Pergi ke kandungan

Mastif Alp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mastif Alp
Mastif Alp (1815)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mastif Alp (bahasa Inggeris: Alpine mastiff) ialah satu baka anjing molosser pupus, leluhur anjing Santo Bernard, dan penyumbang utama kepada mastif moden (melalui anjing seperti "Couchez"[1]), serta kepada baka lain yang diperoleh daripada baka ini atau berkait rapat dengannya. M. B. Wynn mengarang, "Pada 1829 seekor anjing brindle terang-benderang daripada baka mastif Alp lama, bernama L'Ami, dibawa dari biara Santo Bernard Besar, dan ditunjukkan di London dan Liverpool sebagai anjing terbesar di England." William Cavendish, Duke ke-5 Devonshire, dipercayai telah membiakbakakan mastif Alp di Chatsworth House. Nama "mastif Alp" dan "anjing Santo Bernard" digunakan secara bertukar-tukar pada awal abad ke-19, sungguhpun keragaman yang dipelihara di hospis di Laluan Santo Bernard Raya diubah dengan ketara dengan memperkenalkan baka lain, termasuk anjing Newfoundland dan anjing Denmark besar,[2] dan ia merupakan baka gabungan yang kini membawa nama anjing Santo Bernard.[3] Dengan pasti anjing gunung ini ditapis melalui populasi lebih meluas, dan keragaman asli menyusut dari segi bentuk tulen, tetapi satu baka jarang, "cane garouf" atau "patua",[4] dijumpai di bahagian Banjaran Alp yang pernah didiami oleh mastif Alp, mungkin juga diturunkan daripada baka pupus.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The History of the Mastiff, M.B.Wynn, 1885. William Loxley.
  2. ^ The Dog Book, vol2, James Watson, 1906. Doubleday, Page & Co.
  3. ^ The American Book of the Dog, G.O.Shields, 1891, Rand McNally.
  4. ^ http://www.moloss.com/brd/cd/c005/impfacts.html Diarkibkan 2009-02-28 di Wayback Machine Retrieved on 2010-08-12
  5. ^ The Practical Kennel Guide with Plain Instructions on How to Rear and Breed Dogs for Pleasure, Show and Profit, M. D. Gordon Stables, 1875, Vintage Dog Books, ISBN 978-1-4437-4077-7.
  • Mastiffs, the Big Game Hunters, Their History, Development and Future, Col. David Hancock MBE. ISBN 0-9527801-3-5, 2000. Charwynne Dog Features Publishing.