Peperangan udara
Peperangan udara ialah penggunaan pesawat tentera dan pesawat terbang lain dalam peperangan. Peperangan udara merangkumi pesawat pengebom menyerang tumpuan musuh atau sasaran strategik; pesawat pejuang bertarung untuk menguasai ruang udara; pesawat serangan darat terlibat dalam sokongan udara dekat terhadap sasaran darat; pasukan udara tentera laut terbang menentang sasaran laut dan darat berdekatan; pesawat luncur, helikopter dan pesawat lain untuk membawa pasukan airborne seperti askar payung terjun; pesawat penangki minyak untuk melanjutkan masa operasi atau jarak; dan pesawat pengangkut tentera untuk memindahkan kargo dan anggota.[1] Dari segi sejarah, pesawat tentera termasuklah belon yang membawa peninjau artileri; kapal udara untuk mengebom bandar-bandar; pelbagai jenis pesawat pengintipan, pengawasan dan amaran awal udara yang membawa peninjau, kamera dan peralatan radar; pengebom torpedo untuk menyerang perkapalan musuh; dan pesawat tentera penyelamat udara-laut untuk menyelamatkan askar udara yang jatuh. Peperangan udara moden termasuklah peluru berpandu dan pesawat udara tanpa pemandu. Pasukan darat mungkin bertindak balas terhadap aktiviti udara musuh dengan peperangan anti pesawat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah peperangan udara bermula pada zaman purba, dengan menggunakan layang-layang pembawa manusia di China. Dalam abad ke-3 ia berkembang ke peperangan belon. Kapal terbang telah mula digunakan untuk berperang dalam tahun 1911, pada awalnya sebagai rekonaisans, dan kemudian untuk pertempuran udara menembak jatuh pesawat rekon. Penggunaan pesawat untuk pengeboman strategik muncul semasa Perang Dunia II. Juga pada Perang Dunia II, Jerman Nazi mencipta banyak peluru berpandu dan sistem peluru ketepatan berpandu, termasuk peluru berpandu krus pertama, peluru berpandu balistik jarak pendek pertama, peluru berpandu permukaan ke udara pertama, dan peluru berpandu anti kapal pertama. Peluru berpandu balistik menjadi kunci utama semasa Perang Dingin, telah dilengkapi dengan kepala peledak nuklear, dan telah disimpan oleh kuasa-kuasa besar (A.S. dan K.R.S.S) untuk menghalang satu sama lain daripada menggunakannya. Penggunaan satelit tentera pertama adalah untuk rekonaisans pada tahun 1950an, dan penggunaannya telah berkembang kepada komunikasi seluruh dunia dan sistem maklumat dengan risikan daripada orbit yang menyokong pengagihan kegunaan tentera secara global.
Rekonaisans udara
[sunting | sunting sumber]Rekonaisans udara ialah rekonaisans untuk tujuan ketenteraan atau strategik yang dijalankan oleh pesawat pengintip. Peranan ini dapat memenuhi pelbagai keperluan, termasuk pengumpulan risikan imej, peninjauan gerakan musuh dan peninjau artileri.
Gerakan kombat udara
[sunting | sunting sumber]Gerakan tempur udara (juga dikenali sebagai ACM (air combat manoeuvring) atau dogfight (pertarungan) ialah seni taktikal bergerak, berpusing dan memilih lokasi sesebuah pesawat pejuang agar mendapat posisi untuk menyerang pesawat lain. Ia bergantung pada maneuver asas pejuang (Basic Fighter Maneuvers) ofensif dan defensif untuk mendapat kelebihan keatas lawan udara.
Pasukan airborne
[sunting | sunting sumber]Pasukan airborne atau pasukan hantaran udara adalah unit tentera infantri ringan, yang ditubuhkan untuk dibawa oleh pesawat dan "digugurkan" ke medan pertempuran, biasanya dengan payung terjun. Oleh itu, mereka boleh diletakkan kedalam barisan musuh, dan mempunyai keupayaan untuk di atur gerak kemana-mana sahaja dengan tanpa amaran. Formasi tersebut dihadkan oleh jumlah dan saiz pesawat mereka, berdasarkan kapasiti yang cukup sebuah pasukan besar boleh muncul "entah dari mana" dalam masa beberapa minit, tindakan yang disebut sebagai serangan vertikal.
Sebaliknya, pasukan airborne biasanya kekurangan bekalan dan peralatan untuk operasi kombat yang panjang, dan dengan itu lebih sesuai untuk operasi tumpuan udara daripada pendudukan jangka panjang; tambahan pula, operasi payung terjun adalah sangat sensitif dengan cuaca yang buruk. Kemajuan teknologi helikopter semenjak Perang Dunia II telah membawa penambahan fleksibiliti kepada skop operasi airborne, dan gempur udara telah banyak menggantikan operasi besar-besaran payung terjun, dan (hampir) menggantikan sepenuhnya operasi glider kombat.
Serangan udara
[sunting | sunting sumber]Serangan udara[2] adalah satu operasi penyerangan yang dilakukan oleh pesawat penyerang. Serangan udara biasanya dibuat oleh pesawat-pesawat seperti pejuang, pengebom, pesawat serangan darat, dan helikopter penyerang. Definisi rasmi termasuklah pelbagai sasaran, seperti sasaran udara musuh, tetapi istilah popular diterhadkan kepada serangan taktikal (berskala kecil) keatas sasaran darat atau laut. Senjata yang digunakan dalam serangan udara boleh didapati dari peluru mesingan dan peluru berpandu hingga ke pelbagai jenis bom. Ia juga sering dirujuk sebagai serbuan udara.
Didalam sokongan udara dekat, serangan udara biasanya dikawal oleh peninjau terlatih untuk koordinasi dengan pasukan darat sendiri dengan cara yang diperolehi daripada taktik artileri.
Pengeboman strategik
[sunting | sunting sumber]Pengeboman strategik adalah satu strategi ketenteraan yang digunakan dalam perang total dengan matlamat mengalahkan pihak musuh dengan memusnahkan moral mereka atau keupayaan ekonomi mereka yang menghasil dan mengangkut material ke medan operasi ketenteraan, atau keduanya sekali. Ia disusun secara sistematik dan serangan dilakukan dari udara menggunakan pesawat pengebom strategik, peluru berpandu jarak jauh atau sederhana, atau pesawat pejuang- pengebom dilengkapi senjata nuklear untuk menyerang sasaran yang dianggap penting bagi keupayaan musuh berperang.
Peperangan anti pesawat
[sunting | sunting sumber]Peperangan anti pesawat atau pertahanan balas udara ditakrifkan oleh NATO sebagai "semua langkah-langkah dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan keberkesanan tindakan udara pihak bermusuh."[3] Ia termasuklah sistem senjata pangkalan darat dan udara, sistem sensor yang berkaitan, pengurusan perintah dan kawal dan langkah-langkah pasif (seperti belon baraj). Ia boleh digunakan untuk melindungi tentera laut, darat, dan udara di mana-mana tempat. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakan negara usaha utama adalah lebih cenderung kepada 'pertahanan tanahair'. NATO merujuk kepada pertahanan udara airborne sebagai counter-air dan pertahanan udara tentera laut sebagai peperangan anti pesawat. Pertahanan misil adalah lanjutan daripada pertahanan udara sebagaimana inisiatif untuk menyesuaikan pertahanan udara dengan tugas mana-mana projektil yang terbang.
Peluru berpandu
[sunting | sunting sumber]Dalam penggunaan moden, peluru berpandu atau misil ialah sistem peluru ketepatan berpandu bergerak sendiri, yang bertentangan dengan peluru tidak berpandu bergerak sendiri, disebut sebagai roket (walaupun ini juga boleh menjadi berpandu). Misil mempunyai empat sistem komponen: sasaran dan/atau panduan misil, sistem penerbangan, enjin, dan kepala peledak. Misil datang dalam jenis yang disesuaikan untuk tujuan yang berbeza: peluru berpandu permukaan ke permukaan dan peluru berpandu udara ke permukaan (peluru berpandu balistik, kruise, anti kapal, anti kereta kebal, dll.), peluru berpandu permukaan ke udara (dan anti-balistik), peluru berpandu udara ke udara, dan senjata anti satelit. Semua peluru berpandu yang sedia ada direka untuk digerakkan semasa penerbangan yang dikuasai oleh reaksi kimia didalam enjin roket, enjin jet, atau lain-lain jenis enjin.[perlu rujukan] Peranti bahan letupan bukan gerak sendiri umumnya dirujuk sebagai peluru meriam dan biasanya mempunyai jarak lebih pendek daripada peluru berpandu.
Dalam penggunaan biasa Bahasa Inggeris-British menyatakan senjata berpandu, peluru berpandu adalah "mana-mana objek balingan", seperti objek dibaling kepada pemain oleh penonton yang suka bergaduh di acara sukan.[4]
Kenderaan udara tanpa pemandu
[sunting | sunting sumber]Kemunculan Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) telah secara dramatik mengubah peperangan udara[5] dengan pelbagai negara membangunkan dan/atau membeli armada UAV. Beberapa tanda aras telahpun berlaku, termasuk dogfight jet pejuang-UAV, kuar pertahanan udara lawan dengan UAV, penggantian pesawat penerbangan operasi dengan UAV, mengawal kelayakkan operator UAV untuk status 'kombat', kawalan UAV dari pihak lain di dunia, mengganggu dan/atau perampasan data UAV semasa penerbangan, serta cadangan untuk memindahkan kuasa tembakan kepada AI diatas sebuah UAV.[6] UAV berkembang dengan cepat dari pengawasan kepada peranan kombat.
Keupayaan UAV yang semakin meningkat telah dilontar persoalan survivabiliti dan keupayaan jet pejuang berpemandu.[7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pengeboman udara ke atas bandar-bandar
- Tentera udara
- Angkut udara
- Serangan udara
- Ace
- Garis masa penerbangan tentera
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ See John Andreas Olsen, ed., A History of Air Warfare (2010) for global coverage since 1900.
- ^ "air strike- DOD Dictionary of Military and Associated Terms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 2016-08-20.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ AAP-6
- ^ Guardian newspaper: "Emmanuel Eboué pelted with missiles while playing for Galatasaray" Example of ordinary English usage. In this case the missiles were bottles and cigarette lighters
- ^ "How robot drones revolutionized the face of warfare". CNN. 27 July 2009.
- ^ http://www.govexec.com/pdfs/072309kp1.pdf
- ^ http://abcnews.go.com/Technology/story?id=8164538&page=1
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Boyne, Walter J. (2003). The Influence of Air Power upon History. Pelican (www.pelicanpub.com). ISBN 1-58980-034-6.
- Buckley, John (1999). Air Power in the Age of Total War. Indiana University Press. ISBN 0-253-33557-4.
- Budiansky, Stephen. Air Power: The Men, Machines, and Ideas That Revolutionized War, from Kitty Hawk to Iraq (2005) global coverage by journalist
- Collier, Basil (1974). A History of Air Power. Macmillan Publishing Co., Inc.; New York.
- Cooksley, Peter G.; Bruce Robertson (1997). The Encyclopedia of 20th Century Conflict: Air Warfare. Arms and Armour. ISBN 1-85409-223-5.
- Corum, James S. & Johnson, Wray R. (2003). Airpower in Small Wars - Fighting Insurgents and Terrorists. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 0-7006-1240-8.
- Glines, Carroll V. (1963). Compact History of the United States Air Force. Hawthorn Books, Inc. ; New York. ISBN 0-405-12169-5.
- Gross, Charles J. (2002). American Military Aviation: The Indispensable Arm. Texas A&M University Press. ISBN 1-58544-215-1.
- Higham, Robin (2004). 100 Years of Air Power & Aviation. Texas A&M University Press. ISBN 1-58544-241-0.
- Lockee, Garette E. (April 1969). "PIRAZ". United States Naval Institute Proceedings. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)
- Olsen, John Andreas, ed. A History of Air Warfare (2010) 506pp; 16 essays by experts provide global coverage
- Overy, Richard. Why the Allies Won (1997), ch 3, on bombing in World War II.
- Overy, Richard. The Air War - 1939–1945 (1980), global coverage of combat, strategy, technology and production
- Web
- "War in the Air" from Oral Histories of the First World War: Veterans 1914–1918 at Library and Archives Canada
- "Warplane: Military Aviation: Key Innovations". Thirteen/WNET New York. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2007. Dicapai pada 2007-11-27. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Middle Eastern Air Power 2009 Diarkibkan 2008-12-05 di Wayback Machine
- Aerial Warfare Quotations
- Jones, Johnny R.: Air power Diarkibkan 2013-03-18 di Wayback Machine, Air & Space Power Journal
- Historic films showing aerial warfare during World War I at europeanfilmgateway.eu
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Peperangan udara |