Jangan Pandang Belakang
Jangan Pandang Belakang | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis |
|
Lakon layar | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Indra Che Muda |
Disunting oleh | Ahmad Mustadha |
Muzik oleh | Brian Ng |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 7.4 juta |
Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia 2007 arahan Ahmad Idham yang mula ditayangkan pada 5 April 2007.
Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia, Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007 filem ini memenangi anugerah Box Office.
17 tahun kemudian, sekuel bagi filem ini iaitu Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu telah diterbitkan pada 21 November 2024, di mana pengarah terkenal, Pierre Andre mengarah filem tersebut menggantikan Ahmad Idham
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya Rose. Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali ialah seorang yang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat Daim iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang. Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin dan ibunya yang juga Opah kepada Darma yang sudah nyanyok.
Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahupun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang menganggu hidupnya setiap hari?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Pierre Andre sebagai Darma
- Intan Ladyana sebagai Rose dan Seri (Saudara kembar)
- Khatijah Tan sebagai Mak Lang
- Ruminah Sidek sebagai Opah
- Rio Elani sebagai Lin
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Dian P. Ramlee sebagai Ibu Rose / Seri
- Hafidzuddin Fazil sebagai Tok Imam
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Pak Megat
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Jalaluddin Hassan sebagai Daim
- Cat Farish sebagai Pemandu Bas
Kesinambungan
[sunting | sunting sumber]17 tahun kemudian, sekuel bagi filem Jangan Pandang Belakang iaitu Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu telah diterbitkan pada 21 November 2024. Pengarah terkenal, Pierre Andre mengarahkan filem tersebut menggantikan Ahmad Idham yang mengarah filem pertama