunuh 17 anak kapalnya.
- 2002 – Satu siri bom kereta meletup di Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.
Hari-hari sebelum: 11 Oktober – 10 Oktober – 9 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 54 – Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.
- 1307 – Beribu anggota Kesatria Templar ditahan serentak oleh ejen Raja Philippe IV dari Perancis dan kemudian diseksa untuk "mengaku" bidaah.
- 1773 – Charles Messier menemui Galaksi Pusaran, suatu galaksi pilin reka bentuk besar yang terletak di buruj Canes Venatici.
- 1884 – Balai Cerap Diraja di Greenwich, London, dipilih sebagai meridian longitud Waktu Sejagat, mempopularkan Waktu Min Greenwich.
- 2010 – Kesemua 33 pelombong di bawah Gurun Atacama berhampiran Copiapó, Chile berjaya diselamatkan (gambar) selepas terperangkap selama 69 hari.
Hari-hari sebelum: 12 Oktober – 11 Oktober – 10 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 Oktober: Hari Guru di Poland; Hoshana Rabbah bermula ketika matahari lingsir (Agama Yahudi, 2014).
- 1773 – Kementerian Pendidikan yang pertama direkodkan, Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan dibentuk di Poland.
- 1926 – Buku kanak-kanak yang memaparkan beruang rekaan A. A. Milne, Winnie-the-Pooh mula diterbitkan.
- 1938 – Salah satu pesawat pejuang A.S. paling banyak dihasilkan, P-40 Warhawk (gambar), menjalani penerbangan sulungnya, di Buffalo, New York.
- 1953 – Pembunuhan di Qibya: Komander tentera Israel Ariel Sharon dan pasukan khas Unit 101nya menyerang penghuni kampung Qibya di Tebing Barat.
- 1981 – Naib presiden Hosni Mubarak dilantik sebagai Presiden Mesir, seminggu selepas Anwar Sadat dibunuh.
Hari-hari sebelum: 13 Oktober – 12 Oktober – 11 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Oktober: Hari Mencuci Tangan Sedunia; Hari Guru di Brazil; Hari Peringatan Kehamilan dan Kehilangan Bayi di A.S. dan Kanada.
- 1529 – Perang Uthmaniyyah–Habsburg: Pengepungan Vienna berakhir apabila Austria berjaya menangkis serangan Turki.
- 1582 – Sepanyol, Portugal, Poland–Lithuania dan Itali menjadi negara pertama menggantikan takwim Julius dengan takwim Gregorius.
- 1917 – Penari bogel Belanda Mata Hari (gambar) dihukum tembak sampai mati kerana didakwa mengintip untuk pihak Jerman.
- 1990 – Pemimpin Soviet Mikhail Gorbachev dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel atas usahanya mengurangkan ketegangan Perang Dingin.
- 2003 – Program angkasa lepas China: Penerbangan angkasa lepas manusia China pertama, Shenzhou 5 dilancarkan.
Hari-hari sebelum: 14 Oktober – 13 Oktober – 12 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 Oktober: Hari Makanan Sedunia
- 456 – Ricimer menewaskan Maharaja Avitus di Piacenza dan menjadi ketua Empayar Rom Barat.
- 1813 – Kerajaan Campuran Keenam menyerang Napoleon dan Empayar Perancis Pertama dalam Pertempuran Leipzig, konflik terbesar dalam Perang Napoleon.
- 1923 – Roy dan Walt Disney (gambar) mengasaskan sebuah studio animasi di Hollywood yang kini antara syarikat media dan hiburan terbesar di dunia.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Gabenor Jeneral Nazi Hans Frank menubuhkan Perumahan Warsaw, perumahan Yahudi terbesar di Poland yang diduduki.
- 2002 – Biblioteka Alexandrina yang memperingati Perpustakaan Iskandariah baharian, dirasmikan di Iskandariah, Mesir.
Hari-hari sebelum: 15 Oktober – 14 Oktober – 13 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Oktober: Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa; Hari Dessalines di Haiti (1806).
- 1346 – Perang Seratus Tahun: Raja David II dari Scotland ditawan dalam Pertempuran Neville's Cross.
- 1448 – Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Hungary pimpinan John Hunyadi bertempur dengan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II.
- 1604 – Ahli astronomi Johannes Kepler (gambar) melihat suatu bintang yang luar biasa terang muncul secara tiba-tiba di buruj Ophiuchus.
- 1860 – The Open Championship, kejohanan utama tertua dalam golf lelaki, dimainkan buat pertama kali di Prestwick, Ayrshire, Scotland.
- 1989 – Gempa bumi 6.9 Mw melanda Kawasan Teluk San Francisco California, membunuh 63 orang dan mencederakan 3,757 yang lain.
Hari-hari sebelum: 16 Oktober – 15 Oktober – 14 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 Oktober: Hari Alaska (1867); Hari Perayaan Santo Lukas.
- 1009 – Gereja Makam Suci, sebuah gereja Kristian yang kini dalam lingkungan Kota Lama Baitulmuqaddis, dimusnahkan atas arahan khalifah Fatimiyyah Al-Hakim bi-Amr Allah.
- 1851 – Novel Moby-Dick oleh Herman Melville mula diterbitkan, sebagai The Whale.
- 1954 – Di Indianapolis, A.S., Texas Instruments memperkenalkan radio transistor komersil pertama, Regency TR-1 (gambar).
- 2007 – Pengeboman berani mati terhadap perarakan kereta yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto di Karachi menyebabkan 139 orang maut dan 450 lagi cedera.
- 2011 – Askar Israel Gilad Shalit dibebaskan Hamas sebagai pertukaran pembebasan 1,027 tahanan Palestin.
Hari-hari sebelum: 17 Oktober – 16 Oktober – 15 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 Oktober: Hari Perlembagaan di Niue (1974); Hari Ibu Teresa di Albania.
- 202 SM – Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage, mengakhiri Perang Punic Kedua.
- 1469 – Fernando II dari Aragón mengahwini Isabel I dari Castilla, membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castilla.
- 1781 – Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Cornwallis menyerah kepada tentera Perancis-Amerika pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.
- 1943 – Antibiotik pertama untuk batuk kering, Streptomisin (gambar model), diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers, New Jersey.
- 1987 – Dow Jones jatuh 22.6% pada Isnin Hitam, ketika itu kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah pasaran saham.
Hari-hari sebelum: 18 Oktober – 17 Oktober – 16 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 Oktober: Hari Kelahiran Báb (Kepercayaan Bahá'í)
- 1740 – Maria Theresa (gambar) menaiki takhta Habsburg Austria, selaras dengan Persetujuan Pragmatik 1713.
- 1827 – Perang Kemerdekaan Yunani: Tentera laut bersekutu United Kingdom, Perancis dan Rusia memusnahkan gabungan armada Turki dan Mesir.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Ribuan orang awam Kragujevac, Serbia yang terkepung dibunuh habisan para penakluk Jerman Nazi.
- 1947 - Suatu hartal membangkang usulan perlembagaan baharu untuk Tanah Melayu dilaksanakan Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya serata ia dan Singapura.
- 1964 - Tertubuhnya Partai Golongan Karya, parti politik berpengaruh semasa zaman rejim Orde Baru Suharto Indonesia.
- 1973 – Panggung Opera Sydney di tepi pesisiran kota itu dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II.
Hari-hari sebelum: 19 Oktober – 18 Oktober – 17 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Oktober: Hari Orang Cina Seberang Laut di Taiwan
- 1096 – Angkatan Seljuk Kilij Arslan memusnahkan tentera Perang Salib Rakyat yang sedang mara ke Nicaea.
- 1600 – Tokugawa Ieyasu menewaskan pemimpin suku Jepun pesaing di Pertempuran Sekigahara di Sekigahara, Gifu kini, membuka jalan bagi beliau menubuhkan Keshogunan Tokugawa.
- 1854 – Florence Nightingale (gambar) dan 38 kakitangan jururawat dihantar ke Perang Krimea di Turki.
- 1969 – Siad Barre menjadi presiden selepas satu rampasan kuasa tentera di Somalia.
- 1983 – Di Persidangan Am Timbang dan Ukur ke-17, panjang meter ditakrifkan semula sebagai jarak yang dilalui cahaya dalam hampagas selama 1/299,792,458 saat.
Hari-hari sebelum: 20 Oktober – 19 Oktober – 18 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 Oktober: Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa
- 1383 – Raja Fernando I mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki bagi takhta Portugal, menyebabkan terjadinya tempoh perang saudara dan anarki.
- 1962 – Krisis Peluru Berpandu Cuba: Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba (gambar tapak) dan telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.
- 1964 – Jean-Paul Sartre dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi menolaknya.
- 1999 – Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.
- 2008 – ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, misi penjelajahan bulan tanpa manusia pertama India.
Hari-hari sebelum: 21 Oktober – 20 Oktober – 19 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 Oktober: Hari Kebangsaan di Hungary (1956); Hari Peringatan Chulalongkorn di Thailand; Hari Mol.
- 1911 – Kegunaan pertama pesawat aerodain dalam perang: seorang juruterbang Itali terbang untuk meninjau barisan Turki semasa Perang Itali-Turki.
- 1958 – Pelukis kartun Belgium Peyo memperkenalkan watak lerang komik baharu, Les Schtroumpfs.
- 1983 – Perang Saudara Lubnan: Pengebom berani mati memusnahkan dua tangsi (gambar) di Beirut, Lubnan, membunuh 241 anggota tentera A.S. dan 58 askar payung terjun Perancis.
- 2001 – Pemain media mudah alih oleh Apple, iPod dilancarkan.
- 2002 – Pejuang Chechen menawan sebuah panggung di Moscow, dan menjadikan lebih 700 pengunjung dan penghibur sebagai tebusan.
Hari-hari sebelum: 22 Oktober – 21 Oktober – 20 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 Oktober: Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945); Hari Kemerdekaan di Zambia (1964).
- 1260 – Katedral Chartres di Chartres, Perancis (gambar) ditahbiskan di hadapan Raja Louis IX.
- 1648 – Perjanjian kedua Perdamaian Westfalen ditandatangani, menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun dan Pemberontakan Belanda.
- 1929 – Bursa Saham New York mula jatuh pada "Khamis Hitam", menyebabkan rentetan kemuflisan dan mencetuskan kemelesetan ekonomi dunia.
- 1945 – Piagam PBB, perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mula berkuatkuasa.
- 1960 – Satu prototaip peluru berpandu balistik antara benua Soviet meletup di pelantar pelancar di Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, membunuh lebih 90 orang.
Hari-hari sebelum: 23 Oktober – 22 Oktober – 21 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Oktober: Hari Republik di Kazakhstan (1990); Hari Penyerahan Kembali di Taiwan; Hari Angkatan Tentera di Romania.
- 1147 – Reconquista: Raja Afonso I dari Portugal menawan Lisbon daripada orang Moor, satu-satunya kejayaan mereka semasa Perang Salib Kedua.
- 1415 – Perang Seratus Tahun: Henry V dari England dengan pemanah dan infantri berperisai ringannya menewaskan pasukan berkuda Perancis yang berperisai lengkap (gambar).
- 1971 – Melalui Resolusi 2758, Republik Rakyat China menggantikan Republik China sebagai wakil China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 2010 – Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia mula meletus, dan berterusan selama lebih sebulan.
- 2016 — Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia terbakar di bahagian Unit Rawatan Kecemasan (ICU) yang mengorbankan 6 orang pesakit dan 2 orang cedera parah.
Hari-hari sebelum: 24 Oktober – 23 Oktober – 22 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 Oktober: Hari Angam di Nauru; Hari Kebangsaan di Austria (1955).
- 1597 – Perang Imjin: 12 kapal Korea pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menewaskan serangan armada besar Jepun.
- 1863 – Badan pentadbiran bola sepak yang tertua, The Football Association ditubuhkan di London, England.
- 1940 – P-51 Mustang, antara pesawat pejuang paling berkesan bagi Pihak Berikat semasa Perang Dunia II, menjalani penerbangan sulungnya.
- 1955 – Ngô Đình Diệm mengisytiharkan dirinya Presiden Vietnam Selatan yang pertama, menggantikan Maharaja Nguyễn Bảo Đại sebagai ketua negara.
- 2001 – Presiden A.S. George W. Bush meluluskan Akta Patriot (gambar), memperluas kuasa agensi penguatkuasa undang-undang negara itu dengan nyata sekali dalam melawan keganasan.
Hari-hari sebelum: 25 Oktober – 24 Oktober – 23 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Oktober: Hari Kemerdekaan di Saint Vincent dan Grenadines (1979) dan Turkmenistan (1991).
- 1553 – Michael Servetus dihukum bakar sampai mati di Geneva atas dakwaan membidaah.
- 1944 – Perang Dunia II: Tentera Jerman menawan Banská Bystrica, pusat penentangan anti-Nazi di Slovakia, membantu menamatkan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia keesokan harinya.
- 1961 – NASA melancarkan roket Saturn I yang pertama (gambar), kapal angkasa lepas Amerika Syarikat yang pertama direka khusus untuk melancarkan muatan ke orbit Bumi.
- 1971 – Republik Demokratik Congo dinamakan semula sebagai Zaire.
- 1987 - Seramai 19 orang aktivis dan ahli politik dari Malaysia telah ditangkap dan didakwa dibawah ISA pada hari pertama Operasi Lalang.
Hari-hari sebelum: 26 Oktober – 25 Oktober – 24 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 Oktober: Hari Ohi di Yunani; Hari Perayaan Simon dan Jude (Kristian Barat).
- 312 – Maharaja Rom Constantine Agung menewaskan Maxentius dalam Pertempuran Jambatan Milvian, dengan itu menamatkan Tetrarki.
- 1886 – Di Pelabuhan New York, Presiden A.S. Grover Cleveland mentahbiskan Patung Liberty (gambar), hadiah daripada Perancis bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.
- 1918 – Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.
- 1928 - Pada pengisytiharan Sumpah Pemuda, lagu Indonesia Raya gubahan Wage Supratman dikumandangkan untuk pertama kalinya.
- 1940 – Kempen Balkan dalam Perang Dunia Kedua: Itali menyerang Yunani selepas Yunani menolak kata dua Itali.
- 2007 – Cristina Fernández de Kirchner terpilih menjadi Presiden Argentina wanita yang pertama, menggantikan suaminya Néstor Kirchner.
Hari-hari sebelum: 27 Oktober – 26 Oktober – 25 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 Oktober: Hari Republik di Turki (1923)
- 1268 – Duke Swabia terakhir Conradin dipancung di Napoli selepas gagal menuntut kembali Sicilia bagi pihak Kerabat Hohenstaufen.
- 1787 – Opera Mozart (gambar) Don Giovanni dipersembahkan buat pertama kali, di Praha.
- 1923 – Mustafa Kemal Atatürk menjadi Presiden pertama Republik Turki, sebuah negara baharu yang ditubuhkan daripada saki-baki Empayar Uthmaniyyah.
- 1956 – Krisis Suez bermula apabila Israel menyerang Semenanjung Sinai dan mengundurkan tentera Mesir ke Terusan Suez.
- 1998 – Selepas lebih tiga dekad, John Glenn yang berusia 77 tahun kembali ke angkasa lepas bagi mengkaji kesan penerbangan angkasa lepas terhadap orang tua.
Hari-hari sebelum: 28 Oktober – 27 Oktober – 26 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1470 – Richard Neville mengembalikan Henry VI sebagai Raja England semasa Perang Bunga Ros.
- 1863 – Putera Vilhelm dari Denmark yang berusia 17 tahun tiba di Athens, Yunani untuk menjadi Raja Yunani Georgios I (gambar).
- 1938 – Drama radio The War of the Worlds menakutkan ramai pendengar di A.S. yang percaya serangan makhluk Marikh sedang berlaku.
- 1942 – Perang Dunia II: Kelasi British menaiki kapal selam Jerman U-559 yang sedang tenggelam dan mengambil bahan kriptografi penting bagi memecahkan kod Enigma.
- 1961 – Bom hidrogen Soviet Tsar Bomba diledakkan di Pulau Novaya Zemlya di Lautan Artik sebagai ujian, menjadi senjata nuklear terbesar pernah diletupkan.
Hari-hari sebelum: 29 Oktober – 28 Oktober – 27 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
31 Oktober: Halloween; Hari Reformasi dalam Protestan.
- 1517 – Martin Luther memaku 95 Dalilnya di pintu sebuah gereja di Wittenberg, Jerman kini, menandakan permulaan Reformasi Protestan.
- 1922 – Benito Mussolini menjadi Perdana Menteri Itali paling muda dalam sejarah Itali pada umur 39 tahun.
- 1941 – Lebih 400 pekerja Gutzon Borglum menyiapkan patung badan raksasa Presiden A.S. George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln di Gunung Rushmore (gambar), Dakota Selatan.
- 2003 – Selepas 22 tahun memerintah, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
- 2011 – UNESCO menjadi agensi PBB pertama menerima Palestin sebagai negara angggota penuh.
Hari-hari sebelum: 30 Oktober – 29 Oktober – 28 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah