Parti Rakyat Sarawak
Parti Rakyat Sarawak atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk Gabungan Parti Sarawak. Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga merupakan parti politik kedua terbesar di negeri Sarawak, selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party | |
---|---|
Fail:Logo of PRS.png | |
Singkatan | PRS |
Presiden | Datuk Joseph Salang Gandum |
Timbalan Presiden | Majang Renggi |
Ketua Pemuda | Snowdan Lawan |
Ketua Wanita | Doris Sophia Brodie |
Setiausaha Agung | Malcolm Mussen Lamoh |
Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing |
Ditubuhkan | 2004 |
Ibu pejabat | |
Akhbar | • Utusan Borneo • The Borneo Post • The Star (Malaysia) • Daily Express (Sabah) • Guang Ming Daily • Sin Chew Daily • Straits Times (Singapura) |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PRS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PRS |
Keanggotaan | 348,700 (Ogos 2023) |
Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Hak asal bangsa Dayak • Hak tanah adat peribumi Dayak • Hak ekonomi Dayak • Hak budaya & warisan Dayak • Hak bangsa Melayu & bangsa Cina • Membanteras budaya rasuah, politik wang, & salah guna kuasa • Menghentikan amalan sakau harta & sakau wang rakyat • Perpaduan rakyat Sarawak • Bersikap jujur, ikhlas, tegas, dan amanah • Kebebasan beragama • Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) • Hak autonomi wilayah • Reformisme negeri • Demokrasi sosial • Kestabilan politik Sarawak • Kestabilan ekonomi Sarawak • Hak golongan belia • Hak golongan wanita |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2004–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan) |
Slogan | • Berjuang untuk Sarawak • Bersatu Menuju Sarawak Baharu |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 5 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 11 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Laman sesawang | |
PRS Official Website PRS Facebook |
Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)
suntingParti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.
Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.
Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.
Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.
Sehingga akhir Ogos 2023, jumlah keanggotaan parti dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini sebanyak 348,700 ahli, sekaligus Parti Rakyat Sarawak adalah merupakan parti politik nasional yang kedua terbesar di Sarawak. Majoriti besar keahliannya adalah terdiri daripada masyarakat kaum Dayak Iban dan kaum Cina, namun penyertaan keahlian dari kaum Bidayuh dan kaum Melayu Sarawak adalah masih diperlukan.
Barisan kepimpinan
sunting- Pengerusi:
- Jetli Jelian
- Timbalan Pengerusi:
- Andrew Kalom
- Presiden:
- Datuk Joseph Salang Gandum
- Timbalan Presiden:
- Dato' Majang Renggi
- Datuk John Sikie Tayai (Naib Presiden Kanan)
- Naib Presiden:
- Datuk Aaron Ago Dagang
- Datuk Liwan Lagang
- Datuk Wilson Ugak
- Datuk Mong Dagang
- Ketua Wanita PRS:
- Dato' Sri Doris Sophia Brodie
- Ketua Pemuda PRS:
- Datuk Snowdan Lawan
- Ketua Setiausaha:
- Datuk Malcolm Mussen Lamoh
- Timbalan Ketua Setiausaha:
- Ketua Bendahari:
- Timbalan Ketua Bendahari:
- Ketua Penerangan Umum:
- Datuk Wilfred Rata Nissom
- Timbalan Ketua Penerangan Umum:
- Andy Lawrence
- Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
- Kennedy Chukpai
- Wilson Nyabong
- Christopher Gira
- Nicholas Kudi Jantai
- Anyie Jana
- Dato' Philemon Nuing
- Alexander Vincent
- Lau Ting Ping
- Dato' Azizi Morni
- Thomas Balan
- Pandang Semat
- Alexander Donald
- Jackson Melintang
- Petrus Ngelai
- Rosalind Neging
Wakil Rakyat
suntingAhli Dewan Negara
suntingLantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 20 November 2023-19 November 2026 | Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan |
Ahli Dewan Rakyat
suntingPRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:
Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Sarawak | P202 | Sri Aman | Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri | |
P203 | Lubok Antu | Roy Angau Gingkoi, YB Tuan | ||
P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang,YB Dato' | Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
P214 | Selangau | Edwin Banta, YB Tuan | ||
P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk | Timbalan Menteri Digital Malaysia |
Ahli Dewan Undangan Negeri
suntingNo. | Kawasan DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
N30 | Balai Ringin | Snowdan Lawan | Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Pembangunan Sarawak |
N31 | Bukit Begunan | Mong Dagang | |
N34 | Batang Ai | Malcolm Mussen Lamoh | |
N49 | Ngemah | Anyi Jana | |
N59 | Tamin | Christopher Gira Sambang | |
N60 | Kakus | John Sikie Tayai | Menteri Jabatan Premier Sarawak |
N61 | Pelagus | Wilson Nyabong Ijang | |
N63 | Bukit Goram | Jefferson Jamit Unyat | Timbalan Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak |
N64 | Baleh | Nicholas Kudi Jantai Masing | |
N65 | Belaga | Liwan Lagang | Timbalan Menteri Komunikasi Sarawak |
N66 | Murum | Kennedy Chukpai Ugon | |
N70 | Samalaju | Majang Renggi |
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
suntingDalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]
Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021
suntingParti Rakyat Sarawak berjaya memperoleh kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum negeri Sarawak.
Logo Parti
suntingPRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]
-
Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
-
Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
-
Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.
Lihat juga
suntingPautan Luar
sunting- PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly