Jabatan Tentera Darat Amerika Syarikat
United States Department Of The Army | |
Ibu pejabat Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat di The Pentagon | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 18 September 1947 |
Agensi terdahulu | |
Jenis | Angkatan Tentera |
Ibu pejabat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Eksekutif angkatan Tentera | |
Agensi induk | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Agensi anak | |
Laman sesawang | https://www.army.mil |
Jabatan Tentera Darat Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of The Army ; singkatan : DA ) ialah salah satu daripada tiga jabatan tentera dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Jabatan Tentera Darat adalah agensi Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang diatur, dan ia diketuai oleh Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa berkanun Kanun Amerika Syarikat 10 § 7013 untuk menjalankan urusan dan untuk menetapkan peraturan-peraturan kerajaan, tertakluk kepada had-had undang-undang, dan arahan Setiausaha Pertahanan dan Presiden Amerika Syarikat.
Setiausaha Tentera Darat adalah seorang pegawai awam yang dilantik oleh Presiden dan disahkan oleh Senat Amerika Syarikat. Pegawai tentera berpangkat tertinggi di jabatan ini adalah Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, yang juga anggota Ketua Turus Bersama. Pegawai-pegawai kanan lain Jabatan adalah Setiausaha Rendah Tentera Darat Amerika Syarikat (timbalan utama kepada Setiausaha) dan Timbalan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat (timbalan utama kepada Ketua Turus).
Jabatan Perang Amerika Syarikat pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1789 sebagai Jabatan Eksekutif Persekutuan Amerika Syarikat, dan dinamakan semula oleh "Akta Keselamatan Negara 1947" kepada Jabatan Tentera Darat pada 18 September, 1947. Dengan pindaan kepada Akta Keselamatan Negara 1947 pada tahun 1949, Jabatan Tentera Darat telah berubah kepada status sekarang.