Pergi ke kandungan

WikiLeaks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6401160 pada 06:22, 13 Disember 2024 oleh 2404:160:8074:ab2b:1810:a5a9:e9ba:724 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
WikiLeaks
Grafik jam pasir, diwarnakan biru dan kelabu; peta membulat hemisfera barat dunia menitik dari kebuk atas ke bawah jam itu
Maklumat umum
URLwww.wikileaks.org
Eponimwiki Sunting nilai ini di Wikidata
JenisArkib dokumen
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Ditubuhkan4 Oktober 2006 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikThe Sunshine Press[1]
PenciptaJulian Assange Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasJulian Assange Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
KomersialTidak
Pelantar disokongAndroid Sunting nilai ini di Wikidata
Enjin perisianMediaWiki Sunting nilai ini di Wikidata
Pembangun webJulian Assange Sunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa4,629 (November 2010)[2]
Lokasi
Ibu pejabatAustralia Sunting nilai ini di Wikidata
Anugerah
–  José Couso award (en) Terjemah (2011)
–  Walkley Award for Most Outstanding Contribution to Journalism (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainIMDB: co0452589 Facebook: wikileaks Twitter: wikileaks Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Malaysia yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[1] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik Malaysia, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[1] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[3] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

Pembocoran

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[4]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.[5][6] Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".[7]

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama aboutwikileaks
  2. ^ "wikileaks.org – Traffic Details from Alexa". Alexa Internet, Inc. Dicapai pada 27 November 2010.
  3. ^ McGreal, Chris. Wikileaks reveals video showing US air crew shooting down Iraqi civilians, The Guardian, 5 April 2010.
  4. ^ "Afghanistan war logs: the unvarnished picture". guardian.co.uk. London. 25 Julai 2010. Dicapai pada 26 Julai 2010.
  5. ^ "Twitter / WikiLeaks: El Pais, Le Monde, Speigel". Twitter.com. Dicapai pada 2010-11-29.
  6. ^ Kris Danielle (2010-11-25). "1,796 memos from US embassy in Manila in WikiLeaks 'Cablegate'". ABS-CBN News. Dicapai pada 29 November 2010.
  7. ^ Scott Shane (28 November 2010). "Leaked Cables Offer Raw Look at U.S. Diplomacy". The New York Times. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]