Pergi ke kandungan

Lawrence Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lawrence Wong
黄循财
Perdana Menteri Singapura ke-4
Menyandang jawatan
15 Mei 2024
PresidenTharman Shanmugaratnam
TimbalanGan Kim Yong
Heng Swee Keat
Didahului olehLee Hsien Loong
Menteri Kewangan
Menyandang jawatan
15 Mei 2021
PresidenHalimah Yacob
Tharman Shanmugaratnam
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Sendiri
Didahului olehHeng Swee Keat
Timbalan Perdana Menteri Singapura
Dalam jawatan
13 Jun 2022 – 15 Mei 2024
Berkhidmat dengan Heng Swee Keat
PresidenHalimah Yacob
Tharman Shanmugaratnam
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehTeo Chee Hean
Tharman Shanmugaratnam
Digantikan olehGan Kim Yong
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat
Menyandang jawatan
4 Disember 2024
PenolongChan Chun Sing
Desmond Lee Ti-Seng
Didahului olehLee Hsien Loong
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat
Dalam jawatan
26 November 2022 – 4 Disember 2024
Setiausaha AgungLee Hsien Loong
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura
Dalam jawatan
8 Julai 2023 – 15 Mei 2024
Didahului olehTharman Shanmugaratnam
Digantikan olehGan Kim Yong
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
27 Julai 2020 – 15 Mei 2021
PresidenHalimah Yacob
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehOng Ye Kung
Digantikan olehChan Chun Sing
Menteri Kewangan Kedua
Dalam jawatan
22 Ogos 2016 – 15 Mei 2021
Berkhidmat dengan Indranee Rajah (2018–2021)
PresidenTony Tan
Halimah Yacob
Perdana MenteriLee Hsien Loong
MenteriHeng Swee Keat
Menteri Pembangunan Negara
Dalam jawatan
1 Oktober 2015 – 26 Julai 2020
PresidenTony Tan
Halimah Yacob
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehKhaw Boon Wan
Digantikan olehDesmond Lee Ti-Seng
Menteri Komunikasi dan Maklumat Kedua
Dalam jawatan
1 Mei 2014 – 30 September 2015
PresidenTony Tan
Perdana MenteriLee Hsien Loong
MenteriYaacob Ibrahim
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia
Dalam jawatan
1 November 2012 – 30 September 2015
Pemangku : 1 November 2012 – 30 April 2014
PresidenTony Tan
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehChan Chun Sing (Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan)
Digantikan olehGrace Fu Hai Yien
Ahli Parlimen Singapura
bagi KUPB Marsiling-Yew Tee
(Limbang)
Menyandang jawatan
11 September 2015
Didahului olehKawasan ditubuhkan
Ahli Parlimen Singapura
bagi KUPB Pantai Barat
(Boon Lay)
Dalam jawatan
7 Mei 2011 – 24 Ogos 2015
Didahului olehHo Geok Choo
Digantikan olehPatrick Tay
Maklumat peribadi
Lahir
Lawrence Wong Shyun Tsai

(1972-12-18) 18 Disember 1972 (umur 51)
Singapura
KewarganegaraanSingapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat (PAP)
Tempat belajarUniversity of Wisconsin–Madison
University of Michigan–Ann Arbor
Harvard University

Lawrence Wong Shyun Tsai[a] (lahir 18 Disember 1972) ialah seorang ahli politik, ahli ekonomi dan bekas penjawat awam Singapura yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4 sejak Mei 2024 dan Menteri Kewangan sejak Mei 2021. Seorang ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP), beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PAP sejak Disember 2024. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bahagian Limbang KUPB Marsiling-Yew Tee sejak September 2015 dan Bahagian Boon Lay KUPB Pantai Barat dari Mei 2011 hingga September 2015. Selain itu, beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dari Jun 2022 hingga Mei 2024, Timbalan Setiausaha Agung PAP dari November 2022 hingga Disember 2024, Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dari Julai 2023 hingga Mei 2024, Menteri Pendidikan dari Julai 2020 hingga Mei 2021, Menteri Kewangan Kedua dari Ogos 2016 hingga Mei 2021, Menteri Pembangunan Negara dari Oktober 2015 hingga Julai 2020, Menteri Komunikasi dan Maklumat Kedua dari Mei 2014 hingga September 2015 serta Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dari November 2012 hingga September 2015, di mana beliau merupakan Pemangku Menteri dari November 2012 hingga April 2014.[1][2][3][4]

Sebelum menjadi ahli politik, Wong bekerja di Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH). Beliau pernah menjadi Setiausaha Peribadi Utama kepada Perdana Menteri ke-3 Lee Hsien Loong dari tahun 2005 hingga 2008. Wong juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dari tahun 2009 hingga 2011.

Wong membuat penampilan politik pertamanya dalam pilihan raya umum 2011, di mana beliau bertanding di KUPB Pantai Barat sebagai sebahagian daripada pasukan lima ahli PAP dan memenangi kerusi tersebut. Beliau kemudian bertanding di KUPB Marsiling–Yew Tee dalam pilihan raya umum 2015 dan mengekalkan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum 2020.

Wong mempengerusi Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengenai COVID-19 bersama Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan Singapura bertindak balas terhadap wabak virus tersebut di negara tersebut.[5] Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah mengawasi kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara beransur-ansur, seperti yang disokong oleh kerajaan Lee – 8% pada tahun 2023 dan 9% pada tahun 2024, meningkat daripada 7% yang telah ditetapkan sejak 2007. Pada April 2022, beliau dipilih sebagai pemimpin pasukan generasi keempat PAP, menjadikannya pengganti jelas kepada Lee. Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura pada 13 Jun 2022, berkhidmat bersama Heng Swee Keat. Pada 26 November 2022, Wong dilantik ke jawatan baharu sebagai Timbalan Setiausaha Agung PAP.

Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburan GIC mulai 7 Julai 2023 dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa (IAC) Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dari 8 Julai 2023 sehingga beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada Gan Kim Yong pada 1 Jun 2024. Wong turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah GIC pada 1 Oktober 2023.

Pejabat Perdana Menteri Singapura mengeluarkan pernyataan rasmi mengumumkan pada 15 April 2024 bahawa Wong akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri genap sebulan tanggal 15 Mei menggantikan penjawat sebelumnya, Lee Hsien Loong.[6]

Pada 15 Mei 2024, Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4, menjadi perdana menteri pertama yang lahir selepas penubuhan Singapura moden. Pada 4 Disember 2024, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung PAP yang juga menggantikan Lee.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Lawrence Wong ialah seorang Cina Singapura berketurunan Hainan,[7] rumah nenek moyangnya terletak di Kampung Beishan, Bandar Huiwen, Wenchang, Wilayah Hainan, China.[8][9]

Wong di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura pada 2010
Wong dengan Menteri Kewangan Jepun Shun'ichi Suzuki pada Mei 2023
  1. ^ Cina ringkas: 黄循财Cina tradisional: 黃循財pinyin: Huáng Xún Cái
  1. ^ "Member's CV: Lawrence Wong". Parliament of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-08-18.
  2. ^ "Prime Minister Lee Hsien Loong announces Singapore's new Cabinet". Channel NewsAsia. 28 September 2015. Dicapai pada 28 September 2015.
  3. ^ "Tan and Wong promoted to full Minister". Channel NewsAsia. 29 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2014. Dicapai pada 2 May 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Live updates: National Day Rally 2016". Channel NewsAsia. 22 Ogos 2016. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
  5. ^ Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid (22 Januari 2020). "MOH tubuh pasukan bertindak berbilang kementerian bagi tangani virus Wuhan". Berita Mediacorp.
  6. ^ "Lawrence Wong to take over as Singapore Prime Minister from Lee Hsien Loong on". Channel News Asia. Mediacorp. 15 April 2024.
  7. ^ MCCY - Ministry of Culture, Community and Youth, Speeches by Mr Lawrence Wong (6 November 2013). "Speech by Mr Lawrence Wong at the Hainan Culture and Heritage Centre's anniversary dinner cum book launch". MCCY - Ministry of Culture, Community and Youth. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
  8. ^ "新加坡总理接班人确定,祖籍海南文昌的黄循财脱颖而出". 腾讯网. 腾讯. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-22. Dicapai pada 2022-04-22.
  9. ^ Lu Lingzhi 卢凌之. "政坛以外的黄循财:爱狗爱吉他 曾被窃贼五花大绑". 联合早报. Lianhe Zaobao 联合早报. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-15. Dicapai pada 2022-04-22.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]