Pergi ke kandungan

Anjing gembala Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6095190 pada 15:07, 25 Januari 2024 oleh Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Anjing gembala Jerman
Jantan dewasa
Nama lain
  • Anjing herder Jerman
  • Anjing herder
  • Anjing Alsace
  • Anjing serigala Alsace [a]
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kilogram (66–88 lb)[1]
Betina 22–32 kilogram (49–71 lb)[1]
Tinggi Jantan 60–65 sentimeter (24–26 in)[1]
Betina 55–60 sentimeter (22–24 in)[1]
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Sawo matang dengan pelana hitam, sabel, hitam padu, atau dwiwarna
Saiz perinduk 6–8 ekor[2]:40
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Jerman, anjing herder Jerman,[b] juga dikenali di Britain sebagai anjing Alsace atau alsatian,[c] ialah satu baka anjing pekerja Jerman bersaiz sederhana hingga besar. Baka ini dikembangkan oleh Max von Stephanitz dengan menggunakan pelbagai anjing gembala tradisional Jerman dari tahun 1899.

Ia pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing gembala untuk penggembalaan biri-biri. Ia sejak itu telah digunakan dalam banyak jenis kerja lain, termasuk bantuan kepada yang kurang upaya, pencarian dan penyelamatan, kerja polis, and ketenteraan. Ia kerap dibela sebagai anjing teman dan, menurut Persekutuan Kinologi Antarabangsa, mempunyai angka kedua tertinggi bagi pendaftaran tahunan pada tahun 2013.[4]

Sejarah

Max von Stephanitz, pengasas baka (dengan Horand von Grafrath), sekitar tahun 1900
Ilustrasi dari tahun 1909

Semasa tahun 1890-an, percubaan dilakukan untuk memiawaikan baka-baka anjing.[5] Anjing dibiakbakakan untuk memulihara trait-trait yang membantu dalam kerjanya dalam penggembalaan biri-biri dan perlindungan kawanan biri-biri daripada pemangsa.[6] Di Jerman, ini diamalkan dalam komuniti setempat, bilamana gembala memilih dan membiakbakakan anjing. Baka ini diiktiraf mempunyai kemahiran penting untuk penggembalaan biri-biri, seperti kecerdasan, kelajuan, kekuatan, dan derita bau tajam.[6] Hasilnya merupakan anjing yang mampu melakukan perkara sedemikian, tetapi itu berlainan dengan ketara, dari segi kedua-dua penampilan dan kebolehan, dari tempat ke tempat.[5]

Untuk mengatasi perbezaan-perbezaan ini, Persatuan Filaks dibentuk pada tahun 1891 dengan niat penghasilan rancangan perkembangan terpiawai untuk baka-baka anjing asli di Jerman.[6] Persatuan ini bubar hanya selepas tiga tahun kerana perbalahan dalaman berterusan mengenai trait-trait pada anjing yang patut digalakkan oleh persatuan tersebut;[6] sesetengah anggota percayai bahawa anjing patut dibiakbakakan hanya untuk tujuan pekerjaan, sementara yang lain percaya bahawa anjing patut dibiakbakakan juga untuk penampilan.[7] Sungguhpun tidak berjaya dalam matlamat mereka, Persatuan Filaks telah mengilhami orang ramai untuk mengusahakan pemiawaian baka-baka anjing secara bebas.

Dengan kebangkitan bandar raya perindustrian besar di Jerman, populasi pemangsa mula menurun, lalu menjadikan anjing biri-biri tidak diperlukan.[6] Pada masa sama, kewaspadaan anjing gembala biri-biri sebagai kelas kanin serba guna dan cerdas mula meningkat.[6] Max von Stephanitz, seorang bekas kapten askar berkuda dan bekas pelajar Kolej Veterinar Berlin, merupakan bekas anggota Persatuan Filaks yang tegas percaya bahawa anjing patut dibiakbakakan untuk pekerjaan.[6] Beliau mengagumi kecerdasan, kekuatan, dan kebolehan anjing gembala biri-biri asli Jerman, tetapi tidak dapat menemukan mana-mana satu baka tunggal pun yang memuaskan beliau sebagai anjing pekerja sempurna.[6]

Pada tahun 1899, von Stephanitz menghadiri sebuah pertunjukan anjing apabila kepada beliau seekor anjing bernama Hektor Linksrhein ditunjukkan.[6] Hektor merupakan hasil daripada beberapa generasi pembiakbakaan terpilih dan sepenuhnya memenuhi sifat anjing pekerja yang sepatutnya menurut yang dipercayai oleh von Stephanitz. Beliau berpuas hati dengan kekuatan anjing tersebut dan lalu tertarik dengan kecerdasan, kesetiaan, dan kecantikan haiwan tersebut, sehingga beliau membeli anjing tersebut serta-merta.[5] Selepas membeli anjing berkenaan, beliau menukarkan namanya kepada Horand von Grafrath dan von Stephanitz menubuhkan Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman.[5] Horand diisytiharkan sebagai anjing gembala Jerman pertama dan merupakan anjing pertama yang ditambahkan ke dalam daftar baka persatuan tersebut.[6] Dalam hanya beberapa dekad selepas penubuhan Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman, baka ini menjadi salah satu baka paling popular dan banyak di dunia, kedudukan yang telah dikekalkan sehingga kini. Menjelang tahun 1923, Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman mendakwa bahawa terdapat 50,000 orang anggota pembayar dius di lebih daripada 500 cabang di Jerman sahaja.[8]

Horand menjadi titik pusat bagi atur cara pembiakbakaan dan dibiakbakakan dengan anjing milik anggota persatuan lain dalam yang memaparkan trait yang diingini dan dengan anjing dari Thüringen, Franken, dan Württemberg.[6] Setelah membapai banyak anak anjing, anak kepada Horand yang paling peridi ialah Hektor von Schwaben.[6][9] Hektor dibiakbakakan secara dalaman dengan salah seekor lagi anak kepada Horand dan menghasilkan Heinz von Starkenburg, Beowulf, dan Pilot, yang kemudian membapai sejumlah 84 ekor anak anjing, kebanyakannya melalui pembiakbakaan dalaman dengan anak-anak lain kepada Hektor.[6] Pembiakbakaan dalaman ini dianggap penting untuk menetapkan trait-trait yang dicari-cari pada baka ini.[6] Progeni Beowulf juga dibiakbakakan secara dalaman dan daripada anak-anak inilah semua anjing gembala Jerman melakarkan pautan genetik. Persatuan berkenaan dipercayai mencapai matlamatnya kebanyakannya keran kepemimpinan kuat dan tidak terkompromi pada von Stephanitz dan beliau lalu dihargai sebagai pencipta anjing gembala Jerman.[10]

Semasa separuh pertama abad kedua puluh, baka ini menjadi sekuatnya terhubung dengan Jerman Imperial dan Jerman Nazi, oleh sebab perkaitannya dengan kesucian dan faham ketenteraan.[8] Anjing gembala Jerman didambakan sebagai "germanische Urhunde" ("anjing asli Jerman"), kerana kedekatannya dengan serigala, dan menjadi tarikan fesyen semasa era Nazi.[11] Adolf Hitler mendapatkan seekor anjing gembala Jerman bernama "Prinz" pada tahun 1921, semasa tahun-tahun kemiskinan beliau, tetapi beliau terpaksa menempatkan anjing itu di tempat lain. Walau bagaimanapun, ia berjaya melepaskan diri dan pulang kepada beliau. Hitler, yang mengagumi kesetiaan dan kepatuhan anjing itu, kemudian semakin cinta akan baka ini.[12] Hitler membela beberapa ekor anjing baka ini lagi, termasuk Blondi, yang merupakan antara beberapa ekor anjing di dalam Führerbunker semasa Pertempuran Berlin pada penghujung Perang Dunia Kedua. Anjing memainkan peranan dalam propaganda Nazi dengan penggambaran Hitler sebagai pencinta haiwan.[11] Dalam persiapan untuk membunuh diri, Hilter mengarahkan Dr. Werner Haase untuk menguji sebiji kapsul sianida pada Blondi yang kemudian mati akibat itu.[13] Erna Flegel, seorang jururawat yang bekerja di stesen korban kecemasan di Reichskanzlei menyatakan pada tahun 2005 bahawa kematian Blondi telah menjejaskan orang di dalam bunker itu lebih daripada bunuh diri Eva Braun.[14] Anjing gembala Jerman juga digunakan secara meluas sebagai anjing pengawal di kem tahanan Nazi semasa Holokus.[15]

Semasa anjing gembala Jerman diperkenalkan ke Amerika Syarikat, ia pada awalnya merupakan anjing popular.[16] Walau bagaimanapun, semakin kepopularan anjing ini meningkat, semakin ia dikaitkan sebagai baka berbahaya yang dimiliki oleh gengster dan bootlegger.[17][18] Reputasi anjing gembala Jerman sebagai baka berbahaya telah tumbuh sehingga ia diharamkan buat masa singkat untuk diimport di Australia pada tahun 1929. Rang undang-undang malah dipertimbangkan untuk mewajibkan agar semua anjing gembala Jerman di Australia Selatan dimandulkan.[19]

Penamaan

Betina (kiri) and jantan (kanan) sabel

Baka ini dinamai deutscher Schäferhund oleh von Stephanitz yang diterjemahkan secara harfiah kepada "anjing gembala biri-biri Jerman".[20] Pada masa sama, semua anjing gembala lain di Jerman dirujuk dengan nama ini; lalu, anjing-anjing tersebut dikenali sebagai altdeutsche Schäferhunde atau anjing-anjing gembala biri-biri lama Jerman.

Terjemahan terus bagi nama itu diterima pakai untuk kegunaan dalam buku pembaka; walau bagaimanapun, pada penghujung Perang Dunia Pertama, penyertaan perkataan "Jerman" dipercayai akan menjejaskan kepopularan baka ini[21] oleh sebab sentimen anti-Jerman pada era itu.[22] Baka ini dinamai semula secara rasmi oleh The Kennel Club kepada "Alsatian Wolf Dog" ("anjing serigala Alsace")[21] sempena rantau Alsace di Perancis yang menyempadani Jerman.[6]

Kesudahannya,[bila?] tambahan "Wolf Dog" ("anjing serigala") digugurkan[21] selepas banyak kempen oleh pembiak baka yang risau bahawa pengenalan sebagai kacukan anjing–serigala bakal menjejaskan kepopularan dan keundangan baka ini.[6] Nama "Alsatian" ("anjing Alsace") kekal selama lima dekad[21] sehingga tahun 1977, apabila kempen-kempen berjaya oleh penggemar anjing menekankan agar kelab-kelab kenel British mengizinkan agar baka ini didaftarkan semula sebagai "German Shepherd" ("[anjing] gembala Jerman").[23] Perkataan "Alsatian" pernah muncul dalam tanda kurung sebagai sebahagian daripada nama baka formal dalam American Kennel Club dan disingkirkan pada tahun 2010.[24]

Perihal

Anjing gembala Jerman merupakan anjing bersaiz sederhana hingga besar. Tinggi piawaian baka pada kelasa ialah 60–65 cm (24–26 in) untuk jantan dan 55–60 cm (22–24 in) untuk betina.[25][26][27] Piawaian berat ialah 30–40 kg (66–88 lb) untuk jantan dan 22–32 kg (49–71 lb) untuk betina.[25] Ia mempunyai dahi jendul, muncung potongan segi empat sama yang panjang dengan rahang panjang dan hidung hitam. Matanya bersaiz sederhana dan berwarna perang dengan penampilan berkesungguhan, cerdas dan terjamin sendiri. Ia mempunyai leher panjang, yang dinaikkan apabila teruja dan direndahkan apabila bergerak pada langkah pantas. Ekornya berbulu lebat dan mencapai keting.[26]

Anjing gembala Jerman mempunyai bulu dua lapis yang hampir dan padat dengan bulu lapis bawah tebal. Bulu diterima dalam dua varian; sederhana dan panjang. Gen bulu panjang adalah resesif, menjadikan keragaman bulu panjang lebih jarang. Penjagaan variasi bulu panjang berlainan dalam piawaian berlainan; ia diterima tetapi tidak ditandingkan dengan anjing berbulu piawai tetapi dianggap sebagai kesalahan dalam American Kennel Club.[26][28][29] FCI menerima jenis berbulu panjang pada 2010, menyenaraikannya sebagai keragaman b—sementara jenis berbulu pendek pula disenaraikan sebagai keragaman a.[30]

Paling kerap, anjing gembala Jerman sama ada berwarna sawo matang/hitam atau merah/hitam. Kebanyakan keragaman warna mempunyai topeng hitam dan tanda badan hitam yang terlihat daripada "pelana" klasik hingga "selimut" pada keseluruhan. Variasi warna lebih jarang termasuk keragaman-keragaman sabel, hitam legam, putih merah, hati, dan biru. Keragaman-keragaman hitan legam dan sabel boleh diterima menurut kebanyakan piawaian; walau bagaimanapun, biru dan hati dianggap sebagai kesalahan serius dan putih merah segera menyebabkan penyingkiran daripada penunjukan dalam pengakuran dalam Pertunjukan Semua Baka dan Keistimewaan.[28]

Kecerdasan

Anjing gembala Jerman dibiakbakakan secara tertentu untuk kecerdasannya,[31] suatu trait yang kerananya ia kini terkenal.[32] Dalam buku Kecerdasan Anjing (bahasa Inggeris: The Intelligence of Dogs), pengarang Stanley Coren menempatkan baka ini pada kedudukan ketiga untuk kecerdasan, di belakang collie sempadan dan pudel.[33][34] Beliau menjumpai bahawa ia mempunyai kebolehan untuk mempelajari tugas mudah selepas hanya lima ulangan dan mematuhi perintah pertama pada 95% masa.[32] Tersamping dengan kekuatannya, trait ini menjadikan baka ini terpilih sebagai anjing polis, anjing pengawal, dan anjing pencarian dan penyelamatan, kerana ia mampu mempelajari pelbagai tugas dengan pantas dan mentafsir arahan dengan lebih baik daripada baka besar lain.[35]

Perangai

Anjing gembala Jerman sangat terkenal kerana sifat pelindungnya terhadap anggota keluarga.

Anjing gembala Jerman merupakan anjing giat secara sederhana dan diperihalkan dalam piawaian baka sebagai terjamin sendiri.[28] Baka ini ditandai dengan kesanggupan untuk belajar dan minat untuk mempunyai tujuan. Ia ingin tahu yang menjadikannya anjing pengawal cemerlang dan sesuai untuk misi pencarian. Ia boleh menjadi terlampau melindungi keluarganya dan wilayahnya, khususnya jika tidak disosialkan dengan betul. Ia tidak tercenderung untuk segera berkawan dengan orang asing.[36] Anjing gembala Jerman adalah sangat cerdas dan patuh.[37]

Kelangsangan dan penggigitan

Anjing gembala Jerman yang terlatih dan tersosial dengan baik mempunyai reputasi kerana bersifat sangat selamat. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan bahawa hampir 4.5 juta orang di Amerika Syarikat digigit oleh anjing pada setiap tahun, tetapi baka buli dipersalahkan kurang kerap daripada banyak baka lain, termasuk chow chow dan anjing gembala Jerman.[38] Sebuah laporan Australia dari 1999 menyediakan statistik yang menunjukkan bawaha anjing gembala Jerman merupakan baka ketiga paling mungkin sekali menyerang orang di sesetengah tempat peristiwa di Australia.[39]

Menurut rancangan televisyen National Geographic Channel Dangerous Encounters, gigitan anjing gembala Jerman mempunyai daya lebih daripada 1,060 newton (238 lbf) (berbanding dengan yang daripada anjing Rottweil, melebihi 1,180–1,460 newton (265–328 lbf), daripada pit bull, 1,050 newton (235 lbf), daripada anjing pengutip Labrador, hampir-hampir 1,000 newton (230 lbf), atau daripada manusia, hampir-hampir 380 newton (86 lbf)).[40]

Baka moden

Baka anjing gembala Jerman moden dikritik oleh sesetengah kerana menyimpang daripada ideologi asli Max von Stephanitz bahawa anjing gembala Jerman patut dibiakbakakan terutamanya sebagai anjing pekerja dan bahawa pembiakbakaan patut dikawal dengan ketat untuk menyingkirkan kecacatan dengan cepat.[41][42] Beliau mempercayai bahawa, mengatasi semua yang lain, anjing gembala Jerman patut dibiakbakakan untuk kecerdasan dan kebolehan pekerjaan.[43]

Kontroversi

The Kennel Club, di United Kingdom, terlibat dalam pertikaian dengan kelab baka anjing gembala Jerman tentang isu kesempurnaan pada baka strain pertunjukan.[44][45] Strain pertunjukan telah dibiakbakakan dengan garis atas sangat mencerun (belakang) yang menyebabkan gaya jalan lemah pada kaki belakang. Jurai keturunan pedigri pekerja, seperti yang dalam kegunaan umum sebagai anjing khidmat, pada amnya mengekalkan belakang lurus tradisional baka ini.

Perdebatan dimangkin apabila isu ini dibangkitkan dalam dokumentari BBC, Pedigree Dogs Exposed, yang mengatakan bahawa pengkritik baka memerihalkannya sebagai "separuh anjing, separuh katak". Seorang doktor ortopedik haiwan mencatat tentang rakaman anjing-anjing dalam gelanggang pertunjukkan bahawa anjing-anjing tersebut "tidak normal".

Kedudukan The Kennel Club ialah bahawa "isu kesempurnaan ini bukan perbezaan ringkas bagi pendapat, isu ini merupakan isu asasi bagi pengakuran dan pergerakan penting baka ini."[44] The Kennel Club telah berkeputusan untuk melatih hakim-hakim semula untuk mendenda anjing-anjing yang menghidap masalah ini.[46]

Lebih pengujian untuk hemofilia dan displasia pinggul juga didesak, masalah umum lain dengan baka ini.

Kegunaan sebagai anjing pekerja

Anjing gembala Jerman merupakan pilihan popular untuk kegunaan sebagai anjing pekerja. Ia khususnya sangat dikenali kerana kerja polisnya, digunakan untuk penjejakan penjenayah, perondaan kawasan bermasalah dan pengesanan dan penahanan suspek. Sebagai tambahan, beribu-ribu ekor anjing gembala Jerman telah digunakan oleh pihak tentera. Biasanya dilatih untuk tugas peninjauan, ia digunakan untuk memberikan amaran kepada askar terhadap kehadiran musuh atau jerangkap samar atau bahaya lain.[47] Anjing gembala Jerman juga telah dilatih oleh kumpulan tentera untuk terjun berpayung dari pesawat[48] atau sebagai senjata antikereta kebal. Ia pernah digunakan dalam Perang Dunia II sebagai anjing utusan, anjing penyelamatan dan anjing pengawal peribadi.[43] Sebilangan anjing ini dibawa pulang oleh askar asing, yang dikagumkan oleh kecerdasannya.[43]

Anjing gembala Jerman merupakan salah satu baka yang paling digunakan secara meluas dalam pelbagai peranan kerja bau. Ini termasuk pencarian dan penyelamatan, pencarian kadaver, pengesanan narkotik, pengesanan bahan letupan, pengesanan pencepat kebakaran, dan anjing pengesanan periuk api. Ia sesuai untuk bidang kerja ini kerana deria baunya yang tajam dan kebolehannya untuk bekerja tanpa mempedulikan gangguan.[47] Pada satu masa anjing gembala Jerman merupakan baka yang terpilih secara hampir eksklusif untuk digunakan sebagai anjing pandu untuk yang kurang penglihatan. Apabila pelatihan anjing pandu formal bermula di Switzerland pada 1920-an di bawah kepemimpinan Dorothy Eustis, semua anjing yang dilatih merupakan anjing gembala Jerman betina.[49] Suatu uji kaji dalam pengujian perangai bagi sekumpulan anjing pengutip Labrador dan anjing gembala Jerman menunjukkan bahawa anjing pengutip mendapat markah lebih tinggi pada purata dalam kestabilan emosi dan kebolehan untuk pulih dengan segera daripada keadaan yang menakutkan, tingkah laku kerjasama dan keramahan; sementara anjing gembala Jerman adalah superior dalam kelangsangan dan tingkah laku pertahanan. Hasil ini mencadangkan bahawa anjing pengutip Labrador adalah lebih sesuai terhadap kerja anjing pandu sementara anjing gembala Jerman lebih sesuai terhadap kerja polis..[50] Pada masa ini, anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan digunakan secara lebih meluas untuk kerja ini, tetapi masih ada anjing gembala Jerman yang dilatih. Pada 2013, kira-kira 15% daripada anjing yang dilatih oleh Guide Dogs of America merupakan anjing gembala Jerman, sementara selebihnya merupakan anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan.[51] The Guide Dogs for the Blind Association (Melayu: Persatuan Anjing Pandu untuk Orang-orang Buta) di United Kingdom menyatakan bahawa silangan antara anjing pengutip keemasan dengan anjing pengutip Labrador menjadikan anjing pandu terbaik, tetapi mereka juga boleh melatih sesetengah anjing gembala Jerman, serta sesetengah baka lain.[52] Guide Dogs for the Blind (Melayu: Anjing Pandu untuk Orang-orang Buta) di Amerika Syarikat hanya melatih anjing pengutip Labrador, anjing pengutip keemasan, dan silangan antara kedua-dua baka ini.[53] Guide Dogs Queensland di Australia juga melatih hanya anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan.[54]

Anjing gembala Jerman masih digunakan untuk penggembalaan dan penjagaan biri-biri yang meragut di padang rumput di sebelah kebun dan padang tanaman. Ia dijangkakan meronda sempadan untuk mengekalkan biri-biri daripada menceroboh dan merosakkan tanaman. Di Jerman dan di tempat-tempat lain, kemahiran ini diuji dalam ujian anjing utiliti yang juga dikenali sebagai ujian anjing utiliti penggembalaan HGH (Herdengebrauchshund).[55]

Seekor anjing gembala Jerman Mexico, Zuyaqui, dibedah dan badannya dipamerkan di "Museo del Enervante" Sedena di Mexico. Ia dianggap sebagai anjing yang telah menangkap paling banyak dadah dalam sejarah polis dan ketenteraan Mexico.[56]

Kepopularan

Anjing gembala Jerman

Apabila The Kennel Club menerima pendaftaran pada 1919, lima puluh empat ekor anjing gembala Jerman didaftarkan. Menjelang 1926, bilangan ini telah meningkat kepada melebihi 8,000.[5] Baka ini memperoleh pengiktirafan antarabangsa selepas kemerosotan Perang Dunia I. Askar-askar yang pulang banyak mempercakapkan baka ini dan haiwan pelakon Rin Tin Tin dan Strongheart mempopularkan baka ini secara lanjut.[57] Anjing gembala Jerman pertama yang didaftarkan di Amerika Syarikat merupakan Queen of Switzerland. Anaknya menghidap kecacatan disebabkan oleh pembiakbakaan tidak bagus, yang menyebabkan baka ini mengalami kemerosotan kepopularan semasa hujung 1920-an.[57]

Kepopularan meningkat semula selepas anjing gembala Jerman Sieger Pfeffer von Bern menjadi Pemenang Besar (bahasa Inggeris: Grand Victor) 1937 dan 1938 dalam pertunjukan anjing American Kennel Club, sehingga mengalami lagi satu kemerosotan pada kesimpulan Perang Dunia II, kerana sentimen anti-Jerman.[57] Apabila masa berprogres, kepopularannya meningkat secara beransur sehingga 1993, apabila ia menjadi baka ketiga paling popular di Amerika Syarikat. Setakat 2012, anjing gembala Jerman merupakan yang kedua paling popular di Amerika Syarikat.[57][58] Sebagai tambahan, baka ini biasanya merupakan antara yang paling popular dalam pejabat pendaftaran lain.[57] Susuk badan anjing gembala Jerman sangat tersesuai terhadap pertandingan olahraga, kerap bertanding dalam pertunjukan dan pertandingan seperti ujian ketangkasan.

Kesihatan

Seekor anak anjing gembala Jerman berumur sembilan minggu.

Banyak penyakit umum bagi anjing gembala Jerman merupakan hasil pembiakbakaan dalaman yang diamalkan pada awal kehidupan baka ini (sungguhpun ini penting untuk memulihara trait-trait lain untuk baka ini).[59] Salah satu penyakit am ialah displasia pinggul dan siku yang boleh membawa kepada anjing mengalami nyeri pada selebih kehidupannya dan boleh menyebabkan radang sendi.[60] Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Zürich menjumpai bahawa 45% daripada anjing pekerja polis terjejas dengan stenosis spina merosot, tetapi sampel yang dikaji adalah kecil.[61] Yayasan Ortopedik untuk Haiwan menjumpai bahawa 19.1% anjing gembala Jerman terjejas dengan displasia pinggul.[62] Oleh sebab sifat besar dan terbuka telinganya, anjing gembala Jerman tidak terdedah kepada jangkitan telinga kerana tiada bulu di dalam liang telinga luaran untuk memegang puing atau lembapan.[63] Menurut satu survei baru-baru ini di United Kingdom, jangka hayat median bagi anjing gembala Jerman ialah 10.95 tahun,[64] yang normal untuk anjing bagi saiznya.

Mielopati merosot, satu penyakit neurologi, berlaku dengan cukup kenalaran khas pada baka ini untuk mencadangkan bahawa baka ini cenderung terhadapnya. Satu ujian liur DNA sangat murah kini tersedia untuk diimbas untuk mielopati merosot. Ujian berkenaan mengimbas untuk gen termutasi yang telah terlihat pada anjing dengan mielopati merosot. Satu kajian kecil di United Kingdom menunjukkan 16% daripada anjing gembala Jerman asimptomatik muda adalah himozigus untuk mutasi, dengan 38% selanjutnya sebagai pembawa.[65] Kini dengan adanya ujian yang tersedia, penyakit ini boleh dibiakbakakan keluar daripada baka dengan preponderans tinggi. Ujian ini hanya disyorkan untuk baka cenderung, tetapi boleh dilakukan terhadap DNA daripada mana-mana anjing pada sampel yang dikumpulkan melalui penyapuan bahagian dalam pipi haiwan berkenaan dengan kapas kesat steril. Kini dengan adanya ujian tersedia, pembeli anjing gembala Jerman prospektif boleh memohon ujian ini daripada pembiak baka atau membeli daripada pembiak baka yang diketahui menguji anjing mereka.[66]

Sebagai tambahan, anjing gembala Jerman mempunyai insidens lebih tinggi daripada normal bagi penyakit von Willebrand, satu gangguan perdarahan terwaris am,[67] dan kelemahan pankreas eksokrin ([exocrine pancreatic insufficiency, EPI] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), satu penyakit merosot bagi pankreas. 1% daripada populasi anjing gembala Jerman United Kingdom dianggarkan menghidap penyakit ini.[68] Rawatan biasanya dalam bentuk tambahan yang diberikan dengan makanan.

Strongheart, salah seekor bintang anjing terawal (1921)

Anjing gembala Jerman telah ditonjolkan dalam pelbagai media.[69] Pada 1921, Strongheart menjadi salah seekor anjing bintang filem terawal, dan diikuti pada 1922 oleh Rin Tin Tin, yang dianggap sebagai anjing gembala Jerman paling terkenal. Kedua-duanya mempunyai bintang di atas Laluan Kemasyhuran Hollywood.[70] Anjing gembala Jerman pernah digunakan dalam siri popular Kanada The Littlest Hobo. Anjing Batman, Ace the Bat-Hound, muncul dalam buku komik Batman, mulanya pada 1955,[71] melalui 1964.[72] Pada antara 1964 dengan 2007, kemunculannya adalah sesekali. Seekor anjing gembala Jerman yang dipanggil Kommissar Rex, merupakan bintang rancangan drama tatacara Polis Austria, yang memenangi banyak anugerah, bilamana anjing gembala Jerman Rex membantu unit homisid Polis Jenayah Vienna.[73] Rancangan ini disiarkan dalam banyak bahasa.[74]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ سريݢالا الزس; bahasa Inggeris: Alsatian wolf dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا جرمن; انجيڠ هيردر جرمن; Jerman: deutscher Schäferhund, Sebutan bahasa Jerman: [ˈdɔʏtʃɐ ˈʃɛːfɐˌhʊnt]; bahasa Inggeris: German shepherd dog; German shepherd
  3. ^ Jawi: انجيڠ الزس; السيشن; bahasa Inggeris: alsatian

Rujukan

Kutipan

  1. ^ a b c d Deutscher Schäferhund (Langstockhaar) (Jerman) Diarkibkan 26 Jun 2020 di Wayback Machine. Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ Axel Wehrend (penyunting) (2014). Neonatologie beim Hund: Von der Geburt bis zum Absetzen (Jerman). Hanover, Jerman: Schlütersche. ISBN 9783842685178.
  3. ^ Kim Dennis-Bryan (2020 [2012]). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi ke-2. London: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  4. ^ [Svenska Kennelklubben] (2013). Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds (Inggeris). FCI Newsletter 15.
  5. ^ a b c d e "History of the breed". German Shepherds.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2008.
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Kern (1990), m/s. 11–21.
  7. ^ Rice (1999), m/s. 11.
  8. ^ a b Skabelund, Aaron (Jun 2008). "Breeding racism: The imperial battlefields of the 'German' shepherd dog" (PDF). Society and Animals (dalam bahasa Inggeris). 16 (4): 355. doi:10.1163/156853008X357676 – melalui AnimalsAndSociety.org.
  9. ^ Stevens (2002), m/s. 11.
  10. ^ Willis (1976), m/s. 5.
  11. ^ a b Sax, Boria (2000). Animals in the Third Reich: Pets, scapegoats, and the holocaust. Foreword by Klaus P. Fischer. New York, New York, Amerika Syarikat & London, United Kingdom: Continuum. ISBN 978-0-8264-1289-8.
  12. ^ Beevor, Antony (2002). Berlin: The Downfall 1945 (dalam bahasa Inggeris). Viking-Penguin Books. m/s. 357. ISBN 978-0-670-03041-5.
  13. ^ Kershaw, Ian (2008). Hitler: A biography (dalam bahasa Inggeris). W.W. Norton & Co. m/s. 952. ISBN 978-0-393-06757-6.
  14. ^ Harding, Luke (2 Mei 2005). "Hitler's nurse breaks 60 years of silence". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ Jacobs, Benjamin (18 Januari 2001). The Dentist of Auschwitz: A memoir (dalam bahasa Inggeris). University Press of Kentucky. m/s. 123. ISBN 0813190126.
  16. ^ "Being the fashionable dog: Not mad, only natural" (Inggeris), The New York Times, 7 Julai 1924
  17. ^ "German shepherds owned by bootleggers: Kill dog in dry raid". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 1927.
  18. ^ "The police dog situation: Ban on police dogs in Queens urged by magistrate Conway". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 7 Julai 1924.
  19. ^ "Alsatian Dogs Bill 1934". pir.sa.gov.au. History of Agriculture (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2017.
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama fci
  21. ^ a b c d Palika, Liz (2008). Your Happy Healthy Pet: German Shepherd Dog (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 22. ISBN 978-0-470-19231-3.
  22. ^ Rice (1999), m/s. 12.
  23. ^ "German Shepherd – The Ultimate Service Dog". German Culture (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  24. ^ "Change of Name – German Shepherd Dog". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 19 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2010. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  25. ^ a b "USA German Shepherd Dog Standard". United Schutzhund Clubs of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-10. Dicapai pada 2014-06-11.
  26. ^ a b c "FCI Standard No 166". Australian National Kennel Council. 23 Mac 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-15. Dicapai pada 24 Februari 2013.
  27. ^ Breed Standard For The White German Shepherd Dog, White German Shepherd Dog Club Of America, Inc., September 1997
  28. ^ a b c "German Shepherd Dog Breed Standard". American Kennel Club. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  29. ^ "Rasse-Lexikon Deutscher Schäferhund" (dalam bahasa Jerman). Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-25. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  30. ^ Group 1[pautan mati kekal]. FCI. Dicapai pada 1 Jun 2014.
  31. ^ von Stephanitz, hlm. 12
  32. ^ a b Coren, hlm. 134
  33. ^ "Ranks 1 to 10 – Brightest Dogs". Petrix. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  34. ^ "The Top 10 Smartest Dog Breeds In The World". Pet Meds Online. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  35. ^ "About the Breed". White Paws: German Shepherd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  36. ^ "Breed Standard — German Shepherd". New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 19 Julai 2008. While the dog should be approachable and friendly, he does not make immediate friendships with strangers.
  37. ^ Dogwise: The Natural way to Train your Dog (1992), John Fisher Souvenir Press Ltd. ISBN 0-285-63114-4
  38. ^ "5 Bully Breed Myths Debunked". animal planet.
  39. ^ "Reported Dog Attack Survey" (PDF). Jabatan Kerajaan Tempatan New South Wales. 1999. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-05-21. Dicapai pada 18 November 2008.
  40. ^ "Dog Bites: Information and Statistics". 26 Januari 2008. Dicapai pada 31 Disember 2012. Memetik satu kajian National Geographic.
  41. ^ Conan, hlm. 43
  42. ^ Piawaian pertama Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman, dikarang oleh von Stephanitz mengatakan "Terjemahan: Penampilan yang menyenangkan diingini, tetapi kebolehan pekerjaan anjing ini tidak boleh dipersoalkan...Pembiakbakaan anjing gembala Jerman ialah pembiakbakaan anjing pekerja, atau itu bukan pembiakbakaan anjing gembala Jerman"Harder, Aimee. "GSD vs. WGSD — It's not a black or white issue!". Kelab Anjing Gembala Jerman Putih Amerika Syarikat. Dicapai pada 20 Julai 2008.
  43. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama kern-history
  44. ^ a b "German Shepherd Dogs – The Soundness Issue". The Kennel Club. 8 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-01. Dicapai pada 2 Ogos 2011.
  45. ^ "KC confirms position on German Shepherds". ourdogs.co.uk. Our Dogs-UK. Dicapai pada 11 September 2015.
  46. ^ "German Shepherd Dogs – Judges Training Programme". The Kennel Club. 16 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2 Ogos 2011.
  47. ^ a b Strickland, hlm. 17–28
  48. ^ "It's a dog's life in the Army". The New Zealand Herald. 22 Julai 2008. Dicapai pada 11 Ogos 2008.
  49. ^ Ascarelli, Miriam (2010). Independent Vision: Dorothy Harrison Eustis and the Story of the Seeing Eye. West Lafayette, Indiana: Akhbar Universiti Purdue. ISBN 978-1-55753-563-4.
  50. ^ Case, Linda P. (2013). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-70120-1.
  51. ^ "Breeds and Matching Process". An International Guiding Eyes Program. Guide Dogs of America. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-08. Dicapai pada 21 Julai 2013.
  52. ^ "Our breeds". Guide Dogs for the Blind Association. 2013. Dicapai pada 21 Mac 2013.
  53. ^ "Guide Dog Breeding and Whelping". Dog Programs. Guide Dogs for the Blind. 2011. Dicapai pada 21 Julai 2013.
  54. ^ "Our Breeding Program". Guide Dogs. Guide Dogs Queensland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-12. Dicapai pada 21 Julai 2013.
  55. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy. Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  56. ^ http://www.eleconomista.es/latinoamerica/noticias/1817880/01/10/Armas-de-Versace-rubies-y-diamantes-el-lujo-de-los-narcos-mexicanos.html
  57. ^ a b c d e Palika hlm. 25
  58. ^ "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club. Dicapai pada 15 Julai 2008.
  59. ^ Willis, hlm. 31
  60. ^ "German Shepherd Dog Health Problems". Dog Biz. Dicapai pada 19 Julai 2008.
  61. ^ Steffen, F.; Hunold, K.; Scharf, G.; Roos, M.; Flückiger, M. (2007). "A follow-up study of neurologic and radiographic findings in working German Shepherd Dogs with and without degenerative lumbosacral stenosis". Journal of the American Veterinary Medical Association. 231 (10): 1529–1533. doi:10.2460/javma.231.10.1529. PMID 18020994.
  62. ^ "Hip Dysplasia Statistics". Yayasan Ortopedik untuk Haiwan. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-10. Dicapai pada 2014-06-11.
  63. ^ "German Shepherd". PetHealth101. Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-17. Dicapai pada 2014-06-11.
  64. ^ O'Neill et al., (2012). "Longevity of UK Dog Breeds" (PDF). Kolej Veterinar Diraja, Universiti London. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-06-05. Dicapai pada 18 Januari 2013.
  65. ^ Holder, A. L.; Price, J. A.; Adams, J. P.; Volk, H. A.; Catchpole, B. (2014). "A retrospective study of the prevalence of the canine degenerative myelopathy associated superoxide dismutase 1 mutation (SOD1:c.118G > A) in a referral population of German Shepherd dogs from the UK". Canine Genetics and Epidemiology. 1: 10. doi:10.1186/2052-6687-1-10.
  66. ^ "Degenerative Myelopathy German Shepherd Dogs". Universiti Florida 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-25. Dicapai pada 11 April 2009.
  67. ^ "Von Willebrand's Disease (vWD): A Type of Hemophilia in Dogs". Drs. Foster & Smith, Inc. Dicapai pada 10 Mei 2009.
  68. ^ "Exocrine Pancreatic Insufficiency". Genetic welfare problems of companion animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-24. Dicapai pada 20 Mac 2014.
  69. ^ "List of films with German Shepherds". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-16.
  70. ^ Choron, hlm. 40
  71. ^ Irvine, Alex; Dolan, Hannah, ed. (2010). "1950s". DC Comics Year By Year A Visual Chronicle. Dorling Kindersley. m/s. 77. ISBN 978-0-7566-6742-9. Batman No. 92 (July 1955) Once Superman had a dog, Batman got one too, in Ace, the Bat-Hound! In the story by writer Bill Finger and artist Sheldon Moldoff, Batman and Robin found a German Shepherd called Ace.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  72. ^ "Ace the Bat-Hound appearances". Dicapai pada 15 September 2014.
  73. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-14. Dicapai pada 2014-06-11.
  74. ^ rexchienfc.net

Bibliografi

  • Ackerman, Nicola (2008). Companion Animal Nutrition (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh: Elsevier Butterworth Heinemann. ISBN 9780750688987.
  • Choron, Sandra (2005). Planet Dog: A Doglopedia (dalam bahasa Inggeris). Houghton Mifflin Books. ISBN 0618517529.
  • Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  • Kern, Francis G. (1990). German Shepherds (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. m/s. 11–21. ISBN 0-86622-865-9.
  • Hancock, David (2014). Dogs of the shepherds: a review of the pastoral breeds (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Wiltshire: The Crowood Press Ltd. ISBN 978-1-84797-808-0.
  • Pickeral, Tamsin (2014). Dogs unleashed (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Simon and Schuster. ISBN 9781626862739.
  • Rice, Dan (1999). Training Your German Shepherd Dog (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's. ISBN 0-7641-0852-2.
  • Stevens, Katrina (2002). The German Shepherd Dog (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. ISBN 1-57223-512-8.
  • Strickland, Winifred Gibson; Moses, James A. (1998). The German Shepherd Today (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. ISBN 0-87605-154-9.
  • von Stephanitz, Max (1994). The German Shepherd Dog in Word and Picture (dalam bahasa Inggeris). Revised by Schwabacher, Joseph. Hoflin Publishing Ltd. ISBN 978-99932-80-05-7.
  • Willis, Malcolm B. (1976). The German Shepherd Dog: Its History, Development and Genetics (dalam bahasa Inggeris). K and R Books. ISBN 0-903264-15-3.

Bacaan lanjut

Pautan luar