Pergi ke kandungan

Ulat rumbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ulat rumbia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
R. ferrugineus
Nama binomial
Rhynchophorus ferrugineus
(Olivier, 1790)

Kumbang rumbia, kumbang sagu atau nama saintifiknya Rhynchophorus ferrugineus adalah sejenis kumbang yang tersebar luas dari India sampai Sauwa di kawasan Asia tropika. Ia sering hidup dalam batang pelbagai jenis pokok termasuk kelapa, aren, salak dan kirai di mana batang-batang ini dijadikan sarang untuk anak-anak ulat yang memakan isi batang meninggalkan lubang sepanjang 6 meter. Kumbang ini merupakan haiwan perosak yang mampu mendatangkan bahaya kepada banyak tanaman palma termasuk kelapa sawit dan kurma.[1][2]

Di beberapa tempat di Nusantara termasuk Indonesia dan Malaysia, larva kumbang sagu dikenal sebagai makanan lazat.[3]

Telur kumbang berwarna putih dan berbentuk oval memanjang sepanjang 2.6 mm dan lebar 1.1 mm.[1]

Kitaran hidup

[sunting | sunting sumber]

Serangga ini memiliki kitaran hidup yang tidak dilakukan di pohon lain, melainkan dalam pohon jenis palma sahaja.[1] Telur akan menetas dalam waktu 2-3 hari[4] membawa kepada:

  • larva (selama 41-78 hari): panjangnya 5 cm dengan lebar 2 cm dengan mulut berkitin dengan kepala berwarna perang[1] Ia putih kekuningan baru menetas, namun mematang besar berwarna coklat kekuningan. Selama itu, larva akan memakan tunas batang muda.[4]
  • kepompong (selama 15-27 hari):[4] panjang 6 cm dan lebar 3 cm, terbuat dari fiber pohon inangnya.[1]
  • dewasa: berwarna putih krim tetapi semakin lama warnanya akan berubah menjadi keperangan, memiliki panjang 3.5 cm dengan lebar 1.5 cm.[1]

Sebagai sumber makanan

[sunting | sunting sumber]

Ulat anak kumbang ini merupakan sumber makanan penting bagi banyak masyarakat Khatulistiwa seperti Kadazan-Dusun di Sabah (dengan nama butod) kerana kandungan protein dan vitamin tinggi.[5] Ia biasanya dimakan mentah setelah dibersihkan atau dimasak mengikut cara setempat: masyarakat Kadazan Dusun menggoreng ulat ini sehingga garing dan dihidangkan dengan nasi panas mahupun dijadikan makanan cekut dalam upacara keramaian. Orang-orang Maluku dan Kamoro di Papua pula membakar ulat-ulat ini seperti sate.[5]

Masyarakat di Sabah khususnya mempunyai cara tersendiri mendapatkan butod di mana pokok rumbia atau polod ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "indungnya", proses ini biasanya memakan masa kira2 sebulan atau lebih. Batang yang sarat dengan ulat ini akan dikenal pasti dengan cara mendengar - ulat biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia - atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu.

  1. ^ a b c d e f Encyclopedia of entomology. Capinera, John L. (ed. 2nd ed). Dordrecht: Springer. 2008. ISBN 978-1-4020-6359-6. OCLC 288440300. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: others (link)
  2. ^ Rhynchophorus ferrugineus at North American Plant Protection Organization (NAPPO)
  3. ^ Hassan Shadily (1984). "Kumbang sagu". Ensiklopedi Indonesia. ke-4. Jakarta: Ictiar Baru-Van Hoeve dan Elsevier Publishing Projects.
  4. ^ a b c "Hama Rhynchoporus ferrugineus Oliver Pada Tanaman Kelapa – Balai Penelitian Tanaman Palma" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-07-21.
  5. ^ a b "Sate Ulat Kumbang Sagu". Kementerian Pertanian Republik Indonesia. Dicapai pada 24 Jun 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Data spesies disediakan Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia