Pergi ke kandungan

Digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6278424 pada 09:40, 2 Ogos 2024 oleh 2001:e68:5450:1831:d58f:9dea:380d:2418 (bincang) (Penulisan semula selenggok Melayu)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Sesebuah sistem yang bersifat "digital" (serapan kata sifat Latin: digitalis terbitan kata dasar digitus "jari"[1]) menerapkan pentafsiran unit maklumat diterima yang bernilai diskrit/tersendiri,[2] bukannya julat nilai-nilai yang selanjar (yakni sifat maklumat diterima dalam sistem "analog"). Walaupun pewakilan digital adalah diskrit, maklumat yang boleh diwakilkan adalah sama ada diskrit; misalnya nombor, huruf atau arca, atau selanjar; misalnya bunyi, imej, dan lain-lain pengukuran sistem selanjar.

Perkataan ini paling sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik, terutamanya di mana maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentuk perduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.

  1. ^ "dĭgĭtus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 247.
  2. ^ Tocci, R. 2006. Digital Systems: Principles and Applications (10th Edition). Prentice Hall. ISBN 0131725793