Pergi ke kandungan

Gila-Gila Pengantin Popular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gila-Gila Pengantin Popular
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 25 Ogos 2005 (2005-08-25) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Gila-Gila Pengantin Popular merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2005 arahan Aziz M. Osman Fdam. Ia diterbitkan oleh Skop Productions & Ace Motion Pictures .

Zul (Saiful Apek) seorang tauke durian yang memiliki kebun durian, dia bertunang dengan Fatimah (Linda Nanuwil), Irma anak yatim, dia dibesarkan oleh neneknya, Temah dan bapanya yang pekak, Sarip. tetapi disebabkan Fatimah terpilih mengikuti program realiti Akademi Idola, dia dipaksa oleh Herman (Norman Hakim) memutuskan ikatan pertunangannya dengan Zul.

Zul yang kecewa cuba bangkit semula dengan Sheera (Erra Fazira) yang disingkir dari produksi Akademi Idola merekrut Zul dan membawa masuk Mala (Nora Danish) - jurulatih senamrobik dan Awi (Afdlin Shauki) - bekas penyanyi rock popular.

Zul dan Irma Fatima dipertemukan dalam konsert, satu kejutan dilakar Zul dan Fatima bakal melangsungkan pernikahan secara langsung di konsert itu tetapi terhenti kerana Zul pengsan dan dia didapati positif dadah.

Rupa-rupanya Awi yang memasukkan dadah ke dalam minuman Zul. Awi kecewa kerana gagal memulihkan karier nyanyian nya yang malap.

Herman, cuba sedaya upaya meracuni fikiran nenek Irma, Temah (Afida Es) supaya dia mempengaruhi Irma untuk berkahwin dengannya.

Majlis akad nikah Irma dan Herman disabotaj di saat akhir oleh Sheera dan Awi bersama para wartawan. Zul muncul dan berlaku perebutan antara mereka. Undi penonton diperlukan untuk menentukan siapa yang layak menjadi suami Irma. Zul menerima undi 85% dan Herman 15%.

Zul akhirnya membatalkan hasratnya dan memilih Mala sebagai isteri. Zul tidak mahu menghalang perjalanan karier Irma dan mahu meneruskan kehidupannya yang asal di kampung.

  • Saiful Apek sebagai Zul,peniaga Durian dan teman lelaki Fatima namun di akhir cerita Zul menjadi teman lelaki Mala
  • Erra Fazira sebagai Sheera,Kakak kepada Mala kemudian menjadi teman wanita Awin
  • Linda Nanuwil (dialih suara oleh Serina Redzwan) sebagai Irma Fatima,anak yatim yang ingin menjadi penyanyi dan tunang Zul
  • Norman Hakim sebagai Herman, Penerbit Akademi Idola yang bersikap poyo dan ambil kesempatan terhadap Fatima
  • Afdlin Shauki sebagai Awin,Bekas penyanyi Black Widow yang menjadi penagih dadah
  • Nora Danish (penampilan pertama)sebagai Mala,Adik Sheera
  • Afida Es sebagai Temah
  • Sarip Nor sebagai Sarip,Bapa saudara Fatima mempunyai masalah pendengaran
  • Sharifah Shahirah sebagai Pengacara
  • Syamsul Yusof sebagai Ijam
  • Kumin KU2 sebagai Tauke Warung
  • Ali Mohamad sebagai Tauke Durian
  • Penampilan khas
  • Erma Fatimah sebagai Juri #1
  • Dato Yusof Haslam Juri #2

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

1.Ini adalah filem terakhir dalam trilogi Gila Gila Pengantin, terbitan bersama 2 produksi Skop Production dan Ace Motion Pictures.Selepas hasilkan dua filem sebelumnya iaitu Gila-Gila Pengantin (2003) dan Gila-Gila Pengantin Remaja (2004)

2.Mengambil kisah daripada kehangatan dan letusan demam program realiti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol dengan semuanya ditentukan oleh penonton di rumah dan undian SMS.

3.Syamsul Yusof yang berlakon sebagai Ijam pada waktu ini belum lagi dikenali ramai, dia dikenali selepas membintangi drama bersiri Sembilu Kasih di TV3 juga terbitan Skop Production.

4.Suara Linda Nanuwil tidak digunakan untuk berdialog kerana mempunyai dialek Sabah pekat dan suara itu dialih oleh Serina Redzuwan tetapi hanya suara Nanuwil sahaja diguna untuk adegan menyanyi.Itulah penampilan pertama dan terakhir

5.Nama watak Irma Fatima diambil dari salah seorang kameo Erma Fatima yang juga pelakon dan pengarah, cuma E dibuang dan tukar abjad I .

6.Adegan Fatima buat persembahan sebenarnya petikan dari minggu di AF2

7.Penampilan sulung Nora Danish ke dunia perfileman selain drama Puteri juga bawah arahan Aziz M Osman

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]