Internet Explorer 8
Pembangun | Microsoft |
---|---|
Keluaran asal | 19 Mac 2009 |
Sistem pengendalian | |
Termasuk dengan | Windows 7 dan Windows Server 2008 R2[2] |
Enjin | Trident 4.0 |
Pelantar | Lihat: sokongan platform |
Jenis | Pelayar web Suapan berita Klien FTP |
Lesen | Proprietari, memerlukan lesen Windows |
Versi Internet Explorer: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11 |
Windows Internet Explorer 8 (IE8) merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft yang dilepaskan pada 19 Mac 2009. Pelayar ini merupakan pengganti kepada Internet Explorer 7 yang dilepaskan pada tahun 2006. Pelayar web IE8 juga merupakan pelayar web asas kepada sistem operasi Windows 7 dan Windows Server 2008 R2.[3] Setakat pada bulan September 2013, anggaran pasaran global IE8 di antara 6.93% hingga 8.73%.[4][5][6]
Internet Explorer 8 merupakan versi IE pertama yang melepasi ujian Acid2, walaupun hanya mendapat skor 20/100. Menurut Microsoft, keutamaan diberikan kepada tahap sekuriti, mesra pengguna, peningkatan kualiti dalam RSS, CSS dan sokongan pengaturcaraan Ajax dalam pembinaan IE8.
Internet Explorer 8 ialah pelayar web terakhir yang boleh disokong dalam sistem operasi Windows XP dan Windows Server 2003, manakala pelayar web Internet Explorer 9 yang merupakan pengganti kepada IE8 hanya boleh disokong dalam sistem operasi Windows Vista, Windows Server 2008 R2, dan Windows 7.[7][8] Sokongan terhadap Internet Explorer 8 ini bergantung sepenuhnya kepada kitaran sokongan sistem operasi Windows kerana ianya dipasang sebagai salah satu daripada komponen Windows, menjadikan ianya tidak disokong pada Windows XP kerana tempoh sokongan yang telah berakhir untuk sistem operasi ini. Berkuatkuasa pada 12 Januari 2016, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9][10]. Namun begitu, beberapa versi untuk sistem operasi Windows Embedded masih lagi menyokong penggunaan versi Internet Explorer yang lama sehingga berakhirnya tempoh sokongan sistem operasi itu sendiri[11].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembangunan IE8 bermula sekitar Mac 2006 dan pada 5 Mac 2008.[12] Pada bulan Februari 2008, Microsoft menghantar jemputan peribadi untuk mencuba IE8 versi Beta 1[13] dan pada 5 Mac 2008, Microsoft melepaskan versi Beta 1 kepada umum[14], walaupun versi itu memfokuskan kepada pembangun sesawang[15].
Pada 27 Ogos 2008, Microsoft melepaskan IE8 versi Beta 2 kepada umum[16]. Pengkritik IT PC World berkata pelbagai ciri-ciri didedahkan pada versi Beta 2 seperti mod InPrivate, pengasingan tab dan pengumpulan mengikut warna serta menambahbaik fungsi keserasian berbanding dengan Internet Explorer 7[17]. Dua fungsi bertukar nama antaranya Activities ke Accelerators dan Phising filter kepada Safety filter. Pada bulan Ogos 2008, fungsi baru yang diberi nama InPrivate menjadi perhatian[17].
Versi pertama bukan Beta telah dilepaskan pada 19 Mac 2009.
Pada 5 Januari 2009, Microsoft telah menyediakan perisian yang menyekat muat turun Internet Explorer 8 secara automatik menerusi Windows Update.
Pada 27 Mei 2010, Microsoft telah melepaskan Internet Explorer 8 yang dioptimumkan untuk Bing dan MSN.
Pada 22 Januari 2017, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9].
Sejarah versi
[sunting | sunting sumber]Versi | Tarikh dilepaskan | Windows XP SP2 / Windows Server 2003 SP1 |
Windows Vista / Windows Server 2008 |
Windows 7 | Bahasa | |
---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Nombor versi | |||||
Beta 1[14] | 8.0.6001.17184 | 5 Mac 2008 | Ya | Ya | Tidak | 3[18] |
Beta 2[16] | 8.0.6001.18241 | 27 Ogos 2008 | Ya | Ya | Ya | 25[19] |
Partner Build (Pre RC)Ralat petik: Parameter tidak sah dalam teg <ref>
|
8.0.6001.18343 | 10 Disember 2008 | Ya | Ya | Ya | 1 |
Release Candidate[20] | 8.0.6001.18372 | 26 Januari 2009 | Ya | Ya | Ya | 25[20] |
Release to Manufacturing[21] | 8.0.6001.18702 | 19 Mac 2009 | Ya | Ya | Termasuk | 25–63* |
Sokongan sistem operasi
[sunting | sunting sumber]Senarai sistem operasi dan teras binaan CPU yang menyokong pelayar web Internet Explorer 8[23][24].
Sistem operasi | Tahap service pack | Teras binaan CPU |
---|---|---|
Windows XP | SP2 atau kemudiannya | IA-32[25] dan x64[26] |
Windows Server 2003 | SP2 atau kemudiannya | IA-32[27] dan x64[26] |
Windows Vista | RTM atau kemudiannya | IA-32[28] dan x64[29] |
Windows Server 2008 | RTM atau kemudiannya | IA-32[28] dan x64[29] |
Windows 7 | RTM atau kemudiannya | IA-32[30] dan x64[30] |
Windows Server 2008 R2 | RTM atau kemudiannya | x64[30] dan Itanium[30] |
Keperluan sistem
[sunting | sunting sumber]IE8 memerlukan sekurang-kurangnya:[31]
- Sistem operasi:
- Windows Server 2008
- Windows Vista
- Windows Server 2003 SP2
- Windows XP SP2 atau kemudiannya
- Kelajuan pemproses: 233 MHz
- Memori:
- 64 MB dalam versi 32-bit Windows XP atau Windows Server 2003
- 128 MB dalam versi 64-bit Windows XP atau Windows Server 2003
- 512 MB dalam versi Windows Vista atau Windows Server 2008
- Paparan: Super VGA (800×600) paparan dengan 256 colors
- Perkakas lain: Modem atau sambungan Internet; tetikus atau apa-apa perkakasan yang berkaitan dengan petunjuk.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Internet Explorer 8 system requirements". Microsoft. Dicapai pada 24 Disember 2013.
- ^ "Internet Explorer 8 Upgrade Advisor does not function correctly after you install update 2183461 in Windows 7 or in Windows Server 2008 R2 (Revision: 2.0)". Microsoft. 4 November 2010.
- ^ Heiner, Dave (June 11, 2009). "Working To Fulfill Our Legal Obligations in Europe for Windows 7". Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-18. Dicapai pada 2013-12-26.
- ^ "Global Web Stats". W3Counter. 2011. Dicapai pada January 18, 2011.
- ^ "StatCounter Global Stats". StatCounter. 2011. Dicapai pada January 18, 2011.
- ^ "Browser Version Market Share". Net Applications. 2011. Dicapai pada January 18, 2011. Note: IE8 + "Compatibility Mode" numbers
- ^ Hall, Kevin (March 17, 2010). "Internet Explorer 9 Adds HTML5, Drops Windows XP". Dvice.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-20. Dicapai pada 2013-12-26.
- ^ Foley, Mary Jo (March 16, 2010). "Microsoft IE9 Developer Preview with HTML5 Support Ready for Download". ZDNet.
- ^ a b Keizer, Gregg. "US-CERT urges XP users to dump IE". Computerworld. International Data Group. Dicapai pada 6 April 2014.
- ^ "Internet Explorer Support Announcement". Microsoft Support Lifecycle. Microsoft. 7 Ogos 2015. Dicapai pada 18 Ogos 2015.
- ^ "Internet Explorer Support Lifecycle Policy FAQ". Microsoft Lifecycle Support Website. Dicapai pada 10 April 2016.
- ^ LaMonica, Martin (March 20, 2006). "Gates Looks To Expand View Beyond Windows". CNET. Dicapai pada August 28, 2008.
- ^ Foley, Mary Jo (February 23, 2008). "Private IE 8 Beta 1 Test Build Coming Soon". ZDNet. Dicapai pada March 1, 2008.
- ^ a b "Internet Explorer 8 Beta Readiness Toolkit". Microsoft.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-10. Dicapai pada 2013-12-26. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Thurrott, Paul. "Internet Explorer 8 Beta 1 Review". Windows IT Pro. Dicapai pada March 12, 2008.
- ^ a b "Internet Explorer 8: Worldwide sites". Microsoft.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-28. Dicapai pada 2013-12-26. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Mediati, Nick (27 Ogos 2008). "Internet Explorer 8 Beta 2: Can It Outfox Firefox?". PC World.
- ^ "IE8 Beta 1 For Developers Now Available in Chinese (Simplified) and German". Blogs.msdn.com. 2008-04-07. Dicapai pada 2013-01-25.
- ^ "IE8 Beta 2 Now Available in 25 Languages". Blogs.msdn.com. 2008-09-16. Dicapai pada 2013-01-25.
- ^ a b "Internet Explorer 8 Release Candidate Now Available". Blogs.msdn.com. 2009-01-26. Dicapai pada 2013-01-25.
- ^ a b "Microsoft Announces Availability of Internet Explorer 8"
- ^ "Internet Explorer 8 is now available in 18 additional languages - IEBlog - Site Home - MSDN Blogs". Blogs.msdn.com. 2009-04-24. Dicapai pada 2013-01-25.
- ^ "Availability of Windows Internet Explorer 8". Microsoft Support. Microsoft. 10 October 2011. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ "Installing Internet Explorer 8". Microsoft TechNet. Microsoft. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ "Windows Internet Explorer 8 for Windows XP". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ a b "Windows Internet Explorer 8 for Windows Server 2003 SP2 64-bit Edition or Windows XP Professional 64-bit Edition". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ "Windows Internet Explorer 8 for Windows Server 2003". Microsoft Download Center. Microsoft. 11 March 2009. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ a b "Windows Internet Explorer 8 for Windows Vista or Windows Server 2008". Microsoft Download Center. Microsoft. 11 March 2009. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ a b "Windows Internet Explorer 8 for Windows Vista 64-bit Edition or Windows Server 2008 64-bit Edition". Microsoft Download Center. Microsoft. 19 March 2009. Dicapai pada 15 November 2012.
- ^ a b c d "Internet Explorer 8 Upgrade Advisor does not function correctly after you install update 2183461 in Windows 7 or in Windows Server 2008 R2 (Revision: 2.0)". Microsoft Support. Microsoft. 4 November 2010. Dicapai pada 3 October 2012.
- ^ "Internet Explorer 8 system requirements". Microsoft. Dicapai pada 3 October 2012.