Chandra Saradavara
Chandra Saradavara | |
---|---|
Puteri Siam Puteri Phichit | |
Nama penuh | Chandra Saradavara Varolanlaksanasombati Ratanarajakumari |
Keputeraan | 15 April 1873 |
Tempat keputeraan | Istana Perama Bangkok, Thailand |
Mangkat | 21 Februari 1905 | (umur 31)
Tempat mangkat | Bangkok, Thailand |
Ayahanda | Chulalongkorn |
Bonda | Saovabhak Nariratana |
Chandra Saradavara, Puteri Phichit (Bahasa Thai: จันทราสรัทวาร ; RTGS: Chanthrasaratthawan; 15 April 1873 - 21 Februari 1905), ialah puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam, anak perempuan Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam.
Ibunya ialah Puteri Saovabhak Nariratana, anak perempuan raja Ladavalya, Putera Bhumindrabhakdi dan Mom Chin Ladavalya na Ayudhya. Beliau telah diberikan nama penuh oleh bapanya sebagai Chandra Saradavara Varolanlaksanasombati Ratanarajakumari (Bahasa Thai: จันทราสรัทวาร วโรฬารลักษณสมบัติรัตนกุมารี )
Untuk tugas-tugas diraja, beliau ialah salah seorang Naib Presiden Eksekutif Persatuan Unalom Merah, organisasi utama kemanusiaan (kemudian Persatuan Palang Merah Thai), yang diasaskan oleh Ratu Savang Vadhana sebagai ibu penaung. Dan Ratu Saovabha Phongsri telah dilantik sebagai Presiden yang pertama, dan Thanpuying Plien Phasakoravongs bertindak sebagai setiausaha Persatuan. Beliau bekerja sebagai naib presiden eksekutif dengan puteri lain;
- Permaisuri Sukhumala Marasri
- Puteri Suddha Dibyaratana, Puteri Sri Ratanakosindra
- Puteri Yaovamalaya Narumala, Puteri Sawankalok
- Puteri Srivilailaksana, Puteri Suphanburi
- Puteri Ubolratana Narinaka, Puteri Akaravorarajgalya
- Puteri Saisavalibhirom, Puteri Suddhasininat Piyamaharaj Padivaradda
- Permaisuri mulia (Chao Chom Manda) Kesorn Permaisuri Mulia Raja Chulalongkorn
Pada 12 Mac 1904, beliau telah diberi gelaran diraja daripada ayahandanya sebagai, puteri Phichit, atau diterjemahkan dalam Thai sebagai Krom Khun Phichit Jessadachandra (Bahasa Thai: กรมขุนพิจิตรเจษฎ์จันทร์ ). Beliau diberi pangkat Krom Khun, pangkat Krom tahap ke-4.
Puteri Chandra Saradavara mangkat pada 21 Februari 1905, semasa dalam perjalanan memberikan penghormatan kepada mayat saudara tirinya, puteri Srivilailaksana di Istana Bang Pa-In, Wilayah Ayutthaya.
Pingat Diraja Thai
[sunting | sunting sumber]- Darjah Termasyhur Kerabat Diraja Chakri
- Dame Palang Besar (Kelas Pertama) Darjah Chula Chom Klao Termasyhur: diterima 26 November 1893
Keturunan
[sunting | sunting sumber]Puteri Chandra Saradavara, Puteri dari Phichit | Bapa: Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam |
Datuk sebelah bapa: Mongkut, Raja Rama IV dari Siam |
Moyang lelaki sebelah bapa: Buddha Loetla Nabhalai, Raja Rama II dari Siam |
Moyang perempuan sebelah bapa: Ratu Sri Suriyendra | |||
Nenek sebelah bapa: Ratu Debsirindra |
Moyang lelaki sebelah bapa: Putera Sirivongse, Putera Matayabidaksa | ||
Moyang perempuan sebelah bapa: Mom Noi Sirivongs na Ayudhya | |||
Ibu: Puteri Saovabhak Nariratana |
Datuk sebelah ibu: Putera Ladavalya, Putera Bhumindrabhakdi |
Moyang lelaki sebelah ibu: Nangklao, Raja Rama III dari Siam | |
Moyang perempuan sebelah ibu: Chao Chom Manda Emnoi | |||
Nenek sebelah ibu: Mom Chin Ladavalya na Ayudhya |
Moyang lelaki sebelah ibu: tidak diketahui | ||
Moyang perempuan sebelah ibu: tidak diketahui |