Pergi ke kandungan

Hingga Hujung Nyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hingga Hujung Nyawa
Poster keluaran tayangan
PengarahProf. Madya Dato' A. Razak Mohaideen
PenulisAbdul Shukor Mohaideen
Lakon layarAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Disunting olehAzhari Zain
Muzik olehEdry KRU
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 22 Julai 2004 (2004-07-22) (Malaysia)
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.8 juta
Pecah panggungRM 4 juta

Hingga Hujung Nyawa ialah sebuah filem drama Malaysia 2004 arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU, filem ini ialah filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.

1950 an

Nora, gadis yang berasal dari keluarga miskin diterima belajar di sebuah kolej. Di sana dia bertemu dengan Kamil, seorang pemuda anak orang kaya. Kerana malu dirinya miskin, Nora berlagak seperti anak orang kaya, untuk menunjuk-nunjuk dia juga ada banyak wang tetapi kerap diminta daripada ibunya. Nora terpengaruh dengan kemewahan dan enggan mengaku asal-usulnya sebagai anak orang miskin gara-gara takut kehilangan Kamil yang kaya raya.

Nora dan Kamil akhirnya berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Aniq. Pada suatu hari, Kamil mendapat tahu rahsia mengenai keluarga Nora yang sebenarnya miskin. Kamil menghalau dan memisahkannya Nora dari anak mereka Aniq, kerana terkilan dengan sikap Nora yang tidak mengaku ibu-bapanya hanya kerana mereka miskin. Akibatnya Nora mengalami tekanan mental. Walaupun begitu, Nora tabah mengharungi hidup.

2003

50 tahun kemudian, Nora masih hidup dalam penyesalan. Anak Nora dan Kamil kini bergelar Dr. Aniq. Bagaimanakah Nora menjelaskan semua perbuatannya yang lalu apabila dia bertemu anaknya Aniq yang telah terpisah sejak sekian lama, dan dapatkah Aniq menerima kenyataan itu.

  • Erra Fazira sebagai Nora, Seorang perempuan terpelajar yang sanggup menipu dirinya orang kaya sehingga dapat berkahwin dengan Kamil.Di saat usia tua habiskan masa di rumah kebajikan selepas keluar dari hospital mental sebelum ditemukan oleh Aniq.
  • Yusry KRU sebagai Kamil / Dr. Aniq (Dua watak),Kamil adalah anak keluarga orang kaya tetapi tidak memandang paras rupa dan suami Nora namun beliau mengusir Nora kerana menipu tentang latar belakang sehingga pisahkan Nora dan Aniq .Aniq anak tunggal Kamil & Nora yang menjadi doktor di rumah kebajikan miliknya .
  • Abu Bakar Omar sebagai Halim,Bapa Nora & suami Maznah yang bekerja petani dan sanggup berhutang dengan ceti demi puaskan hati Nora.Beliau tidak waras selepas kematian Maznah .
  • Khatijah Tan sebagai Maznah,Ibu Nora dan isteri Halim yang merindukan anaknya namun meninggal dunia selepas berjumpa Nora.
  • Vanida Imran sebagai Aliana,Isteri Dr Aniq dan menantu Nora
  • Ismail Din sebagai Tok Penghulu
  • Zahida Rafik sebagai Yati,Kawan Nora
  • Serina Redzuawan sebagai Jururawat
  • Farid Kamil sebagai Shawn
  • Shah Kassim sebagai Kawan Kamil
  • Nasir Ali sebagai Ceti
  • Tasya sebagai Batrisya
  • Mak Jah sebagai penghuni rumah kebajikan

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Wanita Terbaik Erra Fazira Menang
Pengarah Terbaik Prof. Madya A. Razak Mohaideen Tercalon
Lakon Layar Terbaik Prof. Madya A. Razak Mohaideen Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Abu Bakar Omar Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Khatijah Tan Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]