Pergi ke kandungan

Nasuha (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasuha
GenreDrama
Ditulis oleh
  • Syed Mohamad Taufik
  • Syed Abdul Jalil
PengarahShuhaimi Lua Abdullah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanTerbaik Bagimu - Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohamad Norazhar Baharudin
PenerbitFadzil Teh
LokasiMalaysia
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal3 Februari 2015 – 3 April 2015

Nasuha ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, dibintangi oleh Tasha Shilla sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 3 Februari 2015 hingga 3 April 2015 menggantikan Satu Hari.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah.

Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Nor Akmar Samudin (29 Januari 2015). Nasuha: Cinta air mata Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  2. ^ Budiey (29 Januari 2015). Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  3. ^ Nasuha (2015): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  4. ^ Ramlah Zainal (6 Februari 2015). Cabaran hidupkan Nasuha Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2015.