Asam pedas
Asam Pedas | |
---|---|
Jenis | Fish stew, hidangan ikan, masakan |
Jenis sajian | Kuah/Lauk |
Tempat asal | Dunia Melayu |
Kawasan/rantau | Johor, Melaka ( Malaysia), Sumatera Riau, Kepulauan Riau dan Minangkabau ( Indonesia) |
Masakan berkaitan | Malaysia, Singapura ,Indonesia |
sunting · sunting di Wikidata |
Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس Minangkabau: asam padeh ) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu[1] (terutamanya di Melaka dan Johor), pulau Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampai sejauh Kalimantan Barat[2] di Borneo.
Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[3]
Malaysia
Malaysia mempunyai tiga variasi asam pedas yang berada di Kedah,Melaka dan Johor .
Ciri Khas Masakan Asam pedas atau masakan di Malaysia menggunakan Bunga Kantan dan Daun Kesum/Vietnamese corriander .
Melaka mempunyai dua variasi Asam Pedas iaitu ,Asam pedas dan masak lada. Asam Pedas Melaka selalunya menggunakan Daun Limau Purut.
Pembuatan Asam Pedas Malaysia
Ramuan
- Ikan: ikan yang biasa digunakan dari jenis ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk.
- Rempah ratus: cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Cara
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor.
Perbezaan Utara dan Selatan
Perbezaan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih biasa digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih biasa di negeri-negeri di utara.
Variasi asam pedas juga berbeza bergantung kepada tempat. Asam pedas ikan adalah lebih popular di penempatan berhampiran laut di mana makanan laut adalah mudah didapati dalam keadaan banyak, murah dan segar. Walau bagaimanapun, asam pedas daging dan ayam juga terkenal di beberapa tempat dan biasanya bergantung kepada bahan mentah yang mudah didapati.
Rujukan
- ^ "Serba-serbi RM Padang: Dari Rendang sampai Rahasia Saji". Kompas. 28 Disember 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021.
- ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2 November 2019. Dicapai pada 24 September 2020.
- ^ Awal Faiz. "Beza Asam Pedas Melaka Dan Johor". Saji. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan)