Hari Patriot (11 September)
Di Amerika Syarikat, Hari Patriot (bahasa Inggeris: Patriot Day ) jatuh pada 11 September setiap tahun untuk memperingati 2,977 orang yang terkorban dalam serangan 11 September 2001. Ramai warga Amerika gemar memanggilnya "Nine-Eleven (9/11)," "September Eleventh," atau sebagainya. Pada mulanya, hari ini dipanggil Prayer and Remembrance for the Victims of the Terrorist Attacks on September 11, 2001 (Doa dan Kenangan Kepada Mangsa-Mangsa Serangan Pengganas pada 11 September 2001).
Resolusi Bersama 71 Dewan Perwakilan Amerika Syarikat diluluskan oleh undian 407–0 pada 25 Oktober 2001, untuk memohon agar Presiden menandakan 11 September setiap tahun sebagai "Patriot Day." Presiden George W. Bush menandatangani resolusi itu pada 18 Disember 2001 (sebagai Undang-Undang Awam 107-89). Ia merupakan hari peringatan budi bicara. Pada 4 September 2002, Presiden Bush menggunakan kuasa yang dihasilkan oleh resolusi itu dan mengisytiharkan 11 September 2002 sebagai Hari Patriot.
Pada hari ini, Presiden mengarahkan supaya bendera Amerika Syarikat dikibarkan separuh tiang di kediaman rakyat Amerika, Rumah Putih, dan semua bangunan dan institusi kerajaan AS di dalam dan luar negara. Presiden juga meminta rakyat Amerika supaya berdiam diri mulai 8:46 pagi (Waktu Jimat Siang Timur), iaitu waktu kapal terbang pertama melanggar Menara Utara World Trade Center pada 11 September 2001.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hari Patriot (11 September) |