Pergi ke kandungan

Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1991

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pujaan 10 1991
PenganjurRadio Televisyen Malaysia


Carta Pujaan 10 RTM diaudit dan dikelolakan oleh Radio 1 dibawah seliaan juruhebah Zazmie Mohd Zain [1] dari tahun 1988 hingga 1996. Ia menampilkan turutan carta lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar rangkaian Radio Televisyen Malaysia seluruh negara pada skala mingguan [2].

Carta ini kembali dijenamakan semula oleh RTM pada tahun 2000.

Turutan Juara Carta Pujaan 10

[sunting | sunting sumber]
Lagu "Penantian" oleh Black Rose ciptaan Saari Amri dan Azhar Osman (Mario) berjaya menjuarai carta Pujaan 10 selama 6 minggu dan bertahan 5 bulan di dalam carta tersebut, sekaligus menjadi lagu dengan prestasi terbaik tahun 1991.
Penyanyi Hattan berjaya meraih kedudukan juara buat pertama kali menerusi lagu "Memburu Rindu" ciptaan M. Nasir.
Sebuah lagi lagu ciptaan M. Nasir berjudul "Tiara" dendangan Kris mengungguli carta selama 6 minggu menjadikannya lagu paling popular menjelang akhir tahun 1991.

Berikut adalah turutan juara carta mingguan Pujaan 10 bagi tahun 1991.

Lagu "Janji Manis Mu" oleh Aishah telah mencipta rekod sebagai lagu paling lama bergelar juara carta iaitu selama 14 minggu berturut-turut dari 15 Oktober 1990 sehingga dua minggu pertama tahun 1991. Ini sekaligus memadam rekod kejuaraan selama 13 minggu yang dikongsi oleh lagu "Rindu Bayangan" (Carefree) pada tahun 1979 dan "Isabella" (Search) pada 1989. Walaupun lagu "Teguh" (Search) berada lebih lama sebagai juara carta, tetapi lagu "Penantian" (Blackrose) lebih kukuh mendominasi carta sepanjang tahun.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 1991.
Jilid Tarikh Lagu Penyanyi Rujukan
RE9009 7 Januari "Janji Manis Mu" Aishah [3]
14 Januari
9101 21 Januari "Di Antara Gadis" Dinamik [4]
28 Januari
4 Februari
11 Februari
18 Februari
9102 25 Februari "Sepi Sekuntum Mawar Merah" Ella Aminuddin [5]
9103 4 Mac "Teguh" Search [6]
11 Mac
18 Mac
25 Mac
1 April
8 April
15 April
9104 22 April "Penantian" Black Rose [7]
29 April
6 Mei
13 Mei
20 Mei
27 Mei
9105 3 Jun "Ku Meraguimu" Klthsom Kader [8][9]
10 Jun
17 Jun
24 Jun
9106 1 Julai "Memburu Rindu" Hattan [10]
8 Julai
15 Julai
9107 22 Julai "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" Damasutra [11]
29 Julai
5 Ogos
9108 12 Ogos "Gugurnya Bunga Cinta" Laksamana [12]
19 Ogos
9109 26 Ogos "Cinta Bandar Tasik Selatan" Olan [13]
RE9108 2 September "Gugurnya Bunga Cinta" Laksamana [14]
RE9109 9 September "Cinta Bandar Tasik Selatan" Olan [15]
9110 16 September "Tiara" Kris [16]
23 September
30 September
7 Oktober
14 Oktober
21 Oktober
9111 28 Oktober "Engkau Yang Satu" Wow [17]
4 November
11 November
18 November
9112 25 November "Gerhana Cinta Luka" IKLIM [18]
2 Disember
9 Disember
16 Disember
9113 23 Disember "Kemaafan Dendam Yang Terindah" Aishah [19]
30 Disember
  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3018419/zazmie-nadi-pujaan-10
  2. ^ https://www.klik.com.my/item/story/323516/pop-balada-jadi-pilihan
  3. ^ https://www.discogs.com/release/18444274-Aishah-Aishah
  4. ^ https://www.discogs.com/master/938663-Dinamik-Revolusi-Mental
  5. ^ https://www.discogs.com/release/10656111-Ella-Identiti
  6. ^ https://www.discogs.com/release/5501163-Search-Karisma
  7. ^ https://diskograf.com/explore/song/5648-penantian
  8. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9VTvEZRUy6A
  9. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/03/544771/tuah-gaun-biru-kembang-klthsom
  10. ^ https://diskograf.com/explore/song/1987-memburu-rindu
  11. ^ https://diskograf.com/explore/song/1989-umpama-mimpi-dalam-mimpi
  12. ^ https://diskograf.com/explore/song/5649-gugurnya-bunga-cinta
  13. ^ https://diskograf.com/explore/song/5650-cinta-bandar-tasik-selatan
  14. ^ https://diskograf.com/explore/song/5649-gugurnya-bunga-cinta
  15. ^ https://diskograf.com/explore/song/5650-cinta-bandar-tasik-selatan
  16. ^ https://diskograf.com/explore/song/6817-tiara
  17. ^ https://www.discogs.com/release/8789510-Ady-Wow-Inspirasi
  18. ^ https://diskograf.com/explore/song/2582-gerhana-cinta-luka
  19. ^ https://www.discogs.com/release/11798918-Aishah-Aishah-II