Pergi ke kandungan

Ketua UMNO Bahagian Pagoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu
Penyandang
Ismail Mohamed
sejak 25 Jun 2018
Tempoh jawatan5 tahun, diperbaharui semula setiap habis penggal, 6 bulan selepas Pilihan raya umum Malaysia
Penjawat sulungSyed Nasir Syed Ismail
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua UMNO Bahagian Pagoh adalah salah satu jawatan yang dipilih pada Pemilihan Agung UMNO setiap 3 tahun sekali. Kebiasaannya, pemegang jawatan adalah merupakan calon Barisan Nasional bagi satu-satu kawasan Parlimen yang ditandingi. Jawatan ini pertama kali disandang oleh Tun Syed Nasir Syed Ismail, kemudian Tan Sri Othman Saat, kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian Haji Ismail Mohamed.[1]

Jawatan ini diwujudkan selepas kawasan Parlimen Pagoh diwujudkan selepas kawasan Parlimen Muar Dalam dibubarkan. Syed Nasir Syed Ismail telah terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang pertama. Selepas kemasukan Othman Saat ke UMNO Bahagian Pagoh, beliau telah memenangi jawatan tersebut.

Pada tahun 1985, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah masuk bertanding untuk jawatan tersebut dan memenanginya[2] sehingga dipecat pada tahun 2016 lalu. Beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang paling lama memegang jawatan tersebut.