Duta besar
Diplomat |
---|
Duta besar (perkataan duta دوتا serapan Sanskrit: दूत dūta "utusan";[1] bahasa Inggeris: ambassador ) merupakan perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara tersebut. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak kekebalan di negara tuan rumah.
Dalam kalangan negara-negara Komanwel, wakil-wakil entiti ini lebih menggunakan istilah "Pesuruhjaya Tinggi".
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam Kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi.
Peranan berkaitan
[sunting | sunting sumber]- Duta Besar Istimewa dan Mutlak (Ambassador Extraordinary & Plenipotentiary) - Orang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
- Kuasa usaha (charge d'affaires) - Penjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 489. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 64.