Pergi ke kandungan

Puteri Terantai (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andromeda
Buruj
Andromeda
Nama LatinAndromeda
SingkatanAnd[1]
GenitifAndromedae
Sebutan
  • /andromeda/
  • genitif /andromede/
SimbolismeAndromeda,
Puteri Terantai[2]
Pencerapan
(Epok J2000)
23j 25m 48.6945s–02j 39m 32.5149s[3]
Keserongan53.1870041°–21.6766376°[3]
KeluargaPerseus
Keluasan722[4] darjah persegi (ke-19)
Bintang
Bintang utama16
65
Bintang dengan planet
12
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
3
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
3
Bintang paling terang
α And (Alpheratz) (2.07m)
Bintang terhampirRoss 248[5]
(10.30 tc, 3.16 pc)
Objek
Objek Messier3[6]
Pancuran meteor
Andromedid (Bielid)
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Puteri Terantai atau Andromeda (And) ialah salah sebuah daripada 48 buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi Yunani-Rom abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah satu daripada 88 buruj moden. Terletak ke utara khatulistiwa samawi, buruj ini dinamai sempena Andromeda, anak perempuan Kasiopeia, dalam mitos Yunani, yang terantai kepada batu untuk dimakan oleh raksasa laut, Ketos. Andromeda adalah paling prominen semasa malam musim luruh di Hemisfera Utara, bersama dengan beberapa buah buruj yang dinamai sempena watak-watak dalam mitos Perseus. Oleh sebab sudut serong utaranya, Andromeda boleh dilihat hanya ke utara garis lintang 40° selatan; untuk para pencerap jauh ke selatan, buruj ini terletak di bawah ufuk. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada buruj terbesar, dengan keluasan 722 darjah persegi. Ini adalah 1,400 kali ganda saiz bulan purnama, 55% daripada saiz buruj terbesar, Hydra, dan melebihi 10 kali ganda saiz buruj terkecil, Crux.

Bintang tercerahnya, Alpha Andromedae, ialah sebuah bintang dedua yang juga telah dikira sebagai sebahagian daripada Pegasus, sementara Gamma Andromedae merupakan sebuah bintang dedua berwarna-warni dan sasaran popular untuk ahli astronomi amatur. Hanya sedikit lebih malap daripada Alpha, Beta Andromedae ialah sebuah raksasa merah, warnya boleh dilihat dengan mata kasar. Objek langit lepas paling jelas bagi buruj ini ialah Galaksi Andromeda mata kasar (M31, juga dipanggil sebagai Galaksi Agung Andromeda), galaksi pilin terdekat dengan Bimasakti dan salah sebuah daripada objek Messier tercerah. Beberapa buah galaksi kelam, termaskulah penyamping-penyamping M31, M110 dan M32, serta NGC 891 yang lebih jauh, terletak dalam Andromeda. Nebula Bola Salji Biru, sebuah nebula planet, boleh dilihat dengan teleskop sebagai objek bulat biru.

Dalam astronomi Cina, bintang-bintang yang membentuk Puteri Terantai merupakan anggota-anggota bagi empat buruj berlainan yang mempunyai keertian astrologi dan mitologi; sebuah buruj yang berkaitan dengan Puteri Terantai juga wujud dalam mitologi Hindu. Puteri Terantai merupakan lokasi sinaran untuk Andromedid, pancuran meteor lemah yang berlaku pada November.

Kutipan

  1. ^ Russell 1922, m/s. 469.
  2. ^ Allen 1899, m/s. 32–33.
  3. ^ a b IAU, The Constellations, Andromeda.
  4. ^ Ridpath, Constellations.
  5. ^ RECONS, The 100 Nearest Star Systems.
  6. ^ Bakich 1995, m/s. 54.
  7. ^ Bakich 1995, m/s. 26.

Bibliografi

  • Allen, Richard H. (1899). Star Names: Their Lore and Meaning. G. E. Stechert. OCLC 30773662.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bakich, Michael E. (1995). The Cambridge Guide to the Constellations. Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 978-0-521-44921-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Davis, George A., Jr. (1944). "The Pronunciations, Derivations, and Meanings of a Selected List of Star Names". Popular Science. 52: 8. Bibcode:1944PA.....52....8D.CS1 maint: ref=harv (link)
  • French, Sue (Januari 2006). "Winter wonders: star-studded January skies offer deep-sky treats for every size telescope". Sky and Telescope. Academic OneFile. 111 (1): 83.CS1 maint: ref=harv (link)(langganan diperlukan)
  • Higgins, David (November 2002). "Exploring the depths of Andromeda". Astronomy. Academic OneFile: 88.CS1 maint: ref=harv (link)
  • doi:10.1086/499534
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  • Hoskin, Michael; Dewhirst, David (1999). The Cambridge Concise History of Astronomy. Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 978-0-521-57291-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jenniskens, Peter (2006). Meteor Showers and Their Parent Comets. Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 978-0-521-85349-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Makemson, Maud Worcester (1941). The Morning Star Rises: an account of Polynesian astronomy. Akhbar Universiti Yale.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Moore, Patrick; Tirion, Wil (1997). Cambridge Guide to Stars and Planets (ed. ke-2). Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 978-0-521-58582-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Moore, Patrick (2000). The Data Book of Astronomy. Institute of Physics Publishing. ISBN 978-0-7503-0620-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Olcott, William Tyler (2004) [1911]. Star Lore: Myths, Legends, and Facts. Courier Dover Publications. ISBN 978-0-486-43581-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pasachoff, Jay M. (2000). A Field Guide to the Stars and Planets (ed. 4th). Houghton Mifflin. ISBN 978-0-395-93431-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rao, Joe (Oktober 2011). "Skylog". Natural History. Academic OneFile. 119 (9): 42.CS1 maint: ref=harv (link)(langganan diperlukan)
  • Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2009). The Monthly Sky Guide (ed. ke-8). Akhbar Universiti Cambridge. ISBN 978-0-521-13369-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ridpath, Ian (2001). Stars and Planets Guide. Akhbar Universiti Princeton. ISBN 978-0-691-08913-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rogers, John H. (1998). "Origins of the Ancient Constellations: II. The Mediterranean Traditions". Journal of the British Astronomical Association. 108 (2): 79–89. Bibcode:1998JBAA..108...79R.
  • Russell, Henry Norris (Oktober 1922). "The new international symbols for the constellations". Popular Astronomy. 30: 469. Bibcode:1922PA.....30..469R.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sherrod, P. Clay; Koed, Thomas L. (2003). A Complete Manual of Amateur Astronomy: Tools and Techniques for Astronomical Observations. Dover Publications. ISBN 978-0-486-42820-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Hubble Essentials: About Edwin Hubble". HubbleSite. Institut Sains Teleskop Angkasa. 2008. Dicapai pada 29 April 2012.
  • Staal, Julius D.W. (1988). The New Patterns in the Sky: Myths and Legends of the Stars (ed. ke-2). The McDonald and Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-04-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Thompson, Robert Bruce; Thompson, Barbara Fritchman (2007). Illustrated Guide to Astronomical Wonders. O'Reilly Media. ISBN 978-0-596-52685-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars. McDonald and Woodward Publishing. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wilkins, Jamie; Dunn, Robert (2006). 300 Astronomical Objects: A Visual Reference to the Universe (ed. ke-1). Firefly Books. ISBN 978-1-55407-175-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Sumber dalam talian

SIMBAD

  • "Alpha And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "Mirach". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "Gamma1 Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Delta Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "Iota And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Kappa Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Lambda Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Omicron Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Psi Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "37 Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "Ups And – High proper-motion Star". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "Xi Andromedae". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "29 And (Pi And)". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "51 And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "56 And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 29 April 2012.
  • "R And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 30 April 2012.
  • "Z And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 1 Mei 2012.
  • "HH And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 20 Mei 2012.
  • "14 And". SIMBAD. Pusat Data Astronomi Strasbourg. Dicapai pada 20 Mei 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Andromeda

Koordinat: Peta langit 00h 46m 00s, +37° 00′ 00″