Amfoterisme
Suatu sebatian kimia amfoterik ialah suatu molekul atau ion yang dapat bertindak sebagai asid serta bes.[1] Makna terperinci bagi hal ini bergantung kepada jenis takrifan/teori asid-bes yang digunakan. Awalan amfo- berasal daripada awalan Yunani yang bererti "kedua-dua."
Satu jenis sebatian amfoterik ialah molekul amfiprotik yang dapat menerima atau memberi satu proton (H+). Ini ialah takrifan amfoterisme berdasarkan teori asid-bes Brønsted–Lowry. Contoh sebatian ialah asid amino dan protein, yang memiliki kumpulan amina dan asid karboksilik, serta sebatian-sebatian yang terion sendiri seperti molekul air.
Sebatian amfolit ialah sebatian-sebatian amfoterik yang memiliki kedua-dua kumpulan asid dan bes. Sebagai contoh, asid amino dengan struktur H2N–RCH–CO2H memiliki kumpulan bes NH2 dan kumpulan asid COOH, dan wujud sebagai beberapa struktur dalam keseimbangan kimia:
- H2N–RCH–CO2H + H2O H2N–RCH–COO− + H3O+ H3N+–RCH–COOH + OH− H3N+R–CH–COO− + H2O. Dalam larutan berair dianggarkan neutral (pH ≅ 7), kumpulan bes amino biasanya ditambah proton sementara asid karboksilik dinyahproton, menjadikan bentuk lazim ialah bentuk zwiterion (H3N+R–CH–COO−). pH ketika cas purata adalah sifar dikenali sebagai "titik isolelektrik" molekul.
Oksida logam yang bertindak balas dengan asid serta bes juga dikenali sebagai oksida amfoterik. Banyak logam (seperti zink, timah, plumbum, aluminium dan berilium) membentuk oksida atau hidroksida amfoterik. Amfoterisme tertakluk kepada peringkat pengoksidaan oksida.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "amphoteric". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.