Pergi ke kandungan

Baby Blues

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baby Blues merupakan komik yang dihasilkan oleh Rick Kirkman dan Jerry Scott sejak 7 Januari 1990. Komik Baby Blues boleh didapati dalam ruangan komik di akhbar New Straits Times pada setiap hari.

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Komik ini berkenan dengan cabaran membesarkan bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak dalam komik tidak langsung menyedari akan kesukaran ibu bapa mereka (tetapi takut akan hukuman mereka), dan ibu bapa sering berada dalam dilema, kepenatan dan geram dengan karenah anak-anak tetapi tetap menyayangi mereka.

Komik ini pernah dianimasikan dari Jun ke Ogos 2000 di rangkaian WB sebelum dibatalkan. Kemudian ia diambil oleh Cartoon Network pada 2002. Lagu temanya ialah "It's All Been Done" oleh Barenaked Ladies.

Wanda Wizowski-MacPherson menarik Bullwinkle daripada sebuah topi

Watak-watak

[sunting | sunting sumber]

Komik ini mempunyai tiga keluarga yang menonjol:

Keluarga utama (MacPherson)

[sunting | sunting sumber]
  • Wanda Wizowski-MacPherson: Seorang ibu. Pada mulanya dia mempunyai kerja tetapi terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak-anak. Belaiu sering naik geram (kerana kerja sebagai ibu yang memenatkan), dan cemburu dengan mana-mana ibu yang kelihatan lebih baik daripadanya. Wanda Wizowski-MacPherson dilahirkan pada 23 Mac 1965. Beliau setinggi 5' 5" tinggi, mempunyai rambut hitam dan mata perang.
  • Darryl MacPherson: Seorang bapa, bekerja sebagai pengurus dan dikenali sebagai hidungnya yang besar. Kadang-kala beliau tak sedar akan kesukaran isterinya dan kadangkala tak tahu apa yang berlaku dalam rumah. Beliau ingin menjadi bapa yang baik dan kadang-kala anak-anaknya mendapati beliau agak membosankan.
    Zoe Jennifer MacPherson
    Zoe Jennifer MacPherson
    Hammish MacPherson
    Hammish MacPherson
    Wren MacPherson
    Wren MacPherson
  • Zoe Jennifer MacPherson: Anak perempuan yang paling tua ("lahir" 7 Januari 1990 – kelahirannya adalah permulaan komik ini). Beliau merupakan budak perempuan yang cerewet dan suka buat kecoh dan sering bercakap tanpa henti. Beliau sering mengacau dan mengenakan adiknya, Hammie. Zoe agak bijak, menguasai perbendaharaan kata dan kemahiran logik yang baik. Beliaulah satu-satunya daripada adik-beradik yang muncul dalam siri TV.
  • Hamish MacPherson: Anak lelaki, kadang-kala dipanggil Ham tetapi sering dipanggil Hammie ("lahir" 29 April 1995). Beliau amat menyukai dan ghairah dengan trak hinggakan boleh berkata tentang modelnya. Beliau suka memberitahu ibunya apabila kakanya membulinya tetapi dia kurang bersikap baran berbanding Zoe. Dia juga gemar membuatkan Zoe geram atau melihat Zoe terkena masalah (tanpa melibatkan dia). Namanya sempena nama datuk kepada moyangnya yang dipanggil "Ham".
  • Wren MacPherson: Anak perempuan (Paling bongsu buat masa ini – "lahir" 26 Oktober 2002lihat komik). Masih bayi ketika ini dan turut menimbulkan masalah walaupun tidak sebanyak kakak dan abangnya. Beliau merupakan bayi yang sangat ingin mengambil tahu dan pernah memanjat almari. Dia suka memasukkan barang ke dalam mulutnya.




Bunny yang mengandungkan kembar yang memiliki kawasan masing-masing.

Keluarga berkulit putih

[sunting | sunting sumber]

Keluarga ini muncul dalam komik sekitar Mac 1991.

  • Bunny: Ibu dan watak utama dari keluarga ini. Beliau menjadi salah satu punca kecemburuan Wanda, kerana Bunny melebihinya dari banyak segi (seperti bentuk badan, gaya hidup dll.) Hampir semua watak dewasa tidak berapa suka dengannya dan kadang-kala mempermainkannya. Bunny tak sedar betapa dia menjengkelkan Wanda, atau yang lain. Walau bagaimanapun, dia masih lagi mempunyai kualiti seperti manusia seperti keibuan walaupun personalitinya yang agak lembap.
  • Butch: Suami Bunny. Tidak sedar akan sikap isterinya terhadap jiran tetangga. Sering menggangu Bunny ketika Bunny sedang rancak berbual (atau menunjuk) dengan jiran.
  • Bogart: Anak lelaki sulung. Beliau merupakan mangsa utama pembulian Zoe (kerana dia tak mampu menanganinya sebaik Hammie), dan dipanggil Zoe "crybaby" (bayi yang kuat nangis). Dinamakan sempena pelakon filem Humphrey Bogart, memandangkan dia dikandungkan ketika ibu bapanya "The African Queen." Terbukti, melalui dialog, Bogart tidaklah meminati kehidupannya yang penuh dengan aktiviti seperti yang Bunny fikirkan.
  • Wendell John dan Wendell Jon: Bayi kembar seiras ("lahir" 10 Ogos 2002lihat komik). Sering dikelirukan oleh nama mereka yang sama bunyi. Mereka dikandungkan ketika ibu bapa mereka menonton "Dumb and Dumber". Zoe pernah berkata yang dia pernah menukar bayi itu ketika Bunny tidak perasan menunjukkan yang Bunny tidaklah tahu beza antara dua mereka. Sebelum mereka dinamakan, mereka dipanggil "Puce" (Ungu keperangan) dan "Teal" (Hijau kebiruan) berdasarkan warna pengikat pergelangan tangan mereka.

Keluarga berkulit hitam

[sunting | sunting sumber]
Yolanda berkata tentang bayi barunya, Dziko
Yolanda berkata tentang bayi barunya, Dziko
  • Yolanda: Seorang ibu dalam keluarga ini dan sering menyokong Wanda tetapi sering berdiam diri apabila Wanda bertengkar dengan Bunny.
  • Mike: Suami Yolanda seperti juga Darryl. Sering menyokong pandangan Darryl walaupun tidak sama dengan apa yang difikirkannya
  • Keesha: Anak sulung perempuan yang juga kawan baik Zoe.





Rhonda Wizowski mencari pencari stad.

Watak pembantu lain

[sunting | sunting sumber]
  • Rhonda Wizowski: Adik perempuan Wanda. Masih menikmati hidupnya sebagai perempuan bujang. Dia sering muncul untuk menjaga anak saudaranya ketika Wanda dan Darryl keluar untuk bersendirian. Kebelakangan ini, dia mula ingin mencari lelaki untuk memulakan keluarga. Baru-baru ini dia menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang yang bernama Thom, yang memanggilnya Linda lalu menyebabkan Rhonda menuang wain ke komputernya dan memutuskan hubungan dengannya.
  • Hugh Wizowski: Bapa Wanda duka bercakap gah tentang kehidupanya yang sihat.
  • Maggie Wizowski: Ibu Wanda, tak banyak bercakap tentang Wanda, mudah dilihat persamaan antara dia dan anak perempuannya. Beliau gembira dengan gaya hidup Wanda dengan tiga cucu kini dan mendesak agar Rhonda turut berkeluarga yang membuatkan Rhonda naik gila.
  • "Mac" MacPherson: Bapa Darryl, sering memanjakan cucunya.
  • Pauline MacPherson: Ibu Darryl, sering menegur"Mac" terutama ketika memanjakan cucu mereka. Agak mementingkan kekemasan.
  • Trent: Sahabat baik Hammie sejak tadika. Dia mengajar Hammie banyak perkara yang pelik. Terdapat juga budak yang mempunyai nama ini yang menjadi rakan Zoe pada 6 Mei 1997lihat komik.
  • Mr. Doyle: Mula muncul pada 24 September 2001lihat komik. Guru Gred pertama Zoe dan Bogart (mungkin Keesha juga). Dia sering dijengkelkan oleh karenah dan kata-kata Zoe.

Watak kecil

[sunting | sunting sumber]
  • Zoe: Kanak-kanak yang pergi ke sekolah yang sama dengan Zoe (wayak utama), yang berkongsi nama yang sama juga. Dia lazim dirujuk sebagai "The Golden Haired Girl" – Budak Perempuan Berambut Emas oleh Zoe (watak utama). Beliau sering berkelakuan kejam terhadap Zoe (watak utama) malah memanggil Wanda gemuk dan hodoh dalam satu komik. Dia tidak lagi muncul dalam komik.
  • Bryan: Budak yang turut sama dalam kelas pra-sekolah Zoe yang ditunjukkan sukakan Dinosaur dan menyangka dirinya dinosaur kecuali di hadapan ibunya. Mula muncul pada 6 Jun 1997lihat komik.
  • Kiki: Penjaga bayi MacPherson yang tetap, diketahui mempunyai enam adik beradik dan mula menukarkan lampin pada umur 3 tahun. Mula muncul pada 21 Mac 1997lihat komik.
  • Pasangan Brewer: Pasangan yang tidak mempunyai anak dari kawansan perumahan sekitar, diketahui mempunyai kolam renang, dan mempunyai masalah kesuburan. Mula muncul 23 Ogos 1996lihat komik
  • Dr. Beezy: Pakar obstetric Wanda bagi kandungan yang ketiganya yang menggantikan Dr. West. Dr. Beezy langsung tak kisah dengan soalan pelik Darryl. Apabila ditanya kelayakannya, beliau menjawab, "Tiga anak, umur 5, 7, 10. Dua kelahiran biasa, satu pembedahan-C dan saya diberitahu saya mempunyai tangan yang suam. Dr. Beezy diperkenalkan pada 11 Februari 2002lihat komik.

Garis masa

[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti kebanyakan komik, bayi dalam Baby Blues semakin membesar dengan masa walaupun masa di dalam komik lebih lambat dari masa sebenar.

Pengarang mendakwa yang nisbah masa adalah 3 kepada 1 [1] Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine (iaitu tiga hari sebenar bersamaan sehari dalam komik), tetapip sebenarnya hal ini hanya benar apabila salah seorang daripada anak MacPherson dilahirkan dan tidak disambut kelahiran mereka. Semakin berlalu masa dalam komik, nisbah minjadi 2 kepada satu. Watak tidak langsung meraikan hari jadi walaupun dalam tempoh masa komik.

Pada 2006, komik telahpun selama 16 tahun dan watak utama, Zoe MacPherson, adalah 7 tahun (dia didakwa berumur hampir 8 dalam komik menjelang Krismas, 23 Disember 2004 lihat komik, tetapi hari jadinya tidak diraikan pada 7 Januari 2005). Manakala adiknya Hammie sudah muncul selama 11 tahun dan kini berumur 5 tahun. Dalam sesi bercakap Zoe, didedahka yang ketika itu Wren MacPherson berumur 7 bulan – lihat komik.


Tajuk Asal (Terjemahan) Kulit Buku Tarikh ISBN Koleksi?
Baby Blues: This is going to be tougher than we thought.
(Blues Bayi:Ini akan jadi lebih sukar dari apa yang kita fikirkan.)
"Baby Blues: This is going to be tougher than we thought." April 1991 ISBN 0-8092-3996-5 Ya
She Started It!
(Dia yang Mulakan!)
"She Start It!" September 1995 ISBN 0-8092-3266-9 Ya
Guess Who Didn't Take a Nap?
(Teka Siapa yang Tak Tidur?)
"GuesS Who Didn't Take a Nap?" Mac 1993 ISBN 0-8362-1715-2 Ya
I Thought Labor Ended When The Baby Was Born
(Aku Fikirkan Kerja Habis Selepas Bayi Dilahirkan)
"I Thought Labor Ended When The Baby Was Born" Mac 1994 ISBN 0-8362-1744-6 Ya
We Are Experiencing Parental Difficulties... Please Stand By
(Kami Mengalami Kesukaran Tanggungjawab Ibu Bapa… Sila Bersedia)
"We Are Experiencing Parental Difficulties... Please Stand By" Mac 1995 ISBN 0-8362-1781-0 Ya
Night Of The Living Dad
(Malam Ayah yang Masih Hidup)
"Night Of The Living Dad." Mac 1996 ISBN 0-8362-1310-6 Ya
I Saw Elvis In My Ultrasound
(Aku Nampak Elvis Dalam Ultra-bunyiku)
"I Saw Elvis In My Ultrasound" September 1996 ISBN 0-8362-2130-3 Ya
One More and We're Outnumbered!
(Satu Lagi dan Kita Akan Terlebih Bilangan)
"One More and we're Outnumbered!" Mac 1997 ISBN 0-8362-2692-5 Ya
We Are Not Alone
(Kita Tak Bersendirian)
"We Are Not Alone" Mei 1996 ISBN 0-8362-1325-4 Tidak
The Super-Absorbent, Biodegradable, Family-Size Baby Blues: A Baby Blues Treasury
(Blues Bayi Super Penyerap, Terbiodegradasi, Bersaiz Keluarga: Sebuah Perbendaharaan Blues Bayi)
"The Super-Absorbent, Biodegradable, Family-Size Baby Blues: A Baby Blues Treasury" September 1997 ISBN 0-8362-3657-2 Tidak
Check, please...
(Kira, tolong...)
"Check, please..." Mac 1998 ISBN 0-8362-5423-6 Ya
Threats, Bribes & Videotape
(Ugut, Sogok & Pita Video)
"Threats, Bribes & Videotape" Ogos 1998 ISBN 0-8362-6750-8 Ya
If I'm A Stay At Home Mom, Why Am I Always In The Car?
(Jika Aku Suri Rumah, Kenapa Aku Sentiasa Di Dalam Kereta?)
"If I'm A Stay At Home Mom, Why Am I Always In The Car?" Mac 1999 ISBN 0-8362-7845-3 Ya
Ten Years And Still In Diapers: A Baby Blues Treasury
(Sepuluh Tahun dan Masih Berlampin:Perbendaharaan Blues Bayi)
"Ten Years And Still In Diapers: A Baby Blues Treasury" Ogos 1999 ISBN 0-7407-0008-1 Ya
Lift And Separate
(Angkat Dan Pisah)
"Lift And Separate" Mac 2000 ISBN 0-7407-0455-9 Ya
I Shouldn't Have To Scream More Than Once!
(Aku Tak Perlu Jerit Lebih Dari Sekali!)
"A Shouldn't Have To Scream More Than Once!" Ogos 2000 ISBN 0-7407-0557-1 Ya
Motherhood Is Not For Wimps
(Menjadi Ibu Bukan Untuk Si Pengecut)
"Motherhood Is Not For Wimps" Mac 2001 ISBN 0-7407-1393-0 Ya
Butt-Naked Baby Blues
(Blues Bayi Bertelanjang Punggung)
"Butt-Naked Baby Blues" Ogos 2001 ISBN 0-7407-1852-5 Tidak
Baby Blues: Unplugged
(Blues Bayi:Tanpa Plug)
"Baby Blues: Unplugged" Mac 2002 ISBN 0-7407-2323-5 Ya
Dad To The Bone
(Ayah ke Tulang)
"Dad To The Bone" Ogos 2002 ISBN 0-7407-2670-6 Ya
Never A Dry Moment
(Tak Pernah Detik yang Kering)
"Never A Dry Moment" Mac 2003 ISBN 0-7407-3304-4 Ya
Baby Blues 2004 Day-to-Day Calendar
(Kalendar Harian Blues Bayi 2004)
"Baby Blues 2004 Day-to-Day Calendar" Julai 2003 ISBN 0-7407-3642-6 Tidak
Wall-to-Wall Baby Blues
(Blues Bayi Dinding ke Dinding)
"Wall-to-Wall Baby Blues" Ogos 2003 ISBN 0-7407-3811-9 Tidak
Two Plus One is Enough
(Dua Campur Satu Adalah Cukup)
"Two Plus One is Enough" Mac 2004 ISBN 0-7407-4140-3 Ya
Baby Blues 2005 Day-to-Day Calendar
(Kalendar Harian Blues Bayi 2005)
"Baby Blues 2005 Day-to-Day Calendar" Julai 2004 ISBN 0-7407-4507-7 Tidak
Playdate: Category 5
(Bermain: Kategori 5)
"Playdate: Category 5" September 2004 ISBN 0-7407-4665-0 Ya
Driving Under the Influence of Children
(Memandu Bawah Pengaruh Kanak-kanak)
"Driving Under the Influence of Children" Mei 2005 ISBN 0-7407-5005-4 Tidak
Baby Blues 2006 Day-to-Day Calendar
(Kalendar Harian Blues Bayi 2006)
"Baby Blues 2006 Day-to-Day Calendar" Julai 2005 ISBN 0-7407-5150-6 Tidak
Our Server Is Down
(Pelayan Kami Terhenti)
"Our Server Is Down" Oktober 2005 ISBN 0-7407-5445-9 Ya
Something Chocolate This Way Comes
(Sesuatu Bercoklat Sedang Datang ke Arah Ini)
"Something Chocolate This Way Comes" April 2006 ISBN 0-7407-5090-2 Ya
Baby Blues Family Organizer: 2007 Wall Calendar
(Pengurus Keluarga Blues Bayi: Kalendar Dinding 2007)
"Baby Blues Family Organizer: 2007 Wall Calender" Julai 2006 ISBN 0-7407-5881-0 Tidak
Baby Blues: 2007 Day-to-Day Calendar
(Blues Bayi: Kalendar Harian 2007)
"Baby Blues: 2007 Day-to-Day Calender" Julai 2006 ISBN 0-7407-5914-0 Tidak
Framed!: a Baby Blues Treasury
(Berbingkai!:Perbendaharaan Blues Bayi)
"Framed!: a Baby Blues Treasury" September 2006 ISBN 0-7407-6194-3 Tidak
Briefcase Full of Baby Blues
(Beg Penuh dengan Blues Bayi)
"Briefcase Full of Baby Blues" April 2007 ISBN 0-7407-6355-5 Ya

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]