Portal:Hal semasa di Eropah/2010
Penampilan
2010
[sunting sumber]- 21 Disember - Milo Đukanović meletak jawatan sebagai perdana menteri Montenegro.
- 15 Disember - Kepala Raja Henri IV dari Perancis (gambar) yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.
- 2 Disember - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
- 14 November - Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.
- 10 Oktober - Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan, dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.
- 4 Ogos - Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia (gambar asap).
- 30 Julai - Sebuah kapal terbang dirampas di Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow, namun segera ditamatkan pasukan gerak khas FSB Rusia.
- 30 Julai - Sebuah helikopter tentera Greece terhempas, membunuh dua juruterbangnya.
- 25 Julai - Tiga gerabak Ekspres Glasier di pergunungan Alp, Switzerland tergelincir, menyebbkan seorang penumpang terbunuh, manakala 42 yang lain cedera.
- 15 Julai - BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- 13 Julai - Rusuhan penganut Katolik - Protestan Ireland Utara 2010 berlaku di Belfast, Ireland Utara.
- 12 Julai - Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- 11 Julai - Piala Dunia FIFA berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya (gambar bola).
- 10 Julai - Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- 30 Jun - Christian Wulff (gambar) terpilih menjadi Presiden Jerman.
- 30 Jun - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- 29 Jun - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
- 28 Jun - Bekas Presiden dan Perdana Menteri Lithuania Algirdas Brazauskas meninggal dunia pada usia 77 tahun.
- 24 Jun - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- 23 Jun - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- 22 Jun - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- 16 Jun - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- 15 Jun - Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
- 31 Mei - Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- 16 Mei - Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.
- 11 Mei - David Cameron (gambar) dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- 10 Mei - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 9 Mei - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 7 Mei - Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- 5 Mei - Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok (gambar) terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- 26 April - Raja Albert menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, selepas kerajaannya runtuh.
- 15 April - Abu gunung berapi daripada letusan Eyjafjallajökull (gambar) di Iceland menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah.
- 12 April - Sebuah kereta api tergelincir di Merano, Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
- 10 April - Kemalangan pesawat berhampiran Smolensk, Rusia, membunuh kesemua 96 orang atas kapal, termasuk Presiden Poland Lech Kaczyński (gambar) dan 42 pegawai Poland lain.
- 30 Mac - Perlanggaran antara dua pancaran proton 3.5 TeV di Pelanggar Hadron Besar CERN mencatat rekod dunia untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.
- 29 Mac - Dua pengeboman di stesen Metro Moscow Lubyanka (gambar) dan Park Kultury membunuh 39 orang.
- 21 Mac - Gunung berapi Eyjafjallajökull di Iceland meletus.
- 14 Mac - Denmark memenangi perseorangan wanita dan beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2010.
- 8 Mac - Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- 20 Februari - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- 20 Februari - Banjir dan tanah runtuh di pulau Madeira, Portugal membunuh 43 orang.
- 20 Februari - Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- 15 Februari - Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium (gambar peta), membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
- 30 Januari - Bekas PM United Kingdom Tony Blair memberi keterngan dalam Siasatan Pencerobohan Amerika Syarikat dan Britain di Iraq 2003.
- 12 Januari - Lukisan Pantai di Pourville oleh artis Impresionis Claude Monet yang dicuri pada 2000, ditemui di Poland.
- 1 Januari - Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.