Portal:Hal semasa/Disember
Penampilan
2018
- Seramai 11 maut termasuk lima tebusan dalam rompakan bank di bandar Milagres, Rio de Janeiro, Brazil.
- Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran diteruskan di Jepun bagi mencari lima askar marin Amerika Syarikat (AS) selepas dua pesawat negara ini bersama tujuh orang krew berlanggar dan terhempas di perairan Jepun
- Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher menggegarkan Anchorage, Alaska, mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri ke jalan raya dan merosakkan bangunan di bandar terbesar Alaska itu.
- Dua pemimpin pemisah Catalonia, Jordi Sanchez dan Jordi Turull yang kini ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan mereka selesai melancarkan mogok lapar sebagai tunjuk perasaan terhadap layanan yang diberikan oleh mahkamah Sepanyol.
- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala richter berlaku di Kepulauan Tanimbar, Indonesia.
- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun.
- Bencana tsunami melanda Selat Sunda menyebabkan sekurang-kurangnya 437 orang terkorban bersama-sama 14,059 yang lain tercedera.
2017
- Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala 84 lagi cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri di Kabul, Afghanistan.
- George Weah dipilih sebagai Presiden Liberia.
- Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski memberi pengampunan kepada bekas presiden sebelumnya, Alberto Fujimori.
- Taufan Tembin membadai selatan Filipina, mengorbankan lebih daripada 200 ratus orang dan berpuluh-puluh yang lain disahkan hilang.
- HMAS AE1, kapal selam milik Tentera Laut Diraja Australia yang hilang di laut pada tahun 1914, dijumpai di perairan Duke of York Islands, Provinsi Britain Baru Timur (berhampiran dengan Papua New Guinea).
- Pihak pro-kemerdekaan pimpinan Carles Puigdemont memperoleh majoriti di dalam pilihan raya Catalan.
- Dilantik sebagai Canselor Austria pada usia 31 tahun, Sebastian Kurz menjadi ketua kerajaan termuda di dunia.
- Sebastián Piñera dipilih sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- Di Amerika Syarikat, kereta api penumpang Amtrak Cascades terlibat dengan kemalangan di DuPont, Washington mengorbankan sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan lebih daripada 70 yang lain.
- Juan Orlando Hernández (gambar) diisytiharkan sebagai pemenang dalam pemilihan Presiden Honduras, manakala Pertubuhan Negara-Negara Amerika mendesak untuk membuat pengundian baharu kerana ia dianggap sebagai tidak sah.
- Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda kawasan Jawa Barat, Indonesia, menyebabkan 4 orang maut.
- Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa ia akan membeli sebahagian besar pegangan saham 21st Century Fox, bernilai sekurang-kurangnya $52.4 bilion.
- Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan tentera Iraq terhadap DAISH/ISIL, selepas menawan semula wilayah yang dikuasai sejak berbulan yang lalu.
- Parlimen Australia meluluskan pindaan untuk membenarkan perkahwinan sama jantina.
- Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat melalui Pengerusinya, Ajit Pai mengundi untuk memansuhkan undang-undang keberkecualian rangkaian Tajuk II.
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
- Siklon Ockhi membadai India dan Sri Lanka, mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang dan beratus-ratus yang lain masih hilang.
- Halszkaraptor, genus dinosaur seperti itik yang dianggap telah semiaquatik, digambarkan dari fosil Mongolia.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menggantung penyertaan Rusia di Olimpik Musim Sejuk 2018, berikutan siasatan ujian doping ketika sukan edisi 2014.
- Mantan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh dalam konflik berterusan yang berlaku di Sana'a.
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Disember, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 1 Disember Mariam Ismail, seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma, meninggal dunia akibat kanser usus.
- 5 Disember Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor dan anakanda ke-4 Sultan Johor, mangkat kerana barah hati yang dihadapi beliau.
2014
- Pihak berkuasa mengesahkan penemuan serpihan dan mayat daripada Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (gambar pesawat), yang terhempas dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang penumpang.
- Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.
- Banjir di beberapa buah negara Asia Tenggara pada penghujung bulan Disember 2014 adalah yang terburuk.
2013
- Dalam penerbangan sulungnya, roket Soyuz-2-1v Rusia melancarkan mikrosatelit Aist 1 dan dua satelit penentukuran radar.
- Thailand mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Tenggara ke-27.
- Michelle Bachelet terpilih kembali sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- Pasukan hoki kebangsaan bawah-21 Jerman menjuarai Hoki Piala Dunia Remaja 2013.
- Chang'e 3, membawa perayau Yutu, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di Bulan sejak 1976.
- Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan di sisi undang-undang penanaman, penjualan dan penggunaan ganja.
- Bekas Presiden Afrika Selatan dan aktivis anti-aparteid Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- Misi perayau bulan pertama China, Chang'e 3 berjaya dilancarkan dari Xichang.
2012
- Para pengundi di Mesir menyetujui perlembagaan baharu.
- Kejadian rogol bergilir-gilir di Delhi mencetuskan bantahan meluas di seluruh India (gambar).
- Singapura menewaskan Thailand secara agregat untuk menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
- Park Geun-hye (gambar) terpilih sebagai Presiden Korea Selatan, menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu.
- Abe Shinzo terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.
- Seramai 28 orang, termasuk penembak, mati berikutan tembakan amuk di sekolah rendah dekat Connecticut, A.S.
- Pemain sitar dan penggubah klasikal India Ravi Shankar meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- Perdana Menteri Cheick Modibo Diarra meletak jawatan selepas ditahan pemimpin rampasan kuasa Mali dan digantikan oleh Django Sissoko.
- John Dramani Mahama (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Ghana.
- Bekas Presiden Bangladesh Iajuddin Ahmed meninggal dunia di Bangkok, Thailand.
- Bekas Perdana Menteri Borut Pahor terpilih sebagai Presiden Slovenia.
- Argentina memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I buat kali ketiga.
2011
- Samoa dan Tokelau bertukar ke bahagian barat Garisan Tarikh Antarabangsa, melangkaui terus 30 Disember.
- Kim Jong-un secara rasmi diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung Korea Utara baharu.
- Sistem pandu arah satelit China COMPASS mula beroperasi, meliputi rantau China dan sekitarnya.
- Satu siri pengeboman terlaras di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 65 orang.
- Soyuz TMA-03M dilancarkan dari Baikonur (gambar), membawa tiga anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Korea Utara mengumumkan kematian Pemimpin Agungnya Kim Jong-il (gambar).
- FC Barcelona menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2011 selepas menewaskan Santos FC.
- Ribut Tropika Washi melanda Filipina, menyebabkan lebih 950 kematian.
- Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.
- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.
- Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.
- Majlis Perlembagaan Tunisia melantik Moncef Marzouki (gambar) sebagai Presiden Tunisia.
- Selepas 541 hari rundingan, kerajaan baharu Belgium mengangkat sumpah, dengan Elio Di Rupo sebagai Perdana Menteri.
2010
- Lima laluan baru Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka, menambah 108 km kepada sistem alihan laju tersebut.
- Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya.
- Bekas Presiden Argentina Jorge Rafael Videla dihukum penjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah jenayah terhadap manusia.
- Milo Đukanović meletak jawatan sebagai perdana menteri Montenegro.
- Kepala Raja Henri IV dari Perancis (gambar) yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.
- Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
- Kedua-dua penyandang Laurent Gbagbo (gambar) dan calon pembangkang Alassane Ouattara mengangkat sumpah secara berasingan sebagai Presiden Côte d'Ivoire.
- FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
2009
- Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid meninggal dunia.
- Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao (gambar potret) diumumkan.
- Bekas Presiden Venezuela Rafael Caldera meninggal dunia.
- Sukan Asia Tenggara 2009 berakhir dengan Thailand mendapat pingat emas terbanyak.
- Penemuan planet luar suria GJ 1214 b yang jisim dan jejarinya selaras dengan ciri planet lautan diumumkan.
- Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner (gambar), menjalankan penerbangan sulungnya.
- Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.
- Teodoro Obiang Nguema Mbasogo (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Guinea Khatulistiwa.
- Pengebom berani mati membunuh 22 orang, termasuk tiga orang menteri Kerajaan Persekutuan Peralihan, di Mogadishu, Somalia.
- Rwanda menjadi negara pertama diisytiharkan bebas periuk api di bawah Perjanjian Ottawa.
2008
- Israel melancarkan satu serangan udara yang membunuh lebih 350 orang di Gaza.
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
- Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.
- Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
- Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baru.
- Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
- Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.
2007
- Benazir Bhutto (gambar) disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi, Pakistan jam 9.45 malam.
- Parti Palang Prachachon memenangi pilihan raya umum Thailand.
- Lee Myung-bak (gambar) dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- Negara-negara ahli Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
- Keputusan Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.
2006
- Kim Hyung-chil, seorang atlit dari Korea Selatan terkorban sewaktu acara equestrian dalam Sukan Asia XV.
- Sukan Asia XV dibuka secara rasmi dan penuh gilang-gemilang seperti pembukaan Sukan Olimpik di gelanggang Stadium Khalifa di Doha, Qatar ini dengan 45 negara mengambil bahagian dalam temasya ini.
- Parti Sosialis mendapat kenaikan undi dalam pilihan raya Belanda, manakala Jan Peter Balkenende dari Parti Kristian Demokrat mengekalkan pluraliti dalam Tweede Kamer.
- Bekas agen Rusia Alexander Litvinenko mati di hospital di London disyaki akibat keracunan polonium.
- Pemberontak Maoist di Nepal menandatangani perjanjian keamanan dengan kerajaan, secara rasmi menamatkan perang saudara sepuluh tahun.
- Satu konsortium antarabangsa menandatangani perjanjian untuk melancarkan secara rasmi ITER, satu projek untuk membangunkan satu reaktor nuklear pelakuran secara eksperimen.
2005
2004
- 26 Disember: Satu gempa bumi dahsyat yang menghasilkan tsunami menggelamkan dan mengorbankan nyawa sejauh benua Afrika. Wilayah Aceh di Indonesia terjejas paling teruk.
- 9 Disember: Hamid Karzai memenangi pilihan raya Presiden Afghanistan 2004.