Peralihan kod
Sosiolinguistik |
---|
Konsep utama |
Bidang kajian |
Orang |
Ahli sosiolinguistik |
Bidang berkaitan |
Dalam bidang linguistik, peralihan kod merupakan penggunaan lebih daripada satu bahasa, atau gaya bahasa, dalam perbualan. Pengguna berbilang bahasa - orang yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa - ada kalanya menggunakan unsur berbilang bahasa semasa perbualan. Oleh itu, peralihan kod ialah penggunaan lebih daripada satu variasi linguistik dalam gaya yang konsisten dengan sintaks dan fonologi bagi setiap variasi.
Peralihan kod adalah berbeza daripada fenomena pertembungan bahasa yang lain, seperti pinjaman, pijin dan kreol, pinjam terjemah, dan pemindahan bahasa (antara muka bahasa). Penutur membentuk bahasa pijin apabila lebih daripada dua penutur yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama membentuk bahasa pertengahan ketiga. Sementara itu, penutur mengamalkan peralihan kod apabila mereka fasih dalam kedua-dua bahasa.
Pada tahun 1940an dan 1950an kebanyakan sarjana menganggap amalan beralih kod sebagai penggunaan bahasa di bawah piawai serta boleh merosakkan bahasa.[1] Namun, sejak tahun 1980an, kebanyakan sarjana mula mengakui amalan tersebut sebagai hasil penggunaan berbilang bahasa yang lumrah dan biasa.[2]
Mekanik peralihan kod
[sunting | sunting sumber]Peralihan kod biasanya berlaku apabila sintaks bahasa yang digunakan adalam sama dalam satu ayat, misalnya penutur Bahasa Melayu boleh beralih ke Bahasa Inggeris kerana kedua-dua bahasa mempunyai struktur ayat yang sama (subjek - kete kerja - objek). Malah, bahasa yang mempunyai struktur ayat yang tidak sama boleh disusun semula pada sempadan klausa berkaitan atau pada sempadan substruktur ayat yang lain.
Ahli bahasa telah melakukan usaha yang signifikan bagi menerangkan perbezaan antara meminjam (penggunaan perkataan pinjaman) ataupun beralih kod; secara amnya, pinjaman melibatkan leksikon, manakala peralihan kod berlaku sama ada pada peringkat sintaks ataupun pada peringkat pembinaan pernyataan.[3][4][5]
Dalam mengkaji corak sintaktik dan morfologi bagi perselangan bahasa, ahli bahasa telah mempostulatkan peraturan tatabahasa khas serta sempadan sintaktik khas di mana peralihan kod mungkin berlaku. Namun, tiada satu pun cadangan tersebut yang diterima secara sejagat, dan ahli bahasa telah mengemukakan contoh bagi kekangan yang dicadangkan.[6][7] Antara kekangan yang dicadangkan ialah:
- Kekangan Morfem Bebas: peralihan kod tidak boleh berlaku antara morfem terikat. [8]
- Kekangan Persamaan: peralihan kod hanya boleh berlaku dalam keadaan di mana "aturan bagi mana-mana dua unsur ayat, sebelum dan selepas peralihan, tidak dikecualikan dalam mana-mana bahasa." Oleh itu, ayat: "I like you porque eres simpatico." ("Saya sukakan kamu kerana kamu disukai.") dibolehkan kerana ia mematuhi peraturan pembentukan klausa berkait bagi bahasa Sepanyol dan Inggeris. [8]
- Kekangan Kelas Tertutup: perakataan kelas tertutup (kete ganti nama, kata depan, kata sendi dsb.), tidah boleh dialihkan.[9]
- Model Kerangka Bahasa Matriks membezakan peranan bahasa yang terlibat.[10]
- Kekangan Kepala Fungsi: peralihan kod tidak boleh berlaku antara kepala fungsi (kata pelengkap, kata penentu, infleksi, dsb.) serta pelengkapnya (ayat, frasa nama, frasa kerja). [11]
Jenis peralihan kod
[sunting | sunting sumber]Para sarjana menggunakan pelbagai nama pelbagai jenis peralihan kod.
- Peralihan antara ayat berlaku di luar ayat atau klausa (pada sempadan ayat atau klausa).[12] Ia kadang-kala dipanggil peralihan "luar ayat".[13]
- Peralihan dalam ayat berlaku di dalam ayat atau klausa.[12][13]
- Peralihan teg merupakan peralihan antara frasa teg, atau perkataan, atau kedua-duanya, daripada bahasa B ke bahasa A, (peralihan dalam ayat yang lazim).[12]
- Peralihan dalam perkataan berlaku di dalam perkataan itu sendiri, seperti pada sempadan morfem.[13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Weinreich, Uriel (1953). Languages in Contact. The Hague: Mouton.
- ^ Goldstein, B. (2005). "Speech, language and hearing in developing bilingual children: Current findings and future directions". Language, Speech and Hearing services in Schools. 36: 264–67. doi:10.1044/0161-1461(2005/026). Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)- Gutierrez-Clellen, V. (1999). "Language choice in intervention with bilingual children". American Journal of Speech-Language Pathology. 8: 291–302.
- Kohnert, K. (2005). "Intervention with linguistically diverse preschool children: A focus on developing home languages(s)". Language, Speech and Hearing Services in Schools. 36: 251–63. doi:10.1044/0161-1461(2005/025). Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
- ^ Gumperz, John J. (1982). Discourse Strategies. Cambridge: Cambridge University Press.
- ^ Poplack, Shana (1984). "Borrowing: the synchrony of integration". Linguistics. 22 (269): 99–136. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Muysken, Pieter (1995). "Code-switching and grammatical theory". Dalam L. Milroy & P. Muysken (penyunting). One Speaker, Two Languages: Cross-disciplinary Perspectives on Code-switching. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 177–98.
- ^ Bokamba, Eyamba G. (1989). "Are there syntactic constraints on code-mixing?". World Englishes. 8 (3): 277–92.
- ^ Bhatt, Rakesh M. (1995). "Code-switching and the functional head constraint". Dalam Janet Fuller; dll. (penyunting). Proceedings of the Eleventh Eastern States Conference on Linguistics. Ithaca, NY: Department of Modern Languages and Linguistics. m/s. 1–12. Explicit use of et al. in:
|editor=
(bantuan) - ^ a b Sankoff, David (1981). "A formal grammar for code-switching". Papers in Linguistics. 14 (1–4): 3–45. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Joshi, Aravind (1985). "How much context-sensitivity is necessary for assigning structural descriptions: Tree adjoining grammars". Dalam D. Dowty, L. Karttunen, and A. Zwicky (penyunting). Natural Language Parsing. Cambridge: Cambridge University Press.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Myers-Scotton, Carol (1997). Duelling Languages. Oxford University Press.
- ^ Belazi, Heidi (1994). "Code switching and X-Bar theory: The functional head constraint". Linguistic Inquiry. 25 (2): 221–37. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b c Li Wei, penyunting (2000). The Bilingualism Reader. London: Routledge.
- ^ a b c Myers-Scotton, Carol (1989). "Codeswitching with English: types of switching, types of communities". World Englishes. 8 (3): 333–346. doi:10.1111/j.1467-971X.1989.tb00673.x.