Pergi ke kandungan

Kelvin Yii Lee Wuen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelvin Yii Lee Wuen

俞利文
YB Kelvin Yii.jpg
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bandar Kuching, Sarawak
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Chong Chieng Jen
Majoriti28,891 (PRU-15)
35,973 (PRU-14)
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan
Memegang jawatan
29 Julai 2022
TimbalanAdam Adli
Mohd Hasbie Muda
Felix Joseph Saang
Nurthaqaffah Nordin
Didahului olehHoward Lee Chuan How
Butiran peribadi
LahirKelvin Yii Lee Wuen
(1986-08-31) 31 Ogos 1986 (umur 38)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
Pakatan Harapan (PH)
KediamanKuching, Sarawak, Malaysia
Alma materUniversiti London
Universiti Perubatan Negara Volgograd
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor Perubatan

YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bahasa Cina: 俞利文; pinyin: Yū Lìwén; lahir pada 31 Ogos 1986),[1] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia Malaysia Sim Chee Keong.

Pada 17 Mac 2020, Kelvin diuji positif untuk COVID-19 dan dikuarantin di Hospital Umum Sarawak. Beliau telah disyaki dijangkiti virus ketika bertemu ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang juga dijangkiti virus itu semasa pandemik di Malaysia.[2]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Kelvin lulus dari Universiti London dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.) sebelum melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Perubatan Negara Volgograd di Volgograd, Rusia.[3]

Pada masa ini, beliau berada dalam tesis akhirnya untuk Sarjana Undang-Undang (LL.M.) dalam Undang-undang Perubatan.[3]

  1. ^ "P195 BANDAR KUCHING". DAP. Dicapai pada 17 November 2018.
  2. ^ Rudi Affendi Khalik (17 Mac 2020). "Ahli Parlimen Bandar Kuching positif Covid-19". Astro Awani. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1