Daniel Ting
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Daniel Sang Ting | ||
Tarikh lahir | 12 Januari 1992 | ||
Tempat lahir | Chester, England | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sabah (pinjaman dari Johor Darul Ta'zim) | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2011 | Crewe Alexandra | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2012 | Crewe Alexandra | 0 | (0) |
2012 | → Market Drayton Town (pinjaman) | ||
2012–2013 | Market Drayton Town | 2 | (0) |
2013–2014 | Congleton Town | 0 | (0) |
2014 | Ossett Albion | 1 | (0) |
2015 | Droylsden | 0 | (0) |
2016–2017 | Johor Darul Ta'zim II | 11 | (0) |
2016 | → Negeri Sembilan (pinjaman) | 2 | (0) |
2018 | PKNS | 17 | (0) |
2021–2022 | Kuala Lumpur City | 22 | (1) |
2022– | Johor Darul Ta'zim | 0 | (0) |
2022–2023 | Johor Darul Tazim II | 8 | (0) |
2023– | → Sabah (pinjaman) | 20 | (4) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2023– | Malaysia | 7 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Disember 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024 |
Daniel Sang Ting (lahir 12 Januari 1992) adalah pemain bola sepak Inggeris-Malaysia yang bermain sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah untuk Johor Darul Ta'zim dalam Liga Super Malaysia.[1][2]
Ayah Ting merupakan orang Malaysia dari Sarawak manakala ibunya adalah orang Inggeris dari Manchester.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Ting dilahirkan di Chester, Cheshire, England kepada bapa Cina Malaysia dari Sarawak dan ibunya orang Inggeris. Justeru, menjadikannya layak ke England dan Malaysia, tetapi dia memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.
Pada Mac 2023, Ting telah dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia Kim Pan-gon untuk kem latihan menjelang dua perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong masing-masing pada 23 dan 28 Mac 2023. Beliau membuat debut menentang yang terakhir, menggantikan La'Vere Corbin-Ong pada separuh masa kedua. Semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia AFC 2023 menentang Korea Selatan pada 25 Januari 2024, Ting meneruskan persembahan sebagai "Man of the Match" di mana beliau bermain di bahagian tengah kanan yang bukan kedudukan semula jadinya. Dia juga mendapat perhatian media di seluruh dunia kerana melakukan terjahan terakhir terhadap pemain bola sepak kelas dunia, Son Heung-min.
Kerjaya statistik
[sunting | sunting sumber]Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pasukan | Tahun | Kemunculan | Gol |
---|---|---|---|
Malaysia | 2023 | 4 | 1 |
2024 | 3 | 0 | |
Jumlah | 7 | 1 |
No | Tarikh | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 20 Jun 2023 | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia | Papua New Guinea | 8–0 | 10–0 | Persahabatan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Naturalised players a good fit for Malaysia". New Straits Times. 17 February 2018. Dicapai pada 23 May 2018.
- ^ "FOOTBALL MALAYSIA - Transforming Malaysia Football". FootballMalaysia.com. Dicapai pada 24 May 2018.
- ^ (Inggeris) Profil Daniel Ting di National-Football-Teams.com
- ^ "Daniel Ting – Soccer player profile & career statistics – Global Sports Archive". globalsportsarchive.com. Dicapai pada 24 November 2023.