Hari Bumi
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.
Sejarah Hari Bumi 22 April
[sunting | sunting sumber]Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hari Bumi. |
Hari Bumi 22 April
- Earth Day Network - Coordinating worldwide events for Earth Day.
- Earth Day Event Calendar Diarkibkan 2009-09-24 di Wayback Machine at the EnviroLink Network
- Celebrate Earth Day How to Celebrate Earth Day from WikiHow
- United States Earth Day Diarkibkan 2009-10-08 di Wayback Machine - The U.S. government's Earth Day site.
- Earth Day Canada - The Canadian Official Site for Earth Day
- Keep America Beautiful - Keep America Beautiful holds Earth Day cleanup activities in communities nationwide. The organization launched the famous Crying Indian campaign on Earth Day, 1971.
- North Norfolk Coast Earth Day Event - Exhibition of environmental technologies and advice
- Earth Day at Dhammakaya Temple
- YouTube Earth Day Contest - Earth Day Video Contest on YouTube
Hari Bumi Ekuinoktal
- International Earth Day - The Official Site - Spring/Vernal Equinox
- Earth Society Foundation - Official organization arranging annual equinox Earth Day celebration at the United Nations