Parti Sarawak Bersatu
Parti Sarawak Bersatu (bahasa Inggeris: United Sarawak Party ; singkatan: PSB) ialah bekas sebuah parti politik tempatan di Sarawak, Malaysia. Majoriti keahliannya terdiri daripada tiga komuniti utama di Sarawak, iaitu komuniti Cina Sarawak, komuniti Dayak, dan komuniti Melayu Sarawak. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 2014[1] dan dibubarkan pada 6 April 2024[2]
Parti Sarawak Bersatu | |
---|---|
Singkatan | PSB |
Pengasas | Wong Soon Koh |
Ditubuhkan | 2014 |
Dibubarkan | 2024, diserap ke Parti Demokratik Progresif |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 59,877 |
Ideologi | Regionalisme Sarawak |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Warna | Merah, Kuning, Emas |
Slogan | Ubah Sekarang, Sarawak Maju |
Sejarah
suntingParti politik ini ditubuhkan secara rasminya pada 2014 dengan nama Parti Rakyat Bersatu (bahasa Inggeris: United People's Party ) dan merupakan pecahan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).[1] Pada 2018, UPP telah bertukar nama kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas menganjurkan sebuah persidangan luar biasa.[3] Parti Sarawak Bersatu secara rasminya dibubarkan pada 6 April 2024 dan kesemua bekas ahlinya dimasukkan ke dalam Parti Demokratik Progresif[2]
Keputusan pilihan raya
suntingElection | Total seats won | Seats contested | Total votes | Voting Percentage | Outcome of election | Election leader |
---|---|---|---|---|---|---|
2013 (tenaga) | 0 / 222
|
10 | 57,579 | 0.37 | No representation in Parliament (BN) |
Wong Soon Koh |
2018 | 0 / 222
|
10 | 57,579 | 0.37 | No representation in Parliament (BN) |
Wong Soon Koh |
2022 | 0 / 222
|
7 | 22,389 | 0.00 | No representation in Parliament (PERKASA) |
Wong Soon Koh |
2028 | 0 / 222
|
11 | 57,579 | 0.37 | No representation in Parliament (PERKASA) |
Wong Soon Koh |
Wakil rakyat
suntingDewan Rakyat
sunting2018-2022
suntingKod | Parlimen | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
P202 | Sri Aman | Masir Kujat | Menyertai PSB pada Mac 2019 selepas keluar dari Parti Rakyat Sarawak, sehingga Mac 2022.[4] |
P214 | Selangau | Baru Bian | Menyertai PSB pada Mei 2020 selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat pada Mac 2020[5] |
Dewan Undangan Negeri Sarawak
sunting2021-2024
suntingKod | DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
N11 | Batu Lintang | See Chee How | Mewakili PSB hingga keluar parti pada Ogos 2022.[6] |
N33 | Engkilili | Johnical Rayong Ngipa | |
N53 | Bawang Assan | Wong Soon Koh | Menjadi Ketua Pembangkang DUN sehingga November 2023[7] |
N81 | Ba'Kelalan | Baru Bian |
2016-2021
suntingKod | DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
N1 | Opar | Ranum Mina | Menang atas tiket langsung Barisan Nasional, mewakili UPP/PSB bermula 13 Ogos 2016 |
N19 | Mambong | Jerip Susil | Menang atas tiket langsung Barisan Nasional, mewakili UPP/PSB bermula 13 Ogos 2016 hingga keluar parti pada 11 Julai 2019.[8] |
N11 | Batu Lintang | See Chee How | Menyertai PSB pada Mei 2020 selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat pada April 2020[6] |
N33 | Engkilili | Johnical Rayong Ngipa | Menang atas tiket langsung Barisan Nasional, mewakili UPP/PSB bermula 13 Ogos 2016 |
N52 | Dudong | Tiong Thai King | Menang atas tiket langsung Barisan Nasional, mewakili UPP/PSB bermula 13 Ogos 2016 |
N53 | Bawang Assan | Wong Soon Koh | Menang atas tiket langsung Barisan Nasional, mewakili UPP/PSB bermula 13 Ogos 2016 |
N81 | Ba'Kelalan | Baru Bian | Menyertai PSB pada Mei 2020 selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat pada Mac 2020[5] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "UPP Sedia Kerjasama Dengan BN Sarawak Pada PRN-11 - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-02-28. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ a b Bernama. "Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "UPP kini dikenali dengan nama PSB susulan persidangan". Kamek Miak Sarawak | Sarawak News (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-09. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat umum keluar PSB". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ a b "Baru Bian sertai PSB". Sinar Harian. 2020-05-30. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ a b "Adun Batu Lintang keluar PSB". Malaysiakini. 2022-08-14. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "DUN Sarawak: Tempat Duduk ADUN PSB Tidak Berubah, Soon Koh Bukan Lagi Ketua Pembangkang | Suara Sarawak". 2023-11-18. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "Dr Jerip umum keluar PSB berkuat kuasa serta merta | Utusan Borneo Online". amp.utusanborneo.com.my. Dicapai pada 2024-04-07.