Sekolah Menengah Sains Muar
Sekolah Menengah Sains Muar | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Tanjung Agas, 84009 , Daerah Tangkak, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berpretasi Tinggi |
Moto | Berilmu & Berbakti |
Nombor sekolah | +606-9523181 |
Kod sekolah | JEA5027 |
Pengetua | Tn. Hj. Mohd Fared Bin Samin |
Slogan | Dipimpin untuk Memimpin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn Haji Mohd Fauzi bin Othman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Azimi bin Md Zin |
Penolong Kanan Kokurikulum | Tn Haji Ramli bin Hamid |
Faks | +606-9536693 |
Laman sesawang | www.sainsmuar.edu.my |
Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di kawasan Tanjung Agas, Tangkak. Sekolah ini ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di kawasan seluas 42 ekar. Sekolah ini telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021 dengan GPK 1.53. Sekolah Menengah Sains Muar dikenali dengan pencapaianya sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Sejarah Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1988, sekolah ini hanya menerima pelajar baru tingkatan IV sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar tingkatan I. Pada 1990 sekolah ini mempunyai tingkatan IV dan V sahaja. Pada 30 Jun 1991, sekolah ini telah menerima kumpulan pertama Tingkatan VI Rendah sehingga tahun 1994. Pada tahun 1995, sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah hingga tahun 2000. Mulai tahun 2016, sekolah ini menerima semula kemasukan pelajar tingkatan I.
Seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di bumi SAMURA ini semenjak 1983 hinggalah sekarang dan banyak sumbangan dan pembaharuan yang telah dibawa. SAMURA boleh menempatkan sekitar 700 pelajar dan mempunyai 6 blok asrama yang terdiri daipada 4 blok asrama puteri dan 2 blok asrama putera.
Sepanjang tempoh ini juga SAMURA telah melalui banyak perubahan dan pelbagai pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Kejayaan SAMURA ini bukan merupakan usaha satu pihak sahaja, malah PIBG telah banyak membantu dalam merealisasikan impian sekolah. ALUMNI SAMURA juga banyak membantu dan memberikan bimbingan dan motivasi serta kursus bagi pelajar sebagai satu bentuk khidmat sosial kepada pihak sekolah.
Sekolah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan bandar Muar dan Tangkak, di mana ia mudah untuk dihubungi. Di hadapan sekolah ini terdapat sebuah tanah perkuburan orang Islam, stesen minyak Shell dan Petronas, serta kawasan komersial seperti rumah kedai dan juga pasar raya.
Senarai Pengetua Sekolah
[sunting | sunting sumber]I. 1983-1984 : Tn. Hj. Hamzah Ali bin Ghazaly Ali
II. 1984-1985 : Tn. Hj. Bakar bin Bachik
III. 1985-1986 : Datuk Hj. Rashdan bin Ramlan
IV : 1986-1993 : Datuk Hj. Yaakob bin Ederis
V : 1994-1995 : Tn. Hj. Zainal bin Nong
VI : 1995-1996 : Tn. Hj. Alias bin Ab. Rahman
VII : 1996-1997 : Tn. Hj. Mahamud bin Bulat
VIII : 1997-2003 : Tn. Hj. Suratmen bin Dasim
VIIII : 2003-2014 : Tn Hj. Samian bin Sawiyo
X : 2014-2016 : Pn. Hjh. Noor 'Aini binti Ibrahim
XI : 2016-2020 : Tn. Hj. Sahabudin bin Jazuli
XII : 2020 - 2023 : Tn. Hj. Razali bin Sudin
Xiii : 2023 - : Tn. Hj. Mohd Fared bin Samin
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Menunaikan khidmat dan jasa Berilmu Berbakti amalan semua Mencapai cita-cita Restui kami dari ibu dan bapa Semoga kami berjaya Bergerak melangkah Berjuang bersama Untuk nusa dan bangsa Kamilah pelita alam semesta Tunas pemimpin negara Pelopor pada kemajuan pembangunan SMS mengorak langkah Doa kami pada Allah yang Esa Menyanjung segala usaha Menuju ke arah matlamat utama Berusaha akan berjaya |
To fulfill our service and deeds To have knowledge and to serve is the practice of all Achieving the goal Blessings from our mothers and fathers So we may succeed Moving by steps Striving together For the country and its people We are the light of the universe The budding leaders Pioneers in the development and progress SMS is moving forward Our prayers to Allah the Almighty Praised all the effort Towards the main goal Strive to be successful |
Fasiliti dan Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Sains Muar terdiri daripada :
I. Tiga bangunan akademik yang menempatkan pejabat pentadbiran, kelas-kelas, makmal-makmal, pusat sumber sekolah, makmal komputer dan bilik-bilik khas
II. Enam bangunan asrama, dua
bagi pelajar putera dempat 4 bagi pelajar puteri yang ditempatkan mengikut rumah (Budiman, Sarjana, Bestari dan Pujangga)
III. Dewan Legasi Samura atau Dewan Besar
IV. Dewan Kuliah
V. Dewan Sri Tanjung atau Dewan Makan
VI. Bilik guru
VII. Surau Al-Faizin
VIII. Gim sukan
VIIII. Kantin sekolah
X. Bangunan Seni dan Warisan
XI. Astaka
Bagi gelanggang dan padang s
sukan pula, sekolah ini mempunyai gelanggang bola keranjang, satu gelanggang tennis, dua gelanggang badminton (di dalam gim), dua gelanggang takraw, satu gelanggang futsal, satu gelanggang bola tampar, satu padang bola jaring, satu gelanggang serbaguna yang boleh digunakan untuk bermain bola baling, hoki,futsal dan bola keranjang, dua padang bola sepak dan satu padang serbaguna yang boleh digunakan sebagai padang bola sepak, ragbi, kriket, sofbol, dan hoki.
Mata Pelajaran
[sunting | sunting sumber]Menengah Rendah :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer (bagi kelas Arif)
Menengah atas :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Sejarah, Pendidikan Islam
Sekolah Menengah Sains Muar juga menawarkan pembelajaran bahasa antarabangsa, iaitu :
Bahasa Jerman, Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Arab
Matapelajaran Elektif
[sunting | sunting sumber]Bermula Tahun 2021 berpandukan KSSM, SM Sains Muar hanya menawarkan Aliran Sains Tulen.
Sebagai tambahan bermula 2016, Bahasa Antarabangsa telah diperkenalkan bermula dengan Bahasa Arab, Bahasa Jerman dan diikuti Bahasa Cina Komunikasi.
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Muar (ALUMNISAMURA)
[sunting | sunting sumber]Adalah diperakui bahawa PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS, MUAR, JOHOR (ALUMNI SAMURA) didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah PPM-007-01-01072004 pada 07 haribulan Januari 2004.
Laman facebook rasmi :- Alumni Samura (Alumni Sekolah Menengah Sains Muar)
Antara bekas-bekas pelajar yang terkenal:-
- Datuk Khairussaleh Ramli (Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Bank Bhd dan Kumpulan RHB) - Class of '84
- Siti Hajjar Adnin (Bekas Duta Malaysia ke Ireland) - Class of '85
- Ali Hassan bin Mohd Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Al-Ikhsan Sports) - Class of '87
- Omar Mustapha Ong (Bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6) - Class of '88
- Wan Hasliza Wan Zainuddin (Produser/Pengarah Filem, KL Motion Picture) - Class of '89
- Hasrul Farid Hasnan (Ketua Audit Dalaman, SME Bank Malaysia Berhad) - Class of '91
- Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan (Bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, AgroBank Malaysia Berhad) - Class of '91
- Muhammad Afhzal Abdul Rahman (Ahli Lembaga Pengarah Celcom Axiata Berhad & Ketua Pegawai Teknologi Digital, KWSP) - Class of '92
- YB. Hahasrin Hashim (Ahli Dewan Negeri Johor N.34 Panti) - Class of '93
- Mohd Idzwan bin Yacob (Ahli kumpulan nasyid, Firdaus & Pengetua INASIS TNB, UUM) - Class of '94
- Dato' SM Azli bin Tan Sri SM Nasimuddin (Pengarah Eksekutif Go Auto Sales, CEO HAVAL Malaysia) - Class of '01
- Nur Syakirin Husnal Az Hari (Pengacara Selebriti) - Class of '06
- Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (Pengacara TV3) - Class of '12
- YB. Datuk Muhammad Jailani Khamis (ADUN Melaka Rembia) - Class of '89
- Ahmad Janatul Firdaus bin Datuk Dr Haji Dzulkarnain (Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif) 2019) - STPM 1992)[1]