Pergi ke kandungan

Brunswick Rally Badge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Brunswick Rally Badge.jpg
Lencana Perhimpunan Brunswick (Paten 2)

Brunswick Rally Badge atau Lencana Perhimpunan Brunswick, juga dikenali sebagai Lencana Perhimpunan SA di Brunswick 1931 (Abzeichen des SA - Treffens Braunschweig 1931), adalah lencana ketiga yang diiktiraf sebagai anugerah kebangsaan NSDAP (Parti Nazi).

Perhimpunan

[sunting | sunting sumber]

Acara itu sendiri adalah satu perhimpunan bersama anggota Sturmabteilung (SA) dan Schutzstaffel (SS) bagi menunjukkan kekuatan masing-masing di Jerman dan taat setia kepada pemimpin mereka, Adolf Hitler. Ini berlangsung sebelum Hitler berkuasa sebagai Canselor Jerman pada Januari, 1933.[1] Lebih 100,000 orang menghadiri perhimpunan (Braunschweig) Brunswick yang dihoskan oleh SA-Gruppe Nord dibawah kepimpinan SA-Gruppenführer Viktor Lutze. Pada perhimpunan tersebut, pihak SA meyakinkan Hitler kesetiaan mereka dan Hitler pula menambahkan saiz pasukan SA dengan penubuhan 24 buah Standarten (formasi bersaiz rejimen) baru.[2] Beberapa tahun kemudian pada 1934, Hitler membalas kesetiaan Lutze dengan melantik beliau komander SA menggantikan Ernst Röhm sebagai Stabschef.

Lencana ini adalah untuk memperingati acara yang berlaku, dan untuk memberi penghormatan kepada peserta-peserta perhimpunan besar.[2][3] Boleh dibeli dan memakai lencana tersebut, ahli-ahli Parti mesti menghadiri perhimpunan itu. Lencana itu hanya boleh dipakai pada sebelah dada kiri pakaian seragam.[2] Ia dibuat dalam dua jenis; Paten 1: berukuran 37mm lebar dengan 50mm tinggi; ia mempunyai helang Parti dibahagian atas dan kalungan daun oak disekeliling rim luar. Dibahagian bawah kalungan daun oak terdapat satu bentuk simpulan. Didalam kalungan itu tertulis, SA-Treffens Braunschweig 17/18 Oktober 1931. Paten kedua berukuran 37mm lebar dengan 52mm tinggi tetapi mempunyai reka bentuk asas yang sama seperti paten yang pertama. Sesetengah lencana terawal telah dicap dari tin dan berwarna perak. Lencana yang kemudian telah dicap dengan pelapik keras dan berwarna kelabu.[4]

Pada November 1936, Hitler memberi "perintah" baru untuk "Darjah dan Anugerah" Reich Ketiga. Anugerah utama NSDAP disenaraikan mengikut perintah ini: 1. Coburg Badge; 2. Nuremberg (Nürnberg) Party Badge 1929; 3. Lencana Perhimpunan SA di Brunswick 1931; 4. Golden Party Badge; 5. Blood Order (Blutorden); diikuti oleh lencana-lencana Gau dan Golden HJ Badge.[2][5]

  1. ^ Herzstein 2004, m/s. 1.
  2. ^ a b c d Angolia 1989, m/s. 201.
  3. ^ Herzstein 2004, m/s. 60.
  4. ^ Angolia 1989, m/s. 201, 202.
  5. ^ Dombrowski, Hanns (1940), Orders, Ehrenzeichen und Titel.
  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138165.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Herzstein, Robert Edwin (2004) [1980]. The Nazis. Time-Life Books, Inc. ISBN 978-1844471935.CS1 maint: ref=harv (link)