Pergi ke kandungan

Torino F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Torino
Nama penuhTorino Football Club
GelaranIl Toro (Sang Lembu)
I Granata (Marun)
Diasaskan3 December 1906; 117 tahun yang lalu (3 December 1906), sebagai Foot-Ball Club Torino
1 September 2005, sebagai Torino Football Club
StadiumStadio Olimpico Grande Torino
(Kapasiti: 27,958[1])
PengerusiUrbano Cairo
Ketua jurulatihSiniša Mihajlović
LigaSerie A
2016-17Serie A, Ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Torino Football Club (sebutan bahasa Itali: [tɔˈrinɔ]), dengan mudah disebut sebagai Torino atau Toro, merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpusat di Turin, Piedmont dan kini beraksi di Serie A.

Sewaktu penubuhannya sebagai Foot-Ball Club Torino pada 1906, Torino merupakan antara kelab bola sepak paling cemerlang di Itali dengan tujuh gelaran liga yang dicapainya termasuklah rekod lima kejuaraan liga berturut-turut (setanding rekod Juventus dan Internazionale) pada era Grande Torino, secara meluasnya diakui sebagai pasukan terkuat pada era 1940an. Pasukan itu terkorban dalam kemalangan udara Superga pada 1949. Selain itu, Torino juga menjuarai Coppa Italia sebagai lima kali dan pada kali terakhir sejak musim 1992–93. Di peringkat antarabangsa, Torino memenangi Piala Mitropa pada 1991 dan merupakan finalis Piala UEFA dalam edisi 1991–92.

Torino bermain di tempat sendiri di Stadio Olimpico Grande Torino (dikenali sebagai Stadio Comunale "Vittorio Pozzo" sehingga 2006). Warna kelab ialah marun dan simbol utama kelab ini ialah lembu, yang merupakan simbol tradisional kota Turin dan kelab ini mendapat nama samaran daripada simbol itu, "Il Toro" (Sang Lembu).

Di bandar Turin, permainan bola sepak telah tiba pada lewat kurun ke-19 dan diperkenalkan oleh pengindustri Swiss dan Inggeris. Pada 1887, Football & Cricket Club – ditubuhkan di Turin dan merupakan kelab tertua dalam sejarah bola sepak Itali diikuti penubuhan Nobili Torino pada 1889. Pada 1891 kedua-dua kelab itu digabungkan ke dalam Internazionale Torino selepas Football Club Torinese telah ditubuhkan pada 1894.[2][3][4]

Alfred Dick, penubuh dan presiden Foot-Ball Club Torino

Permainan baru ini dengan cepatnya menggantikan populariti pallapugno yang membawa kepada penubuhan bahagian bola sepak dalam kelab sukan Ginnastica Torino dan Juventus. Pada 8 Mei 1898, Internazionale Torino, Football Club Torinese dan Ginnastica Torino bersama dengan Genoa sebahagian daripada Persahabatan Antarabangsa untuk ulang tahun ke-50 Statuto Albertino dan pada masa yang sama, lahirnya Kejohanan Bola Sepak Itali yang berlangsung di Velodrome Umberto I di Turin dan dimenangi oleh Genoa.

Pada 1900, Football Club Torinese menyerap Internazionale Torino tetapi titik sebenar perubahan kelab ialah pada 3 Disember 1906: di kilang bir Voigt yang terletak di Via Pietro Micca, Turin apabila sebuah pakatan dibentuk oleh sekumpulan penentang kelab Juventus yang diketuai oleh pembiaya Swiss, Alfred Dick yang tidak bersetuju dengan tindakan profesional Juventus. Pertemuan di kilang bir itu dijadualkan pada sembilan malam dengan 23 jemputan: Alfred Dick, Giovanni Secondi, Fritz Bollinger, Eugenio De Fernex, Giuseppe Varetto, Enrico Debernardi, Arthur Rodgers, Federico Ferrari Orsi, Fritz Roth, Carlo Pletscher, Carlo Dick, Hans Kaempfer, Oreste Mazzia, Paul Boerner, Ugo Muetzell, Robert Depenheuer, Alfredo Jaquet, C. Bart, O. Quint, I. Michel, I. Faelmdrich, A. Boulaz dan Walter Streule. Franz Schoenbrod, presiden kelab tidak hadir bersama juruwang, Luigi Custer, secara rawaknya beliau mendapat kerusi di tempat pemilihan kedudukannya di kelab. Sementara itu yang tidak berselang ialah Giacomo Zuffi, Gian Luigi Delleani, Vittorio Morelli di Popolo, Ademaro Biano, Ettore Ghiglione, Vittorio Berrà dan Vittorio Pozzo telah memberikan sokongan kepada kelab. Menerusi penggabungan Football Club Torinese dan kumpulan penentang seperti dinyatakan di atas, "Foot-Ball Club Torino" telah ditubuhkan.

Kelab baru ini memilih untuk menggunakan warna berbeza dan warna yang dipilih ialah granata iaitu warna merah gelap dan hampir sama dengan warna burgundy (merah wain).

Langkah demi langkah

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan rasmi pertama buat Torino ialah pada 16 Disember 1906 di Vercelli menentang Pro Vercelli, dan kemenangan milih Granata dengan jaringan 3-1. Walaupun pada nama (granata iaitu warna merun), Torino pada masa itu menggunakan jersi kuning dan hitam yang diwarisi dari kelab Football Club Torinese.

Pertembungan pertama di antara Torino dan Juventus berlangsung di Velodrome Umberto I pada 13 Januari 1907 dan kemenangan milik Bull dengan menewaskan Juventus 2–1. Torino meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Juve sekali lagi 4-1 sebulan kemudian dan melangkah ke pusingan akhir Kejuaraan Bola Sepak Itali dan Torino menamatkan kejohanan sebagai naib juara di belakang Milan.

Torino tidak mengambil bahagian dalam Kejuaraan Bola Sepak Itali 1908 kerana kelab ini tidak melepasi peraturan penggunaan pemain-pemain asing. Kelab ini sebaliknya bermain dua kejohanan "kecil" yang popular iaitu "Palla Dapples" dan menang ke atas Pro Vercelli; dengan kejohanan antarabangsa yang diaturkan oleh La Stampa yang berlangsung di Turin pada tahun yang sama. Torino tewas kepada kelab Switzerland, Servette.

Pada 1912, Vittorio Pozzo sertai kakitangan teknikal dan pada 1914, Torino sertai jelajah Amerika Selatan dan memenangi enam dalam banyak banyak perlawanan menentang pasukan berkaliber seperti pasukan kebangsaan Argentina dan kelab dari Brazil, Corinthians.

Dalam Kejohanan Bola Sepak Itali 1914-1915, Torino tidak dapat meraih kejuaraan liga pertamanya kerana Perang Dunia Pertama yang sedang berlangsung. Dengan baki satu perlawanan, Torino (tempat kedua) berada dua mata di belakang pendahulu Genoa.

Kejuaraan scudetto pertama

[sunting | sunting sumber]

Selepas perang tamat, kejohanan liga diteruskan pada Oktober 1919. Seperti pasukan-pasukan lain, Torino kehilangan banyak pemain-pemainnya ketika perang. Pengambilan semula dibuat skuad Torino ketika berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan Piedmont, di belakang Pro Vercelli dan Juventus. Pada musim 1920–21, sistem liga kali ini berbeza kerana ia bercampur-campur pasukan dari wilayah lain dalam satu kumpulan; Torino melangkah ke pusingan separuh akhir dalam kumpulan utara Itali setanding Legnano.[5] Perlawanan menentang Legnano dianggap perlawanan rasmi paling lama berlangsung di Itali apabila keputusan seri 1-1; dan diikuti dua masa tambahan selama 30 minit setiap satu dan diikuti lagi masa tambahan dan keputusannya tetap seri. Pengadil memutuskan untuk bermain masa tambahan ketiga tetapi selepas lapan minit bermain, kedua-dua pasukan bersetuju tidak mahu meneruskan lagi.[6]

Pada awal 1920an, adik beradik Martin dan empat daripadanya bermain untuk Torino. Cesare Martin merupakan pemain paling berbakat dan membuat 359 penampilan buat Torino. Pada perlawanan menentang Brescia pada 9 November 1924, ia merupakan satu-satunya dan pertama kali perlawanan melibatkan keempat-empat adik beradik Martin (Pietro, Cesare, Dario and Edmondo) bermain bersama.[7] Pada 7 April 1922, Vittorio Pozzo meletak jawatan atas alasan profesional dan beliau digantikan oleh Francesco Mosso.[8]

Torino ketika jelajah Argentina pada 1929

Pada 1924, Count Marone Cinzano telah diundi sebagai presiden Torino dan membawa kejayaan pertama kelab. Pada musim panas 1925, Cinzano membawa masuk pemain Argentina, Julio Libonatti (beliau juga pemain asing pertama mewakili pasukan kebangsaan Itali) dan juga Adolfo Baloncieri. Pada tahun itu, Torino menamatkan di tempat kedua kumpulan di belakang Bologna, tetapi pasangan Libonatti dan Baloncieri segera membuktikan nilai mereka dengan menjaringkan 38 daripada 67 gol yang dihasilkan kelab. Pada tahun berikutnya, Gino Rossetti tiba di Torino dari Spezia dengan bayaran 25 ribu lira Itali.[9] Rossetti, bersama-sama dengan Libonatti dan Baloncieri melahirkan "trio" mantap pasukan dengan taktik bijak oleh jurulatih Tony Cargnelli.[10] Pada musim berikutnya menyaksikan perasmian Stadio Filadelfia dan disambut pada 17 Oktober 1926 ketika Torino menang 4-0 ke atas Fortitudo Roma.[11]

Dibimbing oleh Imre Schoffer, Torino meraih gelaran scudetto pertama pada 10 Julai 1927 selepas menang 5-0 ke atas Bologna. Walau bagaimanapun, gelaran itu ditarik semula pada 3 November 1927 didakwa doktor Torino dan pemain Juventus, Luigi Allemandi melakukan rasuah ketika pertembungan kedua-dua pasukan ini diadakan pada 5 Jun 1927. Ia sudahpun akhir musim apabila akhbar Milan, Lo Sport menerbitkan berita dakwaan bahawa penipuan ini memihak kepada Torino. Cerita ini diambil dari "Tifone" di Rome dan disebarkan oleh seorang wartawan yang tinggal dalam hotel yang sama dengan Allemandi. Apabila gelaran scudetto 1927 tetap dibatalkan, Allemandi digantung seumur hidup walaupun beliau kemudian meminta maaf dan hanya berkhidmat satu tahun dalam penggantungan.[12]

Pada musim berikutnya, Torino akhirnya disahkan semula sebagai juara Itali. Selepas gelaran scudetto Torino dibatalkan, Torino beraksi dengan baik di bawah kapten Adolfo Baloncieri, seorang ketua natural dan mencatatkan beberapa peristiwa bersejarah antaranya kemenangan 11-0 ke atas Brescia dan Napoli. Kemenangan 14-0 ke atas Reggiana, dan kesemuanya ketika bermain di Filadelfia. "Trio" mantap ini telah menjaringkan 89 gol. Selepas penantian scudetto, yang akhirnya Torino menang pada 22 Julai 1928 selepas seri 2-2 bertemu Milan dan disambut dengan jelajah ke Amerika Selatan. Selepas itu, Count Marone Cinzano meletak jawatan dan beliau telah diasak teruk dengan tuduhan ke atas beliau yang membawa pembatalan gelaran pada 1927.[13]

Musim sepi

[sunting | sunting sumber]
Presiden Ferruccio Novo, pencetus pasukan terkuat Torino, Grande Torino

Pada awal 1930an, Torino menyaksikan banyak pengganti selepas pemergian Cinzano iaitu Ferrari, Vastapane, Gervasio, Mossetto, Silvestri dan Cuniberti.[14] Ia merupakan tempoh tidak kestabilan kelab dan ditambah lagi dengan kedudukan merosot di liga. Torino berada di tempat ketujuh pada 1930–31, kelapan pada 1931–32, ketujuh pada 1932–33, ke-12 pada 1933–34 dan ke-14, hanya selangkah ke Serie B pada musim 1934-35.[15] Sementara itu, kelab-kelab di Itali mula untuk membangunkan divisyen belia. Sebagai penghargaan kepada Adolfo Baloncieri, Torino berdedikasi untuk membangunkan sebuah akademi yang bernama "Balon boys." Dari itu, munculnya pemain-pemain berbakat seperti Raf Vallone, Federico Allasio, Giacinto Ellena dan Cesare Gallea.

Sehingga musim 1935-36, kelab ini mula menunjukkan kebangkitannya; Torino mula mencabar gelaran sehingga pusingan kedua walaupun Bologna akhirnya menjuarai kejuaraan itu dan perbezaan satu mata dengan Roma. Walau bagaimanapun, Torino mencatatkan trofi Coppa Italia pertamanya pada tahun sama.[16] Torino menewaskan Alessandria, 5-1 pada aksi final.

Pada musim 1936-37, Torino menukarkan nama kelabnya kepada "Associazione Calcio Torino" oleh kerana rejim Fasis yamg tidak bertolak ansur dengan kehadiran perkataan asing pada masa itu. Torino menamatkan musim 1937-38 dengan merosot di tempat kesembilan. Di kejohanan Coppa Italia pula, Torino tewas pada aksi final.[17] Pada musim 1938–39, Torino menamatkan musim di tempat kedua dibelakang Bologna yang berada jauh empat mata. Egri Erbstein dari Hungary menjadi direktor teknikal Torino dan jawatan jurulatih diketuai oleh Mario Sperone. Balon Boys terus membekalkan pemain ke pasukan utama.[18]

Grande Torino

[sunting | sunting sumber]
Grande Torino pada musim 1948-49

Pada musim 1939–40, Torino menamatkan musim di tempat kelima liga dan ketibaan presiden baru Ferruccio Novo mencatatkan era baru buat Torino. Titik perubahan Torino bermula apabila Novo menyediakan bantuan kewangan kepada kelab dan kemahiran beliau sebagai seorang pentadbir yang berwaspada. Hasil sumbangan berharga dari Antonio Janni, Giacinto Ellena dan Mario Sperone, Novo akhirnya mampu membina sebuah pasukan yang digelar "Grande Torino."[19]

Grande Torino, sebuah gelaran yang diberikan kepada pasukan Torino pada era 1940an yang memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut antara tahun 1942 dan 1949 selain turut meraih Coppa Italia pada 1943 (Torino pasukan pertama yang melengkapkan kejuaraan "double" dalam satu musim iaitu Scudetto dan Coppa Italia). Torino juga merupakan tulang belakang bagi pasukan kebangsaan Itali pada masa ini dan pada satu perlawanan antarabangsa Itali, ia dibarisi 10 pemain Torino pada masa itu.

Pemain-pemain yang biasa masuk dalam kesebelasan utama ialah: Bacigalupo; Ballarin, Maroso; Grezar, Rigamonti, Castigliano; Menti, Loik, Gabetto, Mazzola, Ossola. Kejayaan ini terhenti apabila kejutan berita pada 4 Mei 1949, sebuah pesawat yang membawa pemain-pemain Torino mengalami kemalangan ketika mereka baru pulang dari perlawanan persahabatan menentang Benfica dari Lisbon. Nahas berlaku dipercayai kerana kabus tebal dan altimeter rosak lalu terhempas ke dinding penahan Basilica di Superga.

Dari penyingkiran hingga kejuaraan

[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun sukar mula dilalui Torino selepas tragedi pesawat yang mengorbankan pemain-pemain Grande Torino. Kemerosotan yang menimpa kelab akhirnya menyebabkan Torino tersingkir ke Serie B di bawah nama "Talmone Torino" pada 1959. Torino kemudian kembali ke Serie A semusim kemudian pada 1960–1961 selain menyumbang kepada pasukan Itali untuk menang menentang kelab Perancis dalam kejohanan Coppa dell'Amicizia. Pada 1963, Orfeo Pianelli menjadi presiden. Untuk membina semula pasukan, peminat menantikan ketibaan pemain yang kemudian menjadi ikon: Gigi Meroni, dengan nama samarannya "The Granata Butterfly." Pada musim 1964–65, Torino menduduki carta ketiga liga ketika dibimbing Nereo Rocco.

Torino kehilangan pemain terkenalnya, Gigi Meroni dengan tragedi pada 15 Oktober 1976. Pemain Torino itu melintasi sebuah lorong di Corso Re Umberto I selepas perlawanan menentang Sampdoria tamat sebelum beliau dilanggar dan dibunuh oleh seorang pemandu yang dikenali sebagai Attilio Romero (kemudian menjadi Presiden Torino pada 2000 hingga 2005). Torino mempunyai seorang bintang dan pada musim yang sama, Torino menamatkan musim di tempat ketujuh selain menjadi juara Coppa Italia. Pembangunan semula pasukan Torino dimulakan oleh Presiden Pianelli dan hasilnya pada 1971, Torino meraih satu lagi trofi Coppa Italia.

Pada musim 1971–72, Torino menamatkan musim di tempat kedua liga dan hanya satu mata di belakang "kembar" Juventus. Selepas melalui tiga musim, Torino akhirnya meraih kejuaraan scudetto ketujuh.

Torino merangkul kejuaraan scudetto pada musim 1975–76 selepas bangkit semula menentang Juventus selepas Juve berada selesa lima mata bersih meninggalkan Granata. Walau bagaimanapun, tiga kekalahan berturut-turut melanda Juve dan perlawanan kedua daripada itu ialah pertembungan Turin yang membolehkan Torino mula bangkit. Pada pusingan akhir, Torino melangkah ke perbezaan satu mata dan sejak itu, Torino sering menang di tempat sendiri. Torino menjadi pelawat ke Cesena di Comunale: tetapi keputusan terikat seri 1-1 manakala Juventus bernasib baik tumbang di Perugia. Gelaran scudetto diberikan kepada Torino yang berada kelebihan dua mata berbanding Juventus, 27 tahun selepas peristiwa Superga.

Cabaran scudetto diteruskan lagi pada setahun kemudian yang menyaksikan Torino menamatkan musim dengan 50 mata di belakang Juventus yang mengumpul 51 mata, hanya beza satu mata dan sebuah rekod pengumpulan mata terbanyak dengan jumlah 16 pasukan bertanding. Pada 1978, Torino menamatkan musim sekali lagi di tempat kedua dan tetap di belakang Juventus tetapi ketinggalan jauh di belakang. Pada tahun-tahun berikutnya, Torino mula memperlahankan perkembangan pasukan dan merosot dari semasa ke semasa selain sekali lagi menduduki tempat kedua liga di belakang Hellas Verona pada musim 1984–85. Pada musim 1987–88, Torino tewas dalam aksi play-off untuk layak ke Piala UEFA 1988-89 menentang Juventus.

Beraksi di Eropah

[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung musim 1988–89, Torino disingkirkan ke Serie B buat kali kedua dalam sejarahnya. Selepas mereka bangkit di Serie B pada musim 1989–90, Torino akhirnya kembali semula ke Serie A pada 1990–91. Di bawah bimbingan jurulatih Emiliano Mondonico, pasukan ini layak ke Piala UEFA 1991-92 selepas memintas Juventus dengan terkejut dan menyebabkan Juventus gagal untuk beraksi di pentas Eropah buat pertama kali dalam masa 28 tahun (1963–1991). Kempen Torino di pentas Eropah pada musim 1991-92 amat membanggakan apabila Torino meneruskan rentak cemerlangnya sehinggalah melangkah ke perlawanan akhir biarpun berdepan Real Madrid pada pusingan kalah mati. Walau bagaimanapun, Torino kecundang apabila tewas dalam perlawanan akhir menentang Ajax Amsterdam selepas seri 2–2 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Turin, perlawanan kedua di Amsterdam berkesudahan seri 0–0 dan bermakna pasukan Belanda itu menang atas peraturan gol di tempat lawan. Selain itu, Torino juga menamatkan musim di tempat ketiga liga.

Torino menambah trofi Coppa Italianya kali kelima pada musim 1992–93 selepas menewaskan Roma. Selepas menang selesa 3-0 di tempat sendiri, Granata hampir merangkul kejuaraan melalui perlawanan kedua di Rom dan menyaksikan Roma menang 5-2 dan berterima kasih kepada pengadil yang memberikan tiga tendangan penalti. Sekali lagi, pemenang bagi perlawanan akhir ini ditentukan melalui peraturan di gol tempat lawan dan kali ini Torino mendapat manfaat dan merangkul kejuaraan piala domestik Itali itu.

Selain itu, Torino yang baru sahaja bertanding di Serie A selepas menang Serie B memenangi Piala Mitropa pada musim 1990-91, kejuaraan antarabangsa pertama kelab. Selepas menakluk Coppa Italia, kelab ini melalui tempoh kesulitan ekonomi. Pertukaran presiden dan jurulatih, keputusan terus menerus merudum. Pada 1995, kelab ini disingkirkan ke Serie B buat kali ketiga. Torino kemudian kembali semula ke Serie A pada musim 1998-99 selepas menamatkan musim di Serie B di tempat kedua dengan mengumpul 65 mata dan hanya berbeza satu mata di belakang pendahulu, Hellas Verona.

Dilanda masalah kewangan

[sunting | sunting sumber]

Torino memulakan musim 1999-20 00 di Serie B dengan mempunyai harapan untuk kembali semula ke Serie A tetapi pada 7 Mei 2000, selepas tewas kepada Lecce, mereka kembali semula ke Serie B. Kelab ini kemudian dibeli oleh Francesco Cimminelli dan melantik Attilio Romero sebagai presiden kelab. Luigi Simoni ditabal sebagai jurulatih tetapi pada permulaan musim menyaksikan Torino berada di tempat tercorot liga dan hampir disingkirkan ke Serie C. Giancarlo Camolese, ketua jurulatih pasukan remaja Torino dilantik untuk mengemudi pasukan. Dengan lapan kemenangan berturut-turut di tempat sendiri dan sepuluh kemenangan di tempat lawan, Torino memulihkan prestsinya dan menamatkan musim di tempat pertama untuk musim 2000–01 dengan mengumpul 73 mata. Pada musim 2001–02, Torino layak ke Piala Intertoto UEFA dan mereka akhirnya kembali ke perlawanan Eropah. Torino berdepan kelab Austria, SC Bregenz, dan menang 2-1 secara agregat sebelum tewas 4-3 secara penentuan penalti kepada kelab Sepanyol, Villarreal. Pada masa itu, Torino menempuhi aksi teruk di Serie A dan menamatkan musim di tempat tercorot liga dan mereka memecat empat jurulatih dalam satu musim iaitu Camolese, Renzo Ulivieri, Renato Zaccarelli dan Giacomo Ferri. Identiti Torino Calcio tetap hidup di kalangan peminat dan penyokong. Selepas Torino disingkirkan ke Serie B, seramai 50,000 peserta menurut penganjur pada 4 Mei 2003 berarak dari ibu kota Piedmont bermula di Stadio Filadelfia, kemudian mereka terus melepasi tanda peringatan Gigi Meroni di Piazza San Carlo sebelum sampai ke batu nisan Grande Torino of Superga.

Pada musim 2003–04 di Serie B menyaksikan 24 pasukan bertanding (penyertaan tertinggi) dan Torino menamatkan musim di tempat ke-12. Pada musim 2004–05, Granata di bawah bimbingan Renato Zaccarelli menamatkan musim di tempat ketiga liga selepas menyingkirkan Ascoli pada pusingan play-off. Pada 26 Jun 2005, Torino meraikan kepulangannya ke Serie A selepas menewaskan Perugia dalam perlawanan penentuan play-off. Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama. Hutang yang banyak melambung semasa pentadbiran dahulu (di bawah Cimminelli) bermakna kelab ini menolak untuk menyertai Serie A. Terpaksa menunggu hasil rayuan, ia telah didedahkan bahawa Cimminelli tidak membayar sebahagian besar cukai kelab dalam tempoh lima tahun dan gagal mendeposit jaminan kepada Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sehingga tarikh akhir. Rayuan yang dikemukakan akhirnya mencapai keputusnnya. Selepas 40 tahun, Torino mengisytiharkan mereka tidak sesuai untuk beraksi di Serie A. Dengan pastinya, selepas 99 tahun sejak penubuhannya, Torino mengisytiharkan kelabnya telah muflis pada 9 Ogos 2005 dan kelab ini menamatkan khidmatnya.

Kelahiran semula

[sunting | sunting sumber]

Selepas keputusan yang ngeri itu iaitu muflis diisytiharkan, sebuah konsortium baru yang diketuai peguam Pierluigi Marengo bertangggungjawab untuk menubuh semula kelab yang dikenali sebagai "Società Civile Campo Torino" (diambil daripada nama lama Stadio Filadelfia). Konortium mengemukakan apllikasi kemasukan undang-undang Lodo Petrucci, yang memberikan jaminan untuk menyertai Serie B. Cadangan ekonomi pertama walau bagaimanapun dianggap tidak mencukupi oleh FIGC. Konsortium itu menambah penaja kelab, SMAT (syarikat yang menguruskan bekalan air di Turin) sekali gus melengkapkan proses birokrasi. Pada 16 Ogos 2005, FIGC secara rasminya diamanahkan untuk meletakkan nama kelab itu sebagai "Torino Calcio." Kelab baru ini bermula dari masalah memperoleh bebanan selain mewujudkan semula struktur syarikat, pemain dan kakitangan kelab. Pada 19 Ogos 2005, in di bar Norman, ketika satu persidangan yang sepatutnya melihat pembentangan struktur syarikat baru, mengumumkan kelab ini akan dijual kepada penerbit dan pengiklan, Urbano Cairo, yang hanya sehari sebelum melancarkan tawaran untuk membeli kelab. Apabila segala-galanya seolah-olah membuat keputusan, Luke Giovannone, seorang usahawan dari Ceccano telah menyumbangkan 180 ribu euro untuk membiaya Lodo Petrucci (yang memberikan jaminan kepadanya 51% dari perkongsian kelab baru Torino) menolak untuk jual. Dalam rundingan berterusan yang turut melibatkan datuk bandar Turin, Sergio Chiamparino, Giovannone sedia untuk menjual pada 24 Ogos tetapi beliau kemudian menukar fikirannya, lalu membuat peminat berang. Giovannone bertindak untuk melarikan diri dari Turin dan beliau dikesan berada di sebuah hotel di Moncalieri sebelum dikepung oleh peminat Torino. Beliau kemudian menolak untuk bersua dengan datuk bandar, Giovannone yang diiringi polis berjaya meninggalkan bandar.

Pada 26 Ogos, dalam satu pertemuan resolusi antara pemegang saham di SCC Torino, modal telah dinaikkan ke 10 juta euro. Pada 31 Ogos, Giovannone bersama Cairo menjadi presiden kedua kelab baru Torino selepas proses rundingan yang lama pada 2 September. Cairo dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan, Gianni De Biasi dan membentuk embrio pertama kelab bola sepak itu. Torino berubah dari S.r.l kepada S.p.A. disertai Cairo meletak 10 juta euro sebagai modal. Penyatuan semula Torino "lama" siap pada 12 Julai 2006 ketika lelongan, Ciro membeli kesemua piala-piala dan memorabilia Grande Torino sebanyak 1,411,000 euro lalu membenarkan peminat dan wakil Torino merancang untuk meraikan ulang tahun ke-100 Torino. Pasukan baru Torino membuat debut hanya tujuh hari kemudian selepas pembelian Cairo selain diiringi pembelian pemain yang sedikit lewat (sebahagiannya dibeli pada malam sebelum perlawanan berlangsung). Torino menang pada perlawanan debut pada 10 September 2005 menentang AlbinoLeffe 1–0 hasil jaringan Enrico Fantini. Perlawanan itu juga menyaksikan sorotan pemain muda yang dibeli dari Parma, Alessandro Rosina. Pada masa singkat, Torino membeli beberapa pemain pada perpindahan musim sejuk dan menduduki tempat ketiga dan layak ke pusingan play-off. Mereka kemudian mengecapi kejayaan selepas menumbangkan Cesena (1–1 dan 1–0) dan Mantova (2–4 dan 3–1 selepas masa tambahan). Torino kembali semula ke Serie A pada musim 2006–07.

Giampiero Ventura, bekas pengurus Torino yang berjaya membimbing pasukannya untuk kembali semula ke pentas Eropah.

Kedatangan Torino ke Serie A disifatkan dengan kedatangan Christian Abbiati, Stefano Fiore dan Simone Barone. Jurulatih Gianni De Biasi dipecat sebelum musim bermula dan digantikan oleh Alberto Zaccheroni, yang membawa Torino di kedudukan pertengahan liga pada pertengahan musim. Walau bagaimanapun, enam kekalahan berturut-turut menyebabkan Zaccheroni kehilangan jawatannya dan De Biasi dilantik semula sebagai jurulatih yang akhirnya selamat daripada zon penyingkiran. Pemain muda kelab, Alessandro Rosina menjadi penjaring terbanyak Torino pada musim itu. Pada musim 2007–08, Walter Novellino menjadi jurulatih dan dipecat pada 15 April 2008 selepas beberapa keputusan teruk dilakarnya. Dengan baki lima perlawanan, De Biasi dipanggil semula sebagai jurulatih dan Torino kemudian melonjak ke tangga 15 liga. Penjaring terbanyak Torino sekali lagi jatuh kepada Rosina. Pada musim berikutnya, Torino melakukan banyak pembelian antaranya Rolando Bianchi, Blerim Džemaili dan Ignazio Abate tetapi Torino bermain dengan hambar dan tiga jurulatih dalam satu musim itu (De Biasi, Novellino dan Giancarlo Camolese) sekali gus mereka gagal untuk mengelak penyingkiran ke Serie B,

Stefano Colantuono dilantik sebagai jurulatih baru kelab berikutan penyingkiran. Selepas memulakan musim dengan beberapa keputusan memuaskan, mereka mula bermain dengan hambar sehinggalah ketibaan jurulatih baru Mario Beretta. Walau bagaimanapun, Torino tidak melakukan apa-apa perubahan dan tetap berada di prestasi sama dan selepas tewas kepada Cittadella, Beretta dipecat serta merta. Ketika jawatan jurulatih kosong, bekas jurulatih Colantuono dipanggil semula. Sementara itu, presiden Cairo meletakkan Gianluca Petrachi, yang terkenal akan kerjanya di kelab Pisa, direktor sukan baru di Torino. Dalam tempoh dua minggu, Petrachi menubuhkan semula pasukan keseluruhan dengan melengkapkan sepuluh perpindahan keluar dan 12 perpindahan masuk. Pasukan in mengumpul 42 mata ketika akhir musim. Presiden Cairo mengumumkan beliau secara rasminya menjual kelab ini. Pada 2 Mei 2010, melalui sepucuk surat kepada peminat, Pengerusi berhubung ini mengatakan beliau tidak dapat menghadiri acara tahunan Misa Suci di Superga sebagai tanda peringatan kepada Grande Torino, sesuatu perkara yang beliau sering lakukan sejak tempoh awalnya sebagai pengerusi kelab itu. Torino menamatkan liga di tempat kelima dan layak ke pusingan play-off. Torino menyingkirkan Sassuolo dalam pusingan separuh akhir (1–1 di tempat sendiri; 2–1 di tempat lawan) tetapi tewas pada perlawanan akhir menentang Brescia (0–0 di tempat sendiri; 2–1 di tempat lawan). Pada musim berikutnya, jurulatih Colantuono berpindah ke Atalanta dan Franco Lerda dinamakan sebagai penggantinya. Beliau kemudian dipecat pada 9 Mac 2011 dan digantikan oleh Giuseppe Papadopulo, tetapi pada 20 Mac, hanya selepas 11 hari sebagai jurulatih, beliau dipecat. Lerda kembali semula sebagai jurulatih dan Torino berjaya mengekalkan rentak tanpa kalah sehinggalah hari terakhir musim, tewas 0-2 kepada Padova sekali gus menjadikan mereka sekali lagi tersingkir did pusingan play-off kali ketiga berturut-turut.

Selepas hampir 40 tahun, Ciro Immobile muncul selaku pemain Torino pertama meraih anugerah "Capocannoniere" pada musim 2013-14.

Pada 6 Jun 2011, Torino secara rasminya mengumumkan Giampiero Ventura sebagai pengurus baru untuk menghadapi musim di Serie B 2011-12 di samping Ventura menandatangani kontrak satu tahun. Selepas kempen yang panjang dan kemaraan yang ditunjukkan Torino, akhirnya kelab ini kembali semula ke Serie A pada 2 Mei 2012 selepas menewaskan Modena 2–0.[20] Torino menamatkan musim dengan berkongsi mata bersama pendahulu Pescara tetapi disebabkan perbezaan gol diambil kira, Torino berada di tempat kedua. Pada musim berikutnya menyaksikan Torino berjaya mengekalkan tempatnya di Serie A daripada penyingkirani. Pada musim 2013-14, Torino berjaya melakar keputusan cemerlang apabila mereka berjaya merebut tempat ketujuh liga sekali gus memberikan tiket untuk layak ke Liga Europa UEFA 2014–15.[21] Bintang Torino pada masa itu, Ciro Immobile menjaringkan 22 gol sekali gus menjadi penjaring terbanyak di Serie A dan menjadikan pemain Torino pertama menerima penghargaan itu sejak Francesco Graziani (musim 1977–78). Pada musim 2014-15 menyaksikan Torino kehilangan Alessio Cerci yang berpindah ke Atlético Madrid and Immobile to Borussia Dortmund. Dalam saingan Liga Europa, Torino melangkah ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh Zenit Saint Petersburg. Namun, sepanjang laluan mereka ke pusingan 16, mereka berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan yang terdapat pasukan Club Brugge, HJK dan Copenhagen selain memperoleh kemenangan 5-1 ke atas Copenhagen di Denmark, kejayaan terbesar Torino di perlawanan Eropah. Pada perlawanan pusingan 32 pula, mereka mengetepikan kelab Sepanyol, Athletic Bilbao (2–2 di tempat sendiri dan 3–2 di San Mamés). Pada kejuaraan liga pula, pasukan ini berjaya selamat daripada zon penyingkiran dengan mudah dan menamatkan musim di tempat kesembilan namun, mereka gagal untuk ke kejohanan Eropah pada musim seterusnya. Selepas lima tahun, Ventura meletakkan jawatannya sebagai jurulatih dan digantikan oleh Siniša Mihajlović.

Jersi pertama Torino digunakan beberapa hari selepas penubuhannya dan dipakai pada perlawanan menentang Pro Vercelli. Torino beraksi dengan menggunakan jersi berjalur jingga dan hitam yang merujuk kepada jersi kelab Internazionale Torino dan Football Club Torinese. Tanpa disedari, warna-warna itu kelihatan sama dengan kerabat diraja Habsburg Austria, yang merupakan musuh kepada kerajaan Itali pada masa dahulu dan dilihat ia tidak sesuai. Memandangkan keperluan untuk memilih warna tergantung, pengasas kelab memilih untuk menggunakan warna granata, sebuah warna merah gelap yang hampir sama dengan warna merah wain.

Cerita bagaimana jersi Torino mendapat warna granata adalah Duke Abruzzi dari Kerabat Savoy berjaya menewaskan angkatan tentera Perancis pada 1706 lalu membolehkannya membebaskan kota Turin. Kemudian, beliau memakai sapu tangan berwarna darah sebagai penghormatan kepada seorang utusan yang terbunuh membawa pulang berita kemenangan. Cerita yang lain pula apabila penubuh kelab Torino, Alfredo Dick ialah seorang penyokong sebuah kelab Switzerland, Servette iaitu sebuah kelab dari Geneva yang merupakan tempat asalnya ataupun warna-warna itu dirujuk kepada sebuah kelab Inggeris, Sheffield yang merupakan kelab bola sepak tertua dunia yang mana warna-warna itu digunakan oleh kelab Internazionale Torino. Mereka menggunakan uniform dengan warna merah dan sarung kaki hitam dan mereka memilih warna itu kerana menggangap sebagai petanda yang baik, akhirnya dipilih sebagai warna rasmi. Sebelum ini, kelab-kelab lama Torino sebaliknya menggunakan warna biru diraja tetapi kerajaan diraja Itali enggan untuk memberikan penggunaan warna kerabat mereka kepada satu pasukan. Beberapa tahun kemudian, warna azure diguna paka oleh pasukan bola sepak kebangsaan.

Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Jersi pelawat Torino sebagai tanda penghormatan kepada River Plate

Sejak itu, warna tradisional Torino di tempat sendiri memaparkan jersi yang mempunyai seluar pendek putih atau marun serta stoking hitam atau marun. Sejak itu, beberapa dekad kemudian Torino tidak lagi beraksi di atas padang dengan stoking marun terutamanya pada era 1970an dan 1980an yang selama-lamanya mereka menerima pakai jersi marun. Jersi pelawat pula kerapnya menggunakan warna sebaliknya, iaitu jersi berwarna putih bersama seluar pendek putih dan stoking putih atau marun. Tanpa disedari, jersi pelawat Torino bersama pepenjuru pancaragam putih dilihat sama dengan jersi kepunyaan kelab River Plate, kelab Argentina yang mempunyai hubungan sejarah yang rapat sejak peristiwa Superga. Jersi pelawat ini diguna buat pertama kali pada 6 Januari 1953 pada perlawanan liga menentang Milan yang berkesudahan seri 1–1.

Selain itu, lambang kelab Torino sentiasa memaparkan seekor lembu yang merupakan simbol bandar Turin.[22] Lambang terkini Torino diterima pakai pada musim 2005-06 selepas berlakunya bankrup. "1906" yang tertera pada bahagian kiri lambang ditambah untuk mewakili tahun penubuhan bersejarah Foot-Ball Club Torino.[23] Pada 1980an, lambang Torino ialah berbentuk segi empat yang memaparkan seekor lembu dengan perkataan "Torino Calcio." Lambang ini amat dicintai peminat pada tahun 2013, ia diundi oleh pembaca Guerin Sportivo sebagai logo kelab tercantik sepanjang zaman.

Pemandangan Stadio Olimpico Grande Torino.

Perlawanan pertama rasmi Torino selepas penubuhannya ialah pada 13 Januari 1907 (menentang Juventus) berlangsung di Stadio Velodrome Umberto. Kemudian, Torino berpindah ke Piazza d'armi yang terdapat banyak padang dan bermula dari 23 Januari, mereka bermain di Lato Ferrovia dan dari 26 Februari 1911, Lato Crocetta sebagai halaman tuan rumah Torino. Ke arah penghujung 1913, mereka berpindah ke Stradale Stupinigi, yang terletak di sekitar bandar Turin yang tidak jauh dari Filadelfia. Ketika Perang Dunia Pertama meletus, stadium ini digunakan sebagai kegunaan tentera.[24]

Pada 11 Oktober 1925 ketika musim 1925–26, Torino bermain di halamannya di Motovelodromo Corso Casale (kini ia mengendalikan perlawanan bola sepak Amerika) sementara menunggu perpindahan ke Stadio Filadelfia. "Fila" ialah sebuah pentas yang berkait rapat dengan eksploit Grande Torino; ia dibuka pada 17 Oktober 1926 ketika menentang Fortitudo Roma dan sejak itu, ia merupakan gelanggang tuan rumah Torio sehinggalah pada 15 Mei 1958 (perlawanan menentang Genoa, Torino menang 4–2)[25] oleh kerana pasukan ini berpindah ke Stadio "Vittorio Pozzo" pada musim 1958–59 atau dikenali sebagai "Comunale". Perpindahan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila kelab ini tersingkir ke Serie B pada tahun yang sama dan terpaksa "pulang" ke gelanggang Filadelfia.

Torino bermain keseluruhannya pada musim 1959–60 di Serie B dan musim seterusnya di Serie A di Filadelfia tetapi pada musim 1961–62 dan 1962–63, mereka mula menggunakan gelanggang Comunale untuk perlawanan "istimewa". Perpindahan ke "Comunale," stadium yang mampu menampung 65,000 orang siap pada musim 1963–64 sehinggalah pada 27 Mei 1990 tidak digunakan lagi kerana mereka berpindah ke Stadio delle Alpi.

Stadio Delle Alpi dibina sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990 oleh kerana Itali menjadi tuan rumah dan Torino menggunakan arena itu dari tahun 1990 hingga 2006. Berikutan pembinaan semula untuk membolehkan stadium itu bersesuaian mampu mengendalikan acara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 yang mana Turin menjadi tuan rumah, Torino bermain di gelanggang lamanya, Stadio Comunale yang dinamakan semula sebagai Stadio Olimpico yang kini mampu menampung 27.958 tempat duduk dan ia dikurangkan kepada kira-kira 38,000 kerusi berbanding dengan yang asal untuk mematuhi piawai keselamatan lebih moden.[26] Pada April 2016, Stadio Olimpico ini dinamakan kepada Stadio Olimpico Grande Torino sebagai penghargaan kepada barisan legenda Torino pada 1940an.

Peminat dan pesaing

[sunting | sunting sumber]

Peminat dan penyokong Torino memegang beberapa perbezaan termasuk kumpulan penyokong pertama pertama di Itali, Fedelissimi Granata yang diasaskan pada 1951.[27] Penyokong Torino juga membentangkan panji kelab pertama mereka di Stadio Filadelfia dan menyusun perjalanan mereka untuk menyokong Torino di tempat lawan melalui penerbangan udara pada perlawanan menentang Roma pada 1963.[28] Di arena Filadelfia, Oreste Bolmida, seorang peniup trompet terkenal melalui filem Ora e per sempre yang juga ditayangkan.[29] Pada era 1970-an, peminat kelab ini mula menyusun koreografi pertama kelab yang telah digunakan dalam iklan pengeluar kereta Perancis, Renault pada dekad akan datang.[30] Pada 1979, curva Maratona dianugerahkan sebagai "pendirian terindah Eropah" oleh majalah Perancis Onze Mondial; imej seksyen stadium ini kemudiannya dipaparkan di sampul majalah France Football pada 21 Disember.[31]

Peminat Torino juga "dikembarkan" dengan peminat-peminat Fiorentina. Perhubungan antara kedua-dua penyokong ini bermula pada awal 1970-an yang berkait dengn sentimen anti-Juventus dan semakin merapat dengan Viola selepas tragedi Superga.

Hubungan rapat dengan kelab Brazil, Corinthians dan Torino diimbas kembali ke tahun 1914. Pada tahun itu, Torino menjadi kelab Itali pertama yang mendarat ke Amerika Selatan untuk jelajah bola sepak. Kelab ini bermain enam perlawanan persahabatan, dua daripadanya menentang Corinthians dan sejak itu, hubungan kedua-dua kelab ini semakin berkembang dan rapat. Pada 4 Mei 1949, ketika Grande Torino terkorban dalam nahas kapal terbang di Superga, Corinthians bersimpati kepada rakyat Itali dalam satu perlawanan persahabatan menentang Portuguesa dan Corinthians beraksi pada perlawanan itu dengan pakaian Torino.

Pemain Torino, Graziani dihalang oleh dua pemain Juventus, Scirea dan Benetti ketika pertembungan merebut kejuaraan Scudetto pada musim 1976–77

Kelab Argentina, River Plate sejak dahulu lagi amat rapat dengan Torino sejak tragedi Superga. Beberapa tahun kemudian selepas peristiwa itu, kelab Argentina itu mula semakin rapat dengan Torino dengan mengadakan perlawanan persahabatan dan melakukan kutipan derma untuk membangunkan Torino. Pada 26 Mei 1949, River Plate terbang ke Turin untuk beraksi perlawanan amal yang dianjurkan FIGC bersama-sama dengan pilihan pemain terkuat Itali pada era itu dan berkumpul di bawah nama "simbol Torino."[32] Sebagai bukti hubungan antara kedua-dua kelab, beberapa kali jersi kelab Argentina itu bertukar warna marun (terkini pada musim 2005–06) sementara Torino memakai beberapa variasi kit pelawat sebagai penghormatan kepada kit tuan rumah River Plte.[33]

Antara pesaing tradisi Torino ialah Sampdoria, Piacenza, Verona, Lazio, Perugia, Internazionale, Atalanta, Ternana dan Ancona. Hubungan persahabatan antara Torino dan Genoa bertukar negatif selepas perlawanan antara Torino dan Genoa pada 24 Mei 2009 yang menyebabkan Torino tersingkir ke Serie B. Pada 16 Disember 2012, hari perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini selepas Torino kembali ke Serie A, pergaduhan tercetus antara kedua-dua penyokong kelab. Persaingan dengan musuh setempat, Juventus adalah yang paling sengit dengan kedua-dua pasukan sentiasa tidak sepakat dan pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Mole, salah satu pertembungan paling popular di Itali dan yang tertua masih dipertikaikan.

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 31 Ogos 2016.

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Itali Daniele Padelli
3 DF Itali Cristian Molinaro
4 DF Brazil Leandro Castán (pinjaman dari Roma)
5 DF Itali Cesare Bovo
6 MF Ghana Afriyie Acquah
7 DF Itali Davide Zappacosta
8 MF Itali Daniele Baselli
9 FW Itali Andrea Belotti
10 FW Serbia Adem Ljajić
11 FW Argentina Maxi López
13 DF Itali Luca Rossettini
14 FW Sepanyol Iago Falque (pinjaman dari Roma)
15 MF Itali Marco Benassi
16 MF Sweden Samuel Gustafson
No. Pos. Negara Pemain
17 FW Venezuela Josef Martínez
18 MF Itali Mirko Valdifiori
20 MF Itali Giuseppe Vives (kapten)
21 GK England Joe Hart (pinjaman dari Manchester City)
22 MF Nigeria Joel Obi
23 DF Itali Antonio Barreca
24 DF Itali Emiliano Moretti
25 MF Serbia Saša Lukić
26 DF Brazil Danilo Avelar
29 DF Itali Lorenzo De Silvestri
30 MF Itali Mattia Aramu
31 FW Argentina Lucas Boyé
93 DF Albania Arlind Ajeti

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK Uruguay Salvador Ichazo (di Bari sehingga 30 Jun 2017)
GK Itali Alfred Gomis (di Bologna sehingga 30 Jun 2017)
GK Itali Andrea Zaccagno (di Pro Vercelli sehingga 30 Jun 2017)
DF Itali Kevin Bonifazi (di SPAL sehingga 30 Jun 2017)
DF Itali Marco Chiosa (di Perugia sehingga 30 Jun 2017)
DF Serbia Nikola Maksimović (di Napoli)[34]
DF Uruguay Gastón Silva (di Granada sehingga 30 Jun 2017)
DF Sweden Pontus Jansson (di Leeds United sehingga 30 Jun 2017)
No. Pos. Negara Pemain
DF Brazil Bruno Peres (di Roma)
DF Greece Panagiotis Tachtsidis (di Cagliari sehingga 30 Jun 2017)
FW Itali Leonardo Candellone (di Gubbio sehingga 30 Jun 2017)
FW Senegal Abou Diop (di Viterbese sehingga 30 Jun 2017)
FW Itali Simone Edera (di Venezia sehingga 30 Jun 2017)
FW Itali Vittorio Parigini (di Chievo sehingga 30 Jun 2017)
FW Itali Simone Rosso (di Brescia sehingga 30 Jun 2017)

Torino dan pasukan kebangsaan Itali

[sunting | sunting sumber]

Antara pemain-pemain Torino yang pernah menjulang penghargaan bersama pasukan kebangsaan Itali ialah Adolfo Baloncieri, Antonio Janni, Julio Libonatti dan Gino Rossetti. Kesemua pemain itu berjaya membawa Itali untuk juara Piala Antarabangsa Eropah Tengah pada 1927–30 dan memenangi pingat perak (kecuali Libonatti) pada temasya Sukan Olimpik. Seterusnya, Lido Vieri dan Giorgio Ferrini sebahagian daripada pasukan Itali untuk merangkul Kejuaraan Eropah pada tahun 1968 sementara Giuseppe Dossena bersama Azurri menjuarai Piala Dunia pada edisi 1982.

Kakitangan pasukan

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 5 Julai 2016.
Posisi Nama
Pengurus Serbia Siniša Mihajlović
Pembantu pengurus Itali Attilio Lombardo
Jurulatih kecergsan Itali Antonio Bovenzi
Itali Paolo Solustri
Jurulatih penjaga gol Itali Paolo Di Sarno
Pengurus pasukan Itali Luca Castellazzi

Lembaga pengarah

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Presiden Itali Urbano Cairo
Naib-presiden Itali Giuseppe Cairo
Ketua pengarah Itali Antonio Comi
Pengarah sukan Itali Gianluca Petrachi
Pengurus pasukan Itali Giacomo Ferri

Senarai pengurus

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Bekas presiden Torino, Orfeo Pianelli menjulang trofi Coppa Italia pada musim 1970–71
  • Naib juara (1): 1993

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Juara (1): 1990–91
  • Juara (1): 2016–2017

Nota:
↑1  Torino meraih kejuaraan liga pada musim 1926–27 tetapi dibatalkan.

Rekod dan statistik kelab

[sunting | sunting sumber]
Paolo Pulici bersama 172 gol menjadikannya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab.

Torino berada di kedudukan kelapan di Serie A mengikut mata keseluruhan[35] mengambil kira semua pasukan bola sepak yang bermain dalam liga utama sekurang-kurangnya sekali.

Dalam liga Itali, Torino menamatkan musim di tempat pertama sebanyak lapan kali walaupun kelab ini hanya menjuarai tujuh kejuaraan liga,[36] tujuh kali di tempat kedua liga dan sembilan kali di tempat kesembilan.[37]

Ketika musim 2006–07, Torino pertama kali dalam sejarah bermain di Serie A lebih banyak berbanding Juventus oleh kerana Juventus bermain di Serie B berikutan skandal Calciopoli .[38]

Giorgio Ferrini memegang rekod penampilan terbanyak kelab dengan 566 kemunculan (tambahan 56 gol) yang beraksi pada 1959 dan 1975.[39] Rekod penjaring gol terbanyak jatuh kepada Paolo Pulici, yang menghasilkan 172 gol rasmi dalam 437 kemunculan di antara tahun 1967 dan 1982.[40]

Lapan pemain Torino ini pula telah memenangi anugerah Capocannoniere yang diberikan kepada penjaring terbanyak Serie A dan pemain Torino pertama meraih anugerah ini ialah pemain dari Austria, Heinrich Schönfeld bersama 22 gol dalam musim 1923–24. Beliau telah diikuti oleh pemain Itali-Argentina, Julio Libonatti yang menjaringkan 35 gol pada musim 1927–28 dan Gino Rossetti (36 gol) pada musim 1928–29.[41] 36 gol dihasilkan Rossetti masih menjadi gol tertinggi untuk memenangi anugerah itu. Eusebio Castigliano menjadi penjaring terbanyak liga pada musim 1945–46 selepas Perang Dunia Kedua[42] dan diikuti Valentino Mazzola pada musim 1946–47 (29 gol).[43] Torino terpaksa menunggu 30 tahun sebelum penjaring terbanyak liga muncul iaitu Paolo Pulici membolot anugerah itu sebanyak tiga kali pada era 1970an iaitu pada musim 1972–73 (17 gol), 1974–75 (18 gol) dan 1975–76 (21 gol).[44] Tempat Pulici digantikan oleh rakan sepasukan, Francesco Graziani pada musim 1976–77, yang menjaringkan 21 gol. Selepas hampir 40 tahun, Ciro Immobile (22 gol) menjadi penjaring terbanyak seterusnya pada musim 2013–14.[45]

Bil. Nama Warganegara Kemunculan
1 Giorgio Ferrini Itali 566
2 Paolo Pulici Itali 437
3 Renato Zaccarelli Itali 413
4 Claudio Sala Itali 360
5 Lido Vieri Itali 357
6 Cesare Martin Kerajaan Itali (1861–1946) 345
7 Luigi Danova Kerajaan Itali (1861–1946) 340
8 Natalino Fossati Itali 361
9 Antonio Janni Kerajaan Itali (1861–1946) 330
10 Giorgio Puia Itali 326

Bil. Nama Warganegara Gol
1 Paolo Pulici Itali 172
2 Julio Libonatti Kerajaan Itali (1861–1946) 157
3 Gino Rossetti Kerajaan Itali (1861–1946) 144
4 Guglielmo Gabetto Itali 127
5 Marco Ferrante Itali 125
6 Valentino Mazzola Itali 123
7 Francesco Graziani Itali 122
8 Adolfo Baloncieri Kerajaan Itali (1861–1946) 100
9 Franco Ossola Itali 85
10 Rolando Bianchi Itali 77

Pengeluar jersi dan penaja

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Pengeluar jersi Penaja
1990–1991 ABM Indesit
1991–1993 Beretta
1993–1994 Lotto
1994–1995 Bongioanni
1995–1996 SDA Courier
1996–2000 Kelme
2000–2001 Directa
2001–2002 ASICS Conto Arancio
2002–2003 Ixfin
2003–2005 Bavaria
2005–2008 Reale Mutua Beretta
2008–2009 Kappa Renault Trucks
2009–2011 Italporte Dahlia TV
2011–2012 Valmora Aruba
2012–2013 Beretta
2013–2015 Suzuki[46]
2015–2016
  1. ^ name="osservatoriosport.interno.gov.it">http://www.osservatoriosport.interno.gov.it/allegati/stadi_serie_a.pdf
  2. ^ http://www.comune.torino.it/archiviostorico/mostre/sport_2005/pdf/085-096.pdf
  3. ^ http://faccedatoro.altervista.org/campionato-calcio/1906-fondazione-torino-football-club.html
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2016-09-04.
  5. ^ name=Story>"La Storia del Torino Fc". torinofc.it. Torino Football Club. Dicapai pada 5 November 2014.
  6. ^ name=Story
  7. ^ name=Story
  8. ^ name=Story
  9. ^ name=Story
  10. ^ name=Story
  11. ^ name=Story
  12. ^ name=Story
  13. ^ name=Story
  14. ^ name=Story
  15. ^ name=Story
  16. ^ name=Story
  17. ^ name=Story
  18. ^ name=Story
  19. ^ name=Story
  20. ^ "Divertimento, dialogo e zero ansie Toro, la rivoluzione di mister libidine- LASTAMPA.it". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-25. Dicapai pada 2016-09-05.
  21. ^ Torino menamatkan musim di tempat ketujuh liga ketika musim 2013-14 tetapi memperoleh kelayakan ke Liga Europa 2014-15 dan sepatutnya tiket ke Liga Europa diberikan kepada pasukan di tangga keenam, Parma tetapi dikecualikan daripada pertandingan UEFA kerana mereka gagal untuk mendapatkan lesen UEFA atas sebab-sebab ekonomi lihat.
  22. ^ name="toroshirts.it">http://www.toroshirts.it/it/seasons/
  23. ^ name="toroshirts.it"
  24. ^ name=Storia
  25. ^ name=Storia
  26. ^ name=comunale
  27. ^ "I primati della tifoseria granata". cellulagranata. 27 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-13. Dicapai pada 27 September 2015.
  28. ^ name=recordfans
  29. ^ "La carica del Filadelfia". calcioromantico.com. 18 April 2014. Dicapai pada 27 September 2015.
  30. ^ name=recordfans
  31. ^ name=recordfans
  32. ^ http://sport.notizie.it/dramma-river-plate-piange-anche-il-torino/
  33. ^ name="passionemaglie.it"
  34. ^ http://torinofc.it/news/31/08/2016/maksimovic-al-napoli_12297
  35. ^ http://www.italia1910.com/serie-a-classifica-perpetua.asp
  36. ^ Torino, sebenarnya menamatkan musim di tempat pertama pada musim 1926–27 tetapi keputusannya gelaran itu ditarik semula berikutan skandal Allemandi. Kedudukan terakhir dalam kedudukan dan semua keputusan yang berkaitan dengan ia, bagaimanapun kekal tidak berubah.
  37. ^ name=Storia
  38. ^ name=Storia
  39. ^ http://www.enciclopediadelcalcio.it/FerriniG.html
  40. ^ http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calciatore?p_p_id=BDC_dettaglio_calciatore_WAR_LegaCalcioBDC&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-1&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_BDC_dettaglio_calciatore_WAR_LegaCalcioBDC_idPersona=292
  41. ^ name=topgoalscorer
  42. ^ name=topgoalscorer
  43. ^ name=topgoalscorer
  44. ^ name=topgoalscorer
  45. ^ name=topgoalscorer
  46. ^ http://www.motociclismo.it/suzuki-e-official-sponsor-del-torino-football-club-moto-56045

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]