Usop Sontorian
Usop Sontorian | |
---|---|
Genre | Animasi Komedi Drama |
Pencipta | Ujang |
Dibangunkan oleh | Kamn Ismail Ujang |
Ditulis oleh | Ujang Hood Yusof Azhar Ahmad Lutfi Ismail Zahuri Haron Azizi Hj. Adnan |
Pengarah | Kamn Ismail |
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema | Produksi Rakam Zalikamari |
Lagu pembukaan | Usop Sontorian |
Lagu penutup | Usop Sontorian |
Penggubah | Zalikamari |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 50 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Michael Lum |
Penerbit | Othman Yusof (Musim 1-2) Michael Lum (Musim 3) |
Penyunting | Amisyahril Edwan Amran Azlina Din Khairudin Shabudin |
Lokasi | Kuala Lumpur Lembah Klang |
Tempoh siaran | 30 minit 20 minit (tanpa iklan) |
Syarikat penerbitan | Kharisma Pictures |
Syarikat pengedaran | Eurofine Arief International, Inc. |
Penyiaran | |
Saluran asal | RTM |
Format gambar | 4:3 (576i) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 4 Mac 1996 – 14 April 1997 |
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari 1996 hingga 1997.[1] Ia direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures.[2]
Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.[3]
Pengarah siri animasi ini, Kamn Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Quest Animation Sdn. Bhd. Pencipta watak-watak Usop Sontorian, Ujang tidak dibenarkan melukis atau mencipta watak kartun yang mempunyai persamaan dengan Usop Sontorian, ekoran isu perebutan hakcipta.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Idea untuk menerbitkan siri animasi Usop Sontorian ini datang daripada Ibrahim Anon (Ujang) dan Othman Yusof setelah menubuhkan Kharisma Pictures pada Oktober 1993. Usop Sontorian kemudiannya dijadikan sisipan dalam majalah Ujang sebelum dijadikan sebagai sebuah siri animasi televisyen.
Kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994, membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Kamn Ismail dan Ujang berbincang dan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi jalan cerita animasi Usop Sontorian. Dua teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]Watak utama
[sunting | sunting sumber]- Farriz Izwan Khairulanuar sebagai Usop
- Faizal Hairie Khairulanuar sebagai Abu
- Faizal Haredz Mohd Johari sebagai Dol
Watak pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ruslan Ayob sebagai Singh
- Ameirkhannaz Mohammed sebagai Veloo
- Ahmad Nazri Mahmood sebagai Ah Kim
- Kamn Ismail sebagai Pak Mat
- Zaharah Jidin sebagai Mak Som
- Norwati Ismail sebagai Kak Kiah
- Husaini Jusoh / Dielfitri Tajudin sebagai Abang Budin
- Azhar Saad sebagai Selebet
Episod
[sunting | sunting sumber]Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak tiga musim dan 49 episod, berikut ialah senarai episod Usop Sontorian:
Musim pertama (1996)
[sunting | sunting sumber]Nombor episod | Tajuk | Siaran pertama |
---|---|---|
1 | Lari Dari Rumah | 1996 |
2 | Kawan Baru | 1996 |
3 | Tetamu Istimewa | 1996 |
4 | Dol Pindah | 1996 |
5 | Selebet | 1996 |
6 | Basikal Tua | 1996 |
7 | Lampu Ajaib | 1996 |
8 | Melawat Kuala Lumpur | 1996 |
9 | Berkhemah | 1996 |
10 | Pendekar | 1996 |
11 | Meriam Buloh | 1996 |
12 | Bermain Rakit | 1996 |
13 | Olahragawan | 1996 |
14 | Anak Gajah | 1996 |
15 | Burung Kakak Tua | 1996 |
16 | Budin Masuk Lokap | 1996 |
17 | Budin Ke Kuala Lumpur | 1996 |
Musim kedua (1997)
[sunting | sunting sumber]Nombor episod | Tajuk | Siaran pertama |
---|---|---|
1 | Sayang Kak Kiah | 1997 |
2 | Usahawan Muda | 1997 |
3 | Perang Bintang | 1997 |
4 | Budak Jahat | 1997 |
5 | Hantu Parit Sonto | 1997 |
6 | Kartini Selamanya | 1997 |
7 | Pendekar II | 1997 |
8 | Sakit Gigi | 1997 |
9 | U.F.O. | 1997 |
10 | Lawan Bola | 1997 |
11 | Anugerah | 1997 |
12 | Abu Oh Abu! | 1997 |
13 | Superhero | 1997 |
14 | Temberang | 1997 |
15 | Tetamu | 1997 |
16 | Ketua Kelas | 1997 |
Musim ketiga (1998)
[sunting | sunting sumber]Nombor episod | Tajuk | Siaran pertama |
---|---|---|
1 | Dunia Air | 1998 |
2 | Dinasor | 1998 |
3 | Kisah Seorang Biduan | 1998 |
4 | Berkhatan | 1998 |
5 | Seipun | 1998 |
6 | Terkenang | 1998 |
7 | Pertandingan Layang-Layang | 1998 |
8 | Debab Kembali | 1998 |
9 | Harta Karun | 1998 |
10 | Misi Mustahil | 1998 |
11 | Berkhemah II | 1998 |
12 | Pantas Tangan | 1998 |
13 | Perang Bukit | 1998 |
14 | Jambatan Runtuh | 1998 |
15 | Sisa Toksid | 1998 |
16 | Merdeka | 1998 |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.[4][5][6]
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia (Hiroshima) pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.[7]
Episod yang tidak dijumpai
[sunting | sunting sumber]Episod yang tidak pernah atau sebaliknya yang dinyatakan ini ialah benar. Tetapi hanya ada Sedutan atau Klip sahaja.
1.Main Gitar - episod yang tidak diketahui, Sedutan disini
Sedutan 1
Sedutan 2
2.Budak Jahat
3.Berkhemah II
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Usop Sontorian makes its debut on TV", New Straits Times, 21 January 1996.
- ^ The evolution of Malaysia’s animation industry The Star (Malaysia) (4 September 2014). Diperoleh pada 21 April 2018.
- ^ Mengimbas Kembali Siri Animasi Pertama di Malaysia 'Usop Sontorian' Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Sarawakiana (9 Mei 2014). Diperoleh pada 24 April 2018.
- ^ "Malaysia's first animated series launched today", New Straits Times, 20 January 1996.
- ^ "Usop Sontorian dilancar hari ini", Berita Harian, 20 Januari 1996.
- ^ "Siri animasi pertama negara dilancar", Utusan Malaysia, 20 Januari 1996.
- ^ Irma Musliana (7 September 2017). Animasi Malaysia ini paling banyak merentas benua! Soscili. Diperoleh pada 24 April 2018.