Pergi ke kandungan

Jean-Claude Juncker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Claude Juncker
Perdana Menteri Luxembourg
Dalam jawatan
20 Januari 1995 – 11 Julai 2013
RajaJean
Henri
TimbalanJacques Poos
Lydie Polfer
Jean Asselborn
Didahului olehJacques Santer
Digantikan olehXavier Bettel
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
14 Julai 1989 – 23 Julai 2009
Perdana MenteriJacques Santer
Didahului olehJacques Santer
Digantikan olehLuc Frieden
Maklumat peribadi
Lahir (1954-12-09) 9 Disember 1954 (umur 70)
Redange, Luxembourg
Parti politikParti Rakyat Sosial Kristian (CSV)
PasanganChristiane Frising
Tempat belajarUniversiti Strasbourg
TandatanganTandatangan

Jean-Claude Juncker (Templat:IPA-lb;[1] lahir 9 Disember 1954) ialah seorang ahli politik Luxembourg yang menjadi Perdana Menteri Luxembourg ke-23 dari 20 Januari 1995 hingga 11 Julai 2013. Ketika meletak jawatan, beliau merupakan ketua kerajaan paling lama berkhidmat dalam Kesatuan Eropah, dan paling lama yang dipilih secara demokratik. Beliau pernah menjadi Presiden Eurogroup antara 2005 dan 2013.

Dilantik ke Dewan Rakyat melalui Parti Rakyat Sosial Kristian (CSV) pada 1984, Juncker terus diangkat menganggotai kabinet Jacques Santer sebagai Menteri Kerja. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada 1989 hingga 2009, dan menjadi Perdana Menteri apabila Santer menjadi Presiden Suruhanjaya Eropah pada 1995. Sebagai perdana menteri, beliau berkhidmat selama dua penggal enam-bulan sebagai Presiden Majlis Eropah, iaitu pada 1997 dan 2005.

Junker meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Luxembourg akibat satu skandal yang melibatkan agensi perisikan negara itu, SREL.[2] SREL dikatakan memasang pepijat terhadap Grand Duke Henri dan ahli politik, serta membeli kereta bagi kegunaan peribadi pegawai.[3] Beliau bagaimanapun berharap partinya akan terpilih semula menerajui kerajaan sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.[4][5]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Pronunciations for Juncker". Forvo.com. Dicapai pada 2013-06-20.
  2. ^ Luxembourg’s Prime Minister Resigns NYTimes.com. 12 Julai 2013.
  3. ^ "Luxembourg spying scandal breaks Juncker government". Reuters. 10 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-14. Dicapai pada 13 Julai 2013.
  4. ^ "The Luxembourg government resigned on Thursday, brought down by a spying and corruption scandal that shook the tiny country better known for wealthy bankers than political intrigue" Diarkibkan 2013-07-14 di Wayback Machine, Reuters, 11 Julai 2013. Dicapai 12 Julai 2013.
  5. ^ Stephanie Bodoni, "Juncker Hands Fate to Luxembourg Ruler as Coalition Fails", Bloomberg, 11 Julai 2013. Dicapai 12 Julai 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Jacques Santer
Menteri Kewangan Luxembourg
1989–2009
Diikuti oleh:
Luc Frieden
Perdana Menteri Luxembourg
1995–present
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jean Spautz
Ketua CSV
1990–1995
Diikuti oleh:
Erna Hennicot-Schoepges
Jawatan diplomatik
Pejabat baharu Presiden Eurogroup
2005–2013
Diikuti oleh:
Jeroen Dijsselbloem