FedEx Ground
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Pengangkutan |
Ditubuhkan | 1985 dengan nama RPS; Digabungkan dengan Federal Express pada tahun 1998, dan bertukar nama kepada FedEx Ground pada tahun 2000 |
Ibu pejabat | Moon Township, Pennsylvania |
Tokoh penting | Henry Maier, Presiden dan CEO |
Keluaran | Penghantaran |
Hasil | ▲ US$9,6 bilion (FY 2012) |
Bilangan kakitangan | Lebih dari 65.000 pekerja dan kontraktor bebas (Jun 2010) |
Syarikat induk | FedEx Corporation |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
FedEx Ground ialah sebuah syarikat penghantaran pakek yang merupakan anak syarikat FedEx Corporation. Beribu pejabat di Moon Township, Pennsylvania, subbandar Pittsburgh, ia ditubuhkan sebagai Roadway Package System (RPS) sebagai pesaing yang lebih murah daripada UPS dengan memanfaatkan keunggulan teknologi kod batang, pengendalian bahan, dan komputer.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Setelah mula beroperasi pada 11 Mac 1985, RPS mengembangkan perkhidmatannya dari yang awalnya hanya untuk negara-negara bahagian Atlantik Tengah hingga menjadi anak syarikat terbesar dari induknya, Roadway Services dari Akron. Pada tahun 1996, RPS berkembang ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Pada ketika itu, Roadway Services telah diubah menjadi sebuah syarikat induk dengan nama Caliber System, Inc.
Pada tahun 1997, Fred Smith, pengasas FedEx, menghubungi Dan Sullivan, salah seorang pengasas RPS dan kini menjadi presiden Caliber System, untuk berbincang mengenai kemungkinan penggabungan FedEx dengan Caliber System.[1] Caliber System akhirnya diperolehi oleh FedEx pada Januari 1998.
Pada tahun 2000, FedEx menggabungkan anak syarikat Caliber System ke FedEx, dengan Roberts Express bertukar nama kepada FedEx Custom Critical dan RPS bertukar nama kepada FedEx Ground. Viking Freight kemudian juga dinamakan FedEx Freight pada tahun 2001.
FedEx Ground kini menyediakan perkhidmatan pengantaran pakej kecil dalam tempoh 1-5 hari ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Sebelum ini syarikat ini juga menyediakan khidmat penghantaran ke Puerto Rico, namun dihentikan pada tahun 2009. Syarikat ini juga menawarkan sebuah perkhidmatan khusus yang diberi nama FedEx Home Delivery, yang dapat menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh alamat rumah di Amerika Syarikat.
FedEx SmartPost
[sunting | sunting sumber]FedEx membeli syarikat penyatuan parsel, Parcel Direct pada September 2004 dari Quad Graphics. Parcel Direct kemudian diubah bertukar nama menjadi FedEx SmartPost pada Oktober 2004. FedEx SmartPost menggunakan perkhidmatan FedEx untuk pengangkutan jarak jauh dan menggunakan khidmat Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat untuk penggantaran terakhir ke alamat penerima.[2]
Penjemputan paket dilakukan oleh dua entiti berbeza, sesuai dengan jumlah pakejnya, iaitu:
- Kontraktor FedEx Ground menjemput pakej dari klien "Smart Post Small Shipper" dan menyerahkan pakej tersebut ke SmartPost melalui pusat pengedaran FedEx Ground
- Trak treler FedEx SmartPost menjemput paket dari klien "Smart Post Large Shipper" dan mengangkut pakej tersebut terus di dalam rangkaian FedEx SmartPost.
Lokasi pusat pengedaran FedEx SmartPost
[sunting | sunting sumber]FedEx SmartPost dahulu beribu pejabat di Brookfield, Wisconsin, Amerika Syarikat dan mengendalikan 26 pusat pengedaran di seluruh Amerika Syarikat, iaitu:[4]
- Phoenix, Arizona
- Chino, California
- Reno, Nevada
- Los Angeles (Commerce), California
- Sacramento, California
- Denver (Aurora), Colorado
- Orlando, Florida
- Atlanta (Ellenwood), Georgia
- Indianapolis, Indiana
- Kansas City (Olathe), Kansas
- Northborough, Massachusetts
- Detroit (Belleville), Michigan
- Minneapolis (Maple Grove), Minnesota
- St. Louis (Earth City), Missouri
- Charlotte, North Carolina
- Edison, New Jersey
- Columbus (Grove City), Ohio
- Allentown, Pennsylvania
- Pittsburgh (Clinton), Pennsylvania
- Memphis, Tennessee (Southaven, Mississippi)
- Dallas, Texas
- Houston, Texas
- Salt Lake City, Utah
- Seattle (Kent), Washington
- New Berlin, Wisconsin (Pusat pengedaran utama)
- Martinsburg, West Virginia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Delivering the goods
- ^ "FedEx SmartPost - SmartPost - SmartPost Shipping". Fedex.com.
- ^ Birkner, Christine (August 24, 2016). "FedEx Is Making All of Its Logos Purple and Orange, Its Most Recognized Color Scheme". ADWEEK.
- ^ "FedEx Distribution - FedEx Distribution Center - FedEx Transportation". FedEx.