Anjing Leonberg
Nama lain | Leonberger | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Leo | ||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Leonberg atau leonberger[a] ialah satu baka anjing gergasi, yang dinamai sempena bandar raya Leonberg di Baden-Württemberg, Jerman.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Baka ini mempunyai lapis bulu ganda tebal dan padat;[perlu rujukan] anjing Leonberg ialah anjing besar, berotot, dan anggun dengan jenis tubuh seimbang, perangai sederhana, dan kehadiran dramatik.[1] Kepalanya dihiasi dengan topeng hitam yang mencolok. Anjing Leonberg yang sangat tangkas, yang kekal berpegang teguh pada akar awalnya sebagai anjing keluarga berkemampuan dan anjing pekerja serta anjing pencarian dan penyelamatan (khususnya air), adalah kukuh dan selaras, dengan kedua-dua kekuatan dari segi perawakan dan keanggunan dari segi pergerakan. Sebagai baka dimorfik secara seks, anjing Leonberg memiliki sama ada bentuk sangat maskulin atau bentuk feminin anggun, menjadikan jantina segera terlihat.[2]:5 Baka ini mempunyai kaki renang.[3]
Saiz, perkadaran, dan tubuh
[sunting | sunting sumber]Ketinggian pada paras kelasa:
- Jantan: 71–80 cm (28–31 in), purata 75 cm (30 in)[2]:18[4]
- Betina: 65–75 cm (26–30 in), purata 70 cm (28 in)[2]:18[4]
Berat:
- Jantan: 120–170 lb (54–77 kg), purata 145 lb (66 kg)
- Betina: 100–135 lb (45–61 kg), purata 115 lb (52 kg)
Dengan kemampuan untuk kerja mendesak, anjing Leonberg ialah anjing dengan tubuh berisi. Rangkanya disokong dengan tulang cukup berotot yang sederhana hingga berat berperkadaran langsung dengan saiznya. Dada lapang adalah cukup luas dan dalam untuk tujuan kerja. Terlihat dari sisi, dadanya melengkung ke arah dalam dari prosternum, bercantum secara tangen pada siku ke garis bawahnya pada 50% daripada ketinggian kelasa, dan kemudian berterusan sedikit ke atas ke arah stifel.[1][4]
Kepala
[sunting | sunting sumber]Kepalanya cukup seimbang dalam perkadaran dengan saiz anjing dan lebih dalam berbanding dengan kelebarannya dengan panjang muncung dan panjang tengkorak yang lebih kurang sama. Dengan kelopak mata rapat, matanya terletak ke dalam tengkorak di atas sedikit serong; matanya bersaiz sederhana, berbentuk badam, dan berwarna perang gelap. Telinganya berisi, bersaiz sederhana, dan berbentuk loket, dengan cukup ising untuk tergantung dekat-dekat dengan tengkorak dan melabuhkan hujung telinga separas dengan sudut dalaman bagi mulut. Telinga anjing Leonberg naik dari separuh jarak di antara mata dengan bahagian atas tengkorak ke paras bahagian atas tengkorak. Walaupun gigitan separas dan sedikit anomali yang tidak menjejaskan keteguhan rahang bawah adalah umum, anjing Leonberg unggul mempunyai gigitan gunting kuat dengan kegigian penuh.[4]
Bulu
[sunting | sunting sumber]Sebagai kedua-dua keperluan untuk kerja dan atribut penentu bagi baka ini, anjing Leonberg memilik lapis bulu ganda panjang dan padat kalis air pada tubuh yang dilengkapi oleh bulu lebih pendek dan halus pada muncung dan anggota tubuh. Lapis bulu luar panjang dan lebat adalah tahan lama, agak lurus, terbentang merata, dan muat rapat. Anjing Leonberg matang dan maskulin mempamerkan surai jelas. Begitu juga, ekornya terhias dengan sangat baik dari hujung ke pangkal. Di pangkal itu, ekornya berpadu secara harmoni dengan bulu lebih panjang di punggung. Asalkan iklim mengizinkan, lapis bulu bawahnya lembut dan padat. Selain daripada pengemasan kaki, anjing Leonberg dipersembahkan tanpa pemendekan bulu. Anjing ini tidak sesuai untuk iklim panas.[3]
Warna
[sunting | sunting sumber]Beberapa warna lapis bulu boleh diterima, termasuk semua kombinasi kuning singa, merah, merah-perang, dan pasir.[4][5] Kulit hidung, tapak kaki, dan bibir patut sentiasa hitam. Warna cacat termasuk perang dengan kulit hidung perang, hitam dan sawo matang, hitam, putih, atau perak, dan mata tanpa sebarang perang. Tompok putih kecil pada dada atau jari kaki diizinkan.[6]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Pertama sekali sebagai anjing keluarga, perangai anjing Leonberg ialah salah satu ciri pembeza paling penting. Jika tersosialisasi dan terlatih dengan baik, anjing Leonberg berkeyakinan diri, tidak sensitif terhadap hingar-bingar, berserah kepada ahli keluarga, ramah terhadap kanak-kanak, cukup tenang dengan orang lalu-lalang, dan berdisiplin diri apabila melaksanakan kewajipan kepada keluarga atau harta bendanya dengan perlindungan. Sebagai anjing yang tegap, setia, cerdas, suka bermain, dan mesra, ia, dengan itu, dapat dibawa ke mana-mana tanpa kesukaran dan mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, termasuk pengenalan anjing lain.[2] Kawalan betul dan sosialisasi dan pelatihan awal adalah penting kerana ini merupakan baka gergasi.
"Ini ialah anjing penyelamatan air luar biasa. Tempoh pelatihan singkat sahaja dapat meningkatkan naluri semula jadinya." Lapis bulu ganda kalis air memerangkap udara dan membantu dalam keapungan. Kaki renang menjadikannya perenang berkuasa.[3]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[7] Sebuah kajian Perancis tahun 2015 pula mendapati jangka hayat sebanyak 8.75 tahun.[8] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 74% daripada jumlah anjing Leonberg mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[9]
Analisis pedigri anjing Leonberg mendapati pekali pembiakbakaan dalam sebanyak 0.29 dengan hanya 22 ekor anjing pengasas. Dari tahun 1989 hingga tahun 2004, jangka hayat menurun dari 9.4 tahun hingga 7.7 tahun. Hampir separuh menderitati sekurang-kurangnya satu keadaan kesihatan dan 21.5% menderitai neoplasia. Kumpulan keadaan paling lazim seterusnya merupakan keadaan ortopedik dan keadaan neurologi masing-masing pada 15.8% dan 14.8%. Keadaan khusus paling lazim merupakan artritis, polineuropati, hipotiroidisme, kilasan gastrik, dan kardiomiopati terdilat.[10]
Keadaan otot rangka
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian Norway mendapati bahawa 25% daripada jumlah anjing Leonberg menghidap displasia pinggul selepas usia 18 bulan.[11]
Keadaan mata
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian di United Kingdom mengenal pasti katarak pada 90 ekor daripada 211 ekor anjing Leonberg yang ditinjau.[12]
Keadaan saraf
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian mendapati prevalens tinggi bagi keadaan-keadaan saraf pada anjing Leonberg, yang berkemungkinan sebahagian besarnya disebabkan oleh kepelbagaian genetik terbatas.[10]
Berbilang bentuk keturunan bagi polineuropati yang serupa dengan penyakit Charcot-Marie-Tooth pada manusia telah diperihalkan pada anjing Leonberg. Sebuah kajian berkesimpulan bahawa punca-punca paling berkemungkinan merupakan varian dominan autosom pada gen ARHGEF10[13] dan pada gen GJA9[14] dan varian resesif autosom pada gen CNTNAP1.[15]
Satu lagi penyakit yang diperihalkan pada baka ini ialah leukoensefalomielopati permulaan juvenil yang disebabkan oleh varian resesif autosom pada gen NAPEPLD.[16]
Neoplasia
[sunting | sunting sumber]Anjing Leonberg mempunyai predisposisi terhadap hemangiosarkoma dan osteosarkoma.[10] Sebuah kajian di United Kingdom tentang lebih daripada 900,000 ekor anjing yang meneliti prevalens tahunan bagi osteosarkoma mendapati bahawa anjing Leonberg mempunyai kadar kedua tertinggi, iaitu pada 1.48%, berbanding dengan kadar keseluruhan 0.037%.[17]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1830-an, Heinrich Essig, seorang pembiak baka dan penjual anjing dan datuk bandar bagi bandar Leonberg berhampiran dengan Stuttgart di Baden-Württemberg, Jerman, mendakwa telah menghasilkan anjing Leonberg dengan menyilangkan anjing Newfoundland Landseer betina dengan seekor "barry" jantan dari Hospis Santo Bernard Raya dan Biara Santo Bernard Raya (yang kemudiannya menghasilkan anjing Santo Bernard). Kemudian, menurut Essig, seekor anjing gunung Pyrénées ditambahkan, lalu menghasilkan anjing sangat besar dengan lapis bulu putih panjang, yang merupakan fesyen untuk masa itu, dan perangai menyenangkan. Anjing pertama yang didaftarkan sebagai leonberger lahir pada tahun 1846 dan mempunyai banyak kualiti berharga daripada baka-baka sumbernya.[1][2] Menurut legenda, anjing-anjing ini dibiakbakakan untuk memberikan penghormatan kepada singa pada gencana bandar[1] dan haiwan jata bagi Leonberg, iaitu singa.[18] Anjing Leonberg menjadi popular dalam kalangan beberapa buah keluarga diraja Eropah, termasuk Napoleon II, Maharani Elisabeth dari Austria, Putera Wales, Otto Von Bismarck,[19] Maharaja Napoleon III, dan Umberto I dari Itali. Dakwaan Essig tentang pembiakbakaan anjing seperti yang diterangkan dipertikaikan. Catatan seawal tahun 1585 mungkin menunjukkan kewujudan anjing jenis leonberger; dokumen-dokumen yang bertarikh dari tahun 1601 yang dipegang oleh keluarga Metternich memerihalkan anjing serupa yang digunakan untuk mencegah pencurian haiwan ternakan.[20] Bagaimana sekalipun, tiada keraguan bahawa Essig menamai dan mendaftarkan baka ini terlebih dahulu. Ukiran hitam putih tentang anjing Leonberg disertakan dalam The Illustrated Book of the Dog oleh Vero Shaw (di halaman 488) pada tahun 1881.[21] Pada masa itu, anjing Leonberg Essig dikecam sebagai tiruan acuh tak acuh bagi anjing Santo Bernard—bukan baka stabil dan beriktiraf—dan sebagai produk trend atau fesyen popular untuk anjing besar dan kuat, sebahagiannya ditimbulkan oleh kemahiran pemasaran Essig yang luar biasa (beliau memberikan anjing kepada orang kaya dan masyhur).[1][21]
Penampilan moden anjing Leonberg, dengan lapis bulu lebih gelap dan topeng hitam, dikembangkan semasa bahagian akhir abad ke-20 dengan memperkenalkan baka-baka lain semula, seperti anjing Newfoundland.[18] Ini adalah perlu kerana ternakan pembiakbakaan anjing Leonberg terjejas teruk akibat dua perang dunia. Hanya lima ekor anjing Leonberg terselamat daripada Perang Dunia Pertama[22] dan dibiakbakakan sehingga Perang Dunia Kedua apabila, sekali lagi, hampir semua anjing Leonberg lenyap. Semasa dua perang dunia, anjing Leonberg digunakan untuk menarik kereta peluru, iaitu perkhidmatan kepada negara baka ini yang menyebabkan anjing Leonberg hampir lenyap.[20] Karl Stadelmann dan Otto Josenhans disebut sebagai penyelamat bagi baka ini, dengan membawa anjing ini kembali dari ambang kepupusan.[19] Anjing Leonberg kini mempunyai keleluhurnya yang dijejak kembali kepada lapan ekor anjing yang terselamat daripada Perang Dunia Kedua.[22]
Secara tradisional, anjing Leonberg dibela sebagai anjing ladang dan banyak dipuji kerana kebolehannya dalam kerja anjing penjaga[23][24][25][26][27] dan kerja tarikan. Ia kerap terlihat menarik kereta barang di sekitar kampung-kampung di Bavaria dan di daerah sekitarnya.[2]:4 Pada sekitar permulaan abad ke-20, anjing Leonberg diimport oleh pemerintah Kanada untuk kegunaan sebagai anjing penyelamatan air/anjing penyelamatan nyawa.[28] Baka ini meneruskan peranan itu kini, bersama-sama dengan anjing Newfoundland, anjing pengutip Labrador, dan anjing pengutip keemasan; anjing ini digunakan di Sekolah Anjing Penyelamat Itali.[29][30][31][32] Ia telah berjaya digunakan sebagai anjing penjaga kawanan ternakan.[33]
Anjing Leonberg menerima pengiktirafan American Kennel Club sebagai anggota Kumpulan Pekerja[1][34] pada 1 Januari 2010, bersama dengan anjing gembala Iceland dan cane corso. Ia merupakan baka ke-167 yang diiktiraf oleh AKC.[35]
Dalam kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]Filem Lifetime TV Grumpy Cat's Worst Christmas Ever menampilkan seekor anjing Leonberg yang menjadi mangsa penculikan anjing, yang menjadi bintang bersama dengan Grumpy Cat yang masyhur.[36]
Dalam cerita Murphy and the Great Surf Rescue dalam siri buku kanak-kanak Puppy Academy oleh Gill Lewis, Murphy ialah seekor anak anjing Leonberg yang mempunyai kemahiran istimewa berenang.[37]
Video muzik grafik "Deutschland" oleh kugiran rok Jerman Rammstein menggambarkan sosok simbolik Germania yang melahirkan anak-anak anjing Leonberg.[38]
Anjing-anjing Leonberg diwakili dalam banyak setem dari seluruh dunia.[39]
Dalam siri Inspector Sejer oleh pengarang Norway Karin Fossum, watak judulan mempunyai seekor anjing Leonberg bernama Kollberg.[40]
Tiga ekor anjing Leonberg[22][41] (seekor betina, dan dua ekor jantan)[perlu rujukan] memainkan watak utama Buck dalam The Call of the Wild: Dog of the Yukon (1997), sebuah versi Kanada bagi The Call of the Wild oleh Jack London yang membintangkan Rutger Hauer sebagai John Thornton dan dikisahkan oleh Richard Dreyfuss.[41][42] Baka yang dipilih dalam filem ini bukan baka yang dikenal pasti sebagai Buck dalam novel itu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f Flaim, Denise (10 Jun 2020). "Leonberger History: The "Secret Mascot" of Leonberg" [Sejarah Anjing Leonberg: "Maskot Rahsia" Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ a b c d e f Junehall, Petra Breed Standard: Leonberger (dalam bahasa Inggeris), 08-tryck, 2005.
- ^ a b c Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 66–67. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.
- ^ a b c d e "AKC meet the Breeds: Leonberger" [Kenali baka AKC: Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2010. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Gagne, Tammy (25 Januari 2018). Huskies, Mastiffs and Other Working Dogs [Husky, Mastif, dan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Raintree. m/s. 19. ISBN 9781474721004. OCLC 1063636111.
- ^ The Kennel Club. "Leonberger Breed Standard" [Piawaian Baka Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Étienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883. min=8.18 ± 3.1 median=8.75
- ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
- ^ a b c Letko, Anna; Minor, Katie M.; Jagannathan, Vidhya; Seefried, Franz R.; Mickelson, James R.; Oliehoek, Pieter A.; Drögemüller, Cord (14 Oktober 2020). "Genomic diversity and population structure of the Leonberger dog breed" [Kepelbagaian genomik dan struktur populasi bagi baka anjing Leonberg]. Genetics Selection Evolution (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 52 (1): 61. doi:10.1186/s12711-020-00581-3. ISSN 1297-9686. PMC 7557023. PMID 33054768. S2CID 222350060.
- ^ Krontveit, Randi Ingebjørg; Nødtvedt, Ane; Sævik, Bente Kristin; Ropstad, Erik; Trangerud, Cathrine (1 Jun 2012). "Housing- and exercise-related risk factors associated with the development of hip dysplasia as determined by radiographic evaluation in a prospective cohort of Newfoundlands, Labrador Retrievers, Leonbergers, and Irish Wolfhounds in Norway" [Faktor-faktor risiko berkaitan dengan perumahan dan senaman yang dikaitkan dengan perkembangan displasia pinggul seperti yang ditentukan oleh penilaian radiografi dalam kohort prospektif bagi anjing Newfoundland, anjing pengutip Labrador, anjing Leonberg, dan anjing pemburu serigala Ireland di Norway]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 73 (6): 838–846. doi:10.2460/ajvr.73.6.838. ISSN 1943-5681. PMID 22620698. S2CID 13005014.
- ^ Heinrich, Christine L.; Lakhani, Ken H.; Featherstone, Heidi J.; Barnett, Keith Charles (25 Ogos 2006). "Cataract in the UK Leonberger population" [Katarak dalam populasi anjing Leonberg United Kingdom]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 9 (5): 350–356. doi:10.1111/j.1463-5224.2006.00460.x. ISSN 1463-5224. PMID 16939464. S2CID 23901565.
- ^ Ekenstedt, Kari J.; Becker, Doreen; Minor, Katie M.; Shelton, Gloria Diane; Patterson, Edward E.; Bley, Tim Hendrik; Oevermann, Anna; Bilzer, Thomas; Leeb, Tosso; Drögemüller, Cord; Mickelson, James R. (2 Oktober 2014). Lindblad-Toh, Kerstin (penyunting). "An ARHGEF10 Deletion Is Highly Associated with a Juvenile-Onset Inherited Polyneuropathy in Leonberger and Saint Bernard Dogs" [Pemotongan ARHGEF10 Sangat Berkaitan dengan Polineuropati Terwaris Permulaan Juvenil pada Anjing Leonberg dan Anjing Santo Bernard]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 10 (10): e1004635. doi:10.1371/journal.pgen.1004635. ISSN 1553-7404. PMC 4183422. PMID 25275565. S2CID 18885276.
- ^ Becker, Doreen; Minor, Katie M.; Letko, Anna; Ekenstedt, Kari J.; Jagannathan, Vidhya; Leeb, Tosso; Shelton, Gloria Diane; Mickelson, James R.; Drögemüller, Cord (25 Ogos 2017). "A GJA9 frameshift variant is associated with polyneuropathy in Leonberger dogs" [Varian anjakan rangka GJA9 dikaitkan dengan polineuropati pada anjing Leonberg]. BMC Genomics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 18 (1): 662. doi:10.1186/s12864-017-4081-z. ISSN 1471-2164. PMC 5574090. PMID 28841859. S2CID 20305110.
- ^ Letko, Anna; Minor, Katie M.; Friedenberg, Steven Gene; Shelton, Gloria Diane; Pesayco Salvador, Jill P.; Mandigers, Paul J. J.; Leegwater, Peter A. J.; Winkler, Paige A.; Petersen-Jones, Simon M.; Stanley, Bryden J.; Ekenstedt, Kari J.; Johnson, Gary S.; Hansen, Liz; Jagannathan, Vidhya; Mickelson, James R.; Drögemüller, Cord (27 November 2020). "A CNTNAP1 Missense Variant Is Associated with Canine Laryngeal Paralysis and Polyneuropathy" [Varian Salah Erti CNTNAP1 Dikaitkan dengan Kelumpuhan Larinks Anjing dan Polineuropati]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (12): 1426. doi:10.3390/genes11121426. hdl:1874/410253. ISSN 2073-4425. PMC 7761076. PMID 33261176. S2CID 227251827.
- ^ Minor, Katie M.; Letko, Anna; Becker, Doreen; Drögemüller, Michaela; Mandigers, Paul J. J.; Bellekom, S. R.; Leegwater, Peter A. J.; Stassen, Quirine E. M.; Putschbach, Katrin; Fischer, Andrea; Flegel, Thomas; Matiasek, Kaspar; Ekenstedt, Kari J.; Furrow, Eva; Patterson, Edward E.; Platt, Simon Ronald; Kelly, Pamela A.; Cassidy, Joseph P.; Shelton, Gloria Diane; Lucot, Katherine L.; Bannasch, Danika L.; Martineau, Henny M.; Muir, Clare F.; Priestnall, Simon Lawrence; Henke, Diana; Oevermann, Anna; Jagannathan, Vidhya; Mickelson, James R.; Drögemüller, Cord (11 April 2018). "Canine NAPEPLD-associated models of human myelin disorders" [Model-model berkaitan dengan NAPEPLD anjing bagi kecelaruan-kecelaruan mielin manusia]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 8 (1): 5818. Bibcode:2018NatSR...8.5818M. doi:10.1038/s41598-018-23938-7. hdl:1874/374974. ISSN 2045-2322. PMC 5895582. PMID 29643404. S2CID 4784097.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Edmunds, Grace Louise; Urquhart-Gilmore, Jade; Church, David B.; Rutherford, Lynda; Smalley, Matthew John; Brodbelt, David C. (27 Jun 2023). "Dog breeds and conformations predisposed to osteosarcoma in the UK: a VetCompass study" [Baka dan kesusukan anjing yang cenderung terhadap osteosarkoma di United Kingdom: kajian VetCompass]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 10 (1): 8. doi:10.1186/s40575-023-00131-2. ISSN 2662-9380. PMC 10294386 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 37365662 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 259254866 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b Isberg, Caroline Bliss. "Leonberger Breed" [Baka Anjing Leonberg]. Leonberger-Hunde.org (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Maurer, David (6 Mac 2011). "Best-of-breed winner represents lovable Leonbergers" [Pemenang best-of-breed mewakili anjing Leonberg yang penyayang]. The News & Advance (dalam bahasa Inggeris). NewsAdvance.com. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ a b Lusby, Madeline (1 Mei 2005). Leonberger: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Leonberg: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 14. ISBN 9781593783143. OCLC 60410491.
- ^ a b Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 479–480, 488–494. OCLC 621710.
- ^ a b c "Leonberger Dogs" [Anjing Leonberg]. PetInsurance.com (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Pet Insurance Company. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Leonbergers At Work – Herding Training" [Anjing Leonberg Bekerja – Pelatihan Penggembalaan] (dalam bahasa Inggeris). Leonberger Club of Ontario. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Leonberger" [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Canada's Guide to Dogs. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Leonberger" [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Landry, Jean-Marc (Ogos 1999). "The use of guard dogs in the Swiss Alps: A first analysis" [Penggunaan anjing pengawal di Alp Switzerland: Analisis pertama]. KORA Berichte (dalam bahasa Inggeris). KORA – Raubtierökologie und Wildtiermanagement (2e). ISSN 1422-5123. S2CID 54050285.
- ^ "AKC proposed group realignment" [Penjajaran semula kumpulan cadangan AKC] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Disember 2011. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Pfaumer, Sharon (Julai 1996). "The Leonberger, the golden-hearted lion dog" [Anjing Leonberg, anjing singa berhati emas]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). Amerika Syarikat: 14–22.
- ^ Manetti, Francesco (23 Ogos 2010). "Italian school teaches dogs to become lifeguards" [Sekolah Itali ajar anjing jadi penyelamat nyawa]. Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Leos to the Rescue!" [Leo Datang Menyelamat!] (Video) (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 25 Februari 2020. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Leonberger Water Rescue training" [Pelatihan Penyelamatan Air Anjing Leonberg] (Video). YouTube. 11 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2021. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "Rescue Dogs Jump From Helicopter" [Anjing Penyelamatan Lompat dari Helikopter] (Video). 26 Oktober 2012. Dicapai pada 12 Januari 2024.
Some of the dogs are Newfoundland dogs and some are Leonbergers
- ^ Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 300. ISBN 9781612125923. OCLC 952855172.
- ^ "AKC Working Group" [Kumpulan Pekerja AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ "AKC Welcomes the Cane Corso, Icelandic Sheepdog and Leonberger" [AKC Sambut Cane Corso, Anjing Gembala Iceland, dan Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 2011. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Suhas, Maitri (29 November 2014). "Grumpy Cat and A Million Dollar Dog?" [Grumpy Cat dan Anjing Sejuta Dolar?]. Bustle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Lewis, Gill (7 Julai 2016). Puppy Academy: Murphy and the Great Surf Rescue [Puppy Academy: Murphy dan Penyelamatan Luncur Air Besar] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. ISBN 9780192739261. OCLC 946990553.
- ^ "Rammstein delve into their German identity with controversial new single" [Rammstein ceburi identiti Jerman mereka dengan single baharu berkontroversi]. Brig Newspaper (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2019. Dicapai pada 12 Januari 2024.
- ^ Leonberger Animal stamps (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "Don't Look Back by Karin Fossum #bookreview #Norway" [Jangan Pandang ke Belakang oleh Karin Fossum] (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2018.
- ^ a b Call of the Wild - Dog of the Yukon di Internet Movie Database
- ^ "Leonberger Facts" [Fakta Anjing Leonberg]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2009.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bliss-Isberg, Caroline (15 Ogos 2016). The Leonberger: A Comprehensive Guide to the Lion King of Breeds [Anjing Leonberg: Panduan Komprehensif untuk Raja Singa Baka] (dalam bahasa Inggeris). Sea Cliff, New York, Amerika Syarikat: Revodana Publishing. ISBN 9781943824243. OCLC 986623533.
- Gustafson-Eskner, Margareta; Rogert, Ulrika (1996). Leonbergerboken [Buku Anjing Leonberg] (dalam bahasa Sweden). Bro, Sweden: Cerber Consultants. ISBN 9789163050701. OCLC 186265591.
- Hancock, David (31 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978097. OCLC 900020382.
- Kojima, Toyoharu (4 Ogos 2005). Legacy of the Dog: The Ultimate Illustrated Guide [Legasi Anjing: Panduan Berilustrasi Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Tetsu Yamazaki. (ed. ke-2 semakan dan kemas kini). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. ISBN 9780811851138. OCLC 1348267081.
- Lusby, Madeline (1 Mei 2005). Leonberger: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Leonberg: Edisi Baka Jarang Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593783143. OCLC 60410491.
- Muller, Ton (1994). "Het houden van een Leonberger, een praktijkboek" [Pembelaan anjing Leonberg, buku amali] (dalam bahasa Belanda). Belanda. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2001.
- Pavloská-Kuntová, Daniela (1994). Leonberger [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Czech) (ed. ke-1). České Budějovice, Republik Czech: Dona. m/s. 370. ISBN 9788090008021. OCLC 85667522.
- Perosino, Guido (1993). The Leonberger [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). Milan, Itali: Giovanni De Vecchi.
- Pfaumer, Sharon (Julai 1996). "The Leonberger, the golden-hearted lion dog" (dalam bahasa Inggeris). Dog World (Amerika Syarikat), hlm. 14–22.
- Rahmer, Larry. The History of the Leonberger in Great Britain [Sejarah anjing Leonberg di Great Britain] (dalam bahasa Inggeris).
- Schmitt, Hannelie; Zerle, Gerhard (1 November 1996). Leonberger [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-4). Berlin, Jerman: Paul Parey Zeitschriftenverlag. ISBN 9783826384110. OCLC 722717787.
- Stramer, Metha (2008). Der Hund von Leonberg = De hond van Leonberg = Le Chien de Leonberg = The Dog of Leonberg [Anjing Leonberg] (dalam bahasa Jerman, Belanda, Perancis, dan Inggeris). Dreumel, Belanda: Metha Stramer. ISBN 9789081342612. OCLC 775278674.
- "The Leonberger: A special supplement" [Anjing Leonberg: Suplemen khas]. The New Zealand Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). 36 (3). New Zealand Kennel Club. April 1996.
- White, Angela (1998). The Leonberger: The World of Dogs [Anjing Leonberg: Dunia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Waterlooville, Havant, Hampshire, United Kingdom: Kingdom Books. ISBN 9781852790646. OCLC 474292469.
- Winslet, Kevin. The Complete Guide to Leonbergers [Panduan Lengkap untuk Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). For Dogs Sake. ISBN 9781908793089.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing Leonberg. |
- Yayasan Pangkalan Data Bebas Anjing Leonberg Sedunia (dalam bahasa Inggeris)
- Sumber lain di Leonberger Union (dalam bahasa Inggeris)
- "Leonberger" [Anjing Leonberg] (Video). Dogs 101 Season 3 (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet (Episode 5). 30 Disember 2010 – melalui YouTube.Templat:Dead Youtube links
- "All About the Leonberger" [Semua tentang Anjing Leonberg] (Video) (dalam bahasa Inggeris). Dogumentary TV. 16 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024 – melalui YouTube.
- "The Giant Leonberger: Dangerous Lion Dog?" [Anjing Leonberg Gergasi: Anjing Singa Berbahaya?]. Animal Watch (Video) (dalam bahasa Inggeris). Green World TV. 3 Disember 2021. Dicapai pada 8 Januari 2024 – melalui YouTube.