Pergi ke kandungan

Mehet-Weret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mehet-Weret
Ilustrasi Mehet-Weret berdasarkan lukisan dari makam Irynefer di Deir el-Medina (TT290)
Ilustrasi Mehet-Weret berdasarkan lukisan dari makam Irynefer di Deir el-Medina (TT290)
Nama dalam hieroglif
mH
t
N35Awr&r&t E1
Simbollembu, cakera matahari
AnakRa, Heka (sesetengah penceritaan)

Mehet-Weret atau Mehturt (Bahasa Mesir: mḥt-wrt) ialah dewa langit purba dalam agama Mesir purba. Namanya bermaksud "Banjir Besar".

Dia disebut dalam Teks Piramid. Dalam mitos penciptaan Mesir purba, dia melahirkan matahari pada permulaan masa. Dalam mantera 17 Kitab Orang Mati, dewa Ra dilahirkan dari punggung Mehet-Weret.[1] Dalam seni dia digambarkan sebagai seekor lembu dengan cakera matahari di antara tanduknya. Dia dikaitkan dengan dewi Neith, Hathor dan Isis, yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama, dan seperti mereka Mehet-Weret juga boleh dipanggil "Mata Ra". [2] Dalam sesetengah kes dia hanyalah julukan untuk dewi-dewi itu.[1] Gelarannya sendiri termasuk 'guar' dan 'pulau'.[1]

Asal usul

[sunting | sunting sumber]

Mehet-Weret bertanggungjawab menaikkan matahari ke langit setiap hari. Dia menghasilkan cahaya untuk tanaman orang-orang yang memujanya, dan dia juga menyebabkan banjir tahunan Sungai Nil yang menyuburkan tanaman dengan air. Dalam The Encyclopedia of Goddesses and Heroines oleh Patricia Monaghan, dia menggambarkan Mehet-Weret sebagai dewi penciptaan kerana dia melahirkan matahari setiap hari, mencipta kehidupan bagi semua orang yang memujanya.[3]

Geraldine Pinch berpendapat bahawa Mehet-Weret juga 'mungkin' Bima Sakti di langit malam, selaras dengan dirinya yang juga perairan cakerawala yang dilalui oleh bahtera matahari.[1]

Gambaran fizikal

[sunting | sunting sumber]

Mehet-Weret digambarkan sebagai seorang wanita berkepala lembu, lembu terduduk, atau lembu yang membawa anak, selalunya cakera emas matahari berada di antara tanduknya[1] Dia ditempatkan di atas katil emas yang terdapat di Makam Tutankhamun, yang bahagian tepinya diperbuat daripada lembu bercorak bintang yang dilabelkan sebagai Isis-Mehet.[1]

Dia juga dilukis dua kali di sarkofagus Khonsu, anak lelaki Sennedjem, yang dikebumikan di makam TT1 semasa Dinasti Kesembilan Belas.[4] Dalam kedua-duanya, Mehet-Weret nampak seperti lembu yang duduk dengan matahari di antara tanduknya. Dia digambarkan memakai beberapa barang upacara untuk menandakan pangkat dewanya; satu penebah keluar dari belakangnya. Dalam satu imej, Khonsu digambarkan menunduk dan memujanya, dalam imej yang lain kepala Horus kecil terletak di hadapannya di atas pentas khasnya.[5][4]

Mati dan akhirat

[sunting | sunting sumber]
Mantera mistik 17, daripada Papirus Ani. Vignette menggambarkan (tengah) Mehet-Weret.
Mantera mistik 17, daripada Papirus Ani. Vignette menggambarkan (tengah) Mehet-Weret.

Dewi Mehet-Weret ada dalam beberapa mantera dalam Kitab Orang Mati, termasuk mantera 17. Dalam mantera ini dia yang melahirkan Ra, dan dia juga yang melindungi Re kerana orang Mesir purba percaya bahawa matahari mati setiap hari dan dilahirkan semula oleh Mehet-Weret. Mehet-Weret bertanggungjawab membawanya ke alam ghaib, atau malam kerana kegelapan, kemudian bawanya kembali ke dunia keesokan harinya, hampir seolah-olah di akhirat. Penduduk Mesir percaya bahawa Mehet-Weret ialah dewi penciptaan dan kelahiran semula, jadi dia telah disertakan dalam salah satu mantera untuk membantu manusia memasuki alam akhirat. Kitab Orang Mati adalah teks penting dalam budaya Mesir kerana ia membolehkan penonton memahami jalan-jalan berbeza yang orang Mesir purba percaya akan menghala ke alam akhirat.[6]

  1. ^ a b c d e f Pinch, Geraldine. (2002) Handbook of Egyptian Mythology. ABC-CLIO, 2002. P.163
  2. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. P. 174
  3. ^ Monaghan, Patricia. (2009) Encyclopedia of Goddesses and Heroines [2 Volumes]. ABC-CLIO.
  4. ^ a b Hornung, E. & Bryan, B. M. (2002) The quest for immortality: treasures of ancient Egypt, Prestel Publishers. Pp. 152-53
  5. ^ “Meht-Urt GreatFlood.” Accessed September 6, 2014. http://www.bibleorigins.net/Meht-urtGreatFlood.html.
  6. ^ Budge, E. A. Wallis. The Egyptian Book of the Dead Index Accessed September 15, 2014. http://www.sacred-texts.com/egy/ebod/.