Pergi ke kandungan

Celt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taburan diakronik rumpun bangsa Celt:
  Kawasan asal kebudayaan Halstatt, pada abad ke-6 SM
  Peluasan maksimal kaum CKelt, dari abad ke-3 SM
  Daerah Lusitania di Iberia: keberadaan bangsa Celt tidak dapat dipastikan
  "Enam negeri Celt" yang masih menutur bahasa Celtik hingga zaman modern awal
  Daerah penuturan bahasa-bahasa Celtik kini

Celt (Bahasa Ireland: Ceiltigh, Bahasa Gaelik Scotland: Ceilteach, bahasa Wales: Celtiaid, Breton: Kelted) merupakan beberapa kumpulan yang berkait di Eropah tengah pada masa silam yang berkongsi kebudayaan dan ciri-ciri bahasa asal. Masa kini, Celtic sering digunakan untuk menggambarkan penduduk beberapa kelompok etnik, termasuk kebudayaan dan bahasanya, di Kepulauan British, daerah Bretagne di Perancis dan daerah Galicia di Sepanyol yang turut berkongsi ciri-ciri serupa Celt asal. Walau bagaimanapun, pada masa silam, mereka tidak semestinya dianggap berkait dengan Celt oleh orang luar (puak atau negara dari tanah besar daerah Celt, seperti Gaul dan Belgium, diketahui berpindah ke kepulauan British, seperti Atrebates, Menapii, dan Parisi, dan menyumbang kepada pembentukan penduduk Celt).

Rujukan bertulis pertama mengenai orang ini sebagai Κελτοί keltoi (puak tersorok) dicatat oleh Hekataios, seorang sejarawan Yunani, pada 517 SM.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Celt" disebut /kelt/, dan "Celtic" sebagai /keltIk/ (dalam SAMPA). Sebutan /seltIk/ hanya patut digunakan bagi pasukan sukan tertentu (contoh. pasukan NBA, Boston Celtics, dan sebelah SFA, Celtic FC).

Istilah 'Celt' atau 'Celtic' boleh digunakan dalam beberapa cara — ia menentukan kumpulan orang yang bertutur atau keturunan daripada penutur Bahasa Celt atau orang Eropah prasejarah yang berkongsi ciri-ciri kebudayaan yang sama yang dipercayai berasal daripada budaya Hallstatt dan La Tene. Daripada istilah kini, 'negara Celtic' biasanya ditakrifkan sebagai Wales, Ireland, Scotland, Cornwall, Isle of Man dan Brittany disebabkan bahasa Celtic unik bagi kawasan ini. Kawasan Eropah lain yang dikaitkan sebagai Celtic adalah seperti Galicia di Sepanyol, dan Devon, Cumbria dan Northumbria di England.

Kajian DNA moden (seperti yang dilakukan oleh UCL) menunjukkan bahawa penduduk England kini sebahagian besarnya ialah keturunan Celtic/British kuno, sungguhpun England ketiadaan bahasa Celtic yang terselamat. Keadaan yang sama juga berlaku di Scotland, bahasa Gaelic terbatas kebanyakannya pada pinggir utara dan barat.


Nama Celt

[sunting | sunting sumber]

Asal pelbagai nama semenjak tempoh klasik bagi penduduk yang dikenali hari ini sebagai Celt adalah kabur dan dipertikaikan. Ia kelihatannya bahawa tidak satupun istilah yang dirakamkan pernah digunakan oleh penutur Celt itu sendiri. Secara khususnya, tidak terdapat rekod istilah "Celt" digunakan berkait dengan penduduk Kepulauan British atau Ireland sebelum abad ke-19.