Pergi ke kandungan

Boy Iman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boy Iman
Kelahiran
Norul Iman bin Abdul Rahman

(1980-04-02) 2 April 1980 (umur 44)
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)[1]
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, usahawan
Tahun aktif1999–kini
PasanganKumala Dewi Anas (k. 2011)
Anak-anak2

Norul Iman Abdul Rahman (lahir 2 April 1980) juga dikenali sebagai Boy Iman merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia, terkenal dengan hasil kerja lakonannya di TV dan filem.[2][3] Beliau juga ialah pengarah urusan syarikat miliknya, DBI Group.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Pada tahun 2018, Boy Iman memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Malas Nak Layan".[5][6]

Boy juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan Shogun untuk tempoh jangka pendek.

Boy Iman dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, tetapi kerajaan Melaka masih belum iftiraf darjah dari Kerajaan Naning tersebut.[7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Boy Iman telah berkahwin sebanyak tiga kali.[8] Beliau mempunyai seorang anak, Norul Emeer.[9]

Pada 1 Julai 2020, beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalannya selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan 2019.[10] Boy Iman dilaporkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu.[11]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober 2017, Boy Iman bersama dua suspek lain ditahan oleh polis di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta. Sebanyak 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh syarikat miliknya, DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.[12] Beliau kemudan direman dua hari pada 11 Oktober 2017, bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.[13] Pada April 2023, Boy Iman didakwa tipu urusan jual tapak.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Blok 404 Bahar Filem pertama
2005 Cinta Fotokopi Hisham
2011 Bini-Biniku Gangster Totty
2012 Aji Noh Motor Ijat
2014 Rumah Sewa RM50
2018 Blok 404 Zul Juga sebagai penerbit
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Kisah Benar (Musim 22) Bob TV3 Episod: "Kawan Makan Kawan"
2004 Kisah Benar (Musim 23) Yazid Episod: "Terleka"
2010 Gerak Khas (Musim 12) Dol TV2 Episod: ”Suspek"
Dendam Orang Minyak Ismail TV3
2013 Duri Di Hati
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Syazwan

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Neurose Dwi Khairul VCD
2003 Momok
Neon Geng Motor I
2004 Gosok Iman
2012 Anak Lorong TV3
2020 Aduhai Jiranku TV2

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu
2018 "Malas Nak Layan"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2002 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16 Artis Baru Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Pingat penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  •  Melaka :
    • Darjah Jaksa Naning Melaka (DJNM) – Datuk (2014)

Boy Iman telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan bahawa darjah kebesaran DIMP yang dikurniaan kepada beliau telah ditarik balik oleh Sultan Pahang berkuatkuasa 1 Februari 2021.

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang - Dato' (dibatalkan 1 Februari 2021)[14][15]
  1. ^ "Boy penuhi minat berlakon cuti hujung minggu". Berita Minggu. 9 Mac 2003. Dicapai pada 24 Julai 2022.
  2. ^ Zaidin Albert (14 Januari 2019). "Nasib baiklah saya ada gelaran Dato’" - Boy Iman kritik sikap pelakon baru Murai.my. Dicapai pada 15 April 2019.
  3. ^ Rozaimi Zubaidi (15 Ogos 2019). Inilah aturan yang terbaik dari Allah: Boy Iman akui sudah bercerai demgan isteri Astro Gempak. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ Madiha Abdullah (5 Januari 2018). Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single "Malas Nak Layan" Astro Awani. Dicapai pada 17 April 2018.
  6. ^ Izzati Ramli (16 Januari 2018). Muzik video ‘Malas Nak Layan’, Boy Iman terima respon dengan hati terbuka Media Hiburan. Dicapai pada 17 April 2018.
  7. ^ Haswari Ali (20 Disember 2002). "Tiga cabang Boy". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2021.
  8. ^ Syanty Octavia Amry (16 Ogos 2019). "Boy Iman cerai kali ketiga" Harian Metro. Dicapai pada 15 April 2020.
  9. ^ Farhan Ikram (16 Ogos 2019). "Boy Iman, isteri cerai bertalak 3... Perniagaan merudum antara punca". mStar Online. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  10. ^ Norhayati Nordin (1 Julai 2020). Boy Iman diisytihar muflis Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  11. ^ Nadia Azam (2 Julai 2020). Boy Iman ‘tergelak’ dapat tahu diisytihar muflis Malaysiakini. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  12. ^ Hafidzul Hilmi Mohd Nor (3 Oktober 2017). Boy Iman kena tahan Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  13. ^ Aizat Sharif (11 Oktober 2017). Boy Iman kena reman lagi Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  14. ^ Asrol Awang (10 Februari 2021). "Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  15. ^ Mohd Haikal Isa (10 Februari 2021). "Gelaran Datuk ditarik, Boy Iman mahu jawapan SUK". Kosmo!. Dicapai pada 11 Februari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]