Banjir Vietnam 2007
Banjir tahun 2007 turut melanda Vietnam dan 65 maut wilayah Ha Tinh, 340 km ke selatan bandar Hanoi. Selepas banjir berlaku pula ribut. Jabatan Kaji Cuaca di wilayah Quang Binh berkata 55,000 rumah musnah dan 274,000 hilang tempat perlindungan , menghadapi kebuluran . 100,000 hektar tanah pertanian terutama sawah padi musnah .Tiada benda untuk dimakan .Landasan kereta api utara-selatan turut rosak.
Turut berlaku tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan pergunungan di utara Vietnam. Ladang kopi di Central Highland di wilayah Daklak berlaku banjir kilat. Sehingga kini 14 orang maut. Kawasan berbukit membantu air mengalir dengan cepat.
Bantuan makanan tersekat kerana jalan raya rosak teruk atau ditenggelami banjir. Begitu juga perkhidmatan telekomunikasi. 6000 tentera dan 400 kenderaan ditugaskan untuk memindahkan mangsa banjir dan bantuan perubatan dan kecemasan.
Punca
[sunting | sunting sumber]- Punca utama ialah ribut tropika yang dinamakan Ribut Pabuk. Ribut ini berpunca dari Laut China Selatan menuju pantai China, wilayah Guangdong . Lebih lima juta penduduk China terjejas akibat ribut Pabuk. Menteri Gal Ehwal Awam China menyatakan lebih 712 mati dan 163 masih hilang sepanjang Julai 2007. Hujan lebat 26 cm turun selama 24 jam berlaku di Chongqing, China dan wilayah Anhui.
- Ribut tropika dan taufan dari Ogos - Oktober yang berlaku setiap tahun memang membawa hujan lebat , tetapi kali ini turun dalam jumlah yang luar biasa. Hujan di Vietnam turun 60 sm.
- Tahun 2006 hampir 500 maut akibat banjir dan tanah runtuh oleh fenomena yang sama.